Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

11 Jun 2021

Inisiatif McDonald's Hargai Frontliner

mc donald's taja makanan

Inisiatif McDonald's Hargai Frontliner 


Haii.. Hari ni TB nak bercerita sedikit tentang Kempen #KitaBoleh yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia.  Seperti yang kita maklum, sebelum ini McDonald's Malaysia telah memberi banyak sumbangan dan tajaan dalam kempen-kempen untuk kebajikan dan juga telah menjalankan usaha untuk bersama-sama berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan. 

#Kitaboleh McDonalds Beri Penghargaan Kepada Petugas Barisan hadapan Perubatan

Ha.. Kali ini satu lagi kempen yang pihak McDonald's Malaysia lakukan iaitu kempen #KitaBoleh dimana ia merupakan Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia bagi menunjukkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan Perubatan Hospital . Seperti yang disampaikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini, "

Ya. Sebenarnya ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang pertama tahun lalu, so tahun ini mereka menyambung semula kempen tersebut bagi membantu frontliner untuk terus bersemangat membanteras covid19 ini. Bagusnya usaha McDonald's Malaysia yang turut ambil peduli tentang keadaan semasa negara . 

Dalam situasi pandemik ini pastinya kerjasama dan sikap saling membantu antara kita amat perlu bagi menghadapi cabaran dan kesulitan yang mendatang. Kita pastinya tidak tahu bila semua ini akan berakhir dan pastinya kita juga amat berharap agar petugas barisan hadapan / frontliner kita dapat bertahan mengharungi cabaran dan masalah ini. teruskan berjuang hingga ke saat akhir. Moga suatu hari nanti hari kemenangan kita akan tiba jua.. 

Untuk pengetahuan semua, Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka ini bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Pada masa inilah kita nampak banyak rupanya pihak-pihak yang sedia membantu meringankan beban dan memberi dorongan dan galakan dalam bentuk yang pelbagai kepada mereka yang memerlukan. Termasuklah usaha McDonald's Malaysia yang terbaru ini.. Memang respek lah.. Terima kasih atas usaha meringankan kepenatan frontliner kita yang berhadapan dengan Covid19 ini.

Kagum dengan semangat Frontliner kita

Bercerita tentang Covid19 yang semakin menular kini, TB berasa sangat kagum dengan semangat frontliner kita, TB sendiri akui TB tidak sekuat petugas barisan hadapan, dimana mereka perlu berhadapan dengan pesakit Covid19 walau risiko untuk dijangkiti itu ada dan kerana tanggungjawab, amanah dan tugas mereka perlu menghadapinya sebaik mungkin. Waktu sentiasa berjalan dan kita sentiasa menanti hari kemenangan kita.

Namun.. bagi TB, semestinya kita boleh memenangi peperangan ini tetapi kita belum boleh bersenang-senangan kerana kita belum menang. Kita perlu bersatu dan berkerjasama memainkan peranan masing-masing agar dapat memastikan kita menang menangani krisis COVID-19 ini.

Nasihat TB buat semua, janganlah ketika krisis COVID-19 ni, kita bertelingkah, tuduh menuduh dan bersikap pentingkan diri. kerana kita punya tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk menjaga sesama kita walau berlainan bangsa sekalipun. Kita patut bersyukur kerana nasib kita jauh lebih baik berbanding frontliners yang mana mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga namun mereka tetap patuh pada perintah dan buat yang terbaik untuk mempertahankan komuniti daripada dijangkiti COVID-19

Tugas mereka sangat berat dari pelbagai sudut. Kita harus berterima kasih kepada mereka kerana sebagai petugas barisan hadapan baik dari klinik mahupun hospital mereka telah bekerja keras di hospital dan pusat kuarantin bagi mengesan kes dan merawat pesakit COVID-19.

Pengorbanan besar yang mereka lakukan ini bagi memenangi krisis pandemik COVID-19 sewajarnya dihargai oleh rakyat Malaysia.

dan seperti yang kita harapkan, Rakyat Malaysia sememangnya bersifat prihatin dan ini terbukti apabila semakin ramai pihak tampil, menghulurkan sumbangan dalam usaha membantu petugas barisan hadapan, yang bertungkus-lumus mengekang penularan Covid-19. Haa.. termasuklah usaha murni yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia ini.

 

Inisiatif McDonald's Hargai Frontliner

Oh ya, Pasti ada yang tertanya-tanya Kempen #kitaboleh ni macam mana ya? Haa.. meh TB terangkan info serba sedikit tentang kempen ini supaya jelas pada pemahaman korang. 


McDonalds Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Barisan Hadapan Perubatan Hospital

Kempen #kitaboleh ini dilakukan oleh McDonald's dengan cara menghantar pasukan restorannya dalam tajaan makanan ke hospital di seluruh negara atau dengan kata lebih senang untuk semua faham, McDonald's Malaysia sponsor / taja makanan kepada barisan hadapan kita / frontliner di hospital

Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut. 

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," 

Haa.. Bagus kan usaha Mc Donald ini, boleh lihat gambar-gambar dibawah ni.. betapa terharu dan gembiranya wajah-wajah frontliner kita apabila menerima bantuan seperti ini.. Moga dengan cara ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus tabah dan kuat menghadapai dugaan sedia ada kini.. 

dan dijangkakan Tajaan makanan untuk hospital-hospital ini yang merawat pesakit COVID-19, menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan (frontliners) .

 

mc donald's taja makanan

 Penghantaran makanan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital

mc donald's taja makanan

Antara Hospital lain yang menerima tajaan 

mc donald's taja makanan

terpancar wajah gembira frontliner kita

mc donald's taja makanan

Azmir juga mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, sambil tersenyum di wajah barisan depan perubatan.

Terima kasih buat McDonald's Malaysia yang taja makanan kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus memberi khidmat jasa untuk kita semua. Satu sorakan hebat kepada pasukan restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital,hantar makanan ke hospital dan memastikan barisan perubatan kita mendapat makanan kegemaran mereka.

Semoga usaha McDonald's Malaysia dapat memberi semangat yang lebih kuat lagi kepada barisan hadapan / frontliner untuk terus berjuang dan kami sangat menghargai jasa anda semua yang sanggup berkorban masa dan kehidupan tenang demi berkhidmat untuk negara walaupun terpaksa meredah risiko berhadapan dengan wabak Covid19. Pastinya tugas yang mereka pikul itu sangat mencabar dan kerana itu kita perlu memberi sokongan dari segi apa yang ternampu..

Sekali lagi terima kasih buat  McDonald's Malaysia kerana menaja makanan kepada petugas barisan hadapan perubatan hospital / frontliner kita sebagai tanda sokongan dan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan hospital yang bertungkus-lumus mengawal penularan pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lalu.


14 Mei 2021

RESEPI GOLDEN BALL ALA SUSHI KING


GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

RESEPI GOLDEN BALL 
ALA SUSHI KING

Peminat sushi king mesti tahu menu yg ni..heehe... buat sendiri letak topping melimpah.. puas makan.. sedap amat. 😋😜

Ni kalau buat anak-anak pasti suka...  


RESEPI GOLDEN BALL ALA SUSHI KING


Bahan-bahan:

Telur ayam – direbus dan dikupas kulitnya

Minyak untuk menggoreng

Bahan salut

Telur ayam - dipukul

Tepung tempura

Breadcrumb secukupnya

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING


Caranya:

Didihkan air dan rebuskan telur ayam sehingga masak.

Apabila telur telah sejuk kupaskan kulitnya.

Celupkan telur tadi dengan telur yang telah dipukul dengan rata.

Salutkan pula dengan tepung tempura sehingga rata. Ulang 2 kali.. Kemudian celupkan semula dengan telur.

Akhir sekali salutkan sehingga rata dengan breadcrumb. Buat sehingga habis.

Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.

Biarkan sejuk dan di potong tengah2nya.


Bahan2 topping:

Filamen ketam

Mayonis

Caranya:

Rebus sebentar filamen ketam. Angkat dan toskan. Hiris halus filamen ketam tadi. Campurkan dengan mayonis dan gaul rata.


SELAMAT MENCUBA.😉


Kredit: Asmalizan Ismail 


BOLEHKAH PUASA ENAM DINIAT SEKALI DENGAN GANTI PUASA?

Niat puasa enam

BOLEHKAH PUASA ENAM DINIAT SEKALI DENGAN GANTI PUASA?


جندالله:
Puasa Qada' dan Puasa Sunat 6 Hari Dalam Syawwal

Ada 3 pendapat dan kesemuanya adalah benar dan boleh diamalkan, maka tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari mana satu yang lebih 'rajih', jika anda bukan seorang yang berkemahiran untuk melakukan tarjih.

Pendapat Pertama: Tetap mengedepankan Puasa Qada' terlebih dahulu dari puasa Sunat Syawwal.

Dalilnya:

فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Dan hutang Allah itu terlebih berhak untuk dibayar (Riwayat Imam Al Bukhari)

Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tidak banyak jumlah puasa yang perlu diqada' dan yakin akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis bulan Syawwal.

Pendapat Kedua: Berpuasa Sunat Syawwal terlebih dahulu daripada Puasa Qada'.

Dalilnya:

Berkata Sayyidatuna A'isyah رضي الله عنها و سلام الله عليها

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.

Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah صلى الله عليه و سلم (Muttafaqun 'Alaih)

Berdasarkan riwayat ini maka sebahagian ulama' menghukumkan harusnya bagi seseorang untuk menangguhkan qada' puasanya dan memberi isyarat bahawa qada' puasa, tidaklah seperti qada' solat  yang mesti disegerakan sebaik  sahaja teringat.

Maka bagi sesiapa yang merasakan tidak mungkin sempat menghabiskan puasa qada'  terlebih dahulu kerana banyak jumlahnya tetapi tidak mahu terlepas dari kebaikan dan fadilat  enam  hari  Syawwal, maka bolehlah  dia  beramal mengikut pendapat ini.

Namun di sisi ulama' Syafi'iyyah, ia makruh kerana di sisi ulama' Syafi'iyyah, mengedepankan yang wajib atas yang sunat itu lebih disukai.

Pendapat ketiga: Digabungkan kedua-duanya sekaligus  berhasil pahala  bagi kedua-duanya

Ini merupakan fatwa sebahagian ulama' Syafi'iyyah, berdalilkan Qiyas terhadap  Solat Wajib yang dikerjakan seseorang  ketika  masuk   ke masjid telah  pun menggugurkan kesunnahan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid   keatas dirinya.

Ini  merupakan fatwa Imam Ar-Ramli, Imam Ibn Hajar Al-Haitami dan Syaikhul Islam Zakariya Ansari.

Maka sesiapa  yang merasakan lebih selesa  dan kesuntukan masa untuk melakukan kedua-duanya secara berasingan  bolehlah melakukan sebegini, terutamanya untuk  kaum wanita yang mempunyai suami supaya  tidak terhalang untuk puasa sunat dan dalam masa yang sama ingin berkhidmat kepada suami.

واللّه أعلم

الفقير إلى رحمة اللّه الغني،
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy

غفر اللّه له ولوالديه

Kredit: fb PONDOK HABIB

@telepesanbonda

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 


Hari ni.. Raya kedua bagi syawal tahun 2021 ni.  Dan hari ni adalah PKP kali kedua untuk kita semua.. Takpelah.. Tak kisah itu semua.. Asalkan jumlah kes covic19 tak bertambah.. Janji Orang tua kita sihat di kampung,  janji semuanya baik-baik belaka.. Aamiinn..

Dikesempatan ini TB nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam..

Salam berbahagia buat mak dan abah di kampung, adik-adik dan kakak-kakak.. Semoga kalian semua berada dalam lindungan Allah.. Duduk diam-diam dalam rumah, jangan terima tetamu, pastikan jaga SOP yea.

Doakan kita dapat menyambut hari raya bersama seperti dulu.. Tapi walaupun bukan time raya, harap kita dapat juga berpeluang berjumpa..  Rindu kalian semua.. Namun buat masa ni elok lah kita membatasi jarak buat sementara..

Moga Covic19 hilang sepenuhnya di muka dunia..  

Salam sayang dari kami.. Tengkubutang & Family..



09 Mei 2021

Resepi Kek Marble Lembut dan Sedap


RESEPI KEK MARBLE 
LEMBUT DAN SEDAP

Hari ni lalu kat fb terjumpa pulak resepi yang ni.. Macam best je.. Terus tepek sini.. Kalau ada cukup bahan akan TB buat. Taoi tu laaa.. TB buat lepas tu malasnya nak uo kat sini. Terus up kat tiktok tu je.. Haha... 

Nanti TB try rajinkan diri up sini pulak.. Tapi kalau menjadi la... Kalau tak jadi.. Malas la nak share. Hahahaha.  Jom tengok reseoi mudah ni 

Resipi Kek Marble Lembut

Bahan bahan:
230gm mentega
170gm tepung gandum
170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak 
Atau guna coklat emulco

Cara²:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan/hingga jadi putih gebu lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan koko atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau sehingga masak..

Sumber Shahila Hanim‎

 

01 Mei 2021

18 RESIPI BISKUT RAYA LAMA KEGEMARAN ORANG DULU-DULU

 


18 RESIPI BISKUT RAYA LAMA KEGEMARAN ORANG DULU-DULU


1. BISKUT KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:

110gm marjerin | dicairkan

100gm tepung gandum | diayak

75gm tepung jagung

45gm gula halus

1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus

1 sudu teh esen vanila

2 biji kuning telur

Sedikit pewarna hijau

Sedikit putih telur | hiasan

 

CARA MEMASAK:

Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata.

Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai.

Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin.

Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak.

Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin.

 

2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH

BAHAN-BAHAN:

185gm marjerin

250gm tepung gandum

185gm tepung jagung

95gm gula halus

60gm kacang tanah tumbuk

1 sudu teh esen vanila

1 biji telur kuning | hiasan

Sedikit kacang tanah | digoreng untuk hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul hingga kembang.

Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata hingga sebati.

Keluarkan doh dari mangkuk adunan dan canai sederhana tebal.

Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar.

Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dengan kacang tanah goreng.

Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.

 

3. BISKUT BIJAN

BAHAN-BAHAN:

100gm marjerin

120gm tepung gandum

70gm gula kastor

40gm tepung kastad

1 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata.

Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati.

Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian.

Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan.

Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C.

Info chef: Biskut hendaklah disejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan ia menjadi lemau.

 

4. BISKUT DURIAN BELANDA

BAHAN-BAHAN:

375gm tepung gandum

200gm marjerin

75gm gula halus

1 biji telur

1 sudu teh esen vanila

Sedikit pewarna hijau

Jem nanas secukupnya

 CARA MEMASAK:

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati.

Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.

Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.

Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.

Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.

Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Info chef: Jika suka, boleh mencucuk bunga cengkih pada kuih bagi membentuk tangkai buah durian belanda.

 

5. BISKUT BUAH KANA

BAHAN-BAHAN:

150gm gula halus

175gm marjerin

300gm tepung gandum

1 biji kuning telur

1/4 sudu teh serbuk penaik

Sedikit esen vanila

2 sudu makan serbuk koko

Sedikit jem

CARA MEMASAK:

Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.

Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang.

Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul hingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.


Ambil sedikit adunan dan tekan Ke dalam acuan buah kana.. Ketuk acuan bagi mengeluarkan kuih dan susun di dalam dulang pembakar.

Bakar pada suhu 160C selama 15-20 atau sehingga masak.

Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Pastikan acuan buah kana ditabur sedikit tepung bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.

 

6. BISKUT BUNGA CINA

BAHAN-BAHAN:

185gm tepung gandum

190gm gula halus

95gm marjerin

30gm tepung jagung

1 suduteh esen vanila

Sedikit kismis hitam | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. MAsukkan esen vanila dan kacau rata.

Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati.

Isi adunan ke dalam acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kismis.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.

 

7. BISKUT SUJI

BAHAN-BAHAN:

125gm minyak sapi

125gm gula halus

250gm tepung gandum

Ceri merah secukupnya | dipotong kecil

CARA MEMASAK:

Pukul gula halus dan minyak sapi sehingga hancur dan putih.

Setelah itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat.

Bentukkan adunan menjadi bulat dan hiaskan ceri merah diatasnya.

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit.

Info chef: Waktu membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar. Tambah waktu membakar jika biskut anda kelihatan belum masak dan begitu juga sebaliknya.

 

8. BISKUT BINTANG

BAHAN-BAHAN:

100gm marjerin | dicairkan

90gm tepung gandum

20gm tepung kastad

90gm tepung jagung

40gm gula halus

1 sudu teh esen vanila

2 biji kuning telur

1 biji kuning telur | hiasan

Ceri hijau secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.

Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.

Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.

Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri  hijau.

Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.

 

9. BISKUT BUAH GAJUS

BAHAN-BAHAN:

100gm tepung gandum

120gm marjerin | dicairkan

110gm tepung jagung

45gm gula halus

2 biji kuning telur

50gm kacang gajus | ditumbuk hancur

1 sudu teh esen vanila

1 biji kuning telur | hiasan

Sedikit biji gajus panggang | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul gula bersama kuning telur sehingga larut. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung  jagung, gajus tumbuk dan esen vanila. Gaul hingga sebati dan rata.

Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh dicanai.

Terap doh menggunakan acuan berbentuk buah gajus.

Hiaskan dengan biji gajus dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut.

Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 160C.

Info chef: Pastikan biskut mempunyai ketebalan yang sama bagi memastikan ia masak sekata.

 

10. BISKUT MILO

BAHAN-BAHAN:

125gm tepung agndum

105gm tepung jagung

50gm gula halus

2 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

40gm milo

95gm marjerin | dicairkan

CARA MEMASAK:

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan milo hingga rata.

Pukul gula dan telur secara sederhana kemudian masukkan esen vanila dan juga tepung dan milo yang diayak bersama tadi. Gaul sebati.

Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh diterap.

Terap menggunakan acuan pilihan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

 

11. BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:

185gm tepung gandum

95gm gula

125gm marjerin

86gm tepung kastad

1/2 sudu teh vanila

Coklat urai secukupnya

Cawan kertas secukupnya

Pemarut berlubang kecil

CARA MEMASAK:

Pukul marjerin, gula dan esen vanila hingga hancur dan sedikit kembang.

Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Uli hingga sebati.

Ambil sedikit adunan, kepalkan dan parut menggunakan pemarut ke dalam dulang.

Isikan parutan doh ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai dengan secukupnya.

Bakar selama 29-25 dengan suhu 160C.

Info chef: Bagi memudahkan proses memarut, doh boleh dikepal, dibalut plastik dan disimpan seketika di dalam peti sejuk. Doh yang sedikit keras mudah diparut dan tidak lembik.


12.BISKUT TAT NANGKA

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

135gm marjerin sejuk

180ml air berais

1/2 sudu teh garam

Jem nangka secukupnya

Kuning telur secukupnya

CARA MEMASAK:

Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.

Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin.

Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.

Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

 

13. BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

50gm gula aising

1/2 tin kecil minyak sapi

BAHAN INTI:

100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak

65gm gula aising

BAHAN SALUTAN:

Gula aising secukupnya 

CARA MEMASAK:

Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.

Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.

bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.

Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.

Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.

Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising.

Sedia untuk dinikmati.

 

14. BISKUT BANGKIT KELAPA

BAHAN-BAHAN:

160gm tepung ubi

30gm tepung gandum

100gm gula halus

1 biji kuning telur

90gm santan pekat

1/4 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:

Goreng tepung ubi dan tepung gandum seketika.

Kemudian campurkan tepung tadi bersama gula dan juga serbuk penaik.

Pukul kuning telur sehingga kembang lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi tepung. Masukkan juga santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lembut.

Canai doh dan terap mengikut acuan yang digemari.

Bakar pada suhu 160C lebih kurang selama 20-25 minit.

Info chef: Tepung digoreng bagi mendapatkan tekstur yang ringan.

 

15. BISKUT TAT RAGA NANAS

BAHAN-BAHAN:

125gm marjerin

185gm tepung gandum

100gm gula

86gm tepung kastad

1/2 sudu teh esn vanila

Jem nanas secukupnya

Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan esen vanila. Gaul hingga sebati.

Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya.

Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur.

Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Simpan di dalam bekas kedap uadar bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama.

 

16. BISKUT BUAH CAMPUR

BAHAN-BAHAN:

95gm marjerin

125gm tepung gandum

105gm tepung jagung

60gm gula

1/2 sudu teh esen vanila

2 biji telur

80gm buah-buahan kering campuran

Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:

Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan pukul seketika. Kemudian masukkan esen vanila dan buah-buahan kering.

Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati.

Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit menggunakan garfu dan sapu sedikit kuning telur.

Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 160C.

Info chef: Guna buah-buahan kering yang berlainan warna untuk mendapatkan warna biskut yang menarik.

 

17. BISKUT ULAS LIMAU

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

210gm tepung jagung

185gm marjerin

95gm gula halus

1 sudu teh esen vanila

50ml jus limau Sunkist

Sedikit pewarna kuning

4 biji telur kuning

1 biji telur | sapuan pada biskut

CARA MEMASAK:

Pukul marjerin dan gula sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.

Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan masukkan jus limau Sunkist. Uli hingga sebati.

Titiskan sedikit pewarna kuning untuk mendapatkan warna yang cantik.

Canai doh dan terapkan acuan berbentuk ulas limau.

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Jika suka, boleh ditambah sedikit parutan kulit limau di dalam doh.


18.BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:

95gm marjerin

105gm tepung jagung

90gm tepung gandum

95gm gula kastor

1 sudu teh esen vanila

2 biji kuning telur

80gm cornflakes | dikisar kasar

100gm conflakes | salutan

CARA MEMASAK:

Pukul mentea, gula, telur dan esen vanila sehingga sebati.

Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli hingga semua bahan sekata.

Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Golek di dalam mangkuk berisi conflakes dan susun diatas dulang pembakar.

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

😋😋😋

15 April 2021

SKIN PS4 / PS5 / DS4 CONTROLLER HYPERGRAFIX

 PS4 SKIN

SKIN PS4 / PS5 / DS4 CONTROLLER HYPERGRAFIX

Assalammualaikum semua. TB nak share tentang Skin PS5 dari Hypergrafix yang semakin menjadi permintaan ramai. terdapat pelbagai design dan tema yang dikeluarkan untuk kalian buat pilihan. dan terbaru adalah tema jersey bola. Disamping harga yang berpatutan, sticker dari Hypergrafix juga berkualiti dan mendapat feedback positif dikalangan pembeli.. Sehingga kini Hypergrafix masih memegang title "Shopee Preferred Seller" .

Oh ya.. bagi yang belum tahu, Shopee Preffered Seller ini ialah faedah yang diberikan oleh shopee kepada penjual yang dipilih secara eksklusif oleh Shopee sebagai pengiktirafan atas prestasi penjualan dan operasi mereka yang sangat baik. Penjual akan mendapat lencana Pilihan yang ditunjukkan di kedai dan senarai anda jika anda menjadi Preferred Seller / Penjual Pilihan.

dan dengan ini Hypergrafix ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih Atas Sokongan Anda dari dahulu hingga kini, Ikhlas Dari Kami HYPERGRAFIX . Untuk melihat semua skin anda boleh klik pada pautan yang diberi di bawah :

ps5


ps5


Skin PS5 

https://shp.ee/x58fga7


Skin PS4 

https://shp.ee/7i45qrw


Skin Jersey Bola 

https://shp.ee/sy8j4iw


Skin DS4 Controller

https://shp.ee/hbytjkp


(V1) PS5 LOGO UNDERLAY DECALS

https://shp.ee/jh54rre


(V2) PS5 LOGO UNDERLAY DECALS 

https://shp.ee/wqxfdmq


(V3) PS4 / PS5 PLAYSTATION CENTRE PS LOGO DECAL

https://shp.ee/qnawtpe


PS4 DIY PLAYSTATION STICKER SKIN DECAL(CUSTOM)

https://shp.ee/fvz4w3e


PS5 DIY PLAYSTATION STICKER SKIN DECAL(CUSTOM)

https://shp.ee/acu7hys


Jangan Lupa Follow Kami Di

https://shopee.com.my/hypergrafix

https://www.instagram.com/hypergrafix_store

SUP AYAM THAI


SUP AYAM THAI 

Walaupun hanya sup je.. Bukan semua orang boleh hasilkan sup yang sedap melatop macam dijual kat kedai tu.. Haga samalah TB jugak.. Satu-satu Sup yang biasa TB buat ialah Sup Tulang je laaa... 

Teringin juga nak buat sup ayam macam kat kedai tu.. Bila makan macam cukup je rasa rencah semua... Tu jumpa resepi Sup Ayam Thai ni, terus tepek sini.. Nanti cari bahan.. Dah cukup bahan kita masak guna resepi ni. Tengok gambar macam sedap je.. 

Jom tengok resepi nya.. Kot ada yang terfikir fikir apa nak masak hari ni kan, boleh try ni.. Ni ala-ala Thai yea.. Bukan sup biasa.. Ada guna perencah sup Thai tu.. So kena ready bahan semua dulu la kan.. 


RESEPI SUP AYAM THAI
Bawang putih + Halia (ditumbuk) 
Bawang merah + Bawang besar + Serai (dipotong)
Cili (diketuk) 

(Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup)

Minyak sikit. Tumis semua sekali. 
Campur hirisan lemak ayam. 
(Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh) 
Tumis sampai layu/garing/wangi. 
Api medium.

Next:
Ayam. Celery. Carrots.
Basuh.
Potong.
Siram/bilas. 
Duduk diam-diam kat bucu kaunter. 
Tunggu nama naik nanti baru gi terjun masuk dalam puyuk okay.

Air hawo-hawo nok gelegok, masuk ayam dulu. Pahtu baru campak masuk C&C. 
Close pot/pan with lid. And waaaaiiiittt. ⏳

Kemudian masukkan:
1. Kiub Ayam Knorr
2. Sup Bunjut Adabi
3. Garam
4. Gula
5. Maggi cukup rasa
6. Thai Fish sauce

Lastly masukkan:

1. Daun Ketumbar / Coriander
2. Hirisan bawang besar (wedges)
3. Cili potong
4. Tomato
5. Daun limau purut 
6. Perahan asam limau nipis

Siap. Selamat mencuba 😉

Kredit Tini Joe

13 April 2021

CADANGAN DOA YANG BOLEH DIBACA KETIKA SAHUR / BERBUKA PUASA


CADANGAN DOA YANG BOLEH DIBACA KETIKA SAHUR / BERBUKA PUASA 


Assalammualaikum semua.. TB saja nak share ni dengan semua.. TB memang amalkan tiap kali bulan Ramadhan.. Boleh diamalkan ketika Waktu bersahur mahupun waktu berbuka puasa. Tapi TB suka amalkan ketika waktu berbuka puasa sebab time tu terasa macam ada feel je, almaklumlah.. Masa tu memang tak sabar nak ngap tapi kita juga ta nak lepaskan peluang berdoa ketika waktu ini kerana dikatakan doa paling mustajab ialah ketika sahur/berbuka puasa. 

Kalau TB selalu doa minta pada Allah semoga beri kami rezeki melimpah ruah, beri kami kesihatan yang baik dan beri kami kebahagiaan dunia akhirat.. 

Ha.. Bukan itu je.. Ada lagi cadangan doa yang korang boleh korang amalkan sepanjang Ramadhan ini ketika berbuka puasa.. 


1. Bertambah iman

2. Sihat tubuh badan

3. Mati yang baik.

4. Murah rezeki.

5.  Dikurnia Anak soleh.

6. Keluarga bahagia.

7. Rahmat & redha ALLAH.

8. Jauh azab kubur.

9. Lapang dada.

10. Kekalkan iman.

11. Ampunkan dosa.

12. Anak2 berjaya.

13. Perniagaan yg diberkati.

14. Jauhi segala penyakit.

15. Ibadat diterima.

16. Mudah segala urusan.

17. Diterima taubat.

18. Lapangkan kubur.

19. Mudah bayar hutang.

20. Terima syafaat Al Quran

21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

22. Syurga Firdaus tanpa hisab.

23. Jauhi neraka.

24. Terima kitab tgn kanan.

25. Selamat meniti Sirat.

26. Selamat fitnah Dajal. 

27. Ketenangan hati.

28. Doa ibubapa.

29. Keluarga yang dirikan solat.

30. Beroleh lailatul Qadar.

31. Masukkan dlm 7 golongan mendapat naungan Arasy di yaumil mahsyar.

32. Doa seluruh muslimin muslimat hidup mau pun telah meninggal.

33. Masukkan sifat2 mahmudah keluarkan sifat2 mazmumah.

🤲Ya Allah...

Ya Rahman Ya Rahim

 Ya Mujib

 "Robbi Yassir Wala Tu Assir", bukakanlah

pintu2 kebaikan, semoga sgala permintaan/doa/hajat dimakbulkan & urusan kami semua akan di permudahkan...

"Lahaulawala  kuwwata illa billah"

''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minadzzalimin".

#Aamiin2

امين يارب العاالمينِِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

12 April 2021

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN

 

Ramadhan almubarak

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADAN*

Assalamualaikum dan salam sebelum Ramadan buat semua. Ramadhan dah nak bermula, adakah korang semua dah bersedia menghadapi bulan yang penuh rahmat ini? Apa persediaan korang? Jangan ingat raya je kena ada persediaan awal ye, persediaan untuk menempuh bulan puasa pun perlu juga.  Alangkah gembiranya kalau dapat sama-sama, ramai-ramai satu famili dapat sambut kedatangan bulan Ramadhan almubarak bersama.. Pastinya ia akan menjadikan Ramadhan yang bakal tiba disambut dengan jiwa yang bersemangat untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan.. Moga Allah merahmati dan memberkati setiap amalan kita.. Dan moga amalan kita pada bulan mulia ini di beri ganjaran yang berlipat kali ganda.. Aamiinn.. 


Dari Abu Hurairah RA:

Nabi SAW bersabda:
"Apabila *bulan Ramadan* telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka* dan diikatlah semua syaitan\"_

MasyaAllah besarnya kelebihan Ramadan ni.. Buat semua yang membaca, nak masuk Ramadan ni kita harus bersedia serba sedikit untuk menempuh bulan mulia ini.. kalau nak raya kita beriya sedia dengan langsir baru, baju baru, kuih raya dan sebagainya, tapi Bulan Ramadan pulak, kena lebih lagi tau.. 


Jom cek list persediaan kita:

☘️ *PERSEDIAAN FIZIKAL* ☘️

✅ puan puan dan akak akak yang belum habis ganti puasa lagi dua tiga hari tu, GANTI PUASA* tau, ada masa lagi ni 🥰 tapi kalau  masa dah tak mengizinkan untuk ganti puasa, jangan lupa catat berapa hari yang tertinggal supaya dapat bayar fidyah nya nanti.. 

✅ Bulan Ramadan kan Bulan Alquran, jadi SEDIAKAN ALQURAN* yang kita nak guna utk baca setiap hari Ramadan ni. 

✅ Dalam bulan Ramadan ni ada satu solat nama nya Solat Terawih yang tak ada dlm bulan lain, jd nk sedia mcm mana? Kita BACA SEMULA PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH* dan jangan lupa *BASUH TELEKUNG DAN SEJADAH* supaya kita lebih semangat nak solat. Tak ada telekung baru tak apa, yang penting bersih dan wangi

✅ Tahu tak Rasulullah bersahur dan berbuka dgn *KURMA* ? Ni tak semestinya ada tau, tapi kalau ada laagi best ☺️👍🏻👍🏻

☘️ *PERSEDIAAN ROHANI* ☘️

✅ Nak masuk bulan puasa ni dah tentulah yang paling penting adalah persediaan Rohani/ Hati kita 🥺 tuan puan, abang kakak, pakcik makcik sekalian, *Rasulullah dan sahabat bersedia untuk masuk bulan mulia ni 6 bulan lebih awal, kita mungkin tak mampu buat seperti mereka, tapi setidaknya kita sediakan hati kita lagi berapa hari ni nk masuk ramadan, 

Azam sungguh-sungguh Ramadan ni nak kumpul pahala banyak-banyak, nak ibadah betul-betul, janji pada diri sendiri ya*


Ramadhan almubarak

Target TB.. InsyaAllah..  Cuba Yang Termampu..  Kalau Tak Boleh habiskan 30 juzuk dalam bulan Ramadhan pun, ia tetap WAKTU TERBAIK untuk memulakan.. Betul tak? Moga Istiqomah.. Kalian jugak yea.! 

Yang berhajat untuk waqaf Alquran untuk pendidikan anak-anak tahfiz dan juga asnaf boleh buat sumbangan melalui Jari Tajwid sebagai salah satu ibadah bulan puasa nanti

𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 bermaksud 𝑠𝑒𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑟𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑘 𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘𝑛𝑦𝑎 ( ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑑𝑖𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑝𝑎 𝑠𝑢𝑠𝑢𝑡 𝑓𝑖𝑧𝑖𝑘𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎 ) 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑎 𝑤𝑎𝑘𝑎𝑓 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑚𝑢𝑙𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑑𝑖𝑤𝑎𝑘𝑎𝑓𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎 𝑘𝑒 𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑡𝑎-𝑚𝑎𝑡𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆.𝑊.𝑇.

Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.

𝗠𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗝𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗮𝗷𝘄𝗶𝗱?

🌿 Kaedah Pembelajaran yang sangat bagus untuk Huffaz yang baru.
🌿 Membantu melancarkan hafalan sehingga 30 juzuk.
🌿 Membantu madrasah menyediakan alat bantu mengajar.
 

🌷 Senaskhah Alquran RM150
🌷 1 lot Alquran RM30

Boleh hubungi :

_*Jari Tajwid Sdn Bhd*_
_*Maybank*_
_*5624 8742 2410*_

06 April 2021

Mama's Choice Stretch Mark Cream

Mama's Choice Stretch Mark Cream










Semasa pregnant anak kedua, perkara TB paling risau ialah masalah strecth mark.. Semakin membesar perut kita, semakin mereganglah kulit perut kita, time tu asyik menggarulah kita, betul tak ibu-ibu? 😁


Tapi TB memang dah ready awal-awal cream yang boleh disapu pada perut untuk lembapkan kulit, untuk legakan kesan regangan dan kurangkan rasa gatal tu..


Haaa.. Untuk ibu-ibu yang sedang hamil, kalau nak perut cantik tanpa strecth mark selepas bersalin, tips nya ialah kena pastikan kulit sentiasa lembap sepanjang kehamilan..


dan untuk lembapkan kulit di bahagian perut, pinggul dan payudara tu, TB cadangkan sapu je Mama's Choice Stretch Mark Cream ni, ia dapat kurangkan penampilan stretch mark yang ibu-ibu tak suka.


Haa.. untuk hasil terbaik, sapukan setiap pagi dan petang.


Ia diperbuat daripada bahan natural terpilih yang organik & halal, so jangan risau, ianya 100% selamat digunakan oleh ibu mengandung & menyusukan anak.


Mama's Choice Stretch Mark Cream. Ianya “Safe, Natural and Halal” Diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi terpilih yang diperkaya dengan vitamin E dan antioksidan, Mama's Choice Stretch Mark Cream dapat membantu mengurangkan kemunculan stretch marks dan melegakan gatal.


Antara manfaat dan kebaikan Mama's Choice Stretch Mark Cream :


✅Bantu memberi keselesaan pada perut, pinggul, dan breasts yang meregang

✅Melembapkan kulit dan melegakan gatal

✅Kaya dengan antioksidan dan komponen pembinaan kolagen

✅Cukup lembut untuk kulit sensitif

✅Selamat untuk ibu mengandung dan menyusu

✅Boleh digunakan semasa dan selepas kehamilan atau turun naik berat badan


Untuk dapatkan krim ini, ibu-ibu boleh search dekat shopee yea..

Selain itu, ada banyak lagi rangkaian produk yang selamat dari Mama's Choice seperti face wash, nipple creams, syampu, oil massage, bengkung pun ada.

Harga Produk mama's choice semuanya berpatutan untuk ibu-ibu dan dalam masa yang sama ianya juga berkualiti tinggi


@mamaschoice.my

@vipparentsmy


#MamasChoice #MamasChoice #SafeHalalNatural #OneLessWorry

25 Mac 2021

RESEPI AYAM SERAI THAI

 

Ayam Serai Thai

RESEPI AYAM SERAI THAI

Bulan Ramadhan makin hampir, so kita pun sama-sama lah kumpul resepi ye. Kot buntu nak masak apa, boleh la tengok-tengok balik kan resepi kat sini..  Almaklumlah.. Puasa 30 hari tu.. Mesti nak makan berbeza lauk kan.. Ada orang macam tu.. Macam TB ok je.. Berbuka dengan kuih muih je pun dah syukur sangat.. Ha.. Jom tengok resepi Ayam Serai Thai ni.. Nampak sedap ni haaa...

Ayam Serai Thai

Bahan Bahan :

6 kepak ayam, potong buang hujung sayap

1 tsp serbuk kunyit

Garam

Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing


Bahan Sambal ;

2 batang serai di ketuk

5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus

1 sudu makan sos seafood

1 sudu makan sos ikan

1 kiub pati ayam

Gula secukupnya

1 biji limau kasturi, ambil.jusnya


Kisar :

5 cili besar

6 cili padi

3 bawang putih

4 bawang merah


CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi

2. Masukkan serai dan daun limau purut

3. Kacau rata masukkan kiub ayam

4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi

5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.

6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.

7. Tutup api dan hidangkan.😋

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan 


23 Mac 2021

Sagu Gula Melaka



Sagu Gula Melaka 

Orang buat kita nak buat tapi nak buatnya nak membeli bahan tu satu masalah... Kalau nak beli kena beli sendiri. Kalau mintak tolong encik suami mahu dibebelnya kita panjang lebar.. Sebab dia tak pernah beli benda-benda tu pastu nak kena cari pulak tu, memang paling dia tak suka la.. Kecuali kalau barang dia, sampai ke lubang cacing dia carinya sebab dia tahu benda apa yang nak dicari tu.  

So, kesimpulannya TB memang takkan buat kuih atau kek atau masak-masak kalau tak cari sendiri bahan-bahannya.. Lagipun kalau orang lain cari kang tak jumpa, bahan tak cukup TB yang geram.. 

Maka...  Kita tepek je la dulu resepinya yea.. Jom la kita belajar sama- sama ye... 

Bahan -bahan :-

Sagu

Pewarna

1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )

2 sudu gula Merah

1 ketul gula Melaka

1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)

Secubit garam

1/2 air

Isi jagung krimer, cendol, Kacang merah


Cara - cara 

Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).

Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air masak.


Untuk kuah, 

Masak gula merah, gula Melaka, daun pandan, garam. Biarkan masak seketika.sejukkan.

Tuang dalam bekas..

Kemudian cedokkan sagu

Siram susu cair

Hiaskan dengan jagung krimer, cendol dan Kacang merah


TIPS SAGU

-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.

-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.

-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.

-Cuci sagu pada air masak & masukkan ke dalam bekas berisi air masak supaya tidak melekat.

-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.

-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers