Marker Dab-A-Dot
Bantu Meningkatkan Koordinasi Mata dan Tangan
Serta Mempertajamkan Kemahiran Motor Halus Anak-Anak
Hari tu Harraz happy sangat bila unboxing Marker Dab-A-Dot dari @kiddosgear ni.. Dia memang suka benda-benda bewarna warni ni.. nak pulak conteng-conteng memang kegemaran dia.. Sampai ke malam dan berhari-hari juga Harraz bermain dengan Marker Dab-A-Dot ni.. dia melukis.. mengecop.. dan mewarna pun guna Dab-A-Dot Marker ni..
Sebenarnya aktiviti menconteng, mewarna, melukis, menggunting, menampal, mengoyak kertas, dan juga apa-apa aktiviti yang melibatkan kedua belah tangan kanak-kanak adalah sangat perlu untuk memantapkan lagi kemahiran motor halus kanak-kanak..
Kemahiran motor terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Motor Halus dan Kemahiran Motor Kasar. Motor halus ialah aktiviti fizikal yang melibatkan otot kecil manakala Motor Kasar ialah aktiviti fizikal yang melibatkan otot besar.
Maksud Motor Halus dan Motor Kasar
“Kemahiran Motor” atau “Motor Skills” ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan otot dalam badan. Kemahiran motor terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Motor Halus dan Kemahiran Motor Kasar.
Motor Halus
Kemahiran Motor Halus
Kemahiran Motor Halus atau dalam Bahasa Inggerisnya “Fine Motor Skills” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil – kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari dengan penglihatan.
Menulis dan mewarna adalah contoh kemahiran motor halus
Antara pergerakan yang melibatkan otot kecil merujuk kepada kebolehupayaan koordinasi jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, jari kaki, bibir dan lidah.
Kemahiran Motor Kasar
Kemahiran Motor Kasar atau dan Bahasa Inggeris “Gross Motor Skills” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot besar – iaitu melibatkan seluruh tubuh badan.
Pergerakan yang melibatkan otot besar ialah Kemahiran Motor Kasar
Aktiviti yang melibatkan kemahiran motor kasar merujuk kepada aktiviti seperti berjalan, berlari, melompat, mencangkung dan sebagainya.
KEMAHIRAN MOTOR HALUS
- Melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata & tangan.
- Membolehkan fungsi seperti:
- Menconteng, melukis, mewarna, menggunting
- Menggenggam, memegang, mengetuk, menyepit
- Membaling & menyambut bola
- Mengambil, menggerakkan, menjatuhkan barang.
- Menyelak buku
👐 Kemahiran motor halus boleh ditingkatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti rangsangan.
AKTIVITI RANGSANGAN
Untuk bayi
Contoh permainan tersebut:
'Finger Play song' (Incy wincy spider, The wheel on the bus)
Harraz pun suka lagu-lagu ni.
Bergayut
AKTIVITI RANGSANGAN
Untuk bayi
- Rangsang tapak kaki & tapak tangan dengan objek keras seperti lidi
- Berus tapak tangan & kaki dengan berus mandi/sabut
- Urut bayi sambil bercakap dengan bayi
- Geletek bayi
- 'sensory bag'
- 'sensory mat'
- 'sensory play'
Permainan yang menggalakkan anak menggunakan jari (menggenggam/ mengetuk/ menyepit/ menconteng/ melukis/ menulis/ 'hand-eye coordination/ mewarna, mengoyak, menggunting, menampal)
Contoh permainan tersebut:
'Finger Play song' (Incy wincy spider, The wheel on the bus)
Harraz pun suka lagu-lagu ni.
- 'Lacing'
- 'Playdough'
- Penyepit
- 'Educational Toys'
- Koyak kertas dan kolaj
Bergayut
Bergayut adalah salah satu aktiviti untuk meningkatkan pembangunan motor halus, dalam masa yang sama ia juga meningkatkan;
- pembangunan motor kasar
- daya imbangan
- penglihatan
Mulakan dengan ibu jari hingga ke 'monkey bar'
👏 Faedah bergayut;
- Daya tangan kuat & halus
- Mata lebih fokus
- Koordinasi badan baik
- Dada besar - lebih oksigen
- Faktor kejayaan - ulangan, penguatan, tempoh.
Haa.. sekarang mari TB nak cerita tentang Marker DAB-A-DOT yang start dari unboxing hingga kini harraz suka sangat.. dia happy bermain dengan marker ni sampaikan dibawa ke tempat tidur, tapi lepas dia tertidur TB simpan dalam laci balik sebab nanti berterabur pulak dibuat mainan oleh si adiknya yang sememangnya sukakan benda berwarna warni ni kan.. baby .. tau je lah kan macam mana..
Marker DAB-A-DOT TB dapatkan dari dari @kiddosgear .. memang sangat memuaskan hati.. warna-warna yang menarik dan mudah dipegang untuk tangan yang kecil macam harraz...Nak pulak ia non toxic serta mudah dicuci, so TB tak risau sangat bila harraz bermain dengan Marker ni..
Marker Dab-A-Dot ni sangat bermanfaat bagi kanak-kanak kecil untuk menolong mereka meningkatkan koordinasi mata-tangan, mempertajam kemahiran motor halus dan membina kemahiran pra-menulis. Harraz sampai leka bermain dengan marker Dab-A-Dot ni berjam-jam lamanya.. Ia merupakan satu pembelajaran yang menyeronokkan buat harraz..
Yang paling penting, TB tak perlu risau sebab marker Dab-A-Dot ni :
• Tidak Beracun, Boleh Dibasuh dan Bebas Mess
• Genggaman yang mudah dan tebal untuk tangan sikecil
• Authentic Dot Makers yang direka di Malaysia
Di tangan Harraz ni ada 2 kotak Markers, purple dan kuning..
Kotak bewarna purple tu ada • 6 pcs Classic Dot Markers set
dan kotak yang berwarna kuning tu ada
• 10 pcs Mini Dot Markers set
Kedua-dua Markers ini dijual pada harga RM39.90 setiap satu dan boleh didapati di Shopee & Lazada.
𝐄𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐩𝐮𝐫𝐜𝐡𝐚𝐬𝐞 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐃𝐨𝐭 𝐌𝐚𝐫𝐤𝐞𝐫 𝐬𝐞𝐭 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐛𝐞 𝐞𝐧𝐭𝐢𝐭𝐥𝐞𝐝 𝐟𝐨𝐫 𝐟𝐫𝐞𝐞 𝐃𝐨𝐭 𝐀𝐫𝐭 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐲 𝐩𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐛𝐥𝐞𝐬 (> 𝟏𝟓𝟎𝐩𝐚𝐠𝐞𝐬) 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐞𝐧𝐜𝐨𝐮𝐫𝐚𝐠𝐞 𝐟𝐮𝐧 𝐥𝐞𝐚𝐫𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐝 𝐤𝐞𝐞𝐩 𝐭𝐡𝐞 𝐤𝐢𝐝𝐬 𝐨𝐜𝐜𝐮𝐩𝐢𝐞𝐝 𝐟𝐨𝐫 𝐡𝐨𝐮𝐫𝐬.🌈™
Haa.. Kalau korang mencari sedang mencari Dab-A-Dot Marker ni.. Boleh la search di link dibawah ni yea.
Kalau ada yang berminat korang boleh dapatkan di Shopee ataupun Lazada .. Pasti anak-anak korang akan happy sangat-sangat menghabiskan masa dengan Marker Dab-A-Dot .. dan kalau nak tahu ada pelbagai hasil lukisan boleh dihasilkan menggunakan marker ni tau.. nanti TB share di Intagram yea! Oh ya.. kepada yang nak membeli untuk anak-anak tu bolehlah klik Link shopee atau Lazada dibawah ni yea!
[Shopee]
[Lazada]