Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

17 Jun 2021

Plays.org Menyediakan Lebih 150 Game Online Untuk dimainkan Secara Percuma

PLAYS.ORG


Plays.org Menyediakan Lebih 150 Game Online Untuk dimainkan Secara Percuma


Permainan dalam talian / game online adalah sesuatu yang tidak asing lagi buat anak-anak muda mahupun warga yang bukan muda lagi ( macam TB .. haha) tambahan pula di waktu pandemik ini, masa yang terluang banyak dihabiskan dengan pelbagai aktiviti dan salah satunya bermain game online. haaa.. Sama ada korang suka game online atau tidak, korang tidak dapat menafikan betapa game online ini merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat sekarang.

Sesetengah orang yang memang aktif dengan game online ini telah mencuba pelbagai permainan selama bertahun-tahun, siap ada yang melanggan game online berbulan-bulan tu. Punya minat betul dengan game online. Bagi TB mereka ini adalah terdiri daripada kelompok yang penyabar kerana kita sendiri pastinya tahu setiap permainan / game online ini memerlukan masa dan komitmen yang berbeza untuk diselesaikan. Untuk capai level kes lebih tinggi perlukan masa dan pengorbanan yang tinggi. haha.. Tapi TB salute la sebab mereka ini mampu bertahan untuk bermain hingga ke level paling akhir. good job!

Walaubagaimanapun, ada juga kelompok yang tidak begitu aktif bermain game online ini, haaa.. kelompok itu ialah macam TB ni.. TB sukakan game online tapi TB tidak ada masa untuk bermian untuk capai level seterusnya dan paling TB tidak suka apabila kena luangkan masa yang lama untuk mencapai kemenangan (winner) dalam game-game tersebut.  TB ni jenis yang suka main game online bila ada masa lapang je.. kan.. kadang-kadang kita hanya mahu bermain permainan dalam 10 minit macam tu je kan, tanpa benar-benar tertarik dan perlu berada dalam talian setiap minit masa lapang. Penatnya kalau begitu kan.. Tambahan pula kita banyak sangat hal lain nak dibuat.. So, bermain game online boleh membuatkan kita lalai seketika. Tapi kalau nak main juga, pilih lah game yang tak perlu nak main lama-lama. Pilih game yang simple-simple aje cukup. 

Haa... Di sinilah website Plays.org memainkan peranan mereka, kalau korang nak tahu website plays.org ini mempunyai lebih dari 150 permainan yang tersedia untuk dimainkan secara percuma dan tidak memerlukan pendaftaran atau langganan. Mereka juga terus mengembangkan koleksi mereka dan menambah 1-2 permainan setiap hari! 

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, di masa lapang, TB telah mencuba sebilangan permainan di website plays.org dan alangkah seronoknya kerana banyak game-game menarik di dalam website ini dan paling buat TB suka ialah ada game-game klasik yang memang kegemaran TB di masa sekolah dahulu. 

Oh ya, sebelum TB bercerita lebih lanjut tentang website Plays .org ni, izinkan TB bercerita serba sedikit tentang latar belakang serta info berkenaan website plays.org ni. Sebab pastinya bukan semua tahu tentang website ini, jadi TB rasa sangat sesuai TB terangkan dahulu tentang website yang menghimpunkan permainan online yang sangat berbaloi untuk kita main.


free game online


Apa itu Website Plays.org 
Website plays.org ini ialah laman web yang menawarkan permainan dalam talian percuma dan menyeronokkan yang dapat dimainkan dengan cepat dari penyemak imbas. Laman web ini wujud mungkin salah satu sebabnya ialah kerana begitu banyak orang terkandas di rumah semasa Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) / MCO dan mungkin dengan adanya website plays.org ni dapat menambahkan sedikit kegembiraan dalam kehidupan mereka yang terkandas dirumah termasuklah TB sendiri..

Laman web ini bertujuan untuk memberi kita peluang bersantai dengan permainan game online yang ringkas dan tidak memerlukan masa yang lama untuk kita menghabiskan sesuatu permainan itu. Boleh dikatakan game yang rsedia ada dalam website Plays.org ini adalah game yang sangat senang untuk kita menang dengan cepat. Ia adalah game online yang super sederhana yang boleh kita mainkan dengan santai, tak perlu sampai jadi ketagihan. Kita boleh berhenti sesuka hati kita, dan kembali sambung bermain pada bila-bila masa kita mahu. 

Untuk bermain dengan permainan game online ini, kita tidak perlu memuat turun aplikasi untuk dimainkan dan juga  tidak perlu mendaftar atau menyediakan akaun pengguna / ID seperti game online yang lain. 

Koleksi Permainan Yang Terus Berkembang Sejak dilancarkan awal tahun ini, 


Website Plays.org telah menerbitkan ratusan permainan di laman web mereka.  Mereka juga telah menerbitkan sekurang-kurangnya beberapa permainan tambahan setiap hari, jadi jika kita mengklik menu "permainan percuma" di atas dengan memautkan di play.org/games/ kita akan melihat sesuatu yang baru setiap hari. Best kan!


Di laman utama mereka, kita mempunyai pilihan untuk beberapa permainan paling popular yang dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kegemaran pemain, klasik arked dan simulasi. Dari semua ini, kita boleh terus memasuki permainan yang kita suka dan mula bermain. 

Sekiranya tidak ada yang menarik, kita boleh menatal ke bawah dan mencari permainan atau memilih dari koleksi kategori di bahagian bawah. Seperti yang TB nyatakan sebelum ini, Salah satu perkara yang  TB gemar mengenai laman web ini ialah tiada pendaftaran dan tiada iklan. Ini juga salah satu faktor yang menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak bermain. Perasan tak.. ada sesetengah game online itu kerap sangat memaparkan iklan sehingga anak-anak pun asyik tersilap terklik pada iklan itu ketika ia muncul waktu anak-anak sedang bermain game online. 


Antara Kategori Game Online yang tersedia ada di website Play.org



FREE game online

Sports Games 

Untuk yang ini memang pilihan lelaki, perempuan pun tidak kurang juga. Bagi mereka yang sukakan game sukan seperti ini, boleh lah cuba bermain secara percuma.. pastinya ia akan menjadi kegilaan semua kerana ia sangat santai dan mengimbau kembali memori game ketika dahulu.. 

FREE game online

Player Favorites

Haa.. yang ni memang pilihan TB dan hubby, walaupun grafiknya tidak setanding permainan game yang terkini, tetapi ia cukup memuaskan hati bagi kami untuk melepaskan rasa tension ketika dihujani pelbagai kerja yang semakin hari semakin bertambah.. Dibawah ni TB share antara game pilihan TB, dan Game diatas adalah antara pilihan TB. dan kalau nak tahu game-game diatas ini juga adalah pilihan favourite player tau.. Tak percaya? boleh tengok Bintang / STAR yang diberikan.. 5 STAR semuanya..  lelaki dna perempuan pun suka main, malah budak-budak pun. Sebab game ini simple dan tak ekstreme sangat..  


FREE game online

PinBall

Bagi barisan game ini pula, pastinya memang ramai juga yang meminati game PinBall ini. TB pun suka juga. Ini adalah antara game online yang TB akan mainkan kalau tiba waktu senggang atau bosan.

FREE game online

Cartoon Games

Kalau lihat pada permainan-permainan yang ada diatas, pastinya kita fikir ianya hanya untuk kanak-kanak sahaja tapi sebenarnya.. ia sungguh mengasyikkan untuk mereka yang sukakan sesuatu yang comel dan terlalu mudah untuk menang. hehe ... 

FREE game online

Simulation Games

Yes! ini games paling TB suka. My Favourite! Game ini sangat mengujakan TB. Game ini boleh buat TB rasa kepuasan dalam memenangi setiap level.. Suka sangat game yang bersifat simulation ni, sebab ia seolah-olah kita yang berada dalam game itu. Kita kontrol keadaan, semasa dan realiti.

FREE game online

Base Defense

Ok. TB suka yang ni juga! game tentang perang-perang dan lawan-lawan. Sangat mengasyikkan. Anak pun suka game ini.. Tetap antara game pilihan TB dan family juga. Game percuma kan, siapa yang tak asyik sangat bermain tanpa jemu. 

FREE game online

Arcade Classics

Ini antara game paling mengimbau memori sebab banyak sangat permainan-permainan yang diinspirasi dari game online yang dahulunya popular di kalangan mereka yang era 80 an dulu-dulu..  Game online seperti ini pastinya akan terus diminati sampai bila-bila kerana ia masih mempunyai peminatnya tersendiri termasuklah TB juga..

FREE game online

Retro Pixels

Secara jujurnya TB belum pernah sekalipun bermain game online dari kategroi Game Pixel ini. Tapi tertarik juga nak mencuba kerana melihat rating star nya juga menarik.. bolehlah cuba kalau free nanti.


Permainan Game Online Yang TB dan Famili Suka

Haaa.. Sekarang ni TB nak share pulak antara game online yang TB dah main dalam website plays.org ni.. TB sempat senaraikan yang ini je dulu sebab masa agak terhad nak bermain semua game kan.. Memang terasa excited sangat nak mainkan kesemuanya tapi apakan daya masa lapang tu agak terhad bagi ibu yang ada anak kecil ni.. heheh.. Apa-apa pun jemput baca yea.. 



Ini antara game yang TB paling suka main sejak zaman remaja lagi. Memang suka game yang berkaitan Grocery Store, Restaurant, mahupun stall jual makanan.. seronok sangat bila main macam rasa kita owner kedai/restoran yang sebenar.. 

Berkenaan Game ini dan cara-cara bermain :

Ini adalah permainan simulasi kedai runcit di mana pemain memastikan kedai runcit berjalan lancar.

Klik di atas pelanggan di barisan pembayaran untuk berhubung / berinteraksi dengan mereka.
Klik bulatan berputar untuk mengisi semula barang.
Simpan dan berjimat dengan wang, supaya dapat membelanjakannya untuk mengembangkan barisan inventori.

Permainan ini mempunyai 3 fungsi asas yang harus dilakukan oleh pemain:
1.) Lihat Pelanggan / Layan pelanggan yang ingin membuat pembayaran di kaunter dengan cepat. 
2.) Pastikan stok barang yang dijual dalam bakul jualan cukup, kalau kurang kena tambahkan
3.) Luaskan inventori kedai untuk letak lebih banyak barang jualan

game online free

Lihat pelanggan / layan Pelanggan

Cara Bermain :

Pelanggan yang menunggu untuk checkout akan mempunyai bulatan hijau di atas kepala mereka yang menunjukkan berapa lama mereka menunggu dan berapa lama mereka bersedia menunggu. Klik pada mereka untuk mendapatkan pembelian mereka.

Sekiranya terdapat banyak pelanggan berturut-turut, kita boleh mengklik dengan cepat sekumpulan mereka supaya kita dapat menumpukan perhatian pada bahagian permainan yang lain. Haha.. ketika ini TB ada perhatikan pelanggan yang terus keluar market dengan emoji marah di atas kepala nya.. Masa tu TB tak tau kenapa pelanggan tu itu marah, kemudian terlihat bakul jualan dah kosong, barulah TB tahu kenapa pelanggan marah. so kita perlu topup bekalan stok ke dalam bakul jualan tersebut. Jangan biar kosong ye!

Level Up! 
Salah satu peningkatan pertama yang harus kita beli dalam permainan adalah membuka barisan kaunter pembayaran yang kedua, yang berharga $ 1,000. Masa ni dah kalut sangat sebab ramai sangat pelanggan dah datang .

Simpan stor 

Apabila barang habis terjual, lingkaran hijau muncul di atasnya yang menunjukkan bahawa ia perlu diisi semula. Jangan lupa untuk memeriksa bilik stok secara berkala untuk melihat apakah ia perlu diisi semula. 

Selepas itu kita boleh membeli palet ketiga di ruang stok dengan harga $ 5,000, yang sangat berguna apabila kedai semakin sibuk.  ketika ini boleh la kita buat susun atur kedai sedikit agar nempak kemas dah mudah untuk pelanggan .


Luaskan inventori
Bahagian atas kedai runcit mempunyai tempat di mana kita boleh meletakkan barisan inventori baru.
Semasa menjana pendapatan, duit keuntungan itu kita bolehlah membeli alatan untuk upgrade untuk menyimpan barang-barang ini.

Oh ya.. ada pemain yang suka dengar sound dan ada juga yang suka bermain dengan senyap sahaja, jangan risau, disudut kanan atas skrin telah tersedia butang untuk menghidupkan atau mematikan suara.

Yang bestnya selepas bermain kita terasa nak berhenti, kita boleh sahaj tinggalkan game kita kerana setakat mana permainan yang kita dah main telah disimpan dipenyemak imbas web kita. so, kita boleh meneruskan dari mana kita berhenti jika berehat dari permainan.

gamel online free

free online games


Kesimpulannya, ketika bermain game ini TB berasa seronok kerana dapat memuaskan hati pelanggan yang datang dan paling kelakar bila masa mula-mula main tu, terpandang emoji Angry diatas kepala pelanggan dan tak tahu apa puncanya pelanggan angry .. so bila dah lama-lama main, baru tahu dan kita pun semakin mahir bermain. Seperti menjaga kedai / supermarket sendiri je .. haha .. 

free game online

Pac Rat Game Inspired by Pac Man


Ini adalah pembuatan semula game versi moden yang diinspirasikan oleh Pac Man klasik hit arcade. TB suka kucing tetapi permainan ini benar-benar membuat kucing jadi penjahat dalam game tersebut. Bagi TB Pac Rat Game ni adalah permainan yang menyeronokkan untuk dimainkan berulang kali.

Cara memainkan game ini, ialah.. Kita sebagai Tikus, perlu makan keju di sepanjang ruang dan perlu berhati-hati untuk elak dari dimakan kucing kecuali kita mempunyai pelet kuasa, jadi perlakukannya seperti keju.. Makan je kucing tu macam makan keju.. Setiap tahap selesai apabila semua keju telah dimakan.

Cara nak gerakkan Tikus tu ialah menggunakan butang anak panah arah pada papan kekunci. Sekiranya kucing menyerang tikus, watak tikus akan mati kecuali tikus baru sahaja memakan pelet yang kuat dan bercahaya. ha, selepas memakan salah satu pelet kuasa di sudut skrin kucing akan kelihatan takut dan tikus korang akan bersinar. Pada masa ini korang boleh memakan anak kucing. dan mereka akan berubah menjadi hantu, kembali ke pangkalan pusat, kemudian cuba mengejar korang lagi.

Game ini walaupun ada persamaan dengan Pac Man namun permainan ini jauh lebih mudah daripada kerana ia hanya mempunyai 6 tingkat, ia mempunyai 3 kucing dan bukannya 4 hantu, dan kelajuan watak relatif juga memihak kepada pemain.

Oh ya, prestasi permainan kita akan disimpan di penyemak imbas web tempatan kita. So selepas kita melepasi tahap tertentu, kita dapat memainkannya semula sesuka hati, walaupun kita harus mengalahkan tahap semasa untuk membuka tahap berikutnya.


free online games

Neon Invaders – Free Space Invaders Shooting Game


Permainan ini adalah pembuatan semula versi moden yang indah yang diilhamkan oleh Space Invaders klasik arcade. Cukup hebat untuk mencari salah satu permainan kanak-kanak terbaik website ini. Neon Invaders ini adalah versi baru untuk permainan klasik. TB suka permainan ini. Pada mulanya TB ingatkan ia game Space Armada, Galactic Chase, dan Space Invaders!

Cara bermain :

Tekan Space Bar di papan kekunci untuk menembak makhluk asing dan Gerakkan ke kiri dan kanan untuk mengelakkan tembakan semasa menembak ke arah mereka. Yang ini kita guna butang anak panah atas bawah kiri kanan tu saja. mudah kan.. 


space invaders


Gunakan benteng/pengkalan untuk menyekat tembakan musuh atau mengelakkan tembakannya dengan bergerak ke kiri atau kanan. Caranya gerakkan kapal korang dari sisi ke sisi menggunakan kekunci anak panah korang atau gunakan butang di bahagian kiri bawah skrin.

Seperti biasa untuk game ini kita diberikan 3 nyawa untuk memulakan permainan . Setiap kali peluru menghantam kapal korang, korang akan kehilangan nyawa. Sekiranya meter kuasa di bahagian atas skrin menjadi sifar, korang juga akan mati.

Oh ya, seperti game-game space incaders yang sebelum ini, akan ada jantung/nyawa yang turun dari atas dan kita kena cepat mendapatkan untuk memberi nyawa kepada kita, tapi sekiranya kita sudah mempunyai 3 nyawa maka kita tidak akan mendapat nyawa keempat, walaubagaimanapun ini juga meningkatkan kekuatan kita.

Tapi.. yang frustnya.. satu je tentang game ni, Sekiranya permainan berakhir dan kita bermain lagi, kita terpaksa bermula dari awal..


online game free

Star Wars X-Wing Fighter Flying Game


TB sukakan yang ini, sebab grafik dia nampak cantik sikit dari yang lain. cara bermain pun sangat seronok. Kita [erlu menembak Kapal musuh dan perlu elak dari terkena tembakan. Kalau dah terkena tembakan kita perlu kumpul tenaga termasuk kesihatan untuk memulihkan nyawa kita. Seterusnya kita perlu capai target dan selesaikan misi dan mata markah dalam pusingan simulasi untuk menaik taraf kapal lebih jauh.

Play Star Wars X-Wing Fighter Game Online

game ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. namun untuk bermain game ini, perlu menunggu loading yang lama sikit berbanding game simple yang lain (tidaklah terlalu lama) kerana  Saiz game ini besar sedikit. 

star wars


Cara bermainnya sngat mudah,hanya gunakan kekunci tetikus atau anak panah untuk menggerakkan jet pejuang korang secara menegak dan mendatar.

Tekan Space bar atau tetikus untuk mengisi meriam laser anda

Permainan ini menawarkan tiga tahap.
Pertempuran di Takodana
Serangan Pangkalan Starkiller
Simulasi


Kesimpulannya, TB terlalu suka website ini kerana semua permainan yang tersedia dalam website ini adalah permainan yang sangat santai dan tidak perlu memerah otak atau tidak perlu terlalu agresif untuk mencapai kemenangan. Just main ketika ada masa lapang dan berhenti sekiranya perlu.. Selepas itu boleh sambung bermain di masa yang lain pula.

Plays.Org sangat berbaloi untuk mereka yang sukakan game online yang santai dan percuma. Kita tidak perlu melanggan, tidak perlu membuat pembayaran, atau memuat turun apa sahaja!. Ini adalah platform berasaskan web yang serasi dengan kedua-dua iO, Android, dan semua jenis penyemak imbas mudah alih dan komputer. 

Semasa kecil dulu TB ada bermain permainan di PC, permainan konsol, dan sekarang juga permainan mudah alih. Bermain game online ini adalah adalah sumber keseronokan, kegembiraan, dan keselesaan bagi mereka yang kebosanan apatah lagi ketika terkurung didalam rumah ketika pandemik ini. Terdapat kajian menunjukkan bahawa bermain permainan video atau game online dapat membantu kita mengatasi kemurungan. 

Untuk bermain game tidak semestinya rumit, kita boleh hilangkan kebosanan dan menikmati keseronokan dalam permainan yang lebih santai seperti menjawap teka-teki, mengeja perkataan, mencari objek tersembunyi, tembak-menembak, dan lain-lain lagi. 

TB telah mencuba permainan play.org di komputer, tablet dan telefon bimbit. Semuanya berfungsi dengan baik! TB puas hati dan seronok apabila menjumpai website ini. Tak perlu muat turun. Tiada aplikasi atau jenis perisian. kita cuma memainkan semuanya dari penyemak imbas kita sahaja. Yang paling penting tiada iklan. Inilah yang membezakan plays.org dengan laman web online games yang lain. TB sangat tidak suka apabila iklan tiba-tiba muncul pada pertengahan permainan. Ia mengganggu dan merosakkan momentum kita yang tengah asyik bermain. 

So, korang tunggu apa lagi? boleh la try mencuba game-game yang ada di website ini ye.. pasti korang suka sampai melekat tak mahu berhenti..




11 Jun 2021

Inisiatif McDonald's Hargai Frontliner

mc donald's taja makanan

Inisiatif McDonald's Hargai Frontliner 


Haii.. Hari ni TB nak bercerita sedikit tentang Kempen #KitaBoleh yang dianjurkan oleh McDonald's Malaysia.  Seperti yang kita maklum, sebelum ini McDonald's Malaysia telah memberi banyak sumbangan dan tajaan dalam kempen-kempen untuk kebajikan dan juga telah menjalankan usaha untuk bersama-sama berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan. 

#Kitaboleh McDonalds Beri Penghargaan Kepada Petugas Barisan hadapan Perubatan

Ha.. Kali ini satu lagi kempen yang pihak McDonald's Malaysia lakukan iaitu kempen #KitaBoleh dimana ia merupakan Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia bagi menunjukkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan Perubatan Hospital . Seperti yang disampaikan oleh Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini, "

Ya. Sebenarnya ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang pertama tahun lalu, so tahun ini mereka menyambung semula kempen tersebut bagi membantu frontliner untuk terus bersemangat membanteras covid19 ini. Bagusnya usaha McDonald's Malaysia yang turut ambil peduli tentang keadaan semasa negara . 

Dalam situasi pandemik ini pastinya kerjasama dan sikap saling membantu antara kita amat perlu bagi menghadapi cabaran dan kesulitan yang mendatang. Kita pastinya tidak tahu bila semua ini akan berakhir dan pastinya kita juga amat berharap agar petugas barisan hadapan / frontliner kita dapat bertahan mengharungi cabaran dan masalah ini. teruskan berjuang hingga ke saat akhir. Moga suatu hari nanti hari kemenangan kita akan tiba jua.. 

Untuk pengetahuan semua, Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka ini bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Pada masa inilah kita nampak banyak rupanya pihak-pihak yang sedia membantu meringankan beban dan memberi dorongan dan galakan dalam bentuk yang pelbagai kepada mereka yang memerlukan. Termasuklah usaha McDonald's Malaysia yang terbaru ini.. Memang respek lah.. Terima kasih atas usaha meringankan kepenatan frontliner kita yang berhadapan dengan Covid19 ini.

Kagum dengan semangat Frontliner kita

Bercerita tentang Covid19 yang semakin menular kini, TB berasa sangat kagum dengan semangat frontliner kita, TB sendiri akui TB tidak sekuat petugas barisan hadapan, dimana mereka perlu berhadapan dengan pesakit Covid19 walau risiko untuk dijangkiti itu ada dan kerana tanggungjawab, amanah dan tugas mereka perlu menghadapinya sebaik mungkin. Waktu sentiasa berjalan dan kita sentiasa menanti hari kemenangan kita.

Namun.. bagi TB, semestinya kita boleh memenangi peperangan ini tetapi kita belum boleh bersenang-senangan kerana kita belum menang. Kita perlu bersatu dan berkerjasama memainkan peranan masing-masing agar dapat memastikan kita menang menangani krisis COVID-19 ini.

Nasihat TB buat semua, janganlah ketika krisis COVID-19 ni, kita bertelingkah, tuduh menuduh dan bersikap pentingkan diri. kerana kita punya tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk menjaga sesama kita walau berlainan bangsa sekalipun. Kita patut bersyukur kerana nasib kita jauh lebih baik berbanding frontliners yang mana mereka terpaksa berjauhan dengan keluarga namun mereka tetap patuh pada perintah dan buat yang terbaik untuk mempertahankan komuniti daripada dijangkiti COVID-19

Tugas mereka sangat berat dari pelbagai sudut. Kita harus berterima kasih kepada mereka kerana sebagai petugas barisan hadapan baik dari klinik mahupun hospital mereka telah bekerja keras di hospital dan pusat kuarantin bagi mengesan kes dan merawat pesakit COVID-19.

Pengorbanan besar yang mereka lakukan ini bagi memenangi krisis pandemik COVID-19 sewajarnya dihargai oleh rakyat Malaysia.

dan seperti yang kita harapkan, Rakyat Malaysia sememangnya bersifat prihatin dan ini terbukti apabila semakin ramai pihak tampil, menghulurkan sumbangan dalam usaha membantu petugas barisan hadapan, yang bertungkus-lumus mengekang penularan Covid-19. Haa.. termasuklah usaha murni yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia ini.

 

Inisiatif McDonald's Hargai Frontliner

Oh ya, Pasti ada yang tertanya-tanya Kempen #kitaboleh ni macam mana ya? Haa.. meh TB terangkan info serba sedikit tentang kempen ini supaya jelas pada pemahaman korang. 


McDonalds Malaysia Taja Makanan Bagi Petugas Barisan Hadapan Perubatan Hospital

Kempen #kitaboleh ini dilakukan oleh McDonald's dengan cara menghantar pasukan restorannya dalam tajaan makanan ke hospital di seluruh negara atau dengan kata lebih senang untuk semua faham, McDonald's Malaysia sponsor / taja makanan kepada barisan hadapan kita / frontliner di hospital

Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut. 

"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," 

Haa.. Bagus kan usaha Mc Donald ini, boleh lihat gambar-gambar dibawah ni.. betapa terharu dan gembiranya wajah-wajah frontliner kita apabila menerima bantuan seperti ini.. Moga dengan cara ini dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus tabah dan kuat menghadapai dugaan sedia ada kini.. 

dan dijangkakan Tajaan makanan untuk hospital-hospital ini yang merawat pesakit COVID-19, menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan (frontliners) .

 

mc donald's taja makanan

 Penghantaran makanan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital

mc donald's taja makanan

Antara Hospital lain yang menerima tajaan 

mc donald's taja makanan

terpancar wajah gembira frontliner kita

mc donald's taja makanan

Azmir juga mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, sambil tersenyum di wajah barisan depan perubatan.

Terima kasih buat McDonald's Malaysia yang taja makanan kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus memberi khidmat jasa untuk kita semua. Satu sorakan hebat kepada pasukan restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital,hantar makanan ke hospital dan memastikan barisan perubatan kita mendapat makanan kegemaran mereka.

Semoga usaha McDonald's Malaysia dapat memberi semangat yang lebih kuat lagi kepada barisan hadapan / frontliner untuk terus berjuang dan kami sangat menghargai jasa anda semua yang sanggup berkorban masa dan kehidupan tenang demi berkhidmat untuk negara walaupun terpaksa meredah risiko berhadapan dengan wabak Covid19. Pastinya tugas yang mereka pikul itu sangat mencabar dan kerana itu kita perlu memberi sokongan dari segi apa yang ternampu..

Sekali lagi terima kasih buat  McDonald's Malaysia kerana menaja makanan kepada petugas barisan hadapan perubatan hospital / frontliner kita sebagai tanda sokongan dan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan hospital yang bertungkus-lumus mengawal penularan pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lalu.


14 Mei 2021

RESEPI GOLDEN BALL ALA SUSHI KING


GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

RESEPI GOLDEN BALL 
ALA SUSHI KING

Peminat sushi king mesti tahu menu yg ni..heehe... buat sendiri letak topping melimpah.. puas makan.. sedap amat. 😋😜

Ni kalau buat anak-anak pasti suka...  


RESEPI GOLDEN BALL ALA SUSHI KING


Bahan-bahan:

Telur ayam – direbus dan dikupas kulitnya

Minyak untuk menggoreng

Bahan salut

Telur ayam - dipukul

Tepung tempura

Breadcrumb secukupnya

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING

GOLDEN BALL ALA SUSHI KING


Caranya:

Didihkan air dan rebuskan telur ayam sehingga masak.

Apabila telur telah sejuk kupaskan kulitnya.

Celupkan telur tadi dengan telur yang telah dipukul dengan rata.

Salutkan pula dengan tepung tempura sehingga rata. Ulang 2 kali.. Kemudian celupkan semula dengan telur.

Akhir sekali salutkan sehingga rata dengan breadcrumb. Buat sehingga habis.

Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.

Biarkan sejuk dan di potong tengah2nya.


Bahan2 topping:

Filamen ketam

Mayonis

Caranya:

Rebus sebentar filamen ketam. Angkat dan toskan. Hiris halus filamen ketam tadi. Campurkan dengan mayonis dan gaul rata.


SELAMAT MENCUBA.😉


Kredit: Asmalizan Ismail 


BOLEHKAH PUASA ENAM DINIAT SEKALI DENGAN GANTI PUASA?

Niat puasa enam

BOLEHKAH PUASA ENAM DINIAT SEKALI DENGAN GANTI PUASA?


جندالله:
Puasa Qada' dan Puasa Sunat 6 Hari Dalam Syawwal

Ada 3 pendapat dan kesemuanya adalah benar dan boleh diamalkan, maka tidak perlu memeningkan kepala untuk mencari mana satu yang lebih 'rajih', jika anda bukan seorang yang berkemahiran untuk melakukan tarjih.

Pendapat Pertama: Tetap mengedepankan Puasa Qada' terlebih dahulu dari puasa Sunat Syawwal.

Dalilnya:

فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Dan hutang Allah itu terlebih berhak untuk dibayar (Riwayat Imam Al Bukhari)

Pendapat ini boleh diamalkan bagi mereka yang tidak banyak jumlah puasa yang perlu diqada' dan yakin akan sempat melakukan kedua-duanya sebelum habis bulan Syawwal.

Pendapat Kedua: Berpuasa Sunat Syawwal terlebih dahulu daripada Puasa Qada'.

Dalilnya:

Berkata Sayyidatuna A'isyah رضي الله عنها و سلام الله عليها

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.

Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah صلى الله عليه و سلم (Muttafaqun 'Alaih)

Berdasarkan riwayat ini maka sebahagian ulama' menghukumkan harusnya bagi seseorang untuk menangguhkan qada' puasanya dan memberi isyarat bahawa qada' puasa, tidaklah seperti qada' solat  yang mesti disegerakan sebaik  sahaja teringat.

Maka bagi sesiapa yang merasakan tidak mungkin sempat menghabiskan puasa qada'  terlebih dahulu kerana banyak jumlahnya tetapi tidak mahu terlepas dari kebaikan dan fadilat  enam  hari  Syawwal, maka bolehlah  dia  beramal mengikut pendapat ini.

Namun di sisi ulama' Syafi'iyyah, ia makruh kerana di sisi ulama' Syafi'iyyah, mengedepankan yang wajib atas yang sunat itu lebih disukai.

Pendapat ketiga: Digabungkan kedua-duanya sekaligus  berhasil pahala  bagi kedua-duanya

Ini merupakan fatwa sebahagian ulama' Syafi'iyyah, berdalilkan Qiyas terhadap  Solat Wajib yang dikerjakan seseorang  ketika  masuk   ke masjid telah  pun menggugurkan kesunnahan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid   keatas dirinya.

Ini  merupakan fatwa Imam Ar-Ramli, Imam Ibn Hajar Al-Haitami dan Syaikhul Islam Zakariya Ansari.

Maka sesiapa  yang merasakan lebih selesa  dan kesuntukan masa untuk melakukan kedua-duanya secara berasingan  bolehlah melakukan sebegini, terutamanya untuk  kaum wanita yang mempunyai suami supaya  tidak terhalang untuk puasa sunat dan dalam masa yang sama ingin berkhidmat kepada suami.

واللّه أعلم

الفقير إلى رحمة اللّه الغني،
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy

غفر اللّه له ولوالديه

Kredit: fb PONDOK HABIB

@telepesanbonda

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2021 


Hari ni.. Raya kedua bagi syawal tahun 2021 ni.  Dan hari ni adalah PKP kali kedua untuk kita semua.. Takpelah.. Tak kisah itu semua.. Asalkan jumlah kes covic19 tak bertambah.. Janji Orang tua kita sihat di kampung,  janji semuanya baik-baik belaka.. Aamiinn..

Dikesempatan ini TB nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam..

Salam berbahagia buat mak dan abah di kampung, adik-adik dan kakak-kakak.. Semoga kalian semua berada dalam lindungan Allah.. Duduk diam-diam dalam rumah, jangan terima tetamu, pastikan jaga SOP yea.

Doakan kita dapat menyambut hari raya bersama seperti dulu.. Tapi walaupun bukan time raya, harap kita dapat juga berpeluang berjumpa..  Rindu kalian semua.. Namun buat masa ni elok lah kita membatasi jarak buat sementara..

Moga Covic19 hilang sepenuhnya di muka dunia..  

Salam sayang dari kami.. Tengkubutang & Family..



09 Mei 2021

Resepi Kek Marble Lembut dan Sedap


RESEPI KEK MARBLE 
LEMBUT DAN SEDAP

Hari ni lalu kat fb terjumpa pulak resepi yang ni.. Macam best je.. Terus tepek sini.. Kalau ada cukup bahan akan TB buat. Taoi tu laaa.. TB buat lepas tu malasnya nak uo kat sini. Terus up kat tiktok tu je.. Haha... 

Nanti TB try rajinkan diri up sini pulak.. Tapi kalau menjadi la... Kalau tak jadi.. Malas la nak share. Hahahaha.  Jom tengok reseoi mudah ni 

Resipi Kek Marble Lembut

Bahan bahan:
230gm mentega
170gm tepung gandum
170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak 
Atau guna coklat emulco

Cara²:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan/hingga jadi putih gebu lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan koko atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Bakar pada suhu 170c selama 40 minit atau sehingga masak..

Sumber Shahila Hanim‎

 

01 Mei 2021

18 RESIPI BISKUT RAYA LAMA KEGEMARAN ORANG DULU-DULU

 


18 RESIPI BISKUT RAYA LAMA KEGEMARAN ORANG DULU-DULU


1. BISKUT KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:

110gm marjerin | dicairkan

100gm tepung gandum | diayak

75gm tepung jagung

45gm gula halus

1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus

1 sudu teh esen vanila

2 biji kuning telur

Sedikit pewarna hijau

Sedikit putih telur | hiasan

 

CARA MEMASAK:

Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata.

Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai.

Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin.

Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak.

Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin.

 

2. BISKUT BUNGA KACANG TANAH

BAHAN-BAHAN:

185gm marjerin

250gm tepung gandum

185gm tepung jagung

95gm gula halus

60gm kacang tanah tumbuk

1 sudu teh esen vanila

1 biji telur kuning | hiasan

Sedikit kacang tanah | digoreng untuk hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul hingga kembang.

Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata hingga sebati.

Keluarkan doh dari mangkuk adunan dan canai sederhana tebal.

Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar.

Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dengan kacang tanah goreng.

Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara.

 

3. BISKUT BIJAN

BAHAN-BAHAN:

100gm marjerin

120gm tepung gandum

70gm gula kastor

40gm tepung kastad

1 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

Bijan dan kuning telur secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata.

Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati.

Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian.

Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan.

Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C.

Info chef: Biskut hendaklah disejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan ia menjadi lemau.

 

4. BISKUT DURIAN BELANDA

BAHAN-BAHAN:

375gm tepung gandum

200gm marjerin

75gm gula halus

1 biji telur

1 sudu teh esen vanila

Sedikit pewarna hijau

Jem nanas secukupnya

 CARA MEMASAK:

Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati.

Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata.

Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda.

Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit.

Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda.

Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Info chef: Jika suka, boleh mencucuk bunga cengkih pada kuih bagi membentuk tangkai buah durian belanda.

 

5. BISKUT BUAH KANA

BAHAN-BAHAN:

150gm gula halus

175gm marjerin

300gm tepung gandum

1 biji kuning telur

1/4 sudu teh serbuk penaik

Sedikit esen vanila

2 sudu makan serbuk koko

Sedikit jem

CARA MEMASAK:

Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan.

Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang.

Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul hingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati.


Ambil sedikit adunan dan tekan Ke dalam acuan buah kana.. Ketuk acuan bagi mengeluarkan kuih dan susun di dalam dulang pembakar.

Bakar pada suhu 160C selama 15-20 atau sehingga masak.

Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Pastikan acuan buah kana ditabur sedikit tepung bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.

 

6. BISKUT BUNGA CINA

BAHAN-BAHAN:

185gm tepung gandum

190gm gula halus

95gm marjerin

30gm tepung jagung

1 suduteh esen vanila

Sedikit kismis hitam | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. MAsukkan esen vanila dan kacau rata.

Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati.

Isi adunan ke dalam acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kismis.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak.

 

7. BISKUT SUJI

BAHAN-BAHAN:

125gm minyak sapi

125gm gula halus

250gm tepung gandum

Ceri merah secukupnya | dipotong kecil

CARA MEMASAK:

Pukul gula halus dan minyak sapi sehingga hancur dan putih.

Setelah itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat.

Bentukkan adunan menjadi bulat dan hiaskan ceri merah diatasnya.

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit.

Info chef: Waktu membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar. Tambah waktu membakar jika biskut anda kelihatan belum masak dan begitu juga sebaliknya.

 

8. BISKUT BINTANG

BAHAN-BAHAN:

100gm marjerin | dicairkan

90gm tepung gandum

20gm tepung kastad

90gm tepung jagung

40gm gula halus

1 sudu teh esen vanila

2 biji kuning telur

1 biji kuning telur | hiasan

Ceri hijau secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.

Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.

Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.

Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri  hijau.

Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.

 

9. BISKUT BUAH GAJUS

BAHAN-BAHAN:

100gm tepung gandum

120gm marjerin | dicairkan

110gm tepung jagung

45gm gula halus

2 biji kuning telur

50gm kacang gajus | ditumbuk hancur

1 sudu teh esen vanila

1 biji kuning telur | hiasan

Sedikit biji gajus panggang | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul gula bersama kuning telur sehingga larut. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung  jagung, gajus tumbuk dan esen vanila. Gaul hingga sebati dan rata.

Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh dicanai.

Terap doh menggunakan acuan berbentuk buah gajus.

Hiaskan dengan biji gajus dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut.

Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 160C.

Info chef: Pastikan biskut mempunyai ketebalan yang sama bagi memastikan ia masak sekata.

 

10. BISKUT MILO

BAHAN-BAHAN:

125gm tepung agndum

105gm tepung jagung

50gm gula halus

2 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

40gm milo

95gm marjerin | dicairkan

CARA MEMASAK:

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan milo hingga rata.

Pukul gula dan telur secara sederhana kemudian masukkan esen vanila dan juga tepung dan milo yang diayak bersama tadi. Gaul sebati.

Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh diterap.

Terap menggunakan acuan pilihan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

 

11. BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:

185gm tepung gandum

95gm gula

125gm marjerin

86gm tepung kastad

1/2 sudu teh vanila

Coklat urai secukupnya

Cawan kertas secukupnya

Pemarut berlubang kecil

CARA MEMASAK:

Pukul marjerin, gula dan esen vanila hingga hancur dan sedikit kembang.

Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Uli hingga sebati.

Ambil sedikit adunan, kepalkan dan parut menggunakan pemarut ke dalam dulang.

Isikan parutan doh ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai dengan secukupnya.

Bakar selama 29-25 dengan suhu 160C.

Info chef: Bagi memudahkan proses memarut, doh boleh dikepal, dibalut plastik dan disimpan seketika di dalam peti sejuk. Doh yang sedikit keras mudah diparut dan tidak lembik.


12.BISKUT TAT NANGKA

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

135gm marjerin sejuk

180ml air berais

1/2 sudu teh garam

Jem nangka secukupnya

Kuning telur secukupnya

CARA MEMASAK:

Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti.

Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin.

Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat.

Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak.

 

13. BISKUT MAKMUR

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

50gm gula aising

1/2 tin kecil minyak sapi

BAHAN INTI:

100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak

65gm gula aising

BAHAN SALUTAN:

Gula aising secukupnya 

CARA MEMASAK:

Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising.

Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.

bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising.

Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.

Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C.

Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising.

Sedia untuk dinikmati.

 

14. BISKUT BANGKIT KELAPA

BAHAN-BAHAN:

160gm tepung ubi

30gm tepung gandum

100gm gula halus

1 biji kuning telur

90gm santan pekat

1/4 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:

Goreng tepung ubi dan tepung gandum seketika.

Kemudian campurkan tepung tadi bersama gula dan juga serbuk penaik.

Pukul kuning telur sehingga kembang lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi tepung. Masukkan juga santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lembut.

Canai doh dan terap mengikut acuan yang digemari.

Bakar pada suhu 160C lebih kurang selama 20-25 minit.

Info chef: Tepung digoreng bagi mendapatkan tekstur yang ringan.

 

15. BISKUT TAT RAGA NANAS

BAHAN-BAHAN:

125gm marjerin

185gm tepung gandum

100gm gula

86gm tepung kastad

1/2 sudu teh esn vanila

Jem nanas secukupnya

Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:

Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan esen vanila. Gaul hingga sebati.

Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya.

Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur.

Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Simpan di dalam bekas kedap uadar bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama.

 

16. BISKUT BUAH CAMPUR

BAHAN-BAHAN:

95gm marjerin

125gm tepung gandum

105gm tepung jagung

60gm gula

1/2 sudu teh esen vanila

2 biji telur

80gm buah-buahan kering campuran

Sedikit kuning telur | hiasan

CARA MEMASAK:

Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan pukul seketika. Kemudian masukkan esen vanila dan buah-buahan kering.

Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati.

Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit menggunakan garfu dan sapu sedikit kuning telur.

Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 160C.

Info chef: Guna buah-buahan kering yang berlainan warna untuk mendapatkan warna biskut yang menarik.

 

17. BISKUT ULAS LIMAU

BAHAN-BAHAN:

250gm tepung gandum

210gm tepung jagung

185gm marjerin

95gm gula halus

1 sudu teh esen vanila

50ml jus limau Sunkist

Sedikit pewarna kuning

4 biji telur kuning

1 biji telur | sapuan pada biskut

CARA MEMASAK:

Pukul marjerin dan gula sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.

Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan masukkan jus limau Sunkist. Uli hingga sebati.

Titiskan sedikit pewarna kuning untuk mendapatkan warna yang cantik.

Canai doh dan terapkan acuan berbentuk ulas limau.

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Info chef: Jika suka, boleh ditambah sedikit parutan kulit limau di dalam doh.


18.BISKUT BEBOLA CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN:

95gm marjerin

105gm tepung jagung

90gm tepung gandum

95gm gula kastor

1 sudu teh esen vanila

2 biji kuning telur

80gm cornflakes | dikisar kasar

100gm conflakes | salutan

CARA MEMASAK:

Pukul mentea, gula, telur dan esen vanila sehingga sebati.

Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli hingga semua bahan sekata.

Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Golek di dalam mangkuk berisi conflakes dan susun diatas dulang pembakar.

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

😋😋😋

15 April 2021

SKIN PS4 / PS5 / DS4 CONTROLLER HYPERGRAFIX

 PS4 SKIN

SKIN PS4 / PS5 / DS4 CONTROLLER HYPERGRAFIX

Assalammualaikum semua. TB nak share tentang Skin PS5 dari Hypergrafix yang semakin menjadi permintaan ramai. terdapat pelbagai design dan tema yang dikeluarkan untuk kalian buat pilihan. dan terbaru adalah tema jersey bola. Disamping harga yang berpatutan, sticker dari Hypergrafix juga berkualiti dan mendapat feedback positif dikalangan pembeli.. Sehingga kini Hypergrafix masih memegang title "Shopee Preferred Seller" .

Oh ya.. bagi yang belum tahu, Shopee Preffered Seller ini ialah faedah yang diberikan oleh shopee kepada penjual yang dipilih secara eksklusif oleh Shopee sebagai pengiktirafan atas prestasi penjualan dan operasi mereka yang sangat baik. Penjual akan mendapat lencana Pilihan yang ditunjukkan di kedai dan senarai anda jika anda menjadi Preferred Seller / Penjual Pilihan.

dan dengan ini Hypergrafix ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih Atas Sokongan Anda dari dahulu hingga kini, Ikhlas Dari Kami HYPERGRAFIX . Untuk melihat semua skin anda boleh klik pada pautan yang diberi di bawah :

ps5


ps5


Skin PS5 

https://shp.ee/x58fga7


Skin PS4 

https://shp.ee/7i45qrw


Skin Jersey Bola 

https://shp.ee/sy8j4iw


Skin DS4 Controller

https://shp.ee/hbytjkp


(V1) PS5 LOGO UNDERLAY DECALS

https://shp.ee/jh54rre


(V2) PS5 LOGO UNDERLAY DECALS 

https://shp.ee/wqxfdmq


(V3) PS4 / PS5 PLAYSTATION CENTRE PS LOGO DECAL

https://shp.ee/qnawtpe


PS4 DIY PLAYSTATION STICKER SKIN DECAL(CUSTOM)

https://shp.ee/fvz4w3e


PS5 DIY PLAYSTATION STICKER SKIN DECAL(CUSTOM)

https://shp.ee/acu7hys


Jangan Lupa Follow Kami Di

https://shopee.com.my/hypergrafix

https://www.instagram.com/hypergrafix_store

SUP AYAM THAI


SUP AYAM THAI 

Walaupun hanya sup je.. Bukan semua orang boleh hasilkan sup yang sedap melatop macam dijual kat kedai tu.. Haga samalah TB jugak.. Satu-satu Sup yang biasa TB buat ialah Sup Tulang je laaa... 

Teringin juga nak buat sup ayam macam kat kedai tu.. Bila makan macam cukup je rasa rencah semua... Tu jumpa resepi Sup Ayam Thai ni, terus tepek sini.. Nanti cari bahan.. Dah cukup bahan kita masak guna resepi ni. Tengok gambar macam sedap je.. 

Jom tengok resepi nya.. Kot ada yang terfikir fikir apa nak masak hari ni kan, boleh try ni.. Ni ala-ala Thai yea.. Bukan sup biasa.. Ada guna perencah sup Thai tu.. So kena ready bahan semua dulu la kan.. 


RESEPI SUP AYAM THAI
Bawang putih + Halia (ditumbuk) 
Bawang merah + Bawang besar + Serai (dipotong)
Cili (diketuk) 

(Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup)

Minyak sikit. Tumis semua sekali. 
Campur hirisan lemak ayam. 
(Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh) 
Tumis sampai layu/garing/wangi. 
Api medium.

Next:
Ayam. Celery. Carrots.
Basuh.
Potong.
Siram/bilas. 
Duduk diam-diam kat bucu kaunter. 
Tunggu nama naik nanti baru gi terjun masuk dalam puyuk okay.

Air hawo-hawo nok gelegok, masuk ayam dulu. Pahtu baru campak masuk C&C. 
Close pot/pan with lid. And waaaaiiiittt. ⏳

Kemudian masukkan:
1. Kiub Ayam Knorr
2. Sup Bunjut Adabi
3. Garam
4. Gula
5. Maggi cukup rasa
6. Thai Fish sauce

Lastly masukkan:

1. Daun Ketumbar / Coriander
2. Hirisan bawang besar (wedges)
3. Cili potong
4. Tomato
5. Daun limau purut 
6. Perahan asam limau nipis

Siap. Selamat mencuba 😉

Kredit Tini Joe

13 April 2021

CADANGAN DOA YANG BOLEH DIBACA KETIKA SAHUR / BERBUKA PUASA


CADANGAN DOA YANG BOLEH DIBACA KETIKA SAHUR / BERBUKA PUASA 


Assalammualaikum semua.. TB saja nak share ni dengan semua.. TB memang amalkan tiap kali bulan Ramadhan.. Boleh diamalkan ketika Waktu bersahur mahupun waktu berbuka puasa. Tapi TB suka amalkan ketika waktu berbuka puasa sebab time tu terasa macam ada feel je, almaklumlah.. Masa tu memang tak sabar nak ngap tapi kita juga ta nak lepaskan peluang berdoa ketika waktu ini kerana dikatakan doa paling mustajab ialah ketika sahur/berbuka puasa. 

Kalau TB selalu doa minta pada Allah semoga beri kami rezeki melimpah ruah, beri kami kesihatan yang baik dan beri kami kebahagiaan dunia akhirat.. 

Ha.. Bukan itu je.. Ada lagi cadangan doa yang korang boleh korang amalkan sepanjang Ramadhan ini ketika berbuka puasa.. 


1. Bertambah iman

2. Sihat tubuh badan

3. Mati yang baik.

4. Murah rezeki.

5.  Dikurnia Anak soleh.

6. Keluarga bahagia.

7. Rahmat & redha ALLAH.

8. Jauh azab kubur.

9. Lapang dada.

10. Kekalkan iman.

11. Ampunkan dosa.

12. Anak2 berjaya.

13. Perniagaan yg diberkati.

14. Jauhi segala penyakit.

15. Ibadat diterima.

16. Mudah segala urusan.

17. Diterima taubat.

18. Lapangkan kubur.

19. Mudah bayar hutang.

20. Terima syafaat Al Quran

21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

22. Syurga Firdaus tanpa hisab.

23. Jauhi neraka.

24. Terima kitab tgn kanan.

25. Selamat meniti Sirat.

26. Selamat fitnah Dajal. 

27. Ketenangan hati.

28. Doa ibubapa.

29. Keluarga yang dirikan solat.

30. Beroleh lailatul Qadar.

31. Masukkan dlm 7 golongan mendapat naungan Arasy di yaumil mahsyar.

32. Doa seluruh muslimin muslimat hidup mau pun telah meninggal.

33. Masukkan sifat2 mahmudah keluarkan sifat2 mazmumah.

🤲Ya Allah...

Ya Rahman Ya Rahim

 Ya Mujib

 "Robbi Yassir Wala Tu Assir", bukakanlah

pintu2 kebaikan, semoga sgala permintaan/doa/hajat dimakbulkan & urusan kami semua akan di permudahkan...

"Lahaulawala  kuwwata illa billah"

''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minadzzalimin".

#Aamiin2

امين يارب العاالمينِِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

12 April 2021

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN

 

Ramadhan almubarak

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADAN*

Assalamualaikum dan salam sebelum Ramadan buat semua. Ramadhan dah nak bermula, adakah korang semua dah bersedia menghadapi bulan yang penuh rahmat ini? Apa persediaan korang? Jangan ingat raya je kena ada persediaan awal ye, persediaan untuk menempuh bulan puasa pun perlu juga.  Alangkah gembiranya kalau dapat sama-sama, ramai-ramai satu famili dapat sambut kedatangan bulan Ramadhan almubarak bersama.. Pastinya ia akan menjadikan Ramadhan yang bakal tiba disambut dengan jiwa yang bersemangat untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan.. Moga Allah merahmati dan memberkati setiap amalan kita.. Dan moga amalan kita pada bulan mulia ini di beri ganjaran yang berlipat kali ganda.. Aamiinn.. 


Dari Abu Hurairah RA:

Nabi SAW bersabda:
"Apabila *bulan Ramadan* telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka* dan diikatlah semua syaitan\"_

MasyaAllah besarnya kelebihan Ramadan ni.. Buat semua yang membaca, nak masuk Ramadan ni kita harus bersedia serba sedikit untuk menempuh bulan mulia ini.. kalau nak raya kita beriya sedia dengan langsir baru, baju baru, kuih raya dan sebagainya, tapi Bulan Ramadan pulak, kena lebih lagi tau.. 


Jom cek list persediaan kita:

☘️ *PERSEDIAAN FIZIKAL* ☘️

✅ puan puan dan akak akak yang belum habis ganti puasa lagi dua tiga hari tu, GANTI PUASA* tau, ada masa lagi ni 🥰 tapi kalau  masa dah tak mengizinkan untuk ganti puasa, jangan lupa catat berapa hari yang tertinggal supaya dapat bayar fidyah nya nanti.. 

✅ Bulan Ramadan kan Bulan Alquran, jadi SEDIAKAN ALQURAN* yang kita nak guna utk baca setiap hari Ramadan ni. 

✅ Dalam bulan Ramadan ni ada satu solat nama nya Solat Terawih yang tak ada dlm bulan lain, jd nk sedia mcm mana? Kita BACA SEMULA PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH* dan jangan lupa *BASUH TELEKUNG DAN SEJADAH* supaya kita lebih semangat nak solat. Tak ada telekung baru tak apa, yang penting bersih dan wangi

✅ Tahu tak Rasulullah bersahur dan berbuka dgn *KURMA* ? Ni tak semestinya ada tau, tapi kalau ada laagi best ☺️👍🏻👍🏻

☘️ *PERSEDIAAN ROHANI* ☘️

✅ Nak masuk bulan puasa ni dah tentulah yang paling penting adalah persediaan Rohani/ Hati kita 🥺 tuan puan, abang kakak, pakcik makcik sekalian, *Rasulullah dan sahabat bersedia untuk masuk bulan mulia ni 6 bulan lebih awal, kita mungkin tak mampu buat seperti mereka, tapi setidaknya kita sediakan hati kita lagi berapa hari ni nk masuk ramadan, 

Azam sungguh-sungguh Ramadan ni nak kumpul pahala banyak-banyak, nak ibadah betul-betul, janji pada diri sendiri ya*


Ramadhan almubarak

Target TB.. InsyaAllah..  Cuba Yang Termampu..  Kalau Tak Boleh habiskan 30 juzuk dalam bulan Ramadhan pun, ia tetap WAKTU TERBAIK untuk memulakan.. Betul tak? Moga Istiqomah.. Kalian jugak yea.! 

Yang berhajat untuk waqaf Alquran untuk pendidikan anak-anak tahfiz dan juga asnaf boleh buat sumbangan melalui Jari Tajwid sebagai salah satu ibadah bulan puasa nanti

𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 bermaksud 𝑠𝑒𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑟𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑘 𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘𝑛𝑦𝑎 ( ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑑𝑖𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑝𝑎 𝑠𝑢𝑠𝑢𝑡 𝑓𝑖𝑧𝑖𝑘𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎 ) 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑎 𝑤𝑎𝑘𝑎𝑓 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑚𝑢𝑙𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑑𝑖𝑤𝑎𝑘𝑎𝑓𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎 𝑘𝑒 𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑡𝑎-𝑚𝑎𝑡𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆.𝑊.𝑇.

Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.

𝗠𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗝𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗮𝗷𝘄𝗶𝗱?

🌿 Kaedah Pembelajaran yang sangat bagus untuk Huffaz yang baru.
🌿 Membantu melancarkan hafalan sehingga 30 juzuk.
🌿 Membantu madrasah menyediakan alat bantu mengajar.
 

🌷 Senaskhah Alquran RM150
🌷 1 lot Alquran RM30

Boleh hubungi :

_*Jari Tajwid Sdn Bhd*_
_*Maybank*_
_*5624 8742 2410*_

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers