Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

13 Disember 2020

JUS DARA VOGUE : MEMELIHARA DAN MEMULIHARA KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN WANITA

jus dara vogue

Jus Dara Vogue : Jamu Moden Bantu Jaga Kesihatan Dalaman Luaran Wanita  


Hari tu TB ternampak Instagram artis cantik yang bernama Linda Hashim yang sedang mempromosikan produk Bumiputera kita yang bernama JUS DARA VOGUE . Kelihatan makin cantik Linda sekarang ni, rupa-rupanya ada rahsia disebaliknya yea.. Patutlah pun! Menerusi perkongsian Linda menerusi akaun IG miliknya tu, dia mengamalkan Jus Dara Vogue ni sudah lama.

 

TB pun saja nak tengok sampai habis video tu, sekali ternampak Biego (suami Linda) yang juga pelakon drama, ikut sekali consume Jus Dara Vogue bersama-sama Linda! Wah? lelaki pun boleh minum jamu Jus Dara Vogue ni juga ke? Terbaiklah! Tak pernah lagi TB jumpa lelaki minum jamu sebelum ni.

 

Jus Dara Vogue


Bila lihat Linda yang makin cun dan bahagian di sisi suami dia tu, TB pun tergerak hati juga untuk survey pasal produk ni, gara-gara ternampak lelaki pun boleh minum jus ni juga, of courselah TB rasa hairan. Yelah, kalau lelaki pun boleh minum, boleh la suruh hubby TB tu minum juga.. itupun kalau dia nak mencuba la. Terus terang, hubby TB ni susah sikit nak consume apa-apa produk kesihatan. Takut katanya.. huhu..

 

Tapi kalau TB tunjuk kat dia kandungan dan bahan-bahn selamat yang terdapat dalam Jus Dara Vogue ni, pasti hubby turut rasa nak mencuba. Bukan Jus biasa-biasa ya. Ini JUS BUAH DELIMA PENUH khasiat terbaik dari herba & buahan SEMULAJADI tau!

 

Mudah Minum Dengan Rasa Sedap Buah Delima

Nenek Moyang kita dah amalkan bahan begini sejak dari dulu lagi dan untungnya sekarang kita sudah dapat yang PALING MUDAH DALAM 1 SACHET untuk jaga kesihatan luaran dan dalaman tubuh masing-masing. Rugi kalau tak amalkan.

 

Ini barulah betul-betul boleh dikatakan sebagai Jamu Moden yang dapat memudahkan kita untuk jadi sihat dan cantik. Tak payah nak masuk hutan cari bahan nak buat jamu dah macam dulu. Sekarang ni beli je lepas tu just koyak sachet, terus tuang ke mulut dan telan sampai habis. Haa.. senang kan.. hehehe

 

Ewah.. TB beria cerita seolah-olah macam dah cuba Jus Dara Vogue ni. Sebenarnya, memang TB dah cuba minum Jus Dara Vogue ni pun. Dah seminggu consume, sedap sangat rasa Jus Dara Vogue ni! Nama je jamu tapi rasa ‘jamu moden’ ni sedap sangat-sangat! Ni kalau bagi hubby rasa, agaknya mahu bersachet-sachet dia nak minum. Sekali dah rasa, tentu hubby tak rasa takut-takut untuk minum macam dulu lagi.

 

Jus Dara Vogue, Jamu Moden Yang Bersifat Ready To Drink!

 

TB tertarik nak mencuba Jus Dara Vogue ni selepas buat survey tentang jamu moden rasa delima ni. Menurut info yang TB dapat, Jus Dara Vogue mempunyai 1001 kebaikan dan terus dari sumber semulajadi. TB dapati ianya terbukti berkesan dengan perkongsian ramai  testimoni dari ramai pengguna setia produk ini.

 

Paling buat TB rasa yakin nak cuba bila terbaca yang produk ni sudah lama dipasaran dah semakin menjadi pilihan No.1 di Malaysia dikalangan mereka yang mahu kekal cergas, cantik dan lebih sihat berbanding dulu. Nak pulak datang dengan pakej rasa Jus Dara Vogue yang sedap! Nak consume pun mudah sangat kerana didatangkan dalam sachet yang ready to drink.

 

Dikeluarkan Oleh Tejja Herbs Dengan Harga Berpatutan

 

Untuk pengetahuan korang Jus Dara Vogue ini dikeluarkan oleh syarikat TEJJA HERBS iaitu sebuah company bumiputera yang aktif menghasilkan produk dengan menggunakan bahan semulajadi. Produk mereka telah Lulus KKM dan mempunyai Sijil Halal .

 

Tejja Herbs ialah Syarikat yang telah lama bertapak di pasaran Malaysia dan syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 002215435 -D . Segala produk dari TEJJA HERBS dijamin keasliannya 100%. 

 

Berapa harga? Cerita pasal harga, Jus Dara Vogue ini dijual pada RM 49.90 dan bagi TB harga ini pada tahap yang sangat berpatutan. Yang penting ia diiktiraf KKM & Halal JAKIM .

 

Dah makin panjang lebar TB membebel pasal Jus Dara Vogue ni, korang faham ke apa yang TB cuba sampaikan ni? heheheh.. Ok lah.. bagi yang masih pening lalat tentang apa yang TB cuba sampaikan, di sini TB bantu beri info yang lebih detail untuk korang yang baru nak kenal dengan produk Jus Dara Vogue yang TB dah cuba ni. Di sini TB akan share dengan korang serba sedikit info tentang kelebihan produk Jus Dara Vogue untuk dalaman dan juga luaran tubuh kita. Jom baca sama-sama .

 

 jus dara vogue


APA Itu Jus Dara Vogue & Bahan Yang Terkandung Di Dalam Jus Moden Ini

 

 APA ITU JUS DARA VOGUE?

Jus dara Vogue merupakan minuman kesihatan yang di formulasikan khas untuk gadis, wanita berkahwin dan wanita monoupose. Ia membantu wanita-wanita yang mengalami masalah dalaman seperti Faraj berair , kentut faraj , Keputihan dan vagina longgar. Selain itu ia juga melancarkan darah bagi mereka yang menghadapi Haid tidak stabil. Memantapkan Punggung dan payudara yang kecut dan kendur. Sesuai juga untuk ibu-ibu yang menyusu bayi.

 

Bagi yang mengalami lesu badan, kebas,sakit sendi, sakit tumit dan kerap sakit kepala juga boleh amalkan jus ini untuk memberi kesegaran pada tubuh badan selain ia juga membantu menbuang lemak dan menyingkirkan angin serta toksik dalam badan. Dalam masa yang sama juga ia membantu mengencangkan tekstur kulit.

 

minuman botani

 

APAKAH CIRI-CIRI JUS DARA VOGUE?


Jus Dara Vogue adalah seperti JAMU dalam bentuk MODEN dengan pelbagai khasiat untuk tubuh bertindak seperti JUS PERAPAT yang boleh membantu merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur.


Mempunyai rasa masam manis yang sedap dengan bau yang ‘harum’ (tidak seperti jamu tradisional biasa) . Mudah diminum dan senang untuk di bawa ke mana saja . Boleh diamalkan oleh anak dara, wanita sudah berkahwin, wanita sudah melahirkan anak, wanita yang telah menopaus dan juga KAUM LELAKI.


Boleh beli untuk diamalkan suami isteri sebagai minuman rutin setiap hari

Namun perlu diingatkan, bahawa Jus Dara Vogue ini tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid. Jadi jika kebetulan sedang ating bulan, hentikan dulu sementara kemudian boleh sambung ambil semula kemudian

 Jus Dara Vogue


APAKAH KANDUNGAN BAHAN DALAM JUS DARA VOGUE INI?

 

Kandungan yang terdapat di dalam Jus Dara Vogue  ini ada banyak jenis sebenarnya. JUS DARA VOGUE dalam bentuk  pati asli dan ianya diadun daripada 12 jenis ramuan iaitu :

 

  • Delima
  • Kunyit Hitam
  • Madu
  • Kurma
  • Kacip Fatimah
  • Epal
  • Manjakani
  • Vitamin C
  • Akar serapat
  • Sireh
  • Pegaga
  • Lobata

 

 

Jus Dara Vogue

KELEBIHAN KHASIAT DARI BAHAN-BAHAN ALAMI YANG DIGUNAKAN

 

KUNYIT HITAM – Mengubati dan menetang serangan penyakit kanser,penyakit kulit, cacing dalam badan, bagus untuk awet muda,sangat baik untuk membuang lemak di dalam perut dan menurunkan berat badan,menambah daya antibodi, melawan penyakit, Menghilangkan jerawat dan jeragat,membantu merawat lenguh badan,sendi dan tulang, Membantu penyembuhan diabetes,mengubati penyakit katarak,mengubati asam urat(kejang betis), dan mampu menolak aura negatif dalam badan.



ALMOND – Melembabkan dan menghaluskan kulit,menyingkirkan sel kulit mati,mencerahkan kulit,
Mengatasi Kerutan penuaan, menyihatkan dan melebatkan rambut serta rawatan kelemumur, Menjaga kilauan rambut,meningkatkan daya Ingatan, memperkuatkan sistem saraf, juga mampu menambah darah serta menguatkan imunisasi terhadap bayi yang disusui, mampu membantu meringankan rasa sakit otot yang tegang.


HABATUSAUDA – Anti bakteria, mengatasi penyakit diabetes atau kencing manis, membantu dalam menstabilkan kadar gula dalam darah, meningkatkan sistem imun tubuh,mencegah dan membunuh perkembangan sel kanser,membantu melancarkan pembuangan angin, mengatasi sakit perut,menghangatkan badan, menambah susu badan,membaiki sistem pencernaan tubuh.


KACIP FATIMAH – Mengembalikan tenaga semasa dalam pantang, meningkatkan nafsu seks, mengurangkan masalah kesakitan semasa haid dan mengurangkan gejala menopaus atau putus haid. Dapat merawat angin dalam perut (kembung perut), cirit-birit berdarah, penyakit kelamin dan buasir, awet muda kerana kacip fatimah mampu mencegah penuaan.


SIREH - Mengubati penyakit asma,Menyembuhkan radang tekak,Mengubati luka dalaman, mengubati demam atau suhu badan tinggi, mengelakkan rabun mata,melancarkan haid, mengatasi keputihan dan Menghilangkan bau mulut


MANJAKANI - membantu melambatkan proses penuaan, mencantikkan kulit, membantu mencegah jerawat, mencegah diabetes dan asma,, mencegah kanser serviks dan payudara, Membantu merawat keputihan dan bau tidak menyenangkan, menegangkan oto-otot faraj,mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina, menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah, membantu memberi tenaga dan Memperbaiki tahap penglihatan mata.Ia juga dapat menguatkan gigi dan tulang Memelihara kebersihan mulut. Sangat mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran



LOBATA – Melangsingkan badan, melambatkan proses monopaouse, meremajakan sel kulit, membesarkan dan memperindah bentuk payudara, Menegangkan dan memperindah bentuk punggung,
Merapatkan otot rahim, melancarkan haid Menghitamkan serta menyuburkan rambut, Mengurangkan migrain Mengatasi masalah sukar tidur, menghalang pertumbuhan sel kanser serta mengurangi berat badan serta meningkatkan pembakaran lemak. Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
Menghalangi penyakit pada vagina dan saluran kencing (bladder) Mengetatkan vagina. menghilangkan bau badan dan bau peluh. Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain. Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’, mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara),menegangkan kulit yang kendur. Melambatkan proses penuaan.


KURMA – Memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Membantu mengatasi masalah pencernaan dalam tubuh,mencegah penyakit jantung dan diabetes. Bermanfaat bagi ibu menyusui,Mencegah usus terkena bakteria, mencegah osteoporosis dan menjaga kesehatan tulang. Dapat digunakan untuk penurunan berat badan, membantu untuk meningkatkan libido dan membantu untuk mengatasi penyakit anemia.

  

jus dara untuk lelaki dan perempuan

Khasiat Jus Dara Vogue Yang Sesuai Untuk Lelaki Perempuan

 

Di sini TB senaraikan khasiat Jus Dara Vogue dalam bentuk point 

agar terang mata korang untuk membacanya dengan lebih mudah. Jus Dara Vogue dikatakan mampu bertindak seperti JUS PERAPAT dan mampu untuk membantu wanita dalam merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur. 


Selain itu , terdapat banyak lagi kelebihan Kelebihan Jus Dara Vogue untuk WANITA ini seperti :

1.     Boleh bantu beri tenaga pada tubuh badan

2.     Membantu mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah

3.     Sesuai di minum ketika dalam pantang lepas bersalin

4.     Gadis, wanita berkahwin dan wanita menopause

5.     Faraj berair & kentut faraj

6.     Keputihan dan vagina longgar

7.     Haid tidak stabil

8.     Menyuburkan rahim & peranakan wanita. Baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat

9.     Lesu badan, kebas, sakit sendi tumit dan kerap sakit kepala

10. Berpantang dan menyusu bayi

11. Boleh bantu banyakkan susu

12. Beri rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan

13. Naikkan semula punggung jatuh dan payu dara yang kecut dan kendur

14. Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan

15. Menegangkan dan mencerahkan kulit

16. Memancarkan seri wajah

 

Jus Dara Vogue ini sangat sesuai diamalkan oleh anak dara, wanita yang telah berkahwin, wanita lepas bersalin dan yang telah menopaus pun boleh amalkan. dan paling menarik, KAUM LELAKI pun boleh amalkan minum jus ni.. 

 

Haaa.. Cerita pasal ni, korang nampak tak ramuan semulajadi yang tersenarai di atas? Sebab tu lah lelaki pun sesuai juga amalkan Jus Dara Vogue ni sebab bahan-bahan yang terkandung dalam jus ni semua bahan natural dan selamat di konsumsi baik wanita mahupun lelaki. Jom kita tengok apa Kelebihan Jus Dara Vogue untuk LELAKI pulak .

 

1.     Bantu beri tenaga pada tubuh badan

2.     Kurangkan rasa penat dan lesu

3.     Membantu mengawal paras kolestrol dan gula di dalam darah

4.     Bantu masalah kebas, sakit sendi tumit dan kerap sakit kepala

5.     Beri rasa kenyang untuk kurangkan nafsu makan

6.     Membuang lemak dan menyingkir angin serta toksik dalam badan

7.     Bantu Kempiskan perut yang boroi

8.     Boleh bantu turunkan berat dengan amalan pengambilan yang betul

9.     Menegangkan dan mencerahkan kulit

10. Memancarkan seri wajah


Haa.. jangat ingat perempuan saja yang boleh minum Jus Dara Vogue ni yea, lelaki pun boleh minum. Lagi best bila suami isteri yang minum jus ni. Lepas ni boleh beli untuk diamalkan suami isteri sebagai minuman rutin setiap hari. Tak payah beli banyak-banyak produk. Beli JUS DARA VOGUE ni boleh share ja. Bestkan.

 

 

 Tejja Herbs Perkenalkan Packaging Baru Jus Dara Vogue Dalam Bentuk Sachet


Bagi yang pernah lihat packaging lama Jus Dara Vogue yang dalam botol dulu pastinya akan menyukai packaging terbaru Jus Dara Vogue ini, kerana pihak Tejja Herbs telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan packaging baru Jus Dara Vogue dengan konsep ready to drink. Ini kerana packaging baru dalam bentuk sachet ini kelihatan lebih moden, lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana saja, lebih senang untuk terus minum serta merta dan juga lebih praktikal untuk penyimpanan. Boleh selit dalam beg tangan mahupun poket seluar atau poket baju sebab saiznya yang comel je.. 

 

Packaging lama yang sudah ditukar kepada packaging baru

 

kurus ramping


Haa.. Inilah rupa Jus Dara Vogue yang TB dah try tu.. Ni Packaging Baru Tau.. Packaging lama dia, jusnya dalam botol . Packaging baru tapi rasa dan khasiat dia masih sama. ramuan pun still yang sama dan terbaik untuk kesihatan dalaman dan luaran .

  

Jus Dara Vogue

Haa.. ini dia packaging lama dia.. menarik dan tertarik juga kan.. 

 

jus dara vogue

Dari jus dalam botol kini ke sachet yang mudah dibawah, mudah di konsumsi.. terbaik.. 

jus dara vogue
 Lihatlah, terdapat banyak khasiat  dalam Jus Dara Vogue ni, rugilah bagi sesiapa yang tak nak cuba ni


Jus dara vogue


 Dalam bentuk sachet yang ready to drink, mudah dibawa kemana-mana, saiz yang comel untuk diselit di celah-celah beg tangan, poket baju  mahupun poket seluar. sangat-sangat moden Jamu ni kan!

 

 

jus dara vogue

 

Satu kotak ni berharga RM39.90 dan kandungannya 250ml / ada 15 sachet kesemuanya.. TB ambil 2 sachet sehari, 1 sachet untuk siang, satu sachet lagi minum pada waktu malam sebelum tidur . 

  


 

Haaa.. selain Linda Hashim, ramai lagi artis berkeluarga yang dah amalkan Jus Dara Vogue ni.. antaranya Watie Elite, Azza Elite, Adira, Lisdawati, dan ramai lagi lah.. Semua amalkan Jus Dara Vogue ni, patutlah cantik, sihat, berseri dan bertenaga je diorang ni.. termasuklah Sharifah Shahora ni.. Dah lama TB berkenan tengok dia sebab lawa je dia.. Walaupun dah berumur tetapi badannya maintain je lansing, muka pun elok je berseri-seri. Siapa setuju dengan TB? 

Sebab tu TB pun tertarik nak try juga minum Jus Dara Vogue ni.. hehe.. kalau dapat amalkan lagi bagus. Sebab rasa jus ni pun sedap sangat...  Nak consume pun mudah sangat.. 


Kaedah Penggunaan : Cara Minum Jus Dara Vogue 

1. Ambil 2 sachet setiap pagi & malam. 

2. Minum banyak air putih bagi mempercepatkan kesan penggunaan. 

3. Simpan di tempat sejuk selepas dibuka. 


Testimoni Review Pengalaman Sendiri Selepas Amalkan Jus Dara Vogue 

OK, sekarang TB akan kongsikan pula pengalaman TB selepas minum Jus Dara Vogue ini selama seminggu. Ini bukan semata-mata testimoni untuk review sebaliknya selepas TB minum Jus Dara Vogue mengikut cara penggunaan yang disyorkan, terdapat banyak perubahan yang TB rasa telah berlaku pada tubuh. 

Yang pertama, badan rasa lebih ringan bertenaga tak macam selalu. Dulu rasa lemau je bila bangun pagi tapi sekarang ni dah tiada lagi rasa MALAS. Selain tu TB suka jus ni sebab ia membuatkan tubuh kita berbau wangi dan aura wajah kita nampak lebih berseri-seri berbanding dulu. 

Selain tu badan rasa segar dan tiada lagi sakit sengal badan. Perjalanan darah pun rasa macam lebih lancar. Oh ya, bagi ibu yang menyusu tu, rasanya boleh cuba minum jus ni tau kerana bagi ibu yang menyusu badan, lepas minum jus ni insyaAllah susu badan akan menjadi lebih banyak. Testimoni pengguna lain juga ada kongsikan tentang ni. 

Sekarang TB sedang tabah tunggu kesan yang lagi satu ni. Ramai yang kata lepas minum Jus Dara Vogue ni boleh dapat bentuk tubuh badan yang lebih menarik. Makin kempis perut dan boleh bantu mngeratkan hubungan suami isteri juga.. hehe.. 

Banyak lagi kebaikkan #jusdaravogue ni kena cuba dan rasai sendiri ok 


Jus Dara Vogue

 

Boleh Jana Pendapatan Sampingan Bersama Jus Dara Vogue Dengan Menjadi Agen atau Dropship

 

Ha.. ini ada berita baik buat mereka yang memerlukan pendapatan sampingan dalam situasi pandemik ini. Pihak Tejja Herbs telah membuka peluang kepada yang berminat untuk menjadi ejen atau dropship untuk menjual Jus Dara Vogue ini termasuklah produk mereka yang lain seperti Dr. Beau Serum. Yang bestnya korang tak perlu keluarkan modal untuk join jadi agen atau dropship. So, bolehlah jana pendapatan sampingan terus. 

 

TB faham didalam situasi Pandemik ni, pastinya ramai yang hadapi masalah dengan pekerjaan dan ada juga yang berhadapan dengan situasi mencabar dalam urusan mencari rezeki untuk kelansungan hidup. Ada juga yang diduga dengan pelbagai dugaan seperti dibuang kerja dan ada juga yang terpaksa hadapi masalah bisnes yang semakin parah dan syarikat hampir gulung tikar.

 

Dan TB doakan semoga dengan peluang yang Tejja Herbs tawarkan ini serba sedikit dapat membantu meredakan kebimbangan mereka dalam menghadapi situasi yang mencabar ini .

 

Ok lah, last sekali, buat korang yang tertarik nak beli Jus Dara Vogue ni, boleh lah membuat pembelian melalui website Tejja Herbs yang TB sertakan dibawah sekali ni yea.. 


  \JUS DARA  VOGUE


JUS DARA VOGUE by Tejja Herbs

Harga Pada Kotak | SEM Rm 49.00 | S/S Rm59.00

 

Alamat :

No 16, 1, Jalan Equine 10 C

Taman Equine 43300 Seri Kembangan, Selangor.

 

Untuk Pembelian dan info lebih lanjut mengenai Jus Dara vogue:

 

Website : https://tejjaherbs.com/

Facebook : https://www.facebook.com/jusdaravogue/

Instagram : https://www.instagram.com/jusdaravogue_hq/


05 Disember 2020

5 Sebab Mengapa Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan Dapat Membantu Waktu PKP Ini

grocery delivery

5 Sebab Mengapa Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan 
Dapat Membantu Waktu PKP Ini


Sebelum ni TB selalu perhatikan jiran-jiran yang selalu order makanan dan barang runcit guna aplikasi. TB pula memang agak mundur bab yang ni. haha.. Sehinggalah tiba waktu pandemik ni barulah berjinak-jinak untuk mencuba Aplikasi penghantaran barang runcit atau lebih mudah nak sebut grocery delivery .  Pernah lah beberapa kali TB cuba servis grocery delivery ni, guna Runner pun pernah. Cuma biasalah kan.. kadang-kadang terasa agak mahal pulak upah runner tu.. walauapapun, TB ok je... anggap saja sedekah ketika kegawatan macam ni.. Kita tak tahu struggle orang macam mana kan.. 

Haa.. bagi korang yang belum pernah menggunakan servis penghantaran bahan makanan / barangan runcit ni, mari TB share sikit info tentang ni .


Aplikasi Servis Penghantaran Bahan Makanan  / Grocery Delivery

Servis penghantaran bahan makanan / barang runcit / grocery delivery membolehkan pelanggan membeli dan menerima barang runcit tanpa meninggalkan rumah mereka. Aplikasi ini mengalami pertumbuhan yang besar semasa pandemik COVID-19. Aplikasi penghantaran barang runcit mana yang paling baik bergantung pada tempat tinggal seseorang, kedai mana yang cenderung mereka beli, dan anggarannya. 

Bagaimana Aplikasi Servis Penghantaran Bahan Makanan / Barang Runcit berfungsi? 

Aplikasi penghantaran barang runcit membolehkan pengguna memilih dan memesan barang runcit secara langsung melalui aplikasi. Sebilangan besar aplikasi penghantaran barang runcit adalah perkhidmatan langganan. Ini bermaksud pengguna membayar yuran tahunan atau bulanan sebagai tambahan kepada tanda harga barangan runcit. 

Pengguna juga mempunyai pilihan untuk memberi petunjuk kepada pemandu penghantaran. Sebilangan besar aplikasi menyimpan/save senarai runcit sebelumnya, menjadikannya mudah untuk memesan item yang sama sekali lagi. 

Sekiranya item yang dipesan pengguna tiada, pembeli boleh menghubungi pengguna mengenai penggantian, menukar order sendiri atau membiarkan item tersebut tidak termasuk dalam senarai. Pilihan yang ada bergantung pada aplikasi dan pilihan yang ditunjukkan oleh pengguna. Apa yang menarik, pengguna dapat melihat harga bahan makanan / bahan runcit sebelum membuat pesanan. 

Aplikasi penghantaran barang runcit adalah pilihan yang mudah bagi orang yang ingin mengelak dari keluar ke kedai runcit dan menjimatkan masa untuk membeli makanan. Terdapat banyak aplikasi penghantaran barang runcit yang tersedia untuk dimuat turun pada kedua-dua peranti Apple dan Android. Pilihlah yang mana satu asalkan memudahkan urusan kita.




Aplikasi Servis penghantaran bahan makanan/barang runcit mungkin juga bermanfaat untuk : 
  • Orang kurang upaya fizikal yang membataskan kemampuan mereka untuk membeli-belah di kedai 
  • Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah dan ingin mengelakkan diri dari keluar di khalayak ramai 
  • Semasa musim sejuk dan selesema 
  • Orang yang mengalami gangguan kecemasan sosial, gangguan tekanan pasca trauma, atau keadaan kesihatan mental lain yang boleh membuat belanja menjadi tertekan 
  • Wanita yang baru lepas bersalin atau pembedahan 
  • Ibu bapa atau penjaga yang sibuk

GROCERY DELIVERY


5 Sebab Mengapa Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan 
Dapat Membantu Waktu PKP Ini


1. MENGURANGKAN KESESAKAN 
Aplikasi penghantaran bahan makanan dapat membantu waktu PKP ini kerana dengan menggunakan aplikasi penghantaran, kita dapat mengurangkan jumlah orang di kedai, dapat mengelakkan kesesakan diluar sana dan dapat membataskan diri dari berisiko dijangkiti Covic19, dengan itu secara tidak lansung kita juga dapat melindungi kesihatan individu dan awam. 


 2. MUDAH
Hal ini sangat menguntungkan pelanggan dan Pekedai itu sendiri. Ketika pandemik ini semua orang termasuk pelanggan dan pekedai juga pastinya mahu menghadkan pergerakan selagi boleh, sehingga nak order makanan pun kalau boleh tekan butang je terus hantar kepada pelanggan atau pelanggan pula hanya mahu makanan sampai depan dia,  tak perlu nak berasa risau untuk ke kedai yang ditakuti pernah dikunjungi pesakit covic19 . 

Haa.. itu kalau lapar nak makan, kalau yang jenis suka masak sendiri tapi malas nak keluar beli bahan makanan/masakan pulak? macam mana? Haaa.. sebab itu wujud nya Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan ni. Memudahkan semua orang sangat-sangat.


BERATUR PANJANG IKUT SOP


3. TIDAK PERLU BERATUR PANJANG
Pernah lah TB pesan Hubby belikan barang di satu pasaraya tu, tunggu punya tunggu tak muncul-muncul pun hubby nya.. Sampai nak dekat 1 jam menunggu dia dirumah. TB pun whatsapp dan tanya lah kenapa lambat, dia pun send gambar orang tengah beratur panjang didepan dia.. Allahu.. Penatnya lah melihat.. Dari situ lah TB dah jarang nak pesan-pesan barang sebab dah tau kena beratur panjang gitu. Lagipun situ jelah pasaraya yang ada pun dekat rumah TB. Rata-rata pengunjung memilih pasar awam berkenaan sebab disitu terdapat barangan keperluan yang lengkap selain berjaya mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Haa.. Dari situasi macam ni lah pentingnya menggunakan aplikasi penghantaran bahan makanan, Aplikasi penghantaran bahan makanan membolehkan pelanggan memesan bahan makanan hanya dengan satu sentuhan butang. Pelanggan boleh menjadualkan pesanan mereka untuk masa yang disukai jika perlu. Tak perlu lagi nak beratur panjang untuk membeli barang keperluan dan bahan makanan. 


REVIEW


4. MUDAH NAK PILIH KEDAI SEBAB ADA REVIEW
Guna Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan ni banyak kelebihannya dan sangat membantu pengguna dalam membuat pesanan / belian . Apa yang menarik ialah, kalau guna aplikasi penghantaran bahan makanan ini, kita boleh baca setiap ulasan atau penilaian / review dari pelanggan yang telah menggunakan aplikasi tersebut. Dari situ kita dapat menilai dengan mudah dan berpeluang mengambil pengalaman orang sebelum membuat pesanan. dan kita juga boleh tinggalkan review atau maklum balas kita tentang apa yang kita dah order / pesan di aplikasi tersebut untuk dijadikan panduan untuk pelanggan lain.


SAVE MONEY



5. MENJIMATKAN WANG KERANA ADA  DISKAUN / PROMOSI: 
Pernah tak korang dapat harga yang murah ketika membeli sesuatu menggunakan Aplikasi tetapi harga itu korang takkan dapat apabila membeli di kedai? Haaa.. ini yang TB nak cerita dengan korang ni. Kebanyakan aplikasi rata-ratanya selalu menawarkan promosi atau diskaun kepada pelanggan.Tawaran / Diskaun akan tertera di aplikasi tersebut dimana semua info / maklumat mengenai waktu / hari tawaran tertentu bermula, turut dipaparkan maklumat promosi lain yang boleh kita grab.

Ekonomi yang merudum ketika Pandemik ini sememangnya menguji kehidupan semua orang. Pastinya semua berusaha untuk kawal perbelanjaan harian termasuklah dalam urusan membeli bahan mentah untuk memasak dan keperluan  runcit lain. Pastinya pada waktu inilah paling sesuai kita menggunakan apa sahaja yang boleh menyenangkan kita .  

 
PANDAMART


Order Bahan Makanan dan Barang Runcit  Guna Aplikasi pandamart

haa.. banyak aplikasi servis penghantaran yang boleh korang guna untuk beli bahan makanan untuk dimasak, barangan keperluan dan barang runcit  dan antara aplikasi servis penghantaran yang korang boleh cuba ialah  Pandamart by Foodpanda

Memandangkan sekarang ni semuanya di hujung jari, foodpanda telah meluaskan perniagaan mereka melalui pandamart. Dengan pandamart, korang boleh memesan barangan keperluan seperti barangan runcit, kecantikan dan produk penjagaan bayi. Antara rakan niaga mereka ialah S & J Co Gift Shop, Shell Select, Matahari dan Vapempire.

Sekarang ni kalau susu habis ke, kopi habis ke, atau  bahan mentah habis ke, tak perlu risau dah.. order je di Pandamart (install aplikasi ni dulu yea) dan  kedai foodpanda  akan menyampaikan semua barangan runcit melalui aplikasi foodpanda. Kini Pembelian dalam talian setiap hari menjadi mudah. Pilih apa sahaja dari bahan makanan hingga minuman hingga kesihatan hingga farmaseutikal dan juga elektronik. 

Pergi ke checkout dan penunggang kedai foodpanda akan berada di depan pintu korang. 

Kelebihan beli di Pandamart :
✔️ tiada nilai pesanan minimum 
✔️ pilih kedai runcit kegemaran anda 
✔️ barang berpatutan setiap hari dihantar 
✔️ Masa penghantaran purata 25 minit

Haa.. sekarang dah nampak tak pentingnya aplikasi servis penghantaran makanan ketika waktu PKP ni? Harap ia memudahkan semua orang lah yea.. 


Note :
photo extract from Google



26 November 2020

Resepi Ayam Kenny Rogers Melatop

 Resepi Ayam kenny Rogers Melatop


Resepi Ayam Kenny Rogers Melatop 


Hai.. hari ni TB nak share satu resepi yang TB nampak mudah dari pemilik FB yang popular ni bernama Cik Pooja . TB teringin nak try buat masakan ni tapi TB belum ada Oven lagi.. Tapi dalam proses nak beli oven la ni.. tak sabar rasanya nak buat.. Nanti boleh la guna resepi cik Pooja yang nampak menyelerakan ni.. betul tak? tengok gambar pun dah terliur.. TB tengah target Air Fryer, Mixer, Oven, Breadmaker tu.. Tapi kena sabar dulu la kan.. hehehe.. kumpul slow-slow.. lama-lama dapat lah yang dihajati.. InsyaAllah.. 

Cuma dok la fikir nanti kalau beli hubby pulak bising sebab nanti nak pindah susah sebab banyak barang. Nak angkut tu dia sorang katanya.. Aishh.. Habis tu bila nak beli nya kan.. tengah ada duit ni.. boleh la beli siap-siap.. Nanti dah pindah umah barang-barang ni dah ada.. Kalau beli lepas masuk rumah, memang tak ter beli la kot sebab dah tentu duit akan habis untuk renovate rumah ke apa kan.. Lagipun, entah bila la pindahnya pun.. 

Eh.. apa TB merepek ni? Nak cerita pasal resepi udah melarat-larat ke lain pulak yea.. hahaha.. ok lah.. moh le kita lihat resepi yang mudah lagi sedap ni.. heee.. tak rasa lagi dah kata sedap yea.. Tapi tengok gambar atas ni memang nampak sedap kan!

Haa.. Ni dia Resepi yang TB beria nak share tapi dok melalut ke kisah TB pulak. hahaha.. Ok lah, korang suka makan Ayam Kenny Rogers tak? Berapa kali dah korang makan? TB pulak, seingat TB baru sekali makan masa zaman sekolah dulu, dengan kawan sekolah. Lepas berkahwin ada la 2 kali kot makan dengan hubby TB, tu pun sempena hari Istimewa kami.. syok je rasa.. Tapi makan tak puas sebab portion dia kecil je untuk seorang punya makan. Tak tahu lah sekarang ni dah besar portion nya, korang try la pergi makan situ yea.. Lepas tu bagi tahu TB balik.. hehehehe.. 

Eh, sebelum termelalut lebih lanjut.. eloklah korang tengok resepi kat bawah ni.. Lepas tu try dan komen kat sini bagi tahu apa rasa dia.. tapi pastikanlah resepi korang tu jadi yea.. jangan la hangit pastu komen sini kata resepi tak best.. walhal korang yang tak jaga temperature oven.. kih3..  Ok stop! tak nak melalut dah.. hahahaha.. 


Resepi Ayam Kenny Rogers Melatop 

Bahan-Bahan 
  • 1 ekor ayam (cuci bersih)
  • (belah di bahagian dada untuk mudahkan cuci dalamannya)
  • 2 labu bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar pati Oren sunquick (yang dalam botol tu)
  • 1 senduk sos blackpaper @sos lada hitam
  • 3 sudu besar majerin (cairkan atas api)
  • 1 biji ubi kentang (rebus empuk)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula pasir

Kentang,brokoli, tomato cerry tu optional yea...tak nak letak pun boleh.. ayam tetap rasa sedap . Tapi kalau letak lagi bagus, menampakkan lagi menyelerakan macam makan kat Kenny Rogers tu.. kan!

Kesemua bahan-bahan ini di kisar / di blend dengan sedikit air (suku cawan air je) . Dah kisar semua  tu bakar suhu 200° /  1 JAM atau sampai masak (bergantung pada oven masing-masing la yea

Kalau suka yang crunchy diluar lembut juicy didalam... Letak la suhu tinggi


Resepi Sos Untuk Cicah Ayam

5 ulas bawang putih
5 atau 6 biji cili melaka...( tak kisah la yang merah atau hijau boleh je mana-mana suka )

Tumbuk 2 bahan ni. Lepas tu... bolehlah masukkan 
  • Air perahan limau nipis ( 2 biji )
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • Suku cawan air panas

Gaul semua bahan-bahan ni smpai sebati dan cukup rasanya seia sekata ...( tak  perlu dimasak)


Wah, memang tak susah mana pun resepi ni kan.. bahan-bahan pun mudah dicari. Alangkah bestnya kalau dapat oven, bolehlah kita meroket buat resepi ni kan.. TB ni alergik ayam tapi ayam tu jugaklah kegemaran TB.. huhuhu.. jenuh la kan.. Yang suka ayam tapi tak boleh makan ayam.. 

Haa.. Apa-apa pun.. korang boleh la try resepi ni.. TB rasa kalau betul cara-caranya dan tidak derhaka pada resepi.. pasti jadi .. hahaha.. TB kata macam ni sebab ada je yang suka ubah-ubah rsepi, bila tak jadi salahkan tuan punya resepi.. hihihi.. Siapa kat sini suka ubah resepi macam tu? Mesti ada kan.. Macam TB jugak laaa.. opss.. 

So.. Kalau nak buat, ikut betul-betul resepi ni yea.. jangan gatal nak tambah-tambah itu ini, jangan pulak nak kurangkan itu ini kang dua-dua tak jadi.. good luck semua.. 


Credit Resepi dan Gambar :

23 November 2020

RESEPI PULUT MANGGA MUDAH DAN SEDAP

Pulut Mangga

RESEPI PULUT MANGGA MUDAH DAN SEDAP

Antara makanan yang TB teringin nak makan tapi belum pernah dapat lagi. Asyik ternampak-nampak je menu ni lalu di Facebook. Nak buat sendiri taktau mana nak cari mempelam.. Kalau dulu boleh juga la beli mempelam kat depan umah tu.. Sekarang dah pindah tempat kedai mempelam pun tak jumpa.. Huhuhu.. Alasannn.. Yang yea nya malas.. Kikiki.. Tapi apa-apa pun.. TB tetap nak tepek resepi kat sini sebab TB pasti satu hari nanti akan buat jugak. Hehehe.. Bagi TB hafal dulu jalan-jalan kat tempat baru ni ye... 

Aoa-apa pun jom tengok resepi kudah ni.. Kot korang pun boleh cuba buat.. Dah buat post kat TB sikit yea.. Hee.. 

BAHAN-BAHAN
3 biji mangga-potong ikut suka
2 sudu besar bijan . Goreng tanpa mnyak

PULUT KUKUS

Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut-rendam semalaman atau 4 jam

1/2 santan pekat + air secukupnya + 1/4 sudu kecil garam

2 helai daun pandan- carikkan

Cara-cara:

1-Tos pulut dan masukkan dlam pngukus.kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan dalam bekas.

2- tuang santan yang digaul bersama garam.gaul bersama santan hingga rata.tuangkan sdikit demi sdikit sehingga pulut lembut

3-msukkan kembali pulut ke dalam pngukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak. 

SOS SANTAN

Bahan- bahan: 

1/2 cawan santan kotak 
1 cawan air
1 sudu kecil garam
1 helai daun pndan 
1 sudu kecil tepung jagung- larutkan dengan sdikit air

Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga mendidih. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi tepung jagung....da pekat tutup api... sos santan siap...

21 November 2020

Resepi Sup Telur Chinese Style

Resepi Sup Telur Chinese Style

Resepi Sup Telur Chinese Style


TB terjumpa resepi ni dan terasa nak cuba sebab bahan-bahan dia mudah je. Nampak sedap dan menyelerakan..  Mesti budak-budak suka. 

Sup Telur Chinese Style ni Resepi dari seorang pengguna Facebook.. Korang boleh tengok siapakah gerangan empunya resepi ni di bawah sekali. 

Nampak sedap sebab berwarna merah oren keserian dari warna stick crab yang ditambah sebagai penambah selera. 

Kata empunya resepi ni puan Zurina Zulkefli, kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel. TB rasa macam pernah makan sup telur chinese style ni tapi masa tu stick crab tu tak ada dalam bahan-bahannya.. Tapi ada Enoki mushrooms yang panjang-panjang kurus tu.  

Apa-apa pun.. Tak kisahlah gaya dan bahan apa korang nak letak.. Jom tengok resepi nya yang mudah ini. 


Bahan Utama: 

✓ Bawang putih (cincang halus)
✓ Halia (cincang halus)
✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)
✓ Filamen ketam (dihiris nipis)
✓ Telur ayam (dibancuh)
✓ Tepung jagung (dibancuh)


Cara memasak:

1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih. 

2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak. 

3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat. 

4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal. 








5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat. 

6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan. 

Pssstt.  Bila dah tengok resepi ni terasa macam bahan yang sama buat kuah kuehteow kungfu lak.. Cuma yang tu kenalah tambah bahan.. Carrot, kubis bunga,  brokoli atau sayur lain yang disukai.. 

Selamat mencuba. 




Credit: 
Zurina Zulkefli, Melaka , 
via MAHN



13 November 2020

11.11 Double Digit Sales Gold & Jewellery , KBBM & Super Brand Store

pg mall

11.11 Double Digit Sales Gold & Jewellery , 
KBBM & Super Brand Store



Wah.. PG Mall buat sale lagi untuk semua penggemar emas ni.. hehe.. siapa yang tak suka emas kan.. even orang lelaki pun sibuk belikan emas untuk pasangan dia.. Sebab tahu emas ni lah harta yang tak boleh direbut kalau dah belikan untuk pasangan sebab ia dah menjadi hadiah dan hakmilik wanita  tu sepenuhnya.. Sebab itu wanita suka dihadiahkan barang kemas tau.. haa.. orang lelaki patut tahu tu?.. Tips ambil hati wanita.... haa gituu..  

Memandangkan tu sekarang ni PG Mall sedang buat Tawaran Hebat 11.11  Barang Perhiasan Wanita,  apa kata terjah websiote PG Mall ni kejap untuk lihat barangan kemas yang dijual di sini.. Ada banyak pilihan untuk korang beli, design pun cantik-cantik.. Jangan ter rambang mata sudah bila dah berada dalam website PG Mall ni.. hehehe.. Oh ya.. selalin Tawaran hebat 11.11 Barang perhiasan wanita, terdapat juga tawaran untuk barangan kategori KBBM & Super Brand Store.. rugi tak grab tau!

PGMall


TENTANG PG M,ALL

Oh ya.. lupa nak cerita. Kalau korang nak tahu PG Mall ni apa, mari TB share sedikit info tentang PG Mall ni. Haa.. PG Mall ni adalah platform e-dagang yang ditubuhkan sejak 3 tahun yang lalu dimana mereka telah beroperasi dari tahun 2017 lagi. PG Mall juga merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan yang menjual produk-produk tempatan dan juga produk dari luar negara untuk mereka yang suka membeli belah secara online. 


Penjimatan Setiap Hari di PG Mall

Siapa tak suka produk Berkualiti Terbaik tetapi Harga yang Paling Mampu yang korang nak kan? haa.. Di PG Mall, setiap hari kita dapat lihat promosi yang boleh bantu kita berjimat dalam jangka masa panjang.


Untuk info korang lagi, PG Mall boleh diakses melalui laman web https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=721  ataupun melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store ataupun Google Play. Haa.. 

Pg mall


Selain tu kalau korang nak tahu Melalui kajian dan laporan dari Iprice Insight Report, PG Mall juga antara platform e-commerce yang berada di ranking yang ke 3 teratas dimana ia sering dikunjungi pelanggan yang selalu membeli belah secara online. Pendek kata PG Mall ni dah jadi Kedai Online Rasmi buat mereka yang tiada masa nak keluar membeli belah dan tak mahu bersesak-sesak untuk shopping.. 

Pembeli PG Mall mempunyai pelbagai pilihan produk mulai dari Elektronik, Fesyen, Buku, Rumah & Kehidupan, Makanan & Minuman, Sukan & Riadah, Anak & Bayi, Kesihatan & Kecantikan, Otomotif hingga E-Voucher. Yang menariknya adalah jumlah produk PG Mall sentiasa meningkat setiap hari kerana PG Mall memperluaskan keluarga penjual / Seller / Kedai untuk menjual secara dalam talian di Malaysia di pasaran terbuka ini.


Jom Shopping di PG MALL 

Sejak MCO hari tu, TB memang semakin kerap shopping online je, seperti dah terbiasa bila setiap bulan ada je barang yang nak dibeli. Hehehe.. Yelah kan, kalau beli secara online ni mudah, tak perlu nak rushing bersiap nak keluar, tak perlu nak tempuh jammed, tak perlu nak berebut tempat parking, dan beratur panjang dekat kaunter. Malah kita boleh shopping online pada bila-bila masa je.. hanya klik klik klik, bayar dan tunggu barang sampai.. jimat masa, jimat kos minyak kereta,, segalanya mudah dan selamat. 


Kelebihan Shopping di PG Mall 

  1. Harga produk dan perkhidmatan adalah rendah dan mampu beli
  2. Menjimatkan masa, tenaga dan tiada had masa untuk shopping (bila-bila masa je)
  3. Mudah dan selamat (bekerjasama dengan kesemua perkhidmatan pengeposan yang sedia ada)
  4. Pelbagai diskaun dan cashback yang menarik
  5. Menyokong peniaga tempatan (produk dan barangan tempatan)
  6. Mempunyai sistem e-wallet/sistem ‘payment gateway’/ pembayaran online (Maybank QRPay, TouchnGo e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay)


Haa.. SELESAI  sudah perkenalkan sedikit info tentang PG Mall ni.. ni TB nak share pulak offer-offer menarik yang sedang berlansung ketika ini sehingga bulan Disember nanti.. 


Tawaran Diskaun Di PGMall JEWELLERY

PGMall JEWELLERY


Untuk membuat pembelian Eksklusif dari 10 hingga 12 Nov 2020, korang boleh masukkan kod-kod dibawah ni ye. Untuk mendapatkan diskaun semasa membuat pembelian nanti.


PGJewel -: KBBM30

Aurora -: FPX10

Tai fook -: KBBM30

Muzium Emas PG -: FPX10


Kalau korang semua nak tengok barangan kemas atau apa-apa sahaja barang perhiasan wanita yang ada dijual di PGMall ni, korang boleh klik link ni ye >> https://pgmall.my/gold-jewellery-day

Terdapat pelbagai pilihan disitu yang boleh korang boleh tengok dan silap-silap boleh rambang mata. dibuatnya, tak tahu mana nak pilih..  Sudah sinonim wanita dan emas tberpisah tiada, kan! So.. buat lelaki yang tercari-cari hadiah best untuk pasangan korang.. apa kata jenguk website PG Mall Jewellery ni.. Pasti ada yang berkenan di hati pasangan tu.. Nak senang biar pasangan tu pilih sendiri.. haha.. 



Kempen Membeli Barangan Malaysia ( KBBM)

Haa.. Tadi kat atas tu mesti ada tertanya-tanya   KBBM tu apa.. hehe.. TB pun pada mulanya tertanya jugak apa maksud   KBBM tu.. Rupa-rupanya    KBBM ialah short form bagi   Kempen Membeli Barangan Malaysia  .. Haaa.. kalau korang nak tahu selain dari barang perhiasan wanita, di PG Mall juga sedang ada offer untuk KBBM & Super Brand Store .


Tawaran ini bermula dari bulan Julai yang lalu sehingga bulan Disember ini, PGMall ada menawarkan jualan barangan tempatan. Contohnya Beli produk keperluan rumah, barangan runcit, barangan Kanak-kanak dan Bayi, barangan penjagaan Kesihatan & Kecantikan, Automotif & Sukan, Peralatan Elektronik, Fesyen dan sebagainya.


PG Mall


Oh ya.. disamping itu mereka juga mempunyai slogan yang tersendiri iaitu Sokong Produk Tempatan dengan #BarangBaikBarangkita .. Haa.. kan bagus kita sokong produk tempatan, bagus asangat inisiatif PG Mall buat kempen gini.. barangan tempatan pun ada standart dia jugak, betul tak?

Haaa.. Dekat mana korang boleh tengok barang-barang ini? Korang just klik link ini okey >> https://pgmall.my/proudly-local-campaign


PGMall


PGMall



Antara kedai yang terpilih dan terlibat untuk KBBM ialah :-

• Dr.Irma Skincare | https://pgmall.my/DR.-IRMA-SKINCARE

• Foodzyla | https://pgmall.my/Foodzyla-Shop-1

• Herbal | https://pgmall.my/Herbal

• Pagoda | https://pgmall.my/PAGODA-1

• SIN SING COFFEE OFFICIAL STORE | https://pgmall.my/SIN-SING-COFFEE-OFFICIAL-STORE-1

• Prowell | https://pgmall.my/Prowell-1

• Sin Teo Hiang Biscuits Sdn Bhd | https://pgmall.my/Sin-Teo-Hiang-Biscuits-Sdn-Bhd-1

• Sin Lian Seng & Sons Sdn Bhd| https://pgmall.my/seller.../Sin-Lian-Seng-amp;-Sons-Sdn-Bhd

• Sabahborneo123 | https://pgmall.my/Sabahborneo123-1

• NFA Mismis | https://pgmall.my/NFA-MISMIS



PG Mall


PGMall


PG Mall


Okay, selain dari tu, kalau korang semua tak pasti, kedai mana yang terpilih untuk jualan Super Brand Store pula, korang boleh tengok link yang TB sediakan dibawah ni ye. Bolehlah shopping puas-puas di situ okeh.


1. P&G Official Store | https://pgmall.my/P-and-G-Official-Store

2. BRAND'S SUNTORY (M) SDN BHD | https://pgmall.my/BRANDS-SUNTORY-(M)-SDN-BHD

3. REVLON Official Store | https://pgmall.my/REVLON-Official-Store-1

4. Crocs | https://pgmall.my/CROCS-1

5. Nestlé Online Store | https://pgmall.my/Nestl%C3%A9-Online-Store-1

6. Julie's | https://pgmall.my/Julies

7. Focus Point | https://pgmall.my/Focus-Point-1

8. GINTELL (M) SDN BHD | https://pgmall.my/GINTELL-(M)-SDN-BHD-1

9. Skechers Malaysia| https://pgmall.my/Skechers-Malaysia

10. vivo Malaysia | https://pgmall.my/vivo-Malaysia-1

11. HURIX'S| https://pgmall.my/HURIXS-1

12. G2000 Malaysia Official Store | https://pgmall.my/G2000-Malaysia-Official-Store-1


 Haa.. Sementara ada tawaran promosi yang hebat.  apa tunggu lagi? Shop now & Add to Cart now ! 


About PGMall:
Website: www.pgmall.my

Facebook: 
www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram: 

Telegram : 




#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #1111sales #superbrandstore #Stayathome 






Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers