Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

05 Disember 2020

5 Sebab Mengapa Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan Dapat Membantu Waktu PKP Ini

grocery delivery

5 Sebab Mengapa Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan 
Dapat Membantu Waktu PKP Ini


Sebelum ni TB selalu perhatikan jiran-jiran yang selalu order makanan dan barang runcit guna aplikasi. TB pula memang agak mundur bab yang ni. haha.. Sehinggalah tiba waktu pandemik ni barulah berjinak-jinak untuk mencuba Aplikasi penghantaran barang runcit atau lebih mudah nak sebut grocery delivery .  Pernah lah beberapa kali TB cuba servis grocery delivery ni, guna Runner pun pernah. Cuma biasalah kan.. kadang-kadang terasa agak mahal pulak upah runner tu.. walauapapun, TB ok je... anggap saja sedekah ketika kegawatan macam ni.. Kita tak tahu struggle orang macam mana kan.. 

Haa.. bagi korang yang belum pernah menggunakan servis penghantaran bahan makanan / barangan runcit ni, mari TB share sikit info tentang ni .


Aplikasi Servis Penghantaran Bahan Makanan  / Grocery Delivery

Servis penghantaran bahan makanan / barang runcit / grocery delivery membolehkan pelanggan membeli dan menerima barang runcit tanpa meninggalkan rumah mereka. Aplikasi ini mengalami pertumbuhan yang besar semasa pandemik COVID-19. Aplikasi penghantaran barang runcit mana yang paling baik bergantung pada tempat tinggal seseorang, kedai mana yang cenderung mereka beli, dan anggarannya. 

Bagaimana Aplikasi Servis Penghantaran Bahan Makanan / Barang Runcit berfungsi? 

Aplikasi penghantaran barang runcit membolehkan pengguna memilih dan memesan barang runcit secara langsung melalui aplikasi. Sebilangan besar aplikasi penghantaran barang runcit adalah perkhidmatan langganan. Ini bermaksud pengguna membayar yuran tahunan atau bulanan sebagai tambahan kepada tanda harga barangan runcit. 

Pengguna juga mempunyai pilihan untuk memberi petunjuk kepada pemandu penghantaran. Sebilangan besar aplikasi menyimpan/save senarai runcit sebelumnya, menjadikannya mudah untuk memesan item yang sama sekali lagi. 

Sekiranya item yang dipesan pengguna tiada, pembeli boleh menghubungi pengguna mengenai penggantian, menukar order sendiri atau membiarkan item tersebut tidak termasuk dalam senarai. Pilihan yang ada bergantung pada aplikasi dan pilihan yang ditunjukkan oleh pengguna. Apa yang menarik, pengguna dapat melihat harga bahan makanan / bahan runcit sebelum membuat pesanan. 

Aplikasi penghantaran barang runcit adalah pilihan yang mudah bagi orang yang ingin mengelak dari keluar ke kedai runcit dan menjimatkan masa untuk membeli makanan. Terdapat banyak aplikasi penghantaran barang runcit yang tersedia untuk dimuat turun pada kedua-dua peranti Apple dan Android. Pilihlah yang mana satu asalkan memudahkan urusan kita.




Aplikasi Servis penghantaran bahan makanan/barang runcit mungkin juga bermanfaat untuk : 
  • Orang kurang upaya fizikal yang membataskan kemampuan mereka untuk membeli-belah di kedai 
  • Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah dan ingin mengelakkan diri dari keluar di khalayak ramai 
  • Semasa musim sejuk dan selesema 
  • Orang yang mengalami gangguan kecemasan sosial, gangguan tekanan pasca trauma, atau keadaan kesihatan mental lain yang boleh membuat belanja menjadi tertekan 
  • Wanita yang baru lepas bersalin atau pembedahan 
  • Ibu bapa atau penjaga yang sibuk

GROCERY DELIVERY


5 Sebab Mengapa Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan 
Dapat Membantu Waktu PKP Ini


1. MENGURANGKAN KESESAKAN 
Aplikasi penghantaran bahan makanan dapat membantu waktu PKP ini kerana dengan menggunakan aplikasi penghantaran, kita dapat mengurangkan jumlah orang di kedai, dapat mengelakkan kesesakan diluar sana dan dapat membataskan diri dari berisiko dijangkiti Covic19, dengan itu secara tidak lansung kita juga dapat melindungi kesihatan individu dan awam. 


 2. MUDAH
Hal ini sangat menguntungkan pelanggan dan Pekedai itu sendiri. Ketika pandemik ini semua orang termasuk pelanggan dan pekedai juga pastinya mahu menghadkan pergerakan selagi boleh, sehingga nak order makanan pun kalau boleh tekan butang je terus hantar kepada pelanggan atau pelanggan pula hanya mahu makanan sampai depan dia,  tak perlu nak berasa risau untuk ke kedai yang ditakuti pernah dikunjungi pesakit covic19 . 

Haa.. itu kalau lapar nak makan, kalau yang jenis suka masak sendiri tapi malas nak keluar beli bahan makanan/masakan pulak? macam mana? Haaa.. sebab itu wujud nya Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan ni. Memudahkan semua orang sangat-sangat.


BERATUR PANJANG IKUT SOP


3. TIDAK PERLU BERATUR PANJANG
Pernah lah TB pesan Hubby belikan barang di satu pasaraya tu, tunggu punya tunggu tak muncul-muncul pun hubby nya.. Sampai nak dekat 1 jam menunggu dia dirumah. TB pun whatsapp dan tanya lah kenapa lambat, dia pun send gambar orang tengah beratur panjang didepan dia.. Allahu.. Penatnya lah melihat.. Dari situ lah TB dah jarang nak pesan-pesan barang sebab dah tau kena beratur panjang gitu. Lagipun situ jelah pasaraya yang ada pun dekat rumah TB. Rata-rata pengunjung memilih pasar awam berkenaan sebab disitu terdapat barangan keperluan yang lengkap selain berjaya mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Haa.. Dari situasi macam ni lah pentingnya menggunakan aplikasi penghantaran bahan makanan, Aplikasi penghantaran bahan makanan membolehkan pelanggan memesan bahan makanan hanya dengan satu sentuhan butang. Pelanggan boleh menjadualkan pesanan mereka untuk masa yang disukai jika perlu. Tak perlu lagi nak beratur panjang untuk membeli barang keperluan dan bahan makanan. 


REVIEW


4. MUDAH NAK PILIH KEDAI SEBAB ADA REVIEW
Guna Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan ni banyak kelebihannya dan sangat membantu pengguna dalam membuat pesanan / belian . Apa yang menarik ialah, kalau guna aplikasi penghantaran bahan makanan ini, kita boleh baca setiap ulasan atau penilaian / review dari pelanggan yang telah menggunakan aplikasi tersebut. Dari situ kita dapat menilai dengan mudah dan berpeluang mengambil pengalaman orang sebelum membuat pesanan. dan kita juga boleh tinggalkan review atau maklum balas kita tentang apa yang kita dah order / pesan di aplikasi tersebut untuk dijadikan panduan untuk pelanggan lain.


SAVE MONEY



5. MENJIMATKAN WANG KERANA ADA  DISKAUN / PROMOSI: 
Pernah tak korang dapat harga yang murah ketika membeli sesuatu menggunakan Aplikasi tetapi harga itu korang takkan dapat apabila membeli di kedai? Haaa.. ini yang TB nak cerita dengan korang ni. Kebanyakan aplikasi rata-ratanya selalu menawarkan promosi atau diskaun kepada pelanggan.Tawaran / Diskaun akan tertera di aplikasi tersebut dimana semua info / maklumat mengenai waktu / hari tawaran tertentu bermula, turut dipaparkan maklumat promosi lain yang boleh kita grab.

Ekonomi yang merudum ketika Pandemik ini sememangnya menguji kehidupan semua orang. Pastinya semua berusaha untuk kawal perbelanjaan harian termasuklah dalam urusan membeli bahan mentah untuk memasak dan keperluan  runcit lain. Pastinya pada waktu inilah paling sesuai kita menggunakan apa sahaja yang boleh menyenangkan kita .  

 
PANDAMART


Order Bahan Makanan dan Barang Runcit  Guna Aplikasi pandamart

haa.. banyak aplikasi servis penghantaran yang boleh korang guna untuk beli bahan makanan untuk dimasak, barangan keperluan dan barang runcit  dan antara aplikasi servis penghantaran yang korang boleh cuba ialah  Pandamart by Foodpanda

Memandangkan sekarang ni semuanya di hujung jari, foodpanda telah meluaskan perniagaan mereka melalui pandamart. Dengan pandamart, korang boleh memesan barangan keperluan seperti barangan runcit, kecantikan dan produk penjagaan bayi. Antara rakan niaga mereka ialah S & J Co Gift Shop, Shell Select, Matahari dan Vapempire.

Sekarang ni kalau susu habis ke, kopi habis ke, atau  bahan mentah habis ke, tak perlu risau dah.. order je di Pandamart (install aplikasi ni dulu yea) dan  kedai foodpanda  akan menyampaikan semua barangan runcit melalui aplikasi foodpanda. Kini Pembelian dalam talian setiap hari menjadi mudah. Pilih apa sahaja dari bahan makanan hingga minuman hingga kesihatan hingga farmaseutikal dan juga elektronik. 

Pergi ke checkout dan penunggang kedai foodpanda akan berada di depan pintu korang. 

Kelebihan beli di Pandamart :
✔️ tiada nilai pesanan minimum 
✔️ pilih kedai runcit kegemaran anda 
✔️ barang berpatutan setiap hari dihantar 
✔️ Masa penghantaran purata 25 minit

Haa.. sekarang dah nampak tak pentingnya aplikasi servis penghantaran makanan ketika waktu PKP ni? Harap ia memudahkan semua orang lah yea.. 


Note :
photo extract from Google



26 November 2020

Resepi Ayam Kenny Rogers Melatop

 Resepi Ayam kenny Rogers Melatop


Resepi Ayam Kenny Rogers Melatop 


Hai.. hari ni TB nak share satu resepi yang TB nampak mudah dari pemilik FB yang popular ni bernama Cik Pooja . TB teringin nak try buat masakan ni tapi TB belum ada Oven lagi.. Tapi dalam proses nak beli oven la ni.. tak sabar rasanya nak buat.. Nanti boleh la guna resepi cik Pooja yang nampak menyelerakan ni.. betul tak? tengok gambar pun dah terliur.. TB tengah target Air Fryer, Mixer, Oven, Breadmaker tu.. Tapi kena sabar dulu la kan.. hehehe.. kumpul slow-slow.. lama-lama dapat lah yang dihajati.. InsyaAllah.. 

Cuma dok la fikir nanti kalau beli hubby pulak bising sebab nanti nak pindah susah sebab banyak barang. Nak angkut tu dia sorang katanya.. Aishh.. Habis tu bila nak beli nya kan.. tengah ada duit ni.. boleh la beli siap-siap.. Nanti dah pindah umah barang-barang ni dah ada.. Kalau beli lepas masuk rumah, memang tak ter beli la kot sebab dah tentu duit akan habis untuk renovate rumah ke apa kan.. Lagipun, entah bila la pindahnya pun.. 

Eh.. apa TB merepek ni? Nak cerita pasal resepi udah melarat-larat ke lain pulak yea.. hahaha.. ok lah.. moh le kita lihat resepi yang mudah lagi sedap ni.. heee.. tak rasa lagi dah kata sedap yea.. Tapi tengok gambar atas ni memang nampak sedap kan!

Haa.. Ni dia Resepi yang TB beria nak share tapi dok melalut ke kisah TB pulak. hahaha.. Ok lah, korang suka makan Ayam Kenny Rogers tak? Berapa kali dah korang makan? TB pulak, seingat TB baru sekali makan masa zaman sekolah dulu, dengan kawan sekolah. Lepas berkahwin ada la 2 kali kot makan dengan hubby TB, tu pun sempena hari Istimewa kami.. syok je rasa.. Tapi makan tak puas sebab portion dia kecil je untuk seorang punya makan. Tak tahu lah sekarang ni dah besar portion nya, korang try la pergi makan situ yea.. Lepas tu bagi tahu TB balik.. hehehehe.. 

Eh, sebelum termelalut lebih lanjut.. eloklah korang tengok resepi kat bawah ni.. Lepas tu try dan komen kat sini bagi tahu apa rasa dia.. tapi pastikanlah resepi korang tu jadi yea.. jangan la hangit pastu komen sini kata resepi tak best.. walhal korang yang tak jaga temperature oven.. kih3..  Ok stop! tak nak melalut dah.. hahahaha.. 


Resepi Ayam Kenny Rogers Melatop 

Bahan-Bahan 
  • 1 ekor ayam (cuci bersih)
  • (belah di bahagian dada untuk mudahkan cuci dalamannya)
  • 2 labu bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar pati Oren sunquick (yang dalam botol tu)
  • 1 senduk sos blackpaper @sos lada hitam
  • 3 sudu besar majerin (cairkan atas api)
  • 1 biji ubi kentang (rebus empuk)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula pasir

Kentang,brokoli, tomato cerry tu optional yea...tak nak letak pun boleh.. ayam tetap rasa sedap . Tapi kalau letak lagi bagus, menampakkan lagi menyelerakan macam makan kat Kenny Rogers tu.. kan!

Kesemua bahan-bahan ini di kisar / di blend dengan sedikit air (suku cawan air je) . Dah kisar semua  tu bakar suhu 200° /  1 JAM atau sampai masak (bergantung pada oven masing-masing la yea

Kalau suka yang crunchy diluar lembut juicy didalam... Letak la suhu tinggi


Resepi Sos Untuk Cicah Ayam

5 ulas bawang putih
5 atau 6 biji cili melaka...( tak kisah la yang merah atau hijau boleh je mana-mana suka )

Tumbuk 2 bahan ni. Lepas tu... bolehlah masukkan 
  • Air perahan limau nipis ( 2 biji )
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • Suku cawan air panas

Gaul semua bahan-bahan ni smpai sebati dan cukup rasanya seia sekata ...( tak  perlu dimasak)


Wah, memang tak susah mana pun resepi ni kan.. bahan-bahan pun mudah dicari. Alangkah bestnya kalau dapat oven, bolehlah kita meroket buat resepi ni kan.. TB ni alergik ayam tapi ayam tu jugaklah kegemaran TB.. huhuhu.. jenuh la kan.. Yang suka ayam tapi tak boleh makan ayam.. 

Haa.. Apa-apa pun.. korang boleh la try resepi ni.. TB rasa kalau betul cara-caranya dan tidak derhaka pada resepi.. pasti jadi .. hahaha.. TB kata macam ni sebab ada je yang suka ubah-ubah rsepi, bila tak jadi salahkan tuan punya resepi.. hihihi.. Siapa kat sini suka ubah resepi macam tu? Mesti ada kan.. Macam TB jugak laaa.. opss.. 

So.. Kalau nak buat, ikut betul-betul resepi ni yea.. jangan gatal nak tambah-tambah itu ini, jangan pulak nak kurangkan itu ini kang dua-dua tak jadi.. good luck semua.. 


Credit Resepi dan Gambar :

23 November 2020

RESEPI PULUT MANGGA MUDAH DAN SEDAP

Pulut Mangga

RESEPI PULUT MANGGA MUDAH DAN SEDAP

Antara makanan yang TB teringin nak makan tapi belum pernah dapat lagi. Asyik ternampak-nampak je menu ni lalu di Facebook. Nak buat sendiri taktau mana nak cari mempelam.. Kalau dulu boleh juga la beli mempelam kat depan umah tu.. Sekarang dah pindah tempat kedai mempelam pun tak jumpa.. Huhuhu.. Alasannn.. Yang yea nya malas.. Kikiki.. Tapi apa-apa pun.. TB tetap nak tepek resepi kat sini sebab TB pasti satu hari nanti akan buat jugak. Hehehe.. Bagi TB hafal dulu jalan-jalan kat tempat baru ni ye... 

Aoa-apa pun jom tengok resepi kudah ni.. Kot korang pun boleh cuba buat.. Dah buat post kat TB sikit yea.. Hee.. 

BAHAN-BAHAN
3 biji mangga-potong ikut suka
2 sudu besar bijan . Goreng tanpa mnyak

PULUT KUKUS

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut-rendam semalaman atau 4 jam

1/2 santan pekat + air secukupnya + 1/4 sudu kecil garam

2 helai daun pandan- carikkan

Cara-cara:

1-Tos pulut dan masukkan dlam pngukus.kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan dalam bekas.

2- tuang santan yang digaul bersama garam.gaul bersama santan hingga rata.tuangkan sdikit demi sdikit sehingga pulut lembut

3-msukkan kembali pulut ke dalam pngukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak. 

SOS SANTAN

Bahan- bahan: 

1/2 cawan santan kotak 
1 cawan air
1 sudu kecil garam
1 helai daun pndan 
1 sudu kecil tepung jagung- larutkan dengan sdikit air

Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga mendidih. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi tepung jagung....da pekat tutup api... sos santan siap...

21 November 2020

Resepi Sup Telur Chinese Style

Resepi Sup Telur Chinese Style

Resepi Sup Telur Chinese Style


TB terjumpa resepi ni dan terasa nak cuba sebab bahan-bahan dia mudah je. Nampak sedap dan menyelerakan..  Mesti budak-budak suka. 

Sup Telur Chinese Style ni Resepi dari seorang pengguna Facebook.. Korang boleh tengok siapakah gerangan empunya resepi ni di bawah sekali. 

Nampak sedap sebab berwarna merah oren keserian dari warna stick crab yang ditambah sebagai penambah selera. 

Kata empunya resepi ni puan Zurina Zulkefli, kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel. TB rasa macam pernah makan sup telur chinese style ni tapi masa tu stick crab tu tak ada dalam bahan-bahannya.. Tapi ada Enoki mushrooms yang panjang-panjang kurus tu.  

Apa-apa pun.. Tak kisahlah gaya dan bahan apa korang nak letak.. Jom tengok resepi nya yang mudah ini. 


Bahan Utama: 

✓ Bawang putih (cincang halus)
✓ Halia (cincang halus)
✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)
✓ Filamen ketam (dihiris nipis)
✓ Telur ayam (dibancuh)
✓ Tepung jagung (dibancuh)


Cara memasak:

1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih. 

2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak. 

3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat. 

4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal. 








5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat. 

6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan. 

Pssstt.  Bila dah tengok resepi ni terasa macam bahan yang sama buat kuah kuehteow kungfu lak.. Cuma yang tu kenalah tambah bahan.. Carrot, kubis bunga,  brokoli atau sayur lain yang disukai.. 

Selamat mencuba. 




Credit: 
Zurina Zulkefli, Melaka , 
via MAHN



13 November 2020

11.11 Double Digit Sales Gold & Jewellery , KBBM & Super Brand Store

pg mall

11.11 Double Digit Sales Gold & Jewellery , 
KBBM & Super Brand Store



Wah.. PG Mall buat sale lagi untuk semua penggemar emas ni.. hehe.. siapa yang tak suka emas kan.. even orang lelaki pun sibuk belikan emas untuk pasangan dia.. Sebab tahu emas ni lah harta yang tak boleh direbut kalau dah belikan untuk pasangan sebab ia dah menjadi hadiah dan hakmilik wanita  tu sepenuhnya.. Sebab itu wanita suka dihadiahkan barang kemas tau.. haa.. orang lelaki patut tahu tu?.. Tips ambil hati wanita.... haa gituu..  

Memandangkan tu sekarang ni PG Mall sedang buat Tawaran Hebat 11.11  Barang Perhiasan Wanita,  apa kata terjah websiote PG Mall ni kejap untuk lihat barangan kemas yang dijual di sini.. Ada banyak pilihan untuk korang beli, design pun cantik-cantik.. Jangan ter rambang mata sudah bila dah berada dalam website PG Mall ni.. hehehe.. Oh ya.. selalin Tawaran hebat 11.11 Barang perhiasan wanita, terdapat juga tawaran untuk barangan kategori KBBM & Super Brand Store.. rugi tak grab tau!

PGMall


TENTANG PG M,ALL

Oh ya.. lupa nak cerita. Kalau korang nak tahu PG Mall ni apa, mari TB share sedikit info tentang PG Mall ni. Haa.. PG Mall ni adalah platform e-dagang yang ditubuhkan sejak 3 tahun yang lalu dimana mereka telah beroperasi dari tahun 2017 lagi. PG Mall juga merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan yang menjual produk-produk tempatan dan juga produk dari luar negara untuk mereka yang suka membeli belah secara online. 


Penjimatan Setiap Hari di PG Mall

Siapa tak suka produk Berkualiti Terbaik tetapi Harga yang Paling Mampu yang korang nak kan? haa.. Di PG Mall, setiap hari kita dapat lihat promosi yang boleh bantu kita berjimat dalam jangka masa panjang.


Untuk info korang lagi, PG Mall boleh diakses melalui laman web https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=721  ataupun melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store ataupun Google Play. Haa.. 

Pg mall


Selain tu kalau korang nak tahu Melalui kajian dan laporan dari Iprice Insight Report, PG Mall juga antara platform e-commerce yang berada di ranking yang ke 3 teratas dimana ia sering dikunjungi pelanggan yang selalu membeli belah secara online. Pendek kata PG Mall ni dah jadi Kedai Online Rasmi buat mereka yang tiada masa nak keluar membeli belah dan tak mahu bersesak-sesak untuk shopping.. 

Pembeli PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Kehidupan, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Otomotif hingga E-Voucher. Yang menariknya adalah jumlah produk PG Mall sentiasa meningkat setiap hari kerana PG Mall memperluaskan keluarga penjual / Seller / Kedai untuk menjual secara dalam talian di Malaysia di pasaran terbuka ini.


Jom Shopping di PG MALL 

Sejak MCO hari tu, TB memang semakin kerap shopping online je, seperti dah terbiasa bila setiap bulan ada je barang yang nak dibeli. Hehehe.. Yelah kan, kalau beli secara online ni mudah, tak perlu nak rushing bersiap nak keluar, tak perlu nak tempuh jammed, tak perlu nak berebut tempat parking, dan beratur panjang dekat kaunter. Malah kita boleh shopping online pada bila-bila masa je.. hanya klik klik klik, bayar dan tunggu barang sampai.. jimat masa, jimat kos minyak kereta,, segalanya mudah dan selamat. 


Kelebihan Shopping di PG Mall 

  1. Harga produk dan perkhidmatan adalah rendah dan mampu beli
  2. Menjimatkan masa, tenaga dan tiada had masa untuk shopping (bila-bila masa je)
  3. Mudah dan selamat (bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada)
  4. Pelbagai diskaun dan cashback yang menarik
  5. Menyokong peniaga tempatan (produk dan barangan tempatan)
  6. Mempunyai sistem e-wallet/sistem ‘payment gateway’/ pembayaran online (Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay)


Haa.. SELESAI  sudah perkenalkan sedikit info tentang PG Mall ni.. ni TB nak share pulak offer-offer menarik yang sedang berlansung ketika ini sehingga bulan Disember nanti.. 


Tawaran Diskaun Di PGMall JEWELLERY

PGMall JEWELLERY


Untuk membuat pembelian Eksklusif dari 10 hingga 12 Nov 2020, korang boleh masukkan kod-kod dibawah ni ye. Untuk mendapatkan diskaun semasa membuat pembelian nanti.


PGJewel -: KBBM30

Aurora -: FPX10

Tai fook -: KBBM30

Muzium Emas PG -: FPX10


Kalau korang semua nak tengok barangan kemas atau apa-apa sahaja barang perhiasan wanita yang ada dijual di PGMall ni, korang boleh klik link ni ye >> https://pgmall.my/gold-jewellery-day

Terdapat pelbagai pilihan disitu yang boleh korang boleh tengok dan silap-silap boleh rambang mata. dibuatnya, tak tahu mana nak pilih..  Sudah sinonim wanita dan emas tberpisah tiada, kan! So.. buat lelaki yang tercari-cari hadiah best untuk pasangan korang.. apa kata jenguk website PG Mall Jewellery ni.. Pasti ada yang berkenan di hati pasangan tu.. Nak senang biar pasangan tu pilih sendiri.. haha.. 



Kempen Membeli Barangan Malaysia ( KBBM)

Haa.. Tadi kat atas tu mesti ada tertanya-tanya   KBBM tu apa.. hehe.. TB pun pada mulanya tertanya jugak apa maksud   KBBM tu.. Rupa-rupanya    KBBM ialah short form bagi   Kempen Membeli Barangan Malaysia  .. Haaa.. kalau korang nak tahu selain dari barang perhiasan wanita, di PG Mall juga sedang ada offer untuk KBBM & Super Brand Store .


Tawaran ini bermula dari bulan Julai yang lalu sehingga bulan Disember ini, PGMall ada menawarkan jualan barangan tempatan. Contohnya Beli produk keperluan rumah, barangan runcit, barangan Kanak-kanak dan Bayi, barangan penjagaan Kesihatan & Kecantikan, Automotif & Sukan, Peralatan Elektronik, Fesyen dan sebagainya.


PG Mall


Oh ya.. disamping itu mereka juga mempunyai slogan yang tersendiri iaitu Sokong Produk Tempatan dengan #BarangBaikBarangkita .. Haa.. kan bagus kita sokong produk tempatan, bagus asangat inisiatif PG Mall buat kempen gini.. barangan tempatan pun ada standart dia jugak, betul tak?

Haaa.. Dekat mana korang boleh tengok barang-barang ini? Korang just klik link ini okey >> https://pgmall.my/proudly-local-campaign


PGMall


PGMall



Antara kedai yang terpilih dan terlibat untuk KBBM ialah :-

• Dr.Irma Skincare | https://pgmall.my/DR.-IRMA-SKINCARE

• Foodzyla | https://pgmall.my/Foodzyla-Shop-1

• Herbal | https://pgmall.my/Herbal

• Pagoda | https://pgmall.my/PAGODA-1

• SIN SING COFFEE OFFICIAL STORE | https://pgmall.my/SIN-SING-COFFEE-OFFICIAL-STORE-1

• Prowell | https://pgmall.my/Prowell-1

• Sin Teo Hiang Biscuits Sdn Bhd | https://pgmall.my/Sin-Teo-Hiang-Biscuits-Sdn-Bhd-1

• Sin Lian Seng & Sons Sdn Bhd| https://pgmall.my/seller.../Sin-Lian-Seng-amp;-Sons-Sdn-Bhd

• Sabahborneo123 | https://pgmall.my/Sabahborneo123-1

• NFA Mismis | https://pgmall.my/NFA-MISMIS



PG Mall


PGMall


PG Mall


Okay, selain dari tu, kalau korang semua tak pasti, kedai mana yang terpilih untuk jualan Super Brand Store pula, korang boleh tengok link yang TB sediakan dibawah ni ye. Bolehlah shopping puas-puas di situ okeh.


1. P&G Official Store | https://pgmall.my/P-and-G-Official-Store

2. BRAND'S SUNTORY (M) SDN BHD | https://pgmall.my/BRANDS-SUNTORY-(M)-SDN-BHD

3. REVLON Official Store | https://pgmall.my/REVLON-Official-Store-1

4. Crocs | https://pgmall.my/CROCS-1

5. Nestlé Online Store | https://pgmall.my/Nestl%C3%A9-Online-Store-1

6. Julie's | https://pgmall.my/Julies

7. Focus Point | https://pgmall.my/Focus-Point-1

8. GINTELL (M) SDN BHD | https://pgmall.my/GINTELL-(M)-SDN-BHD-1

9. Skechers Malaysia| https://pgmall.my/Skechers-Malaysia

10. vivo Malaysia | https://pgmall.my/vivo-Malaysia-1

11. HURIX'S| https://pgmall.my/HURIXS-1

12. G2000 Malaysia Official Store | https://pgmall.my/G2000-Malaysia-Official-Store-1


 Haa.. Sementara ada tawaran promosi yang hebat.  apa tunggu lagi? Shop now & Add to Cart now ! 


About PGMall:
Website: www.pgmall.my

Facebook: 
www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram: 

Telegram : 




#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #1111sales #superbrandstore #Stayathome 






11 November 2020

Marker Dab-A-Dot Bantu Meningkatkan Koordinasi Mata dan Tangan Serta Mempertajamkan Kemahiran Motor Halus Anak-Anak

DAB-A-DOT MAKERS


Marker Dab-A-Dot 
Bantu Meningkatkan Koordinasi Mata dan Tangan 
Serta Mempertajamkan Kemahiran Motor Halus Anak-Anak


Hari tu Harraz happy sangat bila unboxing Marker Dab-A-Dot dari @kiddosgear ni.. Dia memang suka benda-benda bewarna warni ni.. nak pulak conteng-conteng memang kegemaran dia.. Sampai ke malam dan berhari-hari juga Harraz bermain dengan Marker Dab-A-Dot ni.. dia melukis.. mengecop.. dan mewarna pun guna Dab-A-Dot Marker ni.. 

Sebenarnya aktiviti menconteng, mewarna, melukis, menggunting, menampal, mengoyak kertas,  dan juga apa-apa aktiviti yang melibatkan kedua belah tangan kanak-kanak adalah sangat perlu untuk memantapkan lagi kemahiran motor halus kanak-kanak.. 

Kemahiran motor terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Motor Halus dan Kemahiran Motor Kasar. Motor halus ialah aktiviti fizikal yang melibatkan otot kecil manakala Motor Kasar ialah aktiviti fizikal yang melibatkan otot besar.


Maksud Motor Halus dan Motor Kasar

“Kemahiran Motor” atau “Motor Skills” ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan otot dalam badan. Kemahiran motor terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Motor Halus dan Kemahiran Motor Kasar.
Motor Halus

Kemahiran Motor Halus

Kemahiran Motor Halus atau dalam Bahasa Inggerisnya “Fine Motor Skills” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil – kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari dengan penglihatan.

kemahiran motor halus

Menulis dan mewarna adalah contoh kemahiran motor halus

Antara pergerakan yang melibatkan otot kecil merujuk kepada kebolehupayaan koordinasi jari tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki, jari kaki, bibir dan lidah.

Kemahiran Motor Kasar

Kemahiran Motor Kasar atau dan Bahasa Inggeris “Gross Motor Skills” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot besar – iaitu melibatkan seluruh tubuh badan.


Marker Dab-A-dot

Pergerakan yang melibatkan otot besar ialah Kemahiran Motor Kasar

Aktiviti yang melibatkan kemahiran motor kasar merujuk kepada aktiviti seperti berjalan, berlari, melompat, mencangkung dan sebagainya.

KEMAHIRAN MOTOR HALUS

  1. Melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata & tangan.
  2. Membolehkan fungsi seperti:
  3. Menconteng, melukis, mewarna, menggunting
  4. Menggenggam, memegang, mengetuk, menyepit
  5. Membaling & menyambut bola
  6. Mengambil, menggerakkan, menjatuhkan barang.
  7. Menyelak buku

👐 Kemahiran motor halus boleh ditingkatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti rangsangan.


AKTIVITI RANGSANGAN


Untuk bayi
  1. Rangsang tapak kaki & tapak tangan dengan objek keras seperti lidi
  2. Berus tapak tangan & kaki dengan berus mandi/sabut
  3. Urut bayi sambil bercakap dengan bayi
  4. Geletek bayi
  5. 'sensory bag'
  6. 'sensory mat'
  7. 'sensory play'

Permainan yang menggalakkan anak menggunakan jari (menggenggam/ mengetuk/ menyepit/ menconteng/ melukis/ menulis/ 'hand-eye coordination/ mewarna, mengoyak, menggunting, menampal)


Contoh permainan tersebut:
'Finger Play song' (Incy wincy spider, The wheel on the bus)
 Harraz pun suka lagu-lagu ni.
  1.  'Lacing'
  2.  'Playdough'
  3.  Penyepit
  4.  'Educational Toys'
  5.  Koyak kertas dan kolaj


Bergayut
Bergayut adalah salah satu aktiviti untuk meningkatkan pembangunan motor halus, dalam masa yang sama ia juga meningkatkan;
  1.  pembangunan motor kasar
  2.  daya imbangan
  3.  penglihatan

 Mulakan dengan ibu jari hingga ke 'monkey bar'

👏 Faedah bergayut;
  1.  Daya tangan kuat & halus
  2.  Mata lebih fokus
  3.  Koordinasi badan baik
  4.  Dada besar - lebih oksigen
  5.  Faktor kejayaan - ulangan, penguatan, tempoh.


Marker Dab-A-dot


Haa.. sekarang mari TB nak cerita tentang Marker DAB-A-DOT yang start dari unboxing hingga kini harraz suka sangat.. dia happy bermain dengan marker ni sampaikan dibawa ke tempat tidur, tapi lepas dia tertidur TB simpan dalam laci balik sebab nanti berterabur pulak dibuat mainan oleh si adiknya yang sememangnya sukakan benda berwarna warni ni kan.. baby .. tau je lah kan macam mana.. 

Marker DAB-A-DOT TB dapatkan dari dari @kiddosgear .. memang sangat memuaskan hati.. warna-warna yang menarik dan mudah dipegang untuk tangan yang kecil macam harraz...Nak pulak ia non toxic serta mudah dicuci, so TB tak risau sangat bila harraz bermain dengan Marker ni.. 

Marker Dab-A-Dot ni sangat bermanfaat bagi kanak-kanak kecil untuk menolong mereka meningkatkan koordinasi mata-tangan, mempertajam kemahiran motor halus dan membina kemahiran pra-menulis. Harraz sampai leka bermain dengan marker Dab-A-Dot ni berjam-jam lamanya.. Ia merupakan satu pembelajaran yang menyeronokkan buat harraz..


Marker Dab-A-dot


Yang paling penting, TB tak perlu risau sebab marker Dab-A-Dot ni :

• Tidak Beracun, Boleh Dibasuh dan Bebas Mess
• Genggaman yang mudah dan tebal untuk tangan sikecil
• Authentic Dot Makers yang direka di Malaysia


happy kids

Di tangan Harraz ni ada 2 kotak Markers, purple dan kuning.. 

Kotak bewarna purple tu ada • 6 pcs Classic Dot Markers set 
dan kotak yang berwarna kuning tu ada
• 10 pcs Mini Dot Markers set

Kedua-dua Markers ini dijual pada harga RM39.90 setiap satu dan boleh didapati di Shopee & Lazada.

𝐄𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐩𝐮𝐫𝐜𝐡𝐚𝐬𝐞 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐃𝐨𝐭 𝐌𝐚𝐫𝐤𝐞𝐫 𝐬𝐞𝐭 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐛𝐞 𝐞𝐧𝐭𝐢𝐭𝐥𝐞𝐝 𝐟𝐨𝐫 𝐟𝐫𝐞𝐞 𝐃𝐨𝐭 𝐀𝐫𝐭 𝐚𝐜𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐲 𝐩𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐛𝐥𝐞𝐬 (> 𝟏𝟓𝟎𝐩𝐚𝐠𝐞𝐬) 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐞𝐧𝐜𝐨𝐮𝐫𝐚𝐠𝐞 𝐟𝐮𝐧 𝐥𝐞𝐚𝐫𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐧𝐝 𝐤𝐞𝐞𝐩 𝐭𝐡𝐞 𝐤𝐢𝐝𝐬 𝐨𝐜𝐜𝐮𝐩𝐢𝐞𝐝 𝐟𝐨𝐫 𝐡𝐨𝐮𝐫𝐬.🌈™

Haa.. Kalau korang mencari sedang mencari Dab-A-Dot Marker ni.. Boleh la search di link dibawah ni yea.

Marker Dab-A-dot

Kalau ada yang berminat korang boleh dapatkan di Shopee ataupun Lazada .. Pasti anak-anak korang akan happy sangat-sangat menghabiskan masa dengan Marker Dab-A-Dot .. dan kalau nak tahu ada pelbagai hasil lukisan boleh dihasilkan menggunakan marker ni tau.. nanti TB share di Intagram yea! Oh ya.. kepada yang nak membeli untuk anak-anak tu bolehlah klik Link shopee atau Lazada dibawah ni yea!

[Shopee] 

[Lazada] 


10 November 2020

CHEAP TRENDY WOMEN CLOTHING AT FEELINGIRLDRESS ONLINE STORE

feelingirldress

CHEAP TRENDY WOMEN CLOTHING 
AT FEELINGIRLDRESS ONLINE STORE


Holaaaa, today I am interested to share about a website that sells a variety of clothes, it also a great place to buy the best waist trainer, body shaper, dress, Leggings, and sportswear.at a cheap price, and the website I am talking about is Feelingirldress Online Store.

Feelingirldress Online Store is a professional and reliable online shopping center providing a variety of hot selling sexy lingerie, waist trainer, body shaper, dress, Leggings, sportswear with Affordable price .


Blouse Wholesale 


I see a lot of beautiful dresses and sweaters that are definitely a choice of many women out there. Some attracted my attention to buy on the website. This website sells quality clothing with attractive designs as well as other from other existing websites .

Below you can see some of the clothing designs that I like and am interested in buying. The price offered is also very cheap and worth it for us to buy. Surely you also agree with me. right?

If you are interested in the blouse design below, you can reach this link ---> Blouse Wholesale 

Beautiful Dress

for women who like this style of stylo, you will definitely continue to buy this one!

Beautiful Dress

casual clothing suitable for certain occasions

Beautiful Dress

I fell in love with these 3 designs



Cheap Sweater & Cardigans

Now let's talk about beautiful but cheap / quality sweaters and cardigans. I am one of the fans of sweaters and cardigans. I like to collect beautiful sweaters and cardigans. When I visit this website I am interested in sweaters and cardigans on this website.

The price offered is very reasonable and meets the quality I wanted. Take a look at the pictures below, it is among the line of sweaters and cardigans available for sale on this website.

If you are also interested in buying one or all of the sweater and cardigan designs on this website (hehehe), you can click this link .. happy shopping .. =) --> CHEAP CARDIGANS


cardigan

The star pattern on this blouse is very beautiful and made me fall in love


stylo

star pattern again .. I can not run away from it .. haha


beautiful sweater

I like the color on this sweater

Let's take a look at some of my favorite cardigans on this website, there are many other beautiful cardigans but I list which ones I was tempted to buy. Surely the design and quality of a cardigan plays an important role for women in choosing the best, cheap and quality. right?

If you look at the pictures below, do you think there is something that appeals to you all? if so, you can click on the link that i shared above.. 

Cardigan

Attractive colors


cardigan

Soft colors are also available


cardigan

Want a turtleneck sweater? this is it



Black Friday Promotion


If you are looking for a sweat waist trainer, this is the best time to buy.  Feelingirldress Black Friday 2020 is a great discount for you. Your purchase is definitely worth it when you can get a discount Up To 50% OFF for waist belt, body shaper, sports sets available. 

There are about 206 items to choose on wholesale waist trainer that is available for grabs. The choice is yours if you want it for tummy control, curve shaper, butt lifting, or for thigh shaper. The product comes with choices of XS to 3XL with 12 attractive colors.

let's see the picture I shared below, surely women out there will be excited to see it because it is a product that is in high demand for those who want to have a slim body shape.

sweat waist trainer

Among those that attracted me to buy


waist trainer

its look nice. right? 


waist trainer
butt lifter shaper



Talking about this, there are 4 categories of choices depending on your preferred needs either a waist trainer, butt lifter shaper, body shaper, or sweat waist trainer, the choice is yours!

Finally, I want to ask you, does this website attract you to buy here? Definitely the answer Yes right? So, do not miss the opportunity to buy your favorite clothes here , the place to get your products which they have different varieties of products, with too many beautiful dress to choose, and shapewear to wear. Good quality, affordable prices, also on time delivery. 

All of these products are easy searching when your browse the product tag section showing recommended products, hot products, and also fashion dress, at the same time you will be able to see hot deals from time to time.

You also can purchased any with no minimum order.. 


You can place an order from this website directly

Facebook :


04 November 2020

PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN

 PETUA KEMPISKAN PERUT


PETUA KEMPISKAN PERUT 
& BUANG ANGIN DALAM BADAN 


Baru-baru ni saja TB survey petua untuk kempiskan perut dan buang angin dalam badan, search kat Google cara kempis perut, punya la banyak tips. TB scroll punya scroll terjumpalah tips yang ni.. macam best je untuk dicuba sebab bahan-bahannya pun mudah dicari.. ada je kat dapur tu kan.. So TB salin dulu resepi tu dekat sini dan try buat.. Saja letak sini resepi ni takut terlupa satu hari nanti boleh cari balik kan.. 

Resepi ni dari sis  Siti NurJannah . Thankyou sebab sudi share petua atau tips yang boleh bantu wanita-wanita lepas bersalin ni kembali kurus dan sihat.. hehehe.. jom baca apa bahan-bahan diperlukan untuk misi perut kempis ini.. heheheh.. 

Saya kongsikan balik petua ni...yep petua ni lah yang saya ikut lepas beranak anak kedua, memang menjadi...sebab time tu pantang anak kedua ni dulu saya tak pantang betul-betul sampai la masuk kerjea ada sorang member cakap 'apasal perut nampak macam pregnant lagi? hahaha..maksud dia buncit la... 

hahah...time tu memang rasa segan pun ada, tai kita ambil positif dengan teguran dia, cari la petua dalam facebook, terjumpa lah ni... try lah... tak smpai seminggu boleh kempiskan perut dengan petua ni, yang tu paling penting bagi wanita yang lepas bersalin akan ambik berat bahagian perut dulu... betul kan... baru lah kita jaga bahagian-bahagian lain... ni laki pompuan, dah kahwin ke belum boleh cuba... blend pun boleh... saya dulu blend je...

PETUA KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DALAM BADAN 


Pernah tak korang kena tegur dengan suami perut korang buncit lepas bersalin?
Kawan selalu tegur " eh ko mengandung lagi ke?Brape bulan?" Faham sangat perasaan ni time tu jugak rasa nak menyorok masuk dalam kain .

Masalah lemak tepu memang susah nak sental kan? Nah,baca dengan perlahan & tenang. 
Kak ju nak share dengan korang jamu homemade nih.Bahan bahan depan mata kita jer. Tak susah pun nak buat.Yang penting jimat & berkesan.Rajin dengan malas jer.Betul tak?

PETUA KEMPISKAN PERUT


Bahan bahan
3 sudu halba yang direndam selama 2 minit.
3 cm halia.kalau ada halia muda lagi elok
4 ulas bawang putih
15 biji lada hitam

PETUA KEMPISKAN PERUT


Cara cara
Toskan halba yang direndam tadi.Masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.
Kemudian gentel bulat bulat kecil macam maajun .
Simpan dalam peti dalam satu bekas.

PETUA KEMPISKAN PERUT

Cara makan
2 biji pagi& 2 biji malam selepas makan
Khasiat
Makan secara konsisten , perut akan kempis & angin akan keluar.
Pantang larang
Ibu mengandung tidak sesuai
Ibu menyusu sesuai amal bila anak hilang kuning (jaundis)dulu.

Pesanan
Kena rajin buat sit up jugak tau untuk kesan cepat.
SELAMAT MENCUBA!


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers