Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

06 April 2021

Mama's Choice Stretch Mark Cream

Mama's Choice Stretch Mark Cream










Semasa pregnant anak kedua, perkara TB paling risau ialah masalah strecth mark.. Semakin membesar perut kita, semakin mereganglah kulit perut kita, time tu asyik menggarulah kita, betul tak ibu-ibu? 😁


Tapi TB memang dah ready awal-awal cream yang boleh disapu pada perut untuk lembapkan kulit, untuk legakan kesan regangan dan kurangkan rasa gatal tu..


Haaa.. Untuk ibu-ibu yang sedang hamil, kalau nak perut cantik tanpa strecth mark selepas bersalin, tips nya ialah kena pastikan kulit sentiasa lembap sepanjang kehamilan..


dan untuk lembapkan kulit di bahagian perut, pinggul dan payudara tu, TB cadangkan sapu je Mama's Choice Stretch Mark Cream ni, ia dapat kurangkan penampilan stretch mark yang ibu-ibu tak suka.


Haa.. untuk hasil terbaik, sapukan setiap pagi dan petang.


Ia diperbuat daripada bahan natural terpilih yang organik & halal, so jangan risau, ianya 100% selamat digunakan oleh ibu mengandung & menyusukan anak.


Mama's Choice Stretch Mark Cream. Ianya “Safe, Natural and Halal” Diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi terpilih yang diperkaya dengan vitamin E dan antioksidan, Mama's Choice Stretch Mark Cream dapat membantu mengurangkan kemunculan stretch marks dan melegakan gatal.


Antara manfaat dan kebaikan Mama's Choice Stretch Mark Cream :


✅Bantu memberi keselesaan pada perut, pinggul, dan breasts yang meregang

✅Melembapkan kulit dan melegakan gatal

✅Kaya dengan antioksidan dan komponen pembinaan kolagen

✅Cukup lembut untuk kulit sensitif

✅Selamat untuk ibu mengandung dan menyusu

✅Boleh digunakan semasa dan selepas kehamilan atau turun naik berat badan


Untuk dapatkan krim ini, ibu-ibu boleh search dekat shopee yea..

Selain itu, ada banyak lagi rangkaian produk yang selamat dari Mama's Choice seperti face wash, nipple creams, syampu, oil massage, bengkung pun ada.

Harga Produk mama's choice semuanya berpatutan untuk ibu-ibu dan dalam masa yang sama ianya juga berkualiti tinggi


@mamaschoice.my

@vipparentsmy


#MamasChoice #MamasChoice #SafeHalalNatural #OneLessWorry

25 Mac 2021

RESEPI AYAM SERAI THAI

 

Ayam Serai Thai

RESEPI AYAM SERAI THAI

Bulan Ramadhan makin hampir, so kita pun sama-sama lah kumpul resepi ye. Kot buntu nak masak apa, boleh la tengok-tengok balik kan resepi kat sini..  Almaklumlah.. Puasa 30 hari tu.. Mesti nak makan berbeza lauk kan.. Ada orang macam tu.. Macam TB ok je.. Berbuka dengan kuih muih je pun dah syukur sangat.. Ha.. Jom tengok resepi Ayam Serai Thai ni.. Nampak sedap ni haaa...

Ayam Serai Thai

Bahan Bahan :

6 kepak ayam, potong buang hujung sayap

1 tsp serbuk kunyit

Garam

Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing


Bahan Sambal ;

2 batang serai di ketuk

5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus

1 sudu makan sos seafood

1 sudu makan sos ikan

1 kiub pati ayam

Gula secukupnya

1 biji limau kasturi, ambil.jusnya


Kisar :

5 cili besar

6 cili padi

3 bawang putih

4 bawang merah


CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi

2. Masukkan serai dan daun limau purut

3. Kacau rata masukkan kiub ayam

4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi

5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.

6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.

7. Tutup api dan hidangkan.😋

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan 


23 Mac 2021

Sagu Gula Melaka



Sagu Gula Melaka 

Orang buat kita nak buat tapi nak buatnya nak membeli bahan tu satu masalah... Kalau nak beli kena beli sendiri. Kalau mintak tolong encik suami mahu dibebelnya kita panjang lebar.. Sebab dia tak pernah beli benda-benda tu pastu nak kena cari pulak tu, memang paling dia tak suka la.. Kecuali kalau barang dia, sampai ke lubang cacing dia carinya sebab dia tahu benda apa yang nak dicari tu.  

So, kesimpulannya TB memang takkan buat kuih atau kek atau masak-masak kalau tak cari sendiri bahan-bahannya.. Lagipun kalau orang lain cari kang tak jumpa, bahan tak cukup TB yang geram.. 

Maka...  Kita tepek je la dulu resepinya yea.. Jom la kita belajar sama- sama ye... 

Bahan -bahan :-

Sagu

Pewarna

1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )

2 sudu gula Merah

1 ketul gula Melaka

1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)

Secubit garam

1/2 air

Isi jagung krimer, cendol, Kacang merah


Cara - cara 

Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).

Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air masak.


Untuk kuah, 

Masak gula merah, gula Melaka, daun pandan, garam. Biarkan masak seketika.sejukkan.

Tuang dalam bekas..

Kemudian cedokkan sagu

Siram susu cair

Hiaskan dengan jagung krimer, cendol dan Kacang merah


TIPS SAGU

-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.

-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.

-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.

-Cuci sagu pada air masak & masukkan ke dalam bekas berisi air masak supaya tidak melekat.

-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.

-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.



25 Februari 2021

Kitsui Review - Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus | Mesti Cuba! Hasilnya Memuaskan Hati!

Kitsui Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus

Kitsui Review - Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus | Mesti Cuba! Hasilnya Memuaskan Hati!

Hai Korang semua.. petang-petang gini TB terasa nak share dengan korang tentang dua Produk Kesihatan / Produk Suplemen dari KITSUI yang sememangnya satu jenama yang diakui dan dikenali ramai ni..  Dua Produk tersebut ialah Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus .

First sekali TB nak cerita tentang Bellos Fiber yang TB sendiri dah cuba dan rasa sendiri kebaikannya. Belloss Fiber ialah Minuman Campuran Botani yang mengandungi buah-buahan dan sayuran seperti Nanas, Epal, Kiwi, Markisa, Lemon, Pear, Bayam, Timun dan Saderi. 

Dan semua bahan-bahan yang terkandung diatas adalah yang berkhasiat serta memberi pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh badan . Jom lihat apa kebaikannya :

Bahan-Bahan 
Pineapple – Keluarkan toksin dalam badan melalui proses pencernaan
Apple – meningkatkan metabolisme tubuh
Kiwi – Baik untuk Sistem Pencernaan
Passion Fruit – Mencegah sembelit.
Lemon – Mencegah sembelit.
Pear – mengandungi serat sangat tinggi selain memiliki kandungan vitamin C.
Spinach – mengurangi nafsu makan berlebih
Cucumber – Menghidrasi Badan Anda.
Celery – Meningkatkan sistem imun


Kitsui Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus

Dua produk dari Kitsui yang patut korang cuba.

Kitsui Belloss Fiber

Didatangkan dalam bentuk sachet yang amat mudah dibawa, mudah dibancuh. Terdapat 15 sachet didalam satu kotak. Cara consume pun mudah saja.

Saiz pembungkusan sebanyak 15 sachet x 15 grams . Kesan seawal 3 hari untuk mereka yang bermasalah sembelit. Rasa campuran buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat sedap diminum. Disediakan dengan bancuhan air sejuk atau air suam. harga pasaran RM38.80  


Belloss Fiber


Fungsi BELLOSS FIBER
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Menghentikan sembelit
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Keluarkan toksin dalam badan melalui proses pencernaan
  • Tubuh akan berasa ringan dan lebih bertenaga
  • Membersihkan usus
  • Meningkatkan corak tidur
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Menghindarkan penyerapan lemak berlebihan dan karbohidrat
  • Mencuci toksin dan sisa buangan dan lemak yang tidak diingini dari badan
  • Seimbangkan fungsi badan dan untuk sistem imuniti yang lebih kuat
  • Sebagai pengganti kepada buahan dan sayuran yang kaya dengan mineral dan nutrien

Waktu yang sesuai untuk consume Kitsui Bellos Fiber

Waktu yang sesuai untuk korang ambil Bellos Fiber ini ialah selepas dinner, jadi.. ikut keselesaan korang, samada nak minum sebelum Makan Malam atau Sebelum Tidur. Macam TB suka minum / consume apa-apa suplemen sebelum tidur je.. sebab nak minum masa lain asyik terlupa je.. Kadang dah lepas makan malam baru teringat nak minum Bellos Fiber ni.. Memang tak sesuai la kan.. Sebab tu TB pilih minum sebelum tidur. Ready kan je 1 sachet tu dengan botol shaker atas meja siap-siap atas meja. Bila time nak tidur dah, terus bancuh dan minum..

Pengalaman Minum Kitsui Belloss Fiber 

TB dah try minum beberapa kali dan TB tak pasti samada kebetulan atau memang itu kesannya apabila minum Belloss Fiber ni. Macam biasa sebelum tidur TB akan consume 1 sachet Belloss Fiber ni, dan bangun pagi esoknya perut memulas nak ke tandas, terus membuang.. Masa membuang tu najis seperti biasa tapi perut masih sakit cuma tak lah memulas seperti sebelum tu. rasa lega lah sedikit..

Lepas tu terasa nak membuang sekali lagi, terus pergi tandas dan membuang. Kali ni najis TB agak lembik dan macam nak ke cirit (ops! sorry sebut ni..) perut macam tak sedap.. Lepas dah membuang air besar ni TB tak ke toilet dah dan terasa perut dah ok.. terasa ringan je badan. Rupa-rupanya Belloss Fiber ni fungsinya juga ialah membuatkan kita terasa nak membuang untuk hilangkan sembelit dan perut buncit . Selain tu Belloss Fiber ni macam bertindak buang toksin dalam dalaman kita.. Wah bagus sangat ni.. TB pun kerap sembelit.. Sekarang dah tau la nak buat apa kalau sembelit.. amalkan Belloss Fiber ni lah apa lagi kan..

Oh ya.. disini TB share cara nak consume Belloss Fiber ni, senang sangat-sangat nak consume. baca kat bawah ni

Kitsui Bellos Fiber

Kitsui Bellos Fiber



Cara minum:
Campurkan 1 sachet kedalam 150ml air suam, kacau sehingga larut atau guna botol shaker tu, goncang-goncangkan sehingga larut dan minum serta merta. Jangan lupa paling penting walau apa-apa pun suplemen atau ubat yang kita makan, kena pastikan minum air secukupnya untuk kesan yang terbaik.

Ha, lagi satu.. Cara nak consume ni terbahagi kepada dua, bagi yang saja nak minum untuk Detox dan kesihatan badan korang kenalah ikut kesesuaian penggunaan, begitu juga untuk mereka yang target nak turunkan berat badan atau nak atasi masalah sembelit pun ada sukatan dia jugak.. jom lihat kat bawah .

Dos yang dicadangkan:
Untuk Detox dan kesihatan badan:
1 sachet sekali setiap 2 hari selepas makan

Untuk turunkan berat badan dan sembelit:
1 sachet sekali setiap hari sebelum makan

Rasa Kitsui Bellos Fiber

Haa.. Nak tahu apa rasa Belloss Fiber ni? hehehe.. Pada mulanya TB ingatkan tak sedap sebab tengok pada rupa yang hijau bila dituang dalam botol shaker. Takut juga nak minum pada mulanya sebab risau pahit ke, tak lalu pulak nak telan. 

Tapi mengejutkan! Rasanya elok! sedap! yea.. TB boleh habiskan 150ml tu dengan hati yang gembira. So, lepas ni tak risau pun nak minum selalu..  Cuma part perut memulas tu, agak khuatir jugak.. harap kurus lah kita lepas ni kan.. hehe..

Lupa pulak nak pesan, bagi korang yang sedang mengambil ubat, atau sedang mengandung mahupun terasa macam tengah kemungkinan mengandung, juga ibu yang menyusukan anak, seeloknya dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum consume apa-apa makanan tambahan / suplemen tau.. sebab bukan badan semua orang boleh terima suplemen-suplemen ni. So kalau nak cuba Belloss Fiber ni kenalah tanya doktor korang dulu ye.. 

Adakah Kitsui Bahaya?

Produk Kitsui semua selamat digunakan kerana tiada bahan-bahan yang berbahaya didalam kandungannya. Ia adalah jenama yang telah diiktiraf halal dan telah menjadi salah satu jenama yang diiktiraf sebagai Excellence Asia Pacific Super Brand.  Jadi, korang tak perlu risau yea.. Bah kan yang menariknya, semua produk kesihatan untuk kecantikan semua boleh diguna oleh kaum Lelaki juga. Cuma Kitsui puraria b up dan Kitsui Women’s Secret yang tidak sesuai untuk Lelaki . 

Oh ya.. Seperti yang TB katakan tadi .. Begitu juga untuk sesiapa yang ada sejarah cyst atau apa jua penyakit lain, dinasihatkan rujuk pada doktor dulu yea sebelum consume apa-apa suplemen.. Contohnya yang ada alergik seafood pun, tak boleh  boleh minum mana-mana produk collagen. Cuma KITSUI WHITENIN BB yang boleh kerana Kitsui whitenin bb tiada kandungan collagen dan cuma ada kandungan ekstrak oren yang tinggi.


Logo halal


Kalau tak ada masalah, boleh la amalkan produk Kitsui ni.. Lebih-lebih lagi Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus ni. Untuk TB yang dah cuba ni, TB dapati kesan Seawal 2 hari . Jadi, Tak perlu ragu-ragu.. jom dapatkan untuk kesihatan korang. Dipercayai & terlaris di farmasi Watson & Guardian. Dijamin Halal & GMP .

Sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan masalah sembelit, membantu mengempiskan perut yang buncit dan membantu mengurangkan berat badan. 

Kalau nak order boleh terus ke link dibawah ni yea.. 
https://kitsui.com.my/product/kitsui-belloss-fiber/


Ok lah, sekarang TB nak share story tentang satu lagi produk KITSUI iaitu Korean Whitie + Plus Tomato

Kitsui Korean Whitie + Plus


KITSUI™ Korean Whitie +Plus Tomato
 Kaya vitamin A,C dan Zat Besi, menjadikan kulit segar dan bersih

Kitsui yang ni sangat sesuai untuk korang yang menghadapi masalah kulit kusam & masalah penuaan. TB pun dah lama nak cuba yang ni sebab ada seorang rakan TB yang consume Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato ni dapat hasil yang memuaskan hati. Ternyata kulitnya dah semakin cantik dan tidak kusam seperti sebelumnya. 

Kitsui Korean Whitie + Plus

Dihasilkan daripada ramuan semula jadi dengan saiz pembungkusan 17 paket x 5gm yang juga mudah dibawa kemana-mana. selit dalam beg, dalam poket, bila nak minum just koyak sachet dan campurkan dalam botol shaker yang berisi 150ml air. 

Yang ni pun TB suka jugak. Sebab Rasa buah peach yang sangat sedap di minum. Boleh juga disediakan dengan bancuhan air sejuk dan shake macam biasa. Tapi jangan guna air panas tau..Nanti ia berketul-ketul dan paling perlu korang tahu, apa-apa suplemen pun tidak boleh dicampu dengan air panas kerana ia akan merosakkan zat pada suplemen itu sendiri. 

Apa yang TB suka ialah Produk ini berasaskan buah tomato. Semua orang sedia maklum yang buah tomato sangat bagus untuk kulit. ia dapat membantu menyelesaikan masalah kulit, seperti kulit kusam dan tidak bermaya serta masalah penuaan. Selain itu Kitsui Korean White + PLUS Tomato ini juga mengandungi Active Ingredients seperti Vit C, Tomato, Acerolla dan Camu-Camu . Dan paling TB excited sangat nak consume sebab ia sangat sesuai untuk mereka yang ada alahan kolagen macam TB ni, sebab Kitsui Korean White + PLUS Tomato ini 100% tiada kandungan kolagen.

Sedikit info tentang buah tomato yang bagus untuk kesihatan kulit serta pemberi sumber vitamin untuk kulit yang berseri .

Kesihatan kulit 
Makan tomato untuk kecantikan kulit wajah. Ini kerana tomato dapat melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahari dan menghasilkan pro-kolagen, yang berfungsi mengekalkan struktur kulit bagi membuatkan individu kelihatan awet muda dan cerah.

Sumber vitamin 
Sebiji tomato boleh membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan vitamin C dalam badan. Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. Tomato juga tinggi dengan kandungan vitamin K yang bagus untuk tulang anda.


Korean Whitie + Plus


KEBAIKAN

-Bantu menyerap lebihan minyak pada wajah yang menyebabkan jerawat.
-mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah
-mengecilkan liang pori kulit wajah.
-Meningkatkan pengeluaran pro-kolagen, bagi membaiki struktur kulit wajah.
-sebagai anti-oksidan berkesan menghalang penuaan
-membantu kulit lembap dan berseri.
-kandungan vitamin C pada buah acerola juga dapat mencerahkan kulit dengan menyebarkan pigmen-pigmen menjadi lebih merata
-dapat menghasilkan kekenyalan, kekuatan, dan kelenturan pada kulit.
-Acelora telah dibuktikan boleh menentang proses penuaan sel-sel, membantu menghindarkan kulit berkedut.



Kitsui Korean Whitie + Plus



CARA SEDIAKAN :

Campurkan 1 sachet ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan minum sebaik selepas penyediaan. Jangan lupa minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik. Lebih sedap di campurkan dengan minuman kegemaran anda seperti oren juice atau yogurt.

Korean Whitie + Plus

Pandangan TB tentang Korean Whitie + Plus Tomato

TB suka KITSUI  Korean Whitie + Plus Tomato  kerana ianya supplement 100% selamat digunakan kerana ia menggunakan bahan botani dan telah diperakui Halal serta 100% mendapat kelulusan KKM. 

TB ada seorang kawan yang memang consume suplemen ni, dan menurutnya kawan TB ni, dia sangat berpuas hati dengan hasilnya, katanya kulit lebih cerah & parut jerawat pudar sepenuhnya,

TB pun teruja nak mencuba juga, tambahan pula produk ini mampu milik & mudah didapati dimana-mana cawangan Drugstore. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan organik ternyata mampu menjanjikan kecantikan serta kesihatan berterusan. Produk kitsui produk diperakui halal lulus kkm tidak perlu was-was dalam penggunaan nya…terbaikk

So jangan ragu-ragu untuk cuba produk ini.. korang pasti berpuashati.. TB pun suka sebab rasa dia yang sedap tu.. boleh diterima tekak dan tak kisah pun nak minum hari-hari .. Love sangat! Patutlah kawan TB tu masih setia hingga kini dengan produk Kitsui ni, sebab harga berpatutan, senang didapati di Watson serta rasa yang sedap.. Ok.. lepas ni nak sihat dan cantik macam dia lah.. -++

Kitsui Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus






Untuk dapatkan kedua produk ini, korang boleh dapatkan di Guardian dan Watsons serta shopee. 

Dapatkan 12% diskaun di Shopee Kitsui Mall
Promo Code: KITSKULIT 






#Kitsui #KitsuiMalaysia #watsinsmalaysia #guardianmy #tipskecantikankulit #kulitsehat








17 Februari 2021

SENARAI TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN JIKA WARIS MENINGGAL DUNIA - sharing is caring

KHAIRAT KEMATIAN


SENARAI TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN
JIKA WARIS MENINGGAL DUNIA


Menyebut tentang kematian, orang yang telah 'Pergi' akan membuat kita merasa sangat sedih. Bayangkan jika yang meninggal itu adalah ibu atau ayah, saudara kandung, suami atau isteri dan juga anak atau orang terdekat yang kita sayangi.

Namun, meskipun kematian yang akan dialami setiap makhluk hidup, seperti yang dijanjikan Allah SWT, mereka yang masih hidup perlu menerima qadaq dan qadar dan tetap perlu meneruskan kehidupan sementara selagi hayat masih ada.

Seperti yang diketahui, biaya untuk pengurusan jenazah bukan murah dah ketika ini kerana ia melibatkan keadaan ekonomi kita sekarang yang semakin lelah kerana isu pandemik covic19 ini. Maka harga barang kini tiada yang semurah dahulu.. Jom kita lihat berapa anggaran bagai setiap kelengkapan untuk pengurusan jenazah untuk ilmu bersama.. 

Kain Kapan RM250
Mandi Jenazah RM200
Gali Kubur RM500
Baca Talkin RM100
Kos Penghantaran jenazah ke tanah perkuburan RM100.

“Namun, biasanya kos ini bervariasi dari mengikuti masjid Kariah tempat tinggal jenazah. Pada masa yang sama, kos akan bertambah jika ahli waris meminta permintaan untuk mengantarkan jenazah ke luar lokasi seperti kampung halamannya.

Kos dikira dengan RM2 untuk satu kilometer ( kos ini bergantung  pada pengurusan masjid). Tol dibiayai ahli warisnya sendiri .


Rupanya Ada Lebih 10 tempat tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Tahu tak, ramai waris tidak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10,000. Rugikan !

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?
Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)

Disini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian KHARIAH MASJID
Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
RM 2,000
Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
RM 2,500
Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
RM 3,000
Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian BANK RAKYAT
RM 3000
Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kematian ASNB
RM 200 - RM 2,000
Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian SKIM TAKAFUL
RM 2,000 - RM 5,000
Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
RM 500 - RM 5,000
Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi

9. Khairat Kematian PENCEN
RM3000

10. LAIN-LAIN
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

Nasihat saya, lepas ni, jika tiada akaun bank rakyat, sila buka akaun bank tersebut. Insya allah ada manfaat. Bank ini adalah satu-satunya bank yang ada khairat kematian.

Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam kwsp dan perkeso, sila carum sukarela. Pergilah menghadap pegawai kwsp dan perkeso, tanya prosedurnya. Sangat-sangat membantu dengan bantuan.

Yang tiada insuran/takaful diri, sila beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi hanya mampu bayar untuk 3 bulan sahaja. Kalau tak mmpu sangat, beli la PA Insuran je. Cukup murah tapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.

Biar waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban dengan kehilangan kita...


Note : 
10 lokasi ini telah dikongsikan oleh Sfatyma Idris yang juga seorang Perancang Harta Syariah di mana waris boleh pergi membuat semakan selepas ahli keluarga meninggal dunia di fb miliknya. Sekurang-kurangnya wang ini dapat digunakan untuk waris yang sedia ada.




15 Februari 2021

7 Rawatan Semulajadi / Natural untuk Fibroid

 fibroid

7 Rawatan Semulajadi / Natural untuk Fibroid

Adakah anda mencari ubat semula jadi yang berkesan untuk fibroid? boleh lihat senarai dibawah untuk diusahakan demi kesembuhan.


1. Black Seed Oil

Black Seed Oil ubat semula jadi terbaik untuk fibroid. Ia mengandungi sifat anti-radang & antitumor yang kuat yang membantu menyembuhkan fibroid dan menghalang pertumbuhan fibroid baru. 

Ambil 1 sudu kecil Black Seed Oil diikuti dengan segelas jus oren atau susu setiap hari selepas makan.


2. Cuka Epal

Cuka epal adalah salah satu penawar yang membantu meningkatkan kesihatan pembiakan wanita. Apabila anda mempunyai fibroid, gunakan cuka sari apel - bagus untuk membantu mengurangkan kenaikan berat badan yang tidak diingini yang dapat memperbaiki masalah berkaitan dengan berat badan seperti fibroid.

Cuka epal juga menyahtoksin badan dan mengurangkan keasidan dalam badan. Keasidan adalah salah satu penyebab utama penyakit termasuk masalah pembiakan seperti fibroid.

Setiap pagi 30 minit sebelum sarapan, ambil segelas air suam (8 oz) dengan 1 sdt cuka sari apel, 1 sdt madu mentah dan ½ sdt kayu manis. Pastikan menggunakan cuka sari apel organik bersama ‘ibu’ dan elakkan versi sintetik.


3. Makan Makanan Kaya Antioksidan

Apabila anda mempunyai fibroid atau sejarah fibroid, anda mesti mengubah diet anda untuk memasukkan makanan berkhasiat yang kaya dengan antioksidan. Ambil sayur-sayuran berdaun gelap, sayur-sayuran, makanan kaya zat besi dan makanan kaya asid lemak omega 3 seperti salmon, chia seeds & pumpkin seeds. 

Tingkatkan juga pengambilan air anda! Minum hingga 8 gelas air sehari untuk menjaga pH dalaman tubuh anda seimbang dan mengurangkan keradangan.

Hadkan makanan yang mengandungi jumlah gula dan lemak tepu yang tinggi. Elakkan juga membaca daging dan makanan yang diproses kerana mengandungi bahan pengawet tiruan yang meningkatkan keradangan dalam badan. Mereka juga telah menambahkan estrogen yang memburukkan fibroid dan menyebabkan pertumbuhannya. [Mesti Baca: 7 Makanan Terburuk untuk Dielakkan jika Anda Mempunyai Fibroid]


4. Bersenam dengan Kerap

Fibroid biasanya berkembang pada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Itulah sebabnya senaman yang kerap disarankan oleh doktor apabila anda menghidap fibroid, sista ovari atau PCOS. Lakukan rutin senaman dan ikuti dengannya agar anda dapat menghilangkan berat badan yang tidak diingini. Juga, cubalah mengurangkan keinginan makanan dan makanan ringan yang tidak perlu juga untuk menjaga berat badan anda.

Anda boleh memulakan dengan berjalan kaki di taman, melompat, berjalan cepat di treadmill dan melakukan senamrobik. Fokus untuk menggerakkan badan anda supaya anda dapat cergas, kehilangan lemak berlebihan dan menjaga kesihatan badan anda.


5. Gunakan Pek Minyak Kastor

Minyak kastor adalah ubat keajaiban lain untuk fibroid. Ia mempunyai sifat tidak baik yang membantu merawat pertumbuhan tumor yang tidak diingini di dalam badan termasuk polip, sista dan fibroid. Gunakan pek minyak jarak pada perut anda (di atas rahim) untuk membantu mengurangkan fibroid.

Untuk membuat pek minyak jarak, rendam flanel kapas atau bulu dalam minyak jarak hingga jenuh. Sekarang letakkan di perut telanjang anda di atas kawasan rahim dan ikat dengan selamat di belakang. Berbaring dan letakkan pad pemanas atau botol air panas di atas untuk membantu minyak menembusi lebih dalam. Anda boleh membiarkannya selama satu jam atau semalaman (berhati-hati: jangan gunakan pemanas sepanjang malam).


6. Herba Penyembuhan

Herba tertentu dapat membantu merawat fibroid secara semula jadi kerana sifat perubatannya. Beberapa ramuan yang baik untuk fibroid termasuk: chasteberry, milk thistle, akar dandelion, jelatang dan raspberry merah. Herba ini membantu menyeimbangkan hormon seperti estrogen berlebihan yang menyebabkan fibroid. Mereka juga mengurangkan keradangan pada sistem pembiakan. [Mesti Baca: 7 Herba Terbaik untuk Mengecutkan Fibroid]

Anda boleh mengambil ramuan herba ini dalam bentuk makanan tambahan atau kapsul dan juga sebagai teh herba.


7. Cuba Minyak pati / Essential Oil

Minyak pati adalah ekstrak cecair tumbuhan aromatik pekat. Mereka mempunyai sifat terapeutik yang dapat membantu mengurangkan tumor, mengurangkan rasa sakit, menyeimbangkan hormon, menaikkan mood dan mengurangkan keradangan. Beberapa minyak pati terbaik untuk fibroid termasuk: clary sage, geranium dan kemenyan.

Anda boleh mengurut campuran 2 sdt minyak badam, 2 titis Young Living Essential Oil frankincense, 2 titis Essential Oil sage clary dan 2 titis minyak Essential Oil geranium di atas rahim anda setiap hari.
clary sage young living
Clary Sage


frankincense young living

Frankincense

granium young living

Geranium


9 Makanan untuk Mengecutkan Fibroid Dengan Cepat

fibroid


9 Makanan untuk Mengecutkan Fibroid 
Dengan Cepat


Adakah anda mempunyai satu atau dua fibroid yang menyebabkan anda banyak kesakitan dan penderitaan? Tolong ubah suai diet anda - ini akan memberi keajaiban dalam membantu anda mengecutkan fibroid anda dengan cepat dan menangkis mana-mana orang lain dari masa depan!


9 Makanan Terbaik untuk Mengecutkan Fibroid Dengan Cepat

Adakah anda mempunyai satu atau dua fibroid yang menyebabkan anda banyak kesakitan dan penderitaan? Tolong ubah suai diet anda - ini akan memberi keajaiban dalam membantu anda mengecutkan fibroid anda dengan cepat dan menangkis mana-mana orang lain dari masa depan!

Berikut adalah senarai 9 makanan teratas untuk mengecutkan fibroid dengan cepat. Tambahkan mereka ke dalam diet biasa anda untuk melihat peningkatan gejala yang besar:


1. Teh Hijau

Salah satu makanan terbaik untuk mengecutkan fibroid adalah teh hijau, yang dipenuhi dengan antioksidan yang kuat! Ia bagus untuk mereka yang berjuang untuk menurunkan berat badan yang tidak diingini dan ia juga dapat membantu mengecutkan fibroid anda dengan cepat.

Kajian ini menunjukkan bahawa antioksidan yang terdapat dalam teh hijau, epigallocatechin gallate, dapat memperlambat pertumbuhan fibroid dengan melawan keradangan dan dominasi estrogen.

Teh hijau juga baik untuk mengatur tempoh yang tidak teratur dan mengurangkan aliran berat. Oleh itu, minum cawan panas piping secara berkala untuk melihat fibroid mengecut seperti sebelumnya!


2. Alpukat

Avocado adalah makanan super berkrim yang kaya dengan lemak sihat. Ini juga mengandungi jumlah kalium yang baik yang menjaga jantung anda sihat dan tekanan darah normal. Wanita dengan fibroid juga mempunyai tekanan darah tinggi. Walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kaitannya, ini mungkin kerana tekanan darah tinggi dan fibroid bertambah buruk dengan pengambilan makanan kaya natrium yang tinggi yang menyebabkan keradangan dan pH berasid di dalam badan.

Makanlah alpukat dan makanan lain yang kaya dengan kalium seperti pisang untuk melawan keradangan di badan anda yang boleh memburukkan lagi fibroid.

3. Yogurt

Susu adalah salah satu makanan yang membantu melawan fibroid kerana mengandungi mineral kalsium, magnesium dan fosfor. Ia juga mengandungi Vitamin D, vitamin larut lemak yang menghalang perkembangan fibroid.

Gunakan susu, seperti susu dan yogurt susu organik bebas untuk mendapatkan sumber Vitamin D dan mineral penting yang menangkal pertumbuhan dan perkembangan fibroid. Pastikan anda mengelakkan tenusu yang diproses di kilang kerana mengandungi lebih banyak estrogen yang anda tidak mahu tambahkan ke sistem dominan estrogen anda yang menyebabkan fibroid.


4. Lentil

Lentil juga termasuk dalam senarai makanan untuk mengecutkan fibroid. Mereka kaya dengan serat, protein dan kalium. Mereka juga merupakan makanan selamat yang sangat baik untuk dimakan jika anda mempunyai fibroid kerana mereka mempunyai indeks glisemik rendah.

Ini bermakna mereka lebih lambat dicerna, diserap dan dimetabolisme daripada makanan lain, dan juga menyebabkan kenaikan glukosa darah yang lebih rendah dan lambat dan oleh itu tahap insulin. Kesan glisemik rendah mendorong keradangan yang berkaitan dengan pertumbuhan fibroid.

5. Epal

Ratakan epal kerana ia membantu mengecilkan fibroid, ya! Epal mengandungi flavonoid yang dikenal sebagai phloretin, yang menghalang pertumbuhan tumor. Sebatian kimia ini menyekat pengeluaran estrogen, yang baik untuk mencegah pertumbuhan fibroid dan yang baru daripada berkembang.

Adakah anda mempunyai satu atau dua fibroid yang menyebabkan anda banyak kesakitan dan penderitaan? Tolong ubah suai diet anda - ini akan memberi keajaiban dalam membantu anda mengecutkan fibroid anda dengan cepat dan menangkis mana-mana orang lain dari masa depan!

6. Biji-bijian

Gandum gandum halus dan dapatkan bijirin penuh ketika anda menderita fibroid. Biji-bijian utamanya kaya akan serat yang membantu menjaga kadar gula dalam darah anda, oleh itu tahap insulin tetap stabil. Ini tidak seperti gandum halus yang meningkatkan kadar gula darah dan insulin anda dengan cepat, yang menjadi pemangkin kepada fibroid untuk berkembang dan berkembang.

Makanan kaya serat seperti biji-bijian juga membantu menurunkan berat badan dan menyeimbangkan hormon, yang membantu mencegah dan melambatkan pertumbuhan fibroid rahim. Oleh itu, apabila anda pergi membeli-belah runcit, beli roti gandum dan pasta dan bukannya versi putih yang diproses untuk melawan fibroid.

7. Ikan Berminyak

Ikan berminyak termasuk salmon, mackerel, tuna, herring, sardine dan lain-lain. Ikan ini kaya dengan asid lemak omega 3 dan Vitamin D, vitamin larut lemak yang baik untuk melawan fibroid. Penyelidikan menunjukkan bahawa Vitamin D dapat mencegah sel-sel fibroid daripada menghasilkan tisu berserat, termasuk fibroid rahim.

Juga pastikan anda mendapat cukup sinar matahari, terutama sinar matahari pagi yang lembut, kerana sumber Vitamin D nombor satu adalah sinar matahari.


8. Sayur-sayuran Beras

Sayuran salib seperti sayur-sayuran kol, kubis, kembang kol, brokoli, kubis brussel, kangkung, lobak dan lobak, antara lain mengandungi indole-3-karbinol. Sebatian penting ini menghalang pembentukan pertumbuhan / tumor yang tidak diingini yang disebabkan oleh kelebihan estrogen, yang merangkumi fibroid.


9. Telur Organik

Telur, terutama kuning oren kaya dengan Vitamin A, nutrien yang penting untuk melawan pertumbuhan dan perkembangan fibroid. Dan bukan hanya sumber vitamin A - tetapi berasal dari sumber haiwan seperti telur dan susu keseluruhan.

Satu kajian tertentu yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition yang dilakukan pada 22.583 wanita pramenopause, mendapati bahawa mereka yang menggunakan lebih banyak buah dan Vitamin A yang terdapat dalam sumber haiwan (Vitamin A preformed) mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengembangkan fibroid rahim.

Sentiasa pastikan untuk makan telur pelbagai organik dan elakkan telur kilang untuk mengelakkan berlebihan hormon yang dipam oleh ayam kilang. Ingatlah bahawa estrogen ini dapat menambahkan kelebihan estrogen yang sudah ada di dalam badan anda yang menyebabkan fibroid.





8 Makanan Tambahan/Suplemen Untuk Pengurangan Fibroid

 fibroid


8 Makanan Tambahan/Suplimen Untuk Pengurangan Fibroid


Adakah anda menghadapi masalah fibroid? Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengambil suplemen semula jadi untuk pengurangan fibroid.

Adakah anda bergelut dengan fibroid? Anda mungkin ingin mempertimbangkan pengambilan suplemen semula jadi untuk pengurangan fibroid.

Fibroid adalah pertumbuhan otot licin bukan barah di dalam dinding rahim. Kira-kira 75% wanita mengalami fibroid pada suatu ketika dalam hidup mereka terutama pada tahun-tahun pembiakan.

Beberapa faktor risiko untuk fibroid termasuk sejarah keluarga, etnik (wanita Afrika Amerika mempunyai risiko 3 kali lipat mengembangkan fibroid berbanding dengan wanita Kaukasia), menjadi gemuk / berat badan berlebihan dan mempunyai ketidakseimbangan hormon di dalam badan.

Dalam artikel ini, temukan 8 suplemen berkesan untuk pengurangan fibroid yang akan membantu anda mengecilkan satu atau dua fibroid secara semula jadi. Pastikan anda berunding dengan doktor anda sebelum anda mengambil suplemen untuk selamat, terutamanya jika anda hamil / menyusu atau mengalami komplikasi kesihatan.


8 Makanan Tambahan untuk Pengurangan Fibroid


1. Vitex

Salah satu ramuan herba yang terkenal untuk kesihatan pembiakan adalah vitex (beli di sini), juga dikenali sebagai chaste berry. Ia adalah antara makanan tambahan yang paling berkesan untuk pengurangan fibroid juga.

Vitex membantu menyokong keseimbangan hormon pada wanita. Ia berfungsi dengan meningkatkan hormon luteinizing yang memudahkan pengeluaran progesteron. Dengan berbuat demikian, ia mencegah kelebihan estrogen dari membangun dan menjadikannya persekitaran yang kondusif untuk mengembangkan fibroid.

2. L-Arginine

Tambahan lain yang berguna untuk mengurangkan fibroid secara semula jadi adalah L-arginine (beli di sini). L-arginine disyorkan sebagai makanan tambahan untuk merawat fibroid kerana ia membantu menyokong fungsi imun dan melambatkan pertumbuhan tumor rahim.

Ia juga merangsang peredaran darah yang membantu melancarkan aliran darah ke rahim yang betul yang membantu mencegah pertumbuhan fibroid yang tidak diingini.

Nota: Mengambil suplemen lain; L-lisin bersama-sama dengan L-arginin telah terbukti dapat membantu mengimbangkan L-arginin.


3. Susu Thistle

Milk thistle (beli di sini) adalah salah satu makanan tambahan terbaik untuk pengurangan fibroid. Ia membantu menyokong detoksifikasi hati yang penting dalam menyingkirkan kelebihan estrogen di dalam badan, sehingga memperbaiki keadaan fibroid. Ini kerana fibroid bergantung kepada estrogen, yang bermaksud mereka makan dan tumbuh pada kadar estrogen yang berlebihan.

Mengambil suplemen susu thistle atau teh thistle susu memberikan sokongan hati yang sihat yang memudahkan penyingkiran lebihan estrogen di dalam badan.


4. Kunyit

Kunyit (beli di sini), rempah emas yang berasal dari Asia Tenggara adalah makanan tambahan yang kuat yang mempunyai banyak faedah. Dalam kes ini, sangat membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan teruk yang berkaitan dengan fibroid rahim.

Bahan aktif dalam kunyit adalah kurkumin, sebatian yang telah terbukti menghalang pertumbuhan sel fibroid.


5. B-Kompleks

Vitamin B-kompleks adalah makanan tambahan penting yang membantu mengecutkan fibroid secara semula jadi. Mendapatkan cukup vitamin B melalui suplemen membantu hati dalam proses metaboliknya dan mengatur kadar estrogen yang berlebihan.

Mengambil suplemen kompleks B (beli di sini) menyokong detoksifikasi hati dan juga tindak balas badan terhadap tekanan yang semuanya membantu mengurangkan fibroid rahim secara semula jadi.


6. Kalsium D-Glucarate

Kalsium d-glukarat (beli di sini) adalah makanan tambahan penting untuk fibroid dan keseimbangan hormon. Secara semula jadi ia didapati dalam kepekatan tinggi dalam buah sitrus walaupun menambahnya lebih berkesan untuk mengecutkan fibroid rahim dengan cepat.

Makanan tambahan ini membantu bakteria dalam usus memecah dan menghilangkan kelebihan estrogen. Ia juga membantu membersihkan estrogen berbahaya yang berlebihan melalui hati.


7. Ekstrak Teh Hijau

Ekstrak teh hijau (beli di sini) juga terdapat dalam senarai makanan tambahan terbaik untuk pengurangan fibroid.

Seperti yang sudah anda ketahui, teh hijau kaya dengan antioksidan yang melawan radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif dalam tubuh termasuk organ pembiakan.

Ia berfungsi untuk mengecilkan fibroid rahim kerana mengandungi Epigallocatechin gallate (EGCG), yang merupakan polifenol yang telah terbukti dapat mengurangkan jumlah fibroid dengan ketara dan juga membantu memperbaiki gejala yang berkaitan dengan fibroid.


8. Vitamin D

Tahukah anda bahawa wanita dengan kadar Vitamin D rendah lebih mudah terkena fibroid? Ya, penyelidikan menunjukkan bahawa wanita dengan kadar Vitamin D dalam serum lebih rendah cenderung mengembangkan fibroid rahim.

Sekiranya anda mempunyai Vitamin D yang rendah, pastikan anda berjumpa doktor dan mula mengambil suplemen Vitamin D (beli di sini) untuk membantu mengimbangi tahap anda dan mencegah lebih banyak fibroid daripada berkembang kerana anda membantu mengecilkan yang ada.

credit :
superfoodsanctuary.com


7 Makanan Yang Harus Dielakkan Jika Anda Mempunyai Fibroid

fibroid

7 Makanan Yang Harus Dielakkan 
Jika Anda Mempunyai Fibroid


Tahukah anda bahawa sekitar 20% hingga 80% wanita menghidap fibroid sebelum berusia 50 tahun? Penting untuk menjauhkan pertumbuhan pelik ini dengan melakukan semua yang anda boleh. Perhentian pertama - memperbaiki diet anda. Berikut adalah senarai 7 makanan yang harus dielakkan jika anda mempunyai fibroid untuk membantu menyingkirkannya dengan lebih cepat, sambil mencegah lebih banyak daripada berkembang!

Apa itu Fibroid & Gejalanya ?
Fibroid, juga dikenali sebagai fibroid rahim adalah tumor otot jinak yang dapat berkembang di rahim. Wanita yang mendapat fibroid biasanya berumur pertengahan hingga akhir pembiakan. Sebilangan besar fibroid tidak menyebabkan simptom, ada yang menyebabkan kesakitan serta pendarahan yang berat dan berpanjangan.

Sekiranya fibroid cukup besar, ia dapat menekan pundi kencing dan menyebabkan kencing kerap. Gejala lain dari fibroid rahim termasuk sakit semasa hubungan seksual dan sakit belakang bawah. Kemandulan mungkin disebabkan oleh fibroid pada beberapa wanita tetapi ini tidak biasa.

Apa yang Menyebabkan Fibroid?
Wanita boleh mendapat satu fibroid atau sebilangan besar di rahim mereka. Tetapi sebab sebenar mengapa fibroid tumbuh di tempat pertama tidak jelas. Walau bagaimanapun, corak menunjukkan bahawa fibroid berjalan dalam keluarga dan dipengaruhi oleh tahap hormon dalam badan.

Beberapa faktor risiko fibroid termasuk kegemukan dan terlalu banyak pengambilan daging merah! Inilah sebabnya mengapa diet sangat penting untuk menyingkirkan fibroid. Sebenarnya, banyak masalah pembiakan termasuk sista ovari, tempoh berat, PCOS dan kemandulan disebabkan oleh kenaikan berat badan yang tidak diingini, kelebihan berat badan dan kegemukan.

Di bawah ini, mari kita lihat senarai makanan yang harus dielakkan sekiranya anda mempunyai fibroid. Hanya mengelakkan makanan ini

Senarai Makanan yang Harus Dielakkan jika Anda Mempunyai Fibroid

Berikut adalah senarai 7 makanan yang harus dielakkan jika anda mempunyai fibroid untuk membantu menyingkirkannya dengan lebih cepat, sambil mencegah lebih banyak daripada berkembang!

1. Daging Merah
Seperti disebutkan di atas, salah satu faktor risiko terbesar untuk mengembangkan fibroid adalah pengambilan daging merah yang tinggi. Daging yang berwarna merah ketika mentah disebut daging merah. Ini termasuk semua daging dari haiwan berkaki empat seperti daging lembu, daging babi dan domba, dan lain-lain. Daging jenis ini harus dielakkan kerana mereka mempunyai hormon tambahan yang tinggi termasuk estrogen yang meningkatkan tahap hormon anda dan menyebabkan pertumbuhan rahim seperti fibroid dan juga ovari sista.

Daripada daging merah, makan daging putih iaitu ayam dan ikan. Elakkan ayam yang dibesarkan di kilang dan cuba makan makanan yang diternak secara organik.


2. Tenusu Berlemak Tinggi
Yang lain dalam senarai makanan yang harus dielakkan jika anda mempunyai fibroid adalah susu tinggi lemak. Ini termasuk susu penuh, susu penuh lemak, mentega dan krim. Kenapa? Ia mempunyai konsep yang sama dengan makan daging merah - susu adalah salah satu makanan yang mengandungi sejumlah besar hormon tambahan yang disuntik ke dalam lembu untuk membuatnya tumbuh dengan cepat dan meningkatkan pengeluaran susu mereka. Kita telah melihat bahawa hormon berlebihan memainkan peranan besar dalam menyebabkan fibroid. Oleh itu, hormon tambahan dalam susu boleh memberi makan fibroid anda, menjadikannya lebih besar, menghalangnya larut atau membentuk yang baru.

Sekiranya anda tidak dapat mengelakkan tenusu, sila cuba mengambil susu organik dari ladang yang menghasilkan susu dari lembu bebas atau lembu yang dibesarkan.

3. Makanan yang kaya dengan lemak tepu
Pada masa kini, kebanyakan makanan yang diproses seperti biskut, gula-gula, pastri, kerepek kentang dan produk bungkusan lain dimakan setiap hari oleh semua orang. Sebilangan besar dari kita mencari sebungkus kerepek kentang atau sebiji coklat ketika kita berada di zaman kita sebagai makanan keselesaan. Tetapi sebenarnya, makanan ini kaya dengan lemak tepu yang dapat meningkatkan kadar estrogen, yang memungkinkan fibroid tumbuh dengan ukuran lebih besar. Tidak ketinggalan, makanan yang dibungkus menawarkan nilai pemakanan yang tidak banyak atau tidak!

Wanita dengan fibroid harus mengelakkan makanan ini dan memilih pilihan yang lebih sihat dalam jumlah yang sederhana, seperti kacang yang mengandungi lemak sihat.

4. Kafein
Adakah anda menderita fibroid yang menyakitkan, besar atau beberapa pada rahim anda? Kalau begitu, inilah masanya untuk mengurangkan kafein. Minuman yang mengandungi kafein termasuk dalam senarai makanan yang harus dielakkan sekiranya anda mempunyai fibroid. Ini termasuk kopi, coklat, minuman ringan dan juga teh. Kenapa? Kerana ia mengandungi kadar metilanthin yang tinggi, yang menyebabkan tahap tinggi biokimia dalam tubuh yang dapat membentuk tumor di dalam badan seperti fibroid rahim.

5. Makanan Yang Sangat Masin
Anda tahu ini - bungkus mi segera, stok ayam, acar, serai, kerepek kentang, dan lain-lain. Makanan masin tinggi boleh menyakitkan di hati yang merupakan organ yang membantu membuang toksin dalam badan dan juga keseimbangan hormon. Selain itu, makanan yang sangat masin membuat anda mengalami dehidrasi. Dehidrasi menyebabkan terlalu banyak keasidan dalam tubuh, yang merupakan salah satu penyebab utama gangguan dalam badan, termasuk gangguan pembiakan seperti pertumbuhan jinak, polip, fibroid dan kista ovari.

Minum air secukupnya untuk membuang lebihan garam dari badan apabila anda merasa terlalu banyak garam.


6. Roti Putih, Nasi & Pasta
Apabila anda mempunyai fibroid, ada beberapa makanan yang perlu anda korbankan untuk menjadi lebih baik. Ini termasuk roti putih, nasi dan pasta. Makanan ini mudah dicerna, yang bermaksud mereka cepat dicerna dan bergerak ke aliran darah, yang menyebabkan lonjakan insulin. Estrogen yang tinggi dalam badan, yang merupakan salah satu faktor risiko fibroid menyebabkan ketahanan insulin. Daya tahan insulin adalah daya tahan tubuh terhadap hormon insulin yang menyebabkan peningkatan gula darah. Ini menyebabkan kenaikan berat badan yang berlebihan, kegemukan dan keradangan di dalam badan, sehingga menyebabkan pertumbuhan fibroid di antara banyak masalah lain.

Elakkan roti putih, nasi dan pasta - ganti dengan versi coklat seperti roti perang, beras perang dan pasta coklat. Cuba makan produk versi gandum penuh dan lewati makanan gandum halus.


7. Alkohol
Pengambilan alkohol secara berlebihan sangat buruk untuk kesihatan anda, seperti yang anda sudah tahu. Tetapi ia juga memberi kesan negatif pada fibroid, menjadikannya lebih teruk dan meningkatkan risiko lebih banyak daripada mereka berkembang. Alkohol menyebabkan keradangan yang tinggi di dalam badan dan itulah salah satu makanan terburuk yang harus dielakkan sekiranya anda mempunyai fibroid.

Saya harap anda mendapat idea tentang makanan mana yang harus dielakkan jika anda mempunyai fibroid! Makanan apa yang telah anda hilangkan atau kurangkan dalam diet anda untuk memperbaiki fibroid anda? Sila kongsi komen di bawah!


Baca juga:
8 Makanan Tambahan/Suplemen Berkesan untuk Pengurangan Fibroid
9 Makanan untuk Mengecutkan Fibroid Dengan Cepat
Cara Menggunakan Minyak Benih Hitam untuk Mengecutkan Fibroid
7 Herba Terbaik untuk Mengecilkan Fibroid termasuk roti putih, nasi a

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers