Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

07 Oktober 2020

CONTOH SURAT TIDAK MEMBENARKAN ANAK KE SEKOLAH KERANA COVIC-19

CONTOH SURAT TIDAK MEMBENARKAN ANAK KE SEKOLAH KERANA COVIC19


CONTOH SURAT TIDAK MEMBENARKAN ANAK KE SEKOLAH KERANA COVIC-19


Hai.. Assalammualaikum semua.. Semalam ada sembang-sembang dengan hubby tentang peningkatan jumlah kes Covic-19 di area temppat kami, dan terfikir juga kalau nanti tiba time harraz dah start sekolah Covic-19 ni masih lagi tiada tanda-tanda nak reda atau makin bertambah juga, TB dan hubby memang terfikir tak nak bagi Harraz tu ke sekolah lagi, kerana risau keadaan akan jadi lebih buruk. Rasanya ibu-bapa lain pun pasti sama pendapat dengan TB sebab kita je tahu anak-anak kita macam mana. Harraz tu kategori aktif dan lasak budaknya.. Risau juga cikgu susah nak kawal dia dan TB pun tahu bukan senang nak kawal anak murid yang ramai lebih-lebih lagi kawalan kali ni bukan biasa-biasa, perlu jagaan yang betul..

So, TB pun buat satu contoh surat rasmi mohon pengecualian anak dari ke sekolah pada waktu Covic-19 ni. TB save kat sini dulu, nanti bila perlu TB tengok balik dan print dari sini je.. TB perasan ada juga ibu-bapa yang belum tahu pasal ni, so TB share sekali untuk korang yea.. Boleh Copy dan Paste contoh surat rasmi ni.. dan ubah lah mana yang patut.. Lepas tu boleh serah pada Guru Besar / Guru Kelas anak masing-masing. 

Dibawah ini disertakan format atau contoh surat rasmi untuk tidak membenarkan anak ke sekolah / mohon pengecualian untuk dari hadir ke sekolah dengan alasan kebimbangan penularan covid-19 yang meningkat pada ketika ini. 

Dan untuk memudahkan semua ibubapa, Contoh surat ketidakhadiran ke sekolah ini boleh digunakan sama ada untuk sekolah rendah atau sekolah menengah. Just tukar je butir-butir yang perlu.. 

Terdapat juga template yang korang boleh download bagi memudahkan korang menulis dan mengubah apa-apa yang perlu seperti nama korang sebagai waris, nama anak dan nama sekolah. 

Semoga contoh surat tidak hadir ke sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau waris pelajar yang risau akan penularan wabak covid19 yang semakin meningkat ini. Apabila ibu bapa atau waris menghantar surat rasmi tidak hadir ke sekolah, anak-anak tidak dianggap ponteng sekolah.


SILA COPY AND PASTE DI MICROSOFT WORD KEMUDIAN UBAH BUTIR-BUTIR YANG DIPERLUKAN SEPERTI NAMA ANDA  SEBAGAI IBU/-BAPA / PENJAGA, NAMA ANAK YANG BERSEKOLAH, ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON RUMAH, ALAMAT SEKOLAH DAN NAMA KELAS ANAK SERTA NAMA GURU BESAR DAN CIKGU YANG MENGAJAR. AKHIR SEKALI TANDATANGAN 


- Contoh surat rasmi untuk tidak membenarkan anak ke sekolah -





Harraz bin Syed 
No 1234, Jalan Merbuk, 
30020 Ipoh, Perak. 

019-1234567 

_____________________________________________________________


Tuan Guru Besar 
Sekolah Kebangsaan Kg Dato Ahmad Said, 
 30020 Ipoh, Perak. 

(u/p: Guru Kelas Kekwa)                                                              3 Oktober 2020 


Tuan, 

MEMOHON PENGECUALIAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN KEBIMBINGAN PENULARAN COVID-19 

Dengan segala hormatnya perkara seperti di atas adalah dirujuk. 

2. Saya Harraz bin Syed, No kad pengenalan 791229-08-5167 adalah bapa kepada Inaara binti Harraz murid tahun 1 Kekwa Sekolah Kebangsaan Kg Dato Ahmad Said . 

3. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak membenarkan anak saya untuk hadir ke sekolah disebabkan kebimbangan Pandemik Covid -19 yang semakin menular di kawasan Perak kini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah. 

4. Segala perhatian dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian. 


Yang benar, 


*Tandatangan di sini 


(Harraz bin Syed}
No Tel: 019-1234567 



05 Oktober 2020

Matcha Lovers Should Check Out These New Drinks At Gong Cha

bubble tea


Matcha Lovers Should Check Out 
These New Drinks At Gong Cha

Yeahhh.. rangkaian Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha kegemaran rakyat Malaysia, Gong Cha dan platform e-dagang no.1 Malaysia Shopee kembali lagi untuk satu lagi minuman khas. Kali ini, mereka akan memikat pencinta matcha dengan siri minuman matcha baru yang disebut 10.10 Festival Minuman untuk meraikan Shopee 10.10 Brands Festival.

Brewing hanya untuk waktu terhad, para pencinta matcha akan menikmati tiga minuman eksklusif - Matcha Coffee Latte, Matcha Marble dan Matcha Latte yang hanya boleh dibeli melalui App Shopee mulai sekarang hingga 25 Oktober.


Matcha Coffee Latte

Matcha Coffee Latte

Siapa sangka wehh.. matcha dan espresso boleh berganding bahu dalam satu minuman. Serbuk matcha halus yang dilapisi susu dan tembakan espresso yang kaya menghasilkan minuman berlapis yang indah. Sekiranyakorang tidak dapat memutuskan antara kopi ais dan matcha latte, bagaimana dengan menikmati yang terbaik dari kedua-dua dunia sekaligus!


Matcha Marble

 Matcha Marble

An Instagram-worthy drink / Minuman yang layak untuk Instagram dihasilkan dari tekstur marble yang indah yang dihasilkan oleh pengadunan dan penenunan serbuk matcha halus ke dalam susu yang kaya untuk membentuk penampilan yang gebu dan halus. Disukai mengikut kehendak ramai, minuman ini dihiasi dengan lapisan busa susu berkrim khas Gong Cha yang menjadikan kita terasa craving selalu.. .


Matcha Latte

Matcha Latte

Fuhhhh tekak pasti terasa segar, terutamanya pada hari yang panas, ketika menikmati minuman matcha latte. Psst! TB dapat tahu bahawa matcha latte mempunyai beberapa faedah kesihatan! Betul ke?? Jadi tunggu apa lagi?

Siri e-minuman Gong Cha hanya boleh dibeli secara digital melalui App Shopee dan ditebus di semua gerai Gong Cha di seluruh negara. Dapatkan Minuman Festival Shopee x Gong Cha 10.10 secara eksklusif di Shopee melalui portal dalam aplikasi Voucher Makanan & Perkhidmatan mulai sekarang hingga 25 Oktober.

Peminat boleh menikmati minuman dengan harga pengenalan RM10. Lebih jimat apabila korang membeli minuman dengan harga RM5 sahaja pada Oktober ini pada tarikh istimewa ini: 3, 7, 10, 15, 18, 21 & 24.

Minuman Festival 10.10 bersempena dengan Festival Jenama Shopee 10.10 yang berlangsung dari sekarang hingga 10 Oktober. Acara membeli-belah dalam talian terbesar di rantau ini untuk jenama seperti Gong Cha dan banyak lagi, Shopee 10.10 Brands Festival pasti mengejutkan pengguna dengan penjimatan yang lebih besar. 

Nikmati tawaran RM10 eksklusif, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 dan pilih pelbagai pilihan produk asli 100% dari jenama kegemaran menerusi portal dalam aplikasi Diskaun Juta Dolar Million Dollar. 

Pengguna juga berpeluang memenangi hadiah, baucar dan Shopee Coins bernilai sehingga RM1,000,000 ketika mereka bermain Shopee Games seperti Shopee Farm, Shopee Claw, Shopee Poly dan banyak lagi.

Tunggu apa lagi?  Lawati https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series sekarang!

30 September 2020

AMALKAN DOA INI UNTUK DIPERMUDAHKAN SEGALA MASALAH

doa


AMALKAN DOA INI UNTUK 
DIPERMUDAHKAN SEGALA MASALAH


Doa ini adalah untuk permudahkan masalah :

1) Bebanan hutang
2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas
3) Rasa sedih dan takut
4) Takde keyakinan diri
5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan.

Doa ni mustajab tau, cuma ramai yang tak tahu cara amal.

DOA DIBEBASKAN DARI BEBANAN HUTANG

Cara amal doa ni adalah dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Selepas solat subuh dan solat asar.

Selain itu, boleh juga amalkan doa-doa lain seperti dibawah ini, moga Allah mendengar luahan hambanya yang lemah lagi memerlukan : 


1. Doa Nabi Yunus AS


لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Al-Anbiya’:87)


Doa Nabi Yunus AS ini boleh diamalkan sebagai doa harian. Doa ini menunjukkan bertapa Allah sentiasa mendengar setiap rintihan hambaNya yang berada dalam kesusahan seperti mana diperlihatkan dalam kisah Nabi Yunus ditelan ikan nun.


2. Surah Al-Kahfi, Ayat 10


رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”
(Al-Kahfi:10)


Difahamkan ayat ini bagus dibaca sebelum memulakan sesuatu dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.


3. Surah Al Baqarah, Ayat 225 (Ayat Kursi)


اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksudnya, “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(Al-Baqarah:225)


Ayat ini dalam sebuah hadits diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab merupakan ayat paling mulia di dalam Al Qur’an. Kandungan ayat kursi bercerita tentang kekuasaan Allah yang mutlak dan Allah merupakan penguasa segalanya yang ada di alam semesta serta Allah tidak mengalami kesulitan sedikitpun dalam memeliharanya.


Ayat ini dikatakan sebagai ayat pelindung, jika kita amalkan ayat kursi dalam kehidupan kita, maka hidup akan menjadi lebih berkat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah.


4. Surah Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa)


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya, “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.”
(Taha:25-28)


Semoga entri ini dijadikan rujukan dan sama-samalah kita amalkan doa-doa diatas. Saya juga doakan semua para pembaca blog ini dipermudahkan segala urusan. 


Tertunai Hasrat Memiliki Huawei Nova 5T - Hadiah Dari Hubby 7.3.2020

Huawei Nova 5T

Tertunai Hasrat Memiliki Huawei Nova 5T - Hadiah Dari Hubby 7.3.2020 



hehehe.. Status berlalu Posting ni.. Posting di Facebook tahun lepas.. Masa ni ada dengar orang cakap, kalau nakkan sesuatu, taip wishlist dalam blog atau taip je macam ni dekat FB apa yang kita nak.. Atleast walaupun lambat, insyaAllah hajat tu akan tercapai sebab kita akan usaha nak dapatkannya.. Alhamdulillah.. Dah Tertunai dah.. Tapi bukan TB yang beli sendiri, Hubby yang hadiahkan.. Syukur Alhamdulillah.. Hadiah Dari Hubby Sempena Birthday dan Bersalin Anak Kedua (Inaara) Ritu.. 

Bersalin pada 5.3.2020 ( Khamis,11.30 malam.. wah.. baru perasan malam jumaat .. ) 7.3.2020 (Sabtu) Dah boleh discaj.. Sampai Je Rumah Hubby Bagi Box Suruh Unboxing .. Dalam Hati berkata, surprise apa pulak ni.. So, buka2 tengok produk review skincare yang TB dapat hari tu.. Hahaha.. Rasa geram je mual-mula tu.. Tapi hubby suruh keluarkan semua barang dalam kotak tu sampai habis.. berus cuci botol anak pun dia masuk dalam kotak tu.. adoi.. sabar.. sabar.. trick apekah ini.. prank ke apa.. haha.. sekali last sekali ternampak kotak putih bertulis Huawei Nova 5T.. jeng-jeng-jeng.. itulah kisahnya.. 

Kita Bagi GIFT Kat Dia.. Dia Pun Bagi GIFT Kat Kita Jugak.. THANKYOU Buat Hubby Tercinta Sebab Buat Surprise Macam Ni.. Terharu Rasa.. Siap Buat Surprise Yang TB Sendiri Tak Jangka.. Haha.. Ingatkan Nak Pekenakan Teman Ke Apa.. Rupa-rupanya Dia Dah Plan Semua Dari Awal...

Masa Ni Baru Sampai Rumah.. Dan Masa Ni Perut Tengah Buat Hal.. Hubby Pulak Soh Unboxing Hadiah.. Konon Dari Harraz..

Teman Pun Layankan Aje.. Dah La Balut Sikit Punya Susah Nak Buka.. Dalam Hati Cakap.. Dia Ni Nak Pekenakan Aku Ke Apa..

Bila Buka Kotak.. Tengok Isi Dalam Tu Ada Vitamin2 Yang Memang Teman Cari.. Tapi Yang Tu Memang Tahu Dia Ada Gitau Nak Beli..

Tapi.. Surprise Yang Last Dalam Kotak Tu Buat TB Terkejut...

Rupanya Something Yang TB Nak Dari Dulu..

Huawei Nova 5T .. Ya Allah.. Memang Mengidam Fon Ni.. Dan Tengah Kumpul Duit Nak Beli Pun Sebab Fon Lama Tu Kameranya Dah Rosak Sebab Terjatuh Pecah Ritu..

Sekali Hubby Bagi GIFT Birthday dan GIFT Sempena pulak.. TQ hubby.. i love u..

TQ Hubby.. Lepas Ni Kerja2 Blog dan Kerja2 TB semakin Mudah Dan Indah Dengan #huaweinova5T ni. syoknyaaa

Tq Hubby...tq.. Dalam Garang Terselit Jugak Watak2 Romantik N Suprised ni yea..

huawei nova 5T

Ni gambar last ambil guna henfon samsung j3 pro yang teman punya tu.. 
(camera dia rosak sebab ada retak terjatuh hari tu)


10 September 2020

LIRIK LAGU NABILA RAZALI - PELUANG KEDUA

Peluang Kedua

LIRIK LAGU NABILA RAZALI 
- PELUANG KEDUA


Sepi
Menghukum Diri kembali
Untuk Mengalirkan air mata
Tanpa Henti
Lagi

Sepi
Menghasut Diri kembali
Untuk Memikirkan tentang kita
Tanpa Henti
Lagi

Dan Tiada
Salah Darimu mengingatkanku
Bila Ku tak sempurna
Engkau Bisikkan ku yang paling sempurna
Di Matamu hanya aku

Maaf Andai kau terluka
Maaf Ku tak sengaja
Tanpa Sedar
Sakitimu
Sesalku

Maaf Kerna aku pun terluka
Pintaku Hanya
Peluang Kedua

Rasa Cinta darimu

Dan Tiada
Salah Darimu mengingatkanku
Bila Ku tak sempurna
Engkau Bisikkan ku yang paling sempurna
Di Matamu hanya aku

Dan Andai terbuka hatimu
Ku Di sini menunggu dan terus menunggu
Dirimu
Kembalilah Sayang
Kepadaku

Maaf Andai kau terluka
Maaf Ku tak sengaja
Tanpa Sedar
Sakitimu
Sesalku

Maaf
Kerna Aku pun terluka
Pintaku Hanya
Peluang Kedua
Rasa Cinta
Darimu

Rasa Cinta
Rasa Cinta
Darimu




Anmum ESSENTIAL GOLD Serba Baru Menyokong 8 Perkembangan Penting Bagi Kanak-kanak Berusia 1 hingga 6 tahun

Anmum ESSENTIAL GOLD


Anmum ESSENTIAL GOLD Serba Baru Menyokong 
8  Perkembangan Penting Bagi Kanak-kanak 
Berusia 1 hingga 6 tahun



Hai.. nyaris terlupa TB nak share tentang Susu Anmum Essential Gold yang Harraz baru unboxing hari tu. Susu Anmum Essential Gold ni sangat bagus sebab ia mengimbangkan pertumbuhan dan perkembangan Anak-Anak Generasi Alpha iaitu yang tergolong dalam umur 1 hingga 6 tahun. 


haa.. seperti yang TB katakan tadi, Anmum ESSENTIAL GOLD serba baru menyokong semua keperluan perkembangan kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun, dan ini merupakan satu berita baik buat ibu-ibu diluar sana kerana sudah tidak perlu membeli susu yang berasingan mengikut umur anak selepas ini kerana Susu Anmum Essential Gold ini telah merangkumi semua untuk kanak-kanak bermula dari 1-6 tahun.


anmum essential gold


Sokong perkembangan mental & fizikal anak-anak dengan susu formula Enfagrow A +. Dirumus khas oleh Enfagrow untuk memenuhi keperluan pemakanan anak-anak


"Sembilan daripada sepuluh ibu bersetuju bahawa terdapat banyak bidang pertumbuhan dan perkembangan anak-anak mereka yang perlu mereka dukung." 


Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Anak-anak muda masa kini yang berumur satu hingga enam tahun tergolong dalam apa yang dikenali sebagai 'generasi Alpha' atau kumpulan yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas dan perkembangan keseluruhannya lebih penting daripada sebelumnya.


Itulah sebabnya Anmum ESSENTIAL GOLD baru diformulasikan secara ilmiah dengan nutrien utama untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang berumur satu hingga enam tahun. 

Anmum ESENTIAL GOLD diformulasikan dengan 33% lebih banyak DHA *, MFGM + GA, prebiotik dan 15 nutrien utama. Pemakanan dan rangsangan yang baik adalah penting untuk menyokong lapan bidang penting dalam perkembangan anak.


8 bidang penting pembangunan merangkumi pertumbuhan fizikal; persekitaran usus yang baik untuk menyerap nutrien yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan fizikal; daya tahan badan yang baik untuk membantu anak tetap dilindungi; perkembangan kognitif termasuk kemampuan belajar; pengembangan mata, yang menyokong keupayaan untuk fokus dan belajar dan perkembangan sosial dan emosi.


"Ibu bapa perlu memahami bahawa perkembangan sosial dan emosi anak-anak mempengaruhi semua bidang perkembangan lain."


"Anmum Essential Gold diperkaya untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan Generasi Alpha."


"Perkembangan holistik anak tidak boleh mengambil tempat duduk belakang kerana ibu bapa memberi tumpuan kepada pertumbuhan otak dan perkembangan pembelajaran."


Anmum ESSENTIAL GOLD


Mengimbangi Tumbesaran dan Perkembangan Generasi Alfa
Anmum ESSENTIAL GOLD serba baharu menyokong keperluan 
perkembangan keseluruhan kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun


Jom kita baca serrba sedikit info dan ilmu yang kita boleh ambil berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh NEW Anmum ESSENTIAL GOLD di kalangan 304 ibu Malaysia yang mempunyai anak berumur 1 hingga 6 tahun .

Kaji selidik dalam talian Anmum Essential baru-baru ini menunjukkan sembilan daripada sepuluh orang ibu bersetuju bahawa terdapat banyak aspek tumbesaran dan perkembangan anak-anak mereka yang memerlukan sokongan. Kaji selidik tersebut meninjau 304 orang ibu di Malaysia yang mempunyai anak berusia satu hingga enam tahun. 

Namun, sebilangan ibu bapa tersebut juga mengakui bahawa mereka tidak memberi perhatian sama rata terhadap setiap aspek perkembangan anak mereka. Contohnya, perkembangan mata yang sihat dan perkembangan sosial dan emosi kadang kala diabaikan. 

Dr. Rajini Sarvananthan, Pakar Perunding Umum dan Pakar Perkembangan Pediatrik mengatakan bahawa ibu bapa perlu memahami bahawa perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak mempengaruhi segenap aspek perkembangan yang lain.

“Perkembangan sosial dan emosi membolehkan kanak-kanak memahami siapa diri mereka, apa yang mereka rasakan dan apa yang diharapkan ketika berinteraksi dengan orang lain. Ini akan terus membantu mereka membentuk dan mengekalkan hubungan positif; mengalami, mengurus dan meluahkan emosi; serta meneroka dan melibatkan diri dalam persekitaran mereka. 

Hubungan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan mereka. Hal ini disebabkan oleh hubungan mewujudkan pengalaman penting yang mengajar mereka apa yang ada di sekeliling mereka dan membentuk cara mereka melihat dunia. Hubungan yang paling penting adalah antara anak dan ibu bapa
mereka. Hubungan dengan ahli keluarga yang lain, penjaga, termasuk pendidik, dan kanak-kanak lain, juga sangat penting. Kanak-kanak membentuk dunianya melalui hubungan penting ini.


Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Pemakanan Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd mengatakan bahawa dalam keadaan ini Anmum Essential Gold dapat membantu. “Anmum Essential Gold dirumus untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan \Generasi Alfa secara keseluruhannya. Kanak-kanak memerlukan tenaga untuk aktiviti dan interaksi harian mereka yang membentuk sebahagian daripada perkembangan sosial. MFGM, atau membran globul lemak susu, merupakan kunci di mana kajian saintifik telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil MFGM mempunyai pengawalan emosi dan tingkah laku yang lebih baik  .” 

Selain daripada perkembangan sosial dan emosi ini, Anmum Essential Gold juga mengandungi nutrien termasuk Vitamin A untuk menyokong fungsi mata. Dalam tinjauan Anmum Essential, tujuh daripada sepuluh orang ibu mengaku bahawa mereka tidak membawa anak mereka untuk melakukan pemeriksaan mata namun bersetuju bahawa perkembangan mata itu adalah penting.

 “Masalah penglihatan, jika tidak diberikan perhatian, boleh menimbulkan masalah dalam koordinasi motor halus, ketangkasan dan manipulasi; persepsi mendalam, yang mempengaruhi keupayaan untuk bergerak di permukaan yang tidak rata, tangga dan mendaki; dan membentuk kemahiran literasi dan numerasi yang boleh mengakibatkan masalah kurang perhatian dan ketidakupayaan belajar,” 


Dr. Rajini juga menyatakan bahawa Generasi Alfa yang dilahirkan dalam dunia digital sering terdedah kepada aktiviti pada skrin peranti pintar, dan peningkatan masa di hadapan skrin ini mendatangkan mudarat kepada penglihatan kanak-kanak.Selain perkembangan fizikal, sosial dan emosi, seorang kanak-kanak juga memerlukan pemakanan seimbang untuk membina minda dan badan yang kuat agar cemerlang di kemudian hari.


Dr. Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik di Pakar Kanak-Kanak Junina bersetuju bahawa perkembangan holistik anak tidak dapat diketepikan apabila ibu bapa memberi tumpuan kepada pertumbuhan otak dan perkembangan pembelajaran. Dalam aspek ini, kesihatan usus sangat penting kerana usus adalah pintu masuk kepada penyerapan nutrien yang baik serta bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit katanya.


Usus ialah rumah bagi 70% sistem imun badan. 

Sekiranya usus anak anda tidak menjadi benteng yang kuat, mereka lebih mudah jatuh sakit. Dengan menyokong pertumbuhan bakteria baik pada usus anak anda, anda dapat membantu membina daya pertahanan badan dan membuat mereka merasa bertenaga dan tidak ketinggalan dalam kelas dan dapat bersosial bersama rakan sebaya tambah Dr. Yong Junina. Wendy Goh menjelaskan bahawa persekitaran usus yang baik sangat penting untuk penyerapan nutrien yang berkesan. Prebiotik dalam Anmum ESSENTIAL GOLD baharu boleh memainkan peranan membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan persekitaran usus yang baik.Perkembangan holistik anak anda bermula dengan pemakanan yang baik! 


Anmum ESSENTIAL GOLD

Penerangan Tentang Logo Yang Terdapat Pada Bahagian Packaging / Kotak :

Haa.. selalunya kita tengok macam tu je logo-logo tu kan.. kali ni mari TB kongsikan secara detail apa maksud disebalik logo-logo pada kotak susu tu.. 


BELAJAR / LEARN
Anmum ™ Essential Gold diformulasikan secara ilmiah dengan DHA, MFGM dan GA®. Pemakanan yang baik dan rangsangan positif memainkan peranan penting dalam menyokong hubungan sel otak. Memaksimumkan hubungan sel otak * untuk menyokong anak anda untuk Belajar, Sambung dan Terapkan.



STAY PROTECTED
Tahukah anda bahawa 70% sistem pertahanan kita terletak di usus kita? Dengan Anmum ™ Essential Gold, formula penting nutrien untuk memastikan anak anda bertambah kuat dari dalam .




DIGESTION (GOOD GUT)
Anmum ™ Essential Gold mempunyai FOS dan Inulin. Inulin dan FOS bertindak sebagai serat makanan. Inulin adalah prebiotik yang memberi makan bakteria baik, menyokong persekitaran usus yang baik. Persekitaran usus yang baik adalah penting untuk menyokong penyerapan nutrien dan sistem pertahanan badan yang berkesan.



PERTUMBUHAN / GROWTH 
Anmum ™ Essential Gold mengandungi 15 Nutrien Utama termasuk Protein Tinggi, Kalsium, Vitamin D dan Zink untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan.



MATA / EYE
Anmum ™ Essential Gold mempunyai DHA dan Vitamin A. Vitamin A sangat penting untuk fungsi mata. DHA banyak dijumpai di mata. Tahukah anda bahawa 80% pembelajaran anak anda dilakukan melalui penglihatan? Oleh itu, memastikan perkembangan mata yang baik sangat penting untuk pembelajaran anak anda.



KEKAL FOKUS / STAY FOCUSED
Tetap fokus adalah kemahiran pengembangan yang penting untuk anak-anak. Anmum ™ Essential Gold kaya akan zat besi, nutrien yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah dan membawa oksigen ke seluruh bahagian badan.



PEMBANGUNAN EMOSI / EMOTIONAL DEVELOPMENT
Penting bagi seorang kanak-kanak untuk belajar kawalan emosi dan tingkah laku. Anmum ™ Essential Gold diformulasikan secara ilmiah dengan MFGM, yang merupakan sumber Gangliosides (GA®).



PEMBANGUNAN SOSIAL /  SOCIAL DEVELOPMENT
Anmum ™ Essential Gold adalah sumber Vitamin B1, B2 dan B3 yang baik untuk membebaskan tenaga daripada karbohidrat. Tenaga diperlukan untuk menyokong aktiviti dan interaksi harian anak anda.

Setakat ini, itu saja perkongsian dari TB, InsyaAllah nanti TB akan up entri tentang Alat bantu belajar yang TB dapat bersama box Anmum Essential hari tu.. Tak sabar nak main dengan harraz.. Harraz suka benda-benda belajar begini... Nanti TB up video sekali.. InsyaAllah..

Haa.. Untuk Ibu-Ibu yang nak membeli Anmum ESSENTIAL GOLD Langkah 3 baharu yang sangat sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun ni, korang boleh lah cari yea.. sebab kini ia dah dijual di pasar raya besar di seluruh negara dan platform e-dagang, 

Harga runcit yang disyorkan ialah RM44.90 untuk 550g dan RM86.90 untuk 1.1kg.


Untuk maklumat lanjut, layari laman 

Facebook Anmum Essential di :
https://www.facebook.com/AnmumEssentialMY/ 

atau 
laman web di :
https://www.anmum.com/my/. 






09 September 2020

PG Mall 916 Gold Cultural Day | Hari Kebudayaan Emas 916

pg mall


PG Mall 916 Gold Cultural Day | 
Hari Kebudayaan Emas 916


Wah, tiba-tiba nak bercerita pasal Emas 916 pulak kali ni yea.. haha.. Sebenarnya nak cerita tentang PG Mall yang akan menyambut PG Mall 916 Gold Cultural Day pada 15-17 September 2020 ni. Haa..PG Mall 916 Gold Cultural Day  atau bahasa Melayu nya Hari Kebudayaan Emas ni disambut bagi menyebarkan kesedaran tentang kelebihan emas pada masa kini yang bukan sahaja dinilai sebagai perhiasan tetapi juga dijadikan pelaburan dan simpanan untuk waktu-waktu kecemasan. Haa.. jangan fikir emas ini sekadar hiasan je tau, sekarang ni emas memang menjadi pilihan pertama wanita yang membuat simpanan untuk masa depan kerana harga emas semakin tinggi dan menjadi sesuatu yang paling diingini untuk mereka yang mengambil inisiatif menabung dengan cara membeli barang kemas untuk dijadikan hiasan dan juga aset mereka.


Haa.. sebelum TB nak cerita tentang PG Mall 916 Gold Cultural Day ni, TB nak share jugaklah apa yang TB order kat PG Mall malam tadi.. hehe.. Malam tadi TB singgah di website PG Mall ni sebab berhajat nak beli sesuatu di PG Mall ni.. Mula-mula bajet nak beli satu barang tapi bila dah berada dalam website PG Mall tu, terus melekat terpandang barang-barang lain.. maka terbelilah beberapa barang.. hahaha.. bukan satu lagi.. tapi 4 barang.. 



PG mall


Tapi barang si hero (harraz) tu mestilah ada.. Hahaha terpengaruh dengan Blogger Ayue Idris punya pasal la sebab dia belikan Qaayed Trampoline tu.. So, TB masuk list jugak.. haha.. Tengok kat PG Mall Harga pun mampu milik.. so kita sambar satu.. Actually TB nak bagi Harraz happy sikit sebab sekarang ni kami lagi risau nak keluar sebab dapat tahu bilangan kes covic19 semakin meningkat balik di Kedah ni.. So tak dapat nak bawak harraz jalan-jalan lagi.. dan TB perhatikan harraz macam stress.. Allahuakbar.. macam-macam peel dia buat.. tu yang malam tadi TB singgah website PG Mall ni untuk pilih-pilih barang yang TB target nak beli sebelum ni.. 



Dah Order dah.. Tak sabar nak tunggu barang sampai.. tertutamanya Trampoline tu.. Kalau ikutkan TB memang nak beli Trampoline ni dah lama dah.. Tapi disebabkan rumah lama tu sempit yang amat sangat.. so, TB batalkan niat tu.. encik suami pun dah bising-bising sebab kalau beli jugak memang padat sungguh rumah kami.. so lupakanlah dulu. Sampai terlupa terus wishlist tu.. hinggalah ternampak Ayue up kat ig story.. haa.. terus teringat balik.. memang ni yang dicari sebelum ni.. sekarang rumah dah luas.. boleh la belikan untuk harraz.. moga dia tak bosan dan tak meragam dah.. 


Baru Perasan PG Mall Ada Jual Emas!

Haaa.. ok, berbalik kepada cerita tentang Emas tadi, Sebenarnya TB baru perasan yang kat PG Mall ni ada jual emas tau. Terkejut jugak TB masa tengok ada emas dalam website PG Mall.. haha.. terbeliak kejap mata TB.. hihi.. Dulu-dulu tak suka emas sangat, tapi sejak akhir-akhir ni.. terasa macam nak pakai emas lengkap di badan je.. eh bukan penuh satu badan tapi nak la lengkap ada subang, ada rantai, ada cincin, ada rantai tangan .. haa.. gitu.. 


Jadi, TB pun intai-intai lah PG Jewel ni.. dan mata terasa terpesona melihat barang kemas yang dijual di PG Mall.. Wah.. senang lah kalau nak beli emas lepas ni, beli di PG Mall je kan.. Yang paling best sebab harganya direct Factory price, Ada Free Shipping pulak tu.. wah.. untung.. Tengoklah gambar dibawah ni.. sedapnya mata memandang kan!



Oh ya.. bagi yang baru nak mengenali PG Mall, Meh TB Share sedikit info tentang PG Mall, Untuk pengetahuan korang semua, PG Mall ini adalah platform e-dagang yang ditubuhkan sejak 3 tahun yang lalu dimana mereka telah beroperasi dari tahun 2017 lagi. PG Mall juga merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan yang menjual produk-produk tempatan dan juga produk dari luar negara untuk mereka yang suka membeli belah secara online. 

 

 

PG mall

 


Penjimatan Setiap Hari di PG Mall


Siapa tak suka produk Berkualiti Terbaik tetapi Harga yang Paling Mampu yang korang nak kan? haa.. Di PG Mall, setiap hari kita dapat lihat promosi yang boleh bantu kita berjimat dalam jangka masa panjang.



Untuk info korang lagi, PG Mall boleh diakses melalui laman web https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=317 ataupun melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store ataupun Google Play. Haa.. Selain tu kalau korang nak tahu Melalui kajian dan laporan dari Iprice Insight Report, PG Mall juga antara platform e-commerce yang berada di ranking yang ke 3 teratas dimana ia sering dikunjungi pelanggan yang selalu membeli belah secara online. Pendek kata PG Mall ni dah jadi Kedai Online Rasmi buat mereka yang tiada masa nak keluar membeli belah dan tak mahu bersesak-sesak untuk shopping.. 



Pembeli PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Kehidupan, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Otomotif hingga E-Voucher. Yang menariknya adalah jumlah produk PG Mall sentiasa meningkat setiap hari kerana PG Mall memperluaskan keluarga penjual / Seller / Kedai untuk menjual secara dalam talian di Malaysia di pasaran terbuka ini.


 

Kelebihan Shopping di PG Mall 

 

  • Harga produk dan perkhidmatan adalah rendah dan mampu beli

  • Menjimatkan masa, tenaga dan tiada had masa untuk shopping (bila-bila masa je)

  • Mudah dan selamat (bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada)

  • Pelbagai diskaun dan cashback yang menarik

  • Menyokong peniaga tempatan (produk dan barangan tempatan)

  • Mempunyai sistem e-wallet/sistem pembayaran online (Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay)


Emas

PG Mall 916 Gold Cultural Day | Hari Kebudayaan Emas 916


Haa.. itu dia serba sedikit tentang PG Mall.. Bercerita kembali tentang PG Mall 916 Gold Cultural Day tadi iaitu Hari Kebudayaan Emas 916 PG Mall , terdapat pelbagai bentuk barang kemas yang dijual di PG Mall dan sudah semestinya menjadi idaman para wanita. Untuk wanita yang memang sudah sinonim dengan barang kemas pastinya akan teruja melihat pelbagai design emas untuk dijadikan hiasan diri mahupun sebagai koleksi. TB pun dah mula terasa nak kumpul barang kemas je lepas ternampak koleksi barang kemas di PG Mall yang cantik-cantik tu.. 



PG Mall


Kalau korang nak tahu , 16hb September setiap tahun adalah merupakan Hari Kebudayaan Emas 916 atau pun di kenali sebagai 916 Gold Cultural Day yang di anjurkan oleh Malaysia Gold Association ( MGA )


Hari Kebudayaan Emas akan bermula pada 15 hingga 17 hb September 2020 ini dimana PG Mall juga telah turut serta dalam merealisasikan objektif sambutan dengan menyampaikan kesedaran kepada kita semua bahawa hiasan emas adalah ikatan dalam budaya Malaysia, merangsang ekonomi emas tempatan dan membantu perdagangan dua hala Malaysia



Oleh itu, TB nak share jugak satu berita baik iaitu Sepanjang kempen jualan 916 Gold Cultural Day ini, harga emas akan di jual pada RM24X/g, yang merupakan tawaran harga terendah masa kini. Wow!! Ini kerana tawaran harga istimewa barang kemas 916 ini adalah harga jualan terus dari pengeluar atau pun direct factory price dan apa yang membuat TB teruja adalah penghantaran PERCUMA dengan terma dan syarat dan pembelian hanya di PG Mall. 


Untuk peniaga atau pemborong emas yang sudi untuk turut serta dalam fiesta ini dan menjual langsung pada harga kilang, bolehlah klik https://pgmall.my/Jewellery-1.

PG Mall



Oh ya.. Lupa TB nak bahi tahu, jangan lupa tau guna kupon yang diberikan di atas, dan spread love kat semua kengkawan saudara mara ajak sama-sama beli emas, harga berpatutan, shipping free pulak tu, jom la shopping emas 916 di PG Mall.


Selain itu, PG Mall juga ada promosi lain yang korang boleh nikmati sehingga 30 September ini! 



Touch n go

 

Touch n' Go

 1st September – 30 th September 2020

Exclusive New Shopper 

RM3 ewallet reload with min spend RM15

https://pgmall.my/tngnewshopper

 

  boost

 

 Boost

5th September - 4th October 2020

RM3 cashback with min spend RM15

 

 

PG mall


Health & Beauty Essential week

15th September - 30th September 2020

RM30 off min spend RM150, free shipping cap at rm4,

Use Code: LOVEPGHB30

 

  

 PG mall


 RM25 off min spend RM100, free shipping capped at rm4 ,

Use code: LOVEPGHB25

 https://pgmall.my/heatlhbeauty-essentials-week

 

Untuk mendapatkan info lebih lanjut, silalah layari  website  PG Mall atau mana-mana pautan dibawah ini yea. Jom shopping di PG Mall sekarang!

    

Website:

PG Mall


Facebook: 

www.facebook.com/PGMallMalaysia


Instagram: 

www.instagram.com/pgmall.my

 



#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #916sale #Goldculturalday #MGA #MalaysiaGoldAssociation

#Touchngo #boost #health&beautyessentialsweek




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers