Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

29 Disember 2021

100 Online Kids Cooking Games Secara Percuma untuk Kanak-Kanak

Kids cooking online games

100 Online Kids Cooking Games Secara Percuma untuk Kanak-Kanak 

Sebelum ni TB pernah share tentang website yang menghimpunkan lebih dari 150 Games Online Percuma yang menjadi pilihan ramai peminat games Online iaitu website Plays.org
Kali ni TB nak share juga satu website online games yang menarik sangat bagi TB. Website ini menyediakan online games percuma untuk kanak-kanak yang sukakan aktiviti memasak dan dalam masa yang sama mempelajari pelbagai ilmu masakan melalui games yang mereka pilih dan main. 

 
Online Kids Cooking games

Free Online Kids Cooking Games

Website game yang TB nak ceritakan ini ialah website culinaryschools.org/kids-games/  yang menawarkan koleksi lebih 100 permainan dalam talian yang begitu menarik dan memberi keseronokan untuk kanak-kanak ketika bermain dan ia juga turut membantu membiasakan kanak-kanak dengan makanan, bertani, memasak, seni kulinari, perniagaan restoran dan kerjaya yang berkaitan dengan perhotelan.

Apabila bermain permainan online di website ini, pelbagai ilmu tentang dunia yang berkaitan perhotelan tadi dapat diserap pada usia awal kanak-kanak yang cenderung ke arah kerjaya dalam bidang ini. 

Sejujurnya TB merasakan website ini juga sesuai untuk orang dewasa juga kerana permainan game yang disenaraikan agak santai dan tidak memeningkan kepala untuk berfikir cara penyelesaian seperti game online lain yang berat. Jadi, apabila ada masa terluang TB juga turut serta dengan anak-anak bermain online games yang ada di website ini. Ia menjadi salah satu medium juga untuk TB release tension selepas sibuk dengan kerja-kerja harian.

Tiada Iklan Yang Akan Mengganggu Ketika Bermain Online Games

Apa yang menarik dengan website game online ini ialah kita tidak akan berasa rimas atau annoying dengan iklan atau promosi ketika bermain game, kerana tiada satu pun daripada permainan ini mengandungi sebarang iklan atau penjenamaan luar. Jadi, kanak-kanak akan terus bermain dengan lancar tanpa ada gangguan iklan yang pastinya membuatkan kanak-kanak cepat bosan dan marah kerana tidak sabar untuk meneruskan permainannya.

Untuk info semua, semua permainan diterbitkan menggunakan reka bentuk web HTML5 yang mesra mobile dan mesra desktop. So, Kanak-Kanak boleh je bermain game online ini di mana-mana peranti yang mereka mahu. tapi kalau guna desktop lagi puas kerana dapat lihat screen yang besar dengan paparan yang menarik dari setiap games.

dan  paling TB suka ialah, jika kanak-kanak tertarik untuk bermain sebuah game dari website tersebut, maka pautan kepada setiap permainan dibuka dalam tab baharu tertumpu secara eksklusif pada permainan yang berkaitan sahaja dan bukannya permainan berada di dalam halaman web lain. Jadi, kanak-kanak lebih mudah bermain tanpa rasa terganggu dengan paparan game lain yang terdapat di website itu.

Website ini juga sangat sesuai untuk guru-guru masakan yang ingin berkongsi tips dan juga info tentang masakan dengan cara interaktif dengan pelajar-pelajar mereka, jadi tak salah kalau share link website ini kepada pleajar-pelajar juga. boleh hilangkan bosan disamping pelajari ilmu melalui games online secara interaktif dan menyeronokkan.

Berikut ialah koleksi permainan yang ditawarkan di website Culinary School Kids Games ini untuk membantu pelajar berseronok sambil belajar dalam persekitaran interaktif:


Cooking and Kitchen Work - track multiple tasks in the kitchen and learn how to follow a basic recipe
Food Education Games - learn about healthy foods versus unhealthy foods
Serving Eaters - make sandwiches or play a waiter
Farming - familiarizes players with farms, farm animals and farming.
Other Fun Food-themed Games - described by category below.
Arcade Classic Games - Fruit Snake, Airport Rush, Food Delivery Rush
Platform Games - Candy Girl Adventure, Fruit Adventure, The Greedy Chef & more
Glass Filling Games - Happy Filled Glass, all 3 Filled Glass games, Fruit Splash, Liquid Orange
Physics Puzzle Games - Candy Pig, Milk for Cat, Cut for Cat, Jelly in Portal, Mortar Watermelon
Slicing Games - Cut Fruit, Fruit Slasher, Fruit Boom & more
Memory Card Games - Fruit Memory, Sweet Memory & more
Mahjong Games - Mahjong Solitaire & Mahjong Connect
Paint by Number Games - simple pixelated nonograms
Logic Puzzle Games - Fruit Tiles & Plumber Soda logic puzzles
Match 3 Games - Candy Fiesta, Donuts, Ice Cream Frenzy & more
Idle Games - Merge Cakes, Pancake Pileup, Spaghetti, Mummy Candies & More


Cooking and Kitchen Work

Didalam game ini, Kanak-kanak perlu jejak dan mempelajari pelbagai tugas di dapur dan pelajari cara memasak mengikut resipi asas. Permainan ini boleh memberi pelajar sedikit pengalaman tentang bagaimana rasanya bekerja di dapur. Game untuk kategori ini sangat menarik,  anak TB, Harraz sukakannya begitu juga TB sendiri.

ingredient measurement conversion

Apa yang bagusnya website ini juga menyediakan pautan yang membantu kita menyukat bahan dengan betul iaitu  ingredient measurement conversion tool yang bagi TB sangat berguna untuk pelajar-pelajar yang selalu ceburi bidang masaakan ini.. Lepas ni, TB dah teak perlu google cari dah, sebab dah ada tersedia di website ini.



Food Education Games

Yang ini juga antara permainan favourite Harraz. Memandangkan sebelum ini dia juga telah mempelajari tentang makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat ketika belajar disekolah, Maka permainan ini menyeronokkan bagi Harraz. Permainan ini membantu pelajar membezakan makanan sihat berbanding makanan tidak sihat.Yang menariknya website ini juga menyediakan gambar / cilp art makanan secara  percuma yang boleh kita gunakan, kalau anda seorang guru, boleh lah gunakan ia untuk pelajar-pelajar di dalam bilik darjah nanti. cantik-cantik clip art yang TB lihat tu. 

weight loss calculator

Ukur BMI dengan kalkulator dalam talian percuma

Manakala bagi guru yang menekankan kepentingan bersenam, mengehadkan lemak badan yang berlebihan dan mengekalkan berat badan yang sihat boleh memanfaatkan kalkulator dalam talian percuma 

tips turunkan berat badan


Serving Eaters

Untuk mereka yang menyukai atau ingin menceburi bidang penyediaan atau melayani pelanggan seperti di hotel atau restoran, boleh cuba permainan ini. Permainan ini membantu pelajar mempelajari cara beri perhatian kepada sesuatu dengan terperinci, proses pengulangan dan mensimulasikan bagaimana cara untuk menyampaikan pesanan keluar dari dapur atau bekerja sebagai pelayan.  




Boleh cuba permainan Open RestaurantPenguin Cafe, Coffee Shop dan banyak lagi, bagi TB ia adalah permainan yang sangat menarik untuk menunjukkan berapa banyak tekanan yang dialami pelayan semasa mereka cuba mengimbangi permintaan pelanggan. Walaupun adakalanya berasa stress dengan keadaan yang seperti terpaksa dan perlu rushing, namun ia game yang menyeronokkan dan memberi kepuasan kepada si pemain apabila dapat memuaskan hati pelanggan. 



Coffee Shop ialah permainan hebat untuk mengajar tentang keusahawanan dan menjalankan perniagaan, pemain akan belajar cara mengawal harga, formula, pengurusan inventori dan pengurusan aliran tunai. Jadi, game disini bukan sekadar game sahaja ye, games disini semuanya menyalurkan ilmu juga untuk pemain praktikkan dan amalkan.


Farms, Animals & Farming

Games ini bagus untuk membantu kanak-kanak atau pelajar mengenali dan membiasakan mereka dengan pertanian, bercucuk tanam, tumbuh-tumbuhan, perladangan dan juga beri ilmu kepada mereka untuk memahami bagaimana dan dari mana datangnya makanan kita, dan bagaimana proses terhasilnya makanan kita itu. 


Molly of Denali Veggiezilla


Molly of Denali Veggiezilla ialah permainan berkebun di mana pemain membantu Molly menanam sayur-sayuran bagi memenangi anugerah di tamannya. Apa yang perlu dibuat ialah Siram tumbuhan, tambah baja dan sekat pencerobohan pepijat. game ini seronok dimainkan kerana ada perbualan antara Molly dan rakannya yang buat kanak-kanak berasa seperti Molly adalah kawannya.. 

Molly of Denali Veggiezilla

Yang ni first task harraz, tugas harraz bantu Molly tanam kubis dan bantu menjaga kubis hinggalah berjaya membesar dan memuaskan hati Molly ..  seronok juga Harraz bermain game ini, boleh belajar pelbagai jenis tanaman dan nama sayur dan buah-buahan yang ditanam.


Other Fun Food-themed & Hospitality Themed Games

Semua game ini yang berada dalam koleksi ini pula ialah game yang berasaskan makanan seperti yang lain-lain juga tetapi ia lebih menyeronokkan untuk kanak-kanak bermain dengan santai berbanding game-game lain diatas yenag lebih kepada education, learning and practice.

Bagi kanak-kanak seusia 5 tahun seperti Harraz mungkin game ini amat sesuai dengan mereka dan ia juga menarik minat kanak-kanak apabila melihat ilustrasi dan gambar yang menarik bagi game ini.


Arcade Classic Games

Super Spice Dash


Yezzaa.. Ini antara game kesukaan Harraz yang memang expert main game ala-ala Running ball ni.. Bagi Kanak-kanak yang juga sukakan game ini boleh la cuba bermain dengan Super Spice Dash ni. game ini ialah permainan larian tanpa henti / running game di mana kanak-kanak bermain sebagai nugget ayam bergolek. perlu mengelak halangan dan kumpulkan golden crumbs untuk mendapatkan mata. 


Super Spice Dash


Kekunci anak panah digunakan untuk bergerak ke kiri atau kanan dan butang space bar untuk melompat ke atas jurang atau mengumpul cili yang memberi kuasa istimewa. Jom tengok sejauh mana korang boleh bergolek? 



Platform Games


Fruit Adventure

Fruit Adventure

Game Fruit Adventure ini sangat menarik bagi Harraz, dia bermain dengan asyik dan happy. Game ini mudah dan mempunyai background sound yang menarik. ia adalah permainan video seni pixel platforming retro di mana cara bermainnya, hanya perlu gerakkan strawberi dan melompat merentasi halangan yang ada untuk mengumpul bintang dan kunci sambil mengelak dari halangan atau terkena makanan berbahaya yang lain. Bagi Tb game ini menarik sangat, cuma ada level tu macam susah nak lepasi, setelah cubaan berkali-kali dan betul tekniknya barulaj nerjaya melepasi halangan tersebut. Agak mencabar juga bagi TB. 


candy girl adventure


Candy Girl Adventure sama seperti Fruit Adventure diatas tetapi game ini sangat-sangat comel kerana berlatar belakang kan gunung yang berwarna pink serta kartun yang comel juga. Sesuai untuk kanak-kanak perempuan yang sukakan game comel seperti ini.


The Greedy Chef


The Greedy Chef ini juga adalah game yang sesuai untuk kanak-kanak yang seusia Harraz, game yang ala-ala Super Nintendo game Out To Lunch ini adalah game yang simple dan santai dimana anda sebagai chef perlu mengumpul donut tetapi dalam masa yang sama perlu berhati-hati dan mengelak dan meleompat atas Cheese/Keju yang garang itu untuk mematikannya. Chef boleh bergerak ke kiri atau kanan, melompat, atau melompat dua kali / double jump.




Tom & Jerry Chocolate Chase ialah permainan larian tanpa henti ke arah depan di mana pemain membantu Jerry mengumpul biskut coklat sebanyak mungkin sambil mengelak halangan yang melambatkan dia dan membiarkan Tom mengejarnya. Tekan kekunci anak panah atas untuk melompat, kekunci anak panah ke bawah untuk meluncur dan kekunci anak panah kanan untuk berjalan lebih pantas apabila meter pengecas dikuasakan sepenuhnya. Namun permainan ini boleh bikin jantung jadi laju juga ya kalian semua, kerana kita seolah-olah dikejar oleh Tom dan terasa semakin hampir Tom dengan kita, kita semakin ketakutan.. yesss.. i like this game.. 

Selain itu, ada banyak lagi games yang pastinya buat kanak-kanak rasa teruja bermain kerana terdapat pelbagai game yang mempunyai cabarannya sendiri. Disamping sound yang menarik, ilustrasi yang menarik, buat kanak-kanak mahupun pelajar juga orang dewasa akan kembali mengunjungi berkali-kali di website culinaryschool.org ini..


Jom tengok game-game lain yang ada, dibawah ni semua game yang best-best juga tetapi TB tak boleh nak masukkan semua dalam entri TB ini, jadi TB hanya share kan serba sedikit sahaja, untuk selebihnya korang boleh pergi ke link yang TB sertakan diakhir entri ini. Jangan risau.. tak susah nak memlih game di list website ini kerana ia dipaparkan dengan gambar game yang jelas dan korang boleh terus klik sahaj pada gambar itu untuk bermain..

Glass Filling Games


glass filling games
Yang ini untuk mereka sukakan game-game ala-ala puzzle dan menggunakan matematik fikiran untuk solve problem. Harraz pun suka game yang ni, game yang ini bantu kanak-kanak berfikir dan mencari jalan pernyelesaian sendiri.


Physics Puzzle Games

Game ini juga menguji kepintaran dan kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan puzzle. orang dewasa juga boleh cuba bermain game ini kerana ia juga menguji kebolehan otak otak kita mencari jawapan


Slicing Games


slicing games

Game ini sangat enjoy, harraz suka juga, susah nak katakan game yang tak ok disini kerana semuanya ok dan menyeronokkan kanak-kanak bermain dan meluangkan masa mereka.


Memory Card Games


memory card games
Ya.. Pastinya TB akan tekankan harraz untuk bermain game seperti ini kerana ia dapat melatih otak anak kita untuk belajar mengingat sesuatu dan belajar mengingat kedudukan sesuatu objek serta persamaan objek tersebut. Pastinya Harraz expert untuk game ini.. Apa-apa pun ibu bapa boleh cuba beri anak main game ini. 



Mahjong Games


Mahjong Games

Mahjong games adalah permainan kegemaran TB tapi teraksa akur bahawa game Mahjong Solitaire ini agak susah kerana ia bermain dengan warna yang terlalu colourful. ini membuatkan mata kanak-kanak keliru dan sukar untuk menjumpai pair yang sesuai untuk satu-satu mahjong itu.. Apa-apa pun mungkin ini cabaran untuk games ini.. boleh mencuba nasib.. 

Paint by Number Games





Logic Puzzle Games


Match 3 Games


Idle Games




Tom & Jerry Don't Make a Mess

Tom & Jerry Don't Make a Mess is a catching game where Jerry throws foods out of the fridge and you help Tom bounce ingredients across the kitchen to avoid making a mess. Use the arrow keys on your keyboard to move Tom back and forth and bounce the ingredients from the fridge on the left to the counter on the right side of the kitchen.


Mummy Candies


Mummy Candies ialah permainan gaya perlombongan di mana pemain membantu mumia mengumpul gula-gula yang tersembunyi di dalam tanah. Cara bermain, perhatikan pada cangkuk besi mumia tu.. apabila hayunannya menghala kearah sudut yang betul untuk memilih gula-gula, terus klik sambil mengelak daripada mengambil barang lain. Permainan ini ada di set kan masa, jadi pastikan target kita betul, jangan tersasar kerana ia melambatkan kita untuk kumpul gula-gula lain, dan jangan lupa ambil gula-gula yang besar yea.. gula-gula yang lebih besar bernilai lebih banyak mata. Selepas menewaskan setiap peringkat kita boleh membeli gula-gula untuk peringkat akan datang. Jika kita kalah kita akan kembali pada peringkat pertama.

Bagi TB website culinaryschool.org ini sangat menyeronokkan kanak-kanak yang sukakan permainan berkaitan makanan, sayuran dan buah-buahan serta tanaman.. Malah orang dewasa juga akan tertarik untuk bermain permainan yang ada didalam website ini.. Selain games onlinedi website ini juga  terdapat pelbagai info menarik dan panduan untuk membantu kanak-kanak memahami kepentingan memasak dan makan makanan yang sihat.

TB sukakan website ini, dan akan jadikan pilihan favourite website games online kedua selepas Plays.org . berikut adalah informasi lain yang boleh kita dapati di website ini.. 


Kalau nak tahu lebih detail tentang website ini boleh la kunjungi link dibawah ini dan kalau nak terus direct ke 100 games yang ada tu, boleh lah klik link ini ---> 100 Online Kids Cooking Games Secara Percuma 

website :




10 Disember 2021

Filem Animasi CGI My Little Pony: A New Generation ditayangkan di Saluran ASTRO Ta-daa! pada 11hb Disember 2021 dan Saluran ASTRO Ceria pada Disember 25, 2021!

my little pony


Filem Animasi CGI My Little Pony: A New Generation  ditayangkan di Saluran ASTRO Ta-daa! pada 11 Disember 2021 dan Saluran ASTRO Ceria pada 25 Disember 2021!

Kalau tengok kartun ni mesti teringat dekat anak saudara bernama Delisya atau panggilan manjanya ica, MasyaAllah, seorang yang comel dan pandai melukis. Seawal umur 9 tahun dah pandai lukis macam-macam dan antara yang TB ingat, dia pernah lukis watak-watak My Little Pony ni.. Wah.. memeng menarik sangat lukisannya.. sangat cantik dan kemas, terkejut dengan hasil lukisannya. Kagum rasa tengok anak saudara pandai melukis. Alhamdulillah.. salah satu kemahiran dan kepandaian ica dah muncul dan moga ada kepandaian lain yang bakal muncul.. Aamiin.. 

Oh ya, hari ini TB nak share tentang Filem animasi CGI My Little Pony : A New Generation yang menjadi kegemaran anak-anak ketika ini. dan TB nak kongsikan satu berita gembira buat anak-anak semua, berdasarkan rangkaian permainan My Little Pony oleh Hasbro, filem animasi CGI My Little Pony: A New Generation akan ditayangkan di Saluran ASTRO Ta-daa! Pada Disember 11, 2021 jam 9PM dan Saluran ASTRO Ceria pada Disember 25, 2021 jam 2PM. Wahhh.. mesti anak-anak seronok dapat menonton filem animasi ni di Astro kan! 

Sedikit info tentang Filem Animasi CGI My Little Pony: A New Generation


Filem ini Diterbitkan oleh Entertainment One dan dianimasikan oleh Boulder Media, filem ini adalah permulaan bagi lima penerbitan francais ini. Filem ini dihasilkan berikutan dengan kejayaan filem My Little Pony: The Movie in 2017 yang telah mencapai tahap blokbuster.

Diarahkan oleh Robert Cullen dan José L. Ucha, filem ini mempertengahkan kepentingan merintangi cabaran dengan kepercayaan dan persahabatan yang jitu, sikap yang baik, serta keazaman . Tema-tema ini selari dengan visi jenama My Little Pony yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan untuk berani menjelajah, teguh menyatakan pendirian mereka dan meraikan sifat-sifat mereka yang membuatkan mereka unik di dalam dunia ini.


my little pony


Sinopsis | Sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku…Equestria telah kehilangan kuasa ajaibnya! Earth Ponies, Unicorns, dan Pegasi tidak lagi bersahabat dan kini tinggal berasingan mengikut spesies masing-masing. Namun, Earth Ponny Sunny yang bersifat idealis nekad untuk mencari jalan bagi membawa masuk semula kuasa ajaib dan perpaduan ke dalam dunia mereka. Bekerjasama dengan Unicorn Izzy yang bersifat terbuka, kedua-dua anak kuda ini menjelajah ke tanah yang jauh di mana mereka berjumpa dengan Pegasi Pipp dan Zip yang penuh dengan sifat berkarisma dan berani serta Earth Pony Hitch yang amat bertanggungjawab. Misi mereka penuh dengan peristiwa malang, tapi setiap daripada rakan baik ini mempunyai kuasa ajaib mereka yang tersendiri dan unik. Mungkin sahaja kuasa ajaib merekalah apa yang dunia anak kuda ini perlukan untuk mengembalikan keajaiban sekaligus membuktikan yang anak kuda yang kecil juga mampu mengubah keadaan.


Toys dan Set Mainan di inspirasikan oleh Filem My Little Pony: A New Generation


Diinspirasikan oleh filem My Little Pony: A New Generation, beberapa barang keluaran akan dilancarkan untuk para peminat membawa pulang secebis memori dari filem tersebut. Barang-barang keluaran ini boleh didapati di Toys ‘R’ Us, Aeon, serta Kedai Rasmi di Lazada dan Shopee. Rangkaian produk baru yang berlesenkan pengguna ini boleh didapati mulai Disember 2021 di Aeon, Parkson, Sogo, Popular dan ToysrUs; dan juga boleh didapati di laman sesawang rasmi Kidstore, Kedai Rasmi Kidstore di Lazada & Shopee.


Set Mainan My Little Pony: A New Generation Lights Shimmer Action


Memperkenalkan Puteri-Puteri Pegasus dari Zephyr Heights: Puteri Petals dan Zipp Storm. Adik-beradik puteri yang unik ini sudah bersedia untuk memberikan persembahan dengan penuh bergaya bersama set mainan Lights Shimmer Action ini. Sayap yang mengembang dari menara tertinggi di istana itu hingga ke pentas persembahan yang boleh menyala, membuatkan semuanya tampak lebih ajaib! 

Diinspirasikan oleh istana Zephyr Heights dalam filem My Little Pony: A New Generation, set mainan istana yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan ini adalah setinggi 22 inci / 56 sentimeter. Termasuk di dalam set ini ialah luncur keluang, 3 aksesori fesyen, dan ruang di dalam istana yang menyeronokkan. Tidak melupakan juga, patung kecil Puteri-Puteri yang bersaiz 3-inci; Petals, anak kuda berwarna merah jambu yang comel bersama rambut ungunya, dan Zipp Storm, anak kuda yang manis berwarna putih serta rambutnya yang berwarna merah jambu. 



My Little Pony: A New Generation

My Little Pony: A New Generation

My Little Pony: A New Generation
set mainan ini berharga : RM199.90



Set Mainan My Little Pony: A New Generation Sunny Starscout Movie Magic


Memperkenalkan Sunny Starscout: seekor Earth Pony dari Maretime Bay! Sunny ialah seekor anak kuda yang penuh dengan sifat ingin tahu, sukakan cabaran, dan tekad untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Berseronoklah dengan Sunny Starscout sementara ia meluncur ke seluruh pekan untuk menghantar smoothie-nya dengan Set Mainan Movie Magic ini. 

my little pony
set ini berharga : RM51.90

Set mainan ini mengandungi Sunny Starscout yang bersaiz 3-inci, figurin anak kuda berwarna jingga dan gaya rambut bertocangnya yang unik serta berwarna merah jambu, disempurnakan dengan tanda tahi bintang Cutie Mark-nya yang comel di badannya. Set mainan ini juga mengandungi 17 aksesori penuh kepelbagaian untuk membantu anda merealisasikan imaginasi anda! Berseronoklah dengan membantu Sunny dengan penghantaran smoothie-nya. Daripada membuka trolinya hingga menyimpan snek dan smoothie serta memasangkan abah-abahnya dan memakaikan kasut roda serta topi keledar pada Sunny. Kini, anda sudah siap sedia untuk pergi ke seluruh pekan untuk mengedarkan smoothie Sunny yang enak. Bagi melengkapi semuanya, set mainan ini mengandungi juga beberapa lukisan berdasarkan filem cerita tersebut untuk anda gunakan sebagai latar belakang dan pelekat yang menceriakan bagi menghidupkan lagi imaginasi anda.

Stationary set My Little Pony A New Generation
Set ini berharga : RM19.90

Set Beg dan Alat Tulis My Little Pony: A New Generation


Kembali ke sekolah dengan penuh gaya yang menyeronokkan! Set Beg dan Alat Tulis My Little pony: A New Generation ini ialah set yang sempurna untuk kanak-kanak! Lengkap dengan buku nota, kotak pensel besi, pemadam, pengasah pensel, pensel dan pembaris; semuanya di dalam satu beg sahaja! Tak perlu gusar, tak perlu risau, semuanya dalam satu!



Jangan lupa saksikan My Little Pony: A New Generation yang akan ditayangkan pada 11 Disember 2021 jam 9 malam di saluran ASTRO Ta-daa dan Saluran ASTRO Ceria pada 25 Disember 2021 jam 2 petang.

Untuk info lebih lanjut, boleh dapatkan di : 


Website and socmed :  My Little Pony:

Instagram: 
@MyLittlePony
@HasbroMalaysia

Facebook: 
@MyLittlePony

Website : mylittlepony.hasbro.com/en-us

#MyLittlePonyANewGeneration

#MyLittlePony

03 Disember 2021

The Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser Bantu Kurangkan Masalah Penuaan dan Dagu Berlapis

safi youth gold

The Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser Bantu Kurangkan Masalah Penuaan dan Dagu Berlapis

Sejak makin berumur ni, kita dah tak kurus macam dulu, semua part badan, banyak lebihan lemak.. Huwaaa.. dagu pun berlapis dah ni.. Takde perempuan yang suka dagu berlapis atau Double Chin ni, betul tak? Nak kena cari penyelesaian jugak.. Jangan redha je tau.. Kena bagi anjal balik kulit bawah dagu tu supaya tak kendur.. Kalau tak.. Terima je la dagu berlapis2 bertingkat2.. Tapi sekarang ni TB dah tak risau lagi sebab dah jumpa produk yang boleh anjalkan balik kulit bawah dagu ni..


tanda-tanda penuaan

Tanda-tanda Penuaan 

SAFI Youth Gold yang terdiri dari 2 produk utama iaitu SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser ni boleh bantu kurangkan masalah Double Chin ini. Terbukti secara klinikal mengurangkan 50% dagu berlapis seawal 15 minit lepas penggunaan. Hebat kan? Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa. Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.

Ia juga diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit:

❤️Menegangkan kulit

❤️Meningkatkan keanjalan

❤️Mengurangkan garis halus dan kedutan.

❤️Meningkatkan kelembapan kulit.

❤️Melindungi kulit dari pengoksidaan

❤️Meningkatkan kehalusan kulit

❤️Memperbaiki kulit rosak.


Nak tahu info penuh tentang produk Safi ni jom baca sampai habis. Pasti lepas ni korang teruja nak mencuba juga. Siapa yang taknak wajah lebih berseri dan anjal tanpa kehadiran double chin kan.. hehehe.. 

SAFI adalah jenama penjagaan kulit Halal No.1 di Malaysia dan sentiasa memperkenalkan teknologi baharu yang disokong oleh tuntutan klinikal dan saintifik kepada meningkatkan imej jenama dan kelayakan dalam kalangan pengguna.

Safi baru-baru ini telah melancarkan rangkaian SAFI Youth Gold, anti-penuaan & mengangkat rangkaian penjagaan kulit yang merupakan peningkatan daripada pendahulunya, SAFI Rania Gold.

Rangkaian baharu ini bertujuan untuk menangkap dan menarik anti-penuaan pengguna kategori yang mencari penjagaan kulit anti-penuaan dengannya formulasi yang lebih baik dan pembungkusan yang lebih menarik pada harga yang berpatutan titik harga tetapi tanpa mengorbankan keberkesanan produk.

Selaras dengan keperluan pengguna semasa, SAFI Youth Gold memperkenalkan dua produk terkini dalam rangkaian yang membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti dagu berlapis (Double Chin)  & kulit kendur yang berpotensi mengurangkan keyakinan terhadap wanita moden masa kini.

The Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser boleh Mengurangkan Double Chin sebanyak *50% dalam masa 15 minit sahaja supaya anda kelihatan lebih muda dengan kulit yang lebih anjal, runcing dan berseri.

*50% ahli panel merasakan pengurangan dagu berlapis berdasarkan penggunaan SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum.


safi youth


SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum

SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum diformulasi sebagai serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk memberikan Pembaharuan Keremajaan Kulit 7D. Ia merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur. Paling menarik ia membantu mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.


Kandungan SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum
Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.


  • Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
  • Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.
  • Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.


Gabungan teknolgi dan kandungan di dalam SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum menjadikan kesan ia lebih berkesan dari vitamin C biasa. Ia juga tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.

SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit dan membantu:

  • Menegangkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan.
  • Meningkatkan kelembapan kulit.
  • Melindungi kulit dari pengoksidaan
  • Meningkatkan kehalusan kulit
  • Memperbaiki kulit rosak.

safi youth

Cara Penggunaan
Langkah 1: Titiskan 2-3 titisan SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ke kulit muka
Langkah 2: Ratakan dengan lembut sehingga meresap sepenuhnya.


safi youth


SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser adalah pembersih wajah lembut yang diformulasi dengan 24K serum emas yang lembut dan menganjal. Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal.


Kandungan SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.


Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.


Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.

Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.

Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.


Kelebihan SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser

  • Membantu menghaluskan dan menghidratkan kulit.
  • Formulasi Anti PM2.5
  • Membantu menyerikan kulit wajah
  • Membantu menganjalkan kulit


Cara Penggunaan
Langkah 1: Ratakan pada kulit wajah yang basah dan bersihkan dengan lembut.
Langkah 2: Bilas bersih dengan air dan tekap kulit muka dengan tuala bersih hingga kering.

Pengalaman TB sendiri selepas menggunakan produk ini selama seminggu lebih, amat berpuas hati dengan hasilnya, kulit dagu nampak anjal dan kelihatan efek dagu berlapis pun berkurangan. TB masih meneruskan guna produk ini untuk lihat hasil seterusnya,, tak sabar rasanya nak lihat dagu kembali seperti dulu.. tiada lemak-lemak berlebihan dibawah dagu adalah impian semua wanita kan! yang penting produk ni beri kesan seawal 15 minit, sukanyaaa.. 

Untuk dapatkan rangkaian SAFI YOUTH GOLD, SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dengan hanya RM59.00 dan SAFI Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser dengan hanya RM19.80 , boleh dapatkan di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada.

Jom dapatkan kulit wajah yang anjal dan berseri tanpa double chin :

Lifting Golden C Duo Serum 

Lifting 24K Serum Cleanser 


Untuk Info Lebih Maklumat Lanjut Sila ke :
Instagram - @safimalaysia
Facebook - @SAFI.My
Twitter - @SAFImalaysia
Youtube – SAFI Malaysia

#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia


24 November 2021

MoneySave Crowdfunds RM190m in past 18 months with 0% Default Rate


Money save

MoneySave Crowdfunds RM190m in past 18 months with 0% Default Rate


At a ceremony held on 24 november 2021 in kuala lumpur last week, Vincent Soh, the Founder and CEO of Moneysave has announced that MoneySave has successfully crowdfunded more than RM190m as of 19 November 2021 with more than 800 Investment campaigns the past 18 months since going live in May 2020. They are also proud to manage a 0% default rate across all approved investments. This makes Moneysave to be the fastest and best performing P2P Crowdfunding Platform that is regulated by Securities Commission of Malaysia.


Money save


For its achievements in 2021, Moneysave has also won numerous awards such as Golden Bull Award, SME100 Malaysia – Fast Moving Companies, Alibaba Cloud CREATE Top 5 in ASEAN, STAR Outstanding Business Award and DPI Innovative Leadership and many others.

Investments using MoneySave Platform benefits Malaysian SMEs directly as it provides working capital and project financing required by the SMEs from various industries such as Aerospace Engineering, Food Manufacturing and Distribution, FMCG, AgriTech, PowerTech and Energy, Oil & Gas Services and many others.

money save



Since its launch the past 18 months, MoneySave has:

1) Crowdfunded >RM190m and benefited a supply chain of >5,000 SMEs and Enriched >50,000 Families indirectly

2) Provided Safer Investment Platform with 0% Default Rate by the SMEs since launch

3) Provided Investor returns >16% per annum (effective rate)

4) >50% of SMEs are Crowdfunded in <30 minutes on Moneysave

5) And the SMEs receive the investments within the same day



money save



MoneySave is the 1st Crowdfunding Platform in World to use a patented Risk Reduction Incentive Score where SMEs enjoy lower cost of financing if they lower their credit risks.

For example, if they provide Post Dated Cheques as security, they enjoy 0.50% p.a. discount, with Personal Guarantee the discount is 1.50% p.a., with Key Man Life Insurance assigned to the Platform’s Investors the discount is up to 1.50% p.a. and many others.

MoneySave crowdfunds companies from 6 months old incorporation onwards and does not need any collateral as security for financing up to RM25m currently.

Moneysave over the next 5 years would contribute to Malaysia:

· An economic multiplier effect of Moneysave’s funding expected to be >RM160bn (>5% of GDP) based on RM16bn of SME Funded

· Our success would benefit >100,000 SMEs (10% of SMEs in Malaysia) and Enrich 1,000,000 Families

mpney save


Moneysave’s track record in Malaysia includes being:

· The Fastest Crowdfunder of RM10.3m in less than 30 minutes on 9/9/2021

· Fastest Crowdfunder per Issuer in Malaysia at 95 secs for Potboy Groceries in 2020.



About Moneysave (M) Sdn. Bhd.

Moneysave is wholly-owned and managed by Moneysave (M) Sdn Bhd which is a Recognised Market Operator registered by the Securities Commission of Malaysia to operate a peer-to-peer financing platform.

Moneysave reviews and assess all applications before the investment notes are allowed to be hosted on the platform by referring to the information sourced from official sources or information providers.


money save

money save apps


Are you an Investor looking to generate a higher return on investment? MoneySave is one of the safest P2P PLATFORM with a Zero % default rate up to Sept 2021. This is possible with a proven patented Risk Reduction Incentive & Stringent Credit Assessment that was performed on the companies by their platform. Become an investor today to support Malaysian SMEs.

Download MoneySave investment apps on the apps store or visit our website www.moneysave.com.my


McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Tertinggi Bagi Tahun 2021 Yang Berjumlah RM2 Juta

McDonald's Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Berjumlah 2 Juta

McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan Tertinggi 
Bagi Tahun 2021 Yang Berjumlah RM2 Juta


Hari ni TB nak bercerita tentang McDonald's lagi, bagi yang tidak tahu sepenuhnya tentang McDonald's ni, biar TB cerita sikit info tentang ni ye.. McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 39 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan.

McDonald's Malaysia juga selalu buat amal kebajikan dan sentiasa berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, paling TB respek apabila McDonald's Malaysia tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawapnya dalam berzakat untuk perniagaan. Bak kata Azmir Jaafar merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan Zakat. Malah Inisiatif sebegini tetap menjadi komitmen mereka sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan. 


McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia. 

McDonald's Malaysia telah  menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada pusat pungutan zakat negeri di seluruh negara dalam usaha membantu golongan memerlukan. Pembayaran zakat bagi tahun 2021 ini merupakan jumlah tertinggi semenjak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan 5 tahun yang lalu sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi . 




Azmir Jaafar berkata bahawa sebagai entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ia adalah tuntutan keagamaan untuk mereka membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam, dan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi di lebih 300 restoran di seluruh negara ini, menyantuni komuniti di tempat mereka beroperasi sentiasa menjadi keutamaan. Azmir dan pasukannya berharap sumbangan mereka kepada semua 14 negeri akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara, terutamanya dalam keadaan hidup semasa yang penuh dugaan ini .


McDonald's Malaysia


Majlis penyampaian Zakat telah diadakan di McDonald's Putrajaya Presint 2. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary menyaksikan sumbangan Zakat oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar kepada wakil daripada kesemua 14 Agensi Pungutan Zakat.


Kata Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sumbangan Zakat adalah penting dalam menyokong kebajikan sosial masyarakat yang kurang berkemampuan. Dengan pembayaran Zakat perniagaan oleh McDonald's Malaysia, beliau turut berharap ia dapat membantu Agensi Pungutan Zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan,


Penerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP

Pada tahun 2019, McDonald’s Malaysia merupakan entiti perniagaan yang pertama menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada PPZ-MAIWP. Sijil ini mengiktirafkan perniagaan Malaysia bagi sumbangan zakat korporat mereka di negeri-negeri Wilayah Persekutuan. Selain itu, pada bulan Oktober 2020, McDonald’s Malaysia juga telah menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat Korporat daripada Lembaga Zakat Selangor.

“Halal di McDonald’s Malaysia merangkumi seluruh rantaian bekalan sumber dan operasi, daripada rasa makanan dan bahan ramuan halal, hingga kebersihan restoran dan program komuniti yang syarikat turut serta,” kata Azmir.


Sijil-sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat melengkapi Pensijilan Halal yang sedia dimiliki McDonald’s Malaysia. 


McDonald’s Malaysia merupakan antara restoran khidmat segera pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penglibatan aktif syarikat ini dalam pelbagai program Halal sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST, dan Sidang Kemuncak Halal Sedunia. Untuk memastikan standard Halal yang ketat sentiasa dipatuhi di McDonald’s Malaysia, syarikat ini telah membentuk Jawatankuasa Halal Dalaman pada tahun 2013 untuk memantau pematuhan sepenuh secara menyeluruh.


Akhir sekali, TB doakan semoga Zakat yang dibayar McDonald’s Malaysia, dapat membantu agensi pungutan zakat di seluruh Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan, serta meneruskan penyaluran bantuan dalam pelbagai bentuk bantuan kebajikan dan pendidikan. 


03 November 2021

PENGALAMAN PERTAMA TERIMA BARANG SALAH KETIKA SHOPPING ONLINE DI LAZADA

 

PENGALAMAN PERTAMA TERIMA BARANG SALAH KETIKA SHOPPING ONLINE DI LAZADA



Hemm.. Konon taknak beli last minutes, beli la awal-awal hadiah untuk birthday Harraz.. Tiba-tiba ada juga masalah pulak, barang lain yang kita order, barang lain yang sampai.. Taktau nak ekpres perasaan ni macam mana.. Nak marah tak boleh sebab seller tu sopan sangat... Siap mintak maaf bagai..  Respon pun cepat. 

Masa mula-mula terima tu tipu lah kalau takde rasa marah, rasa sedih, rasa nak maki semua ada. Tapi bila lama-lama fikir, mungkin ada hikmahnya kot..  Mungkin apa yang TB beli untuk harraz tu tak berfaedah ke.. Kita tak tau kan.. Sebab hati TB pun berbelah bahagi sebenarnya semasa nak order barang tu..  Sebab fikir toys kan.. Rasa macam membazir beli.  TB kalau beli pun, suka education toys, atau berkaitan dengan motor halus ke sensori ke.. Tapi kali ni ter order toys yang merepek pulak dah sebab konon nak bagi harraz merasa..  Dan boleh la adiknya join sekali cuci mata, main sama- sama kan.. So order jugak laaa.. 

Tunggu punya tunggu..  Memang dah ready pun tunggu kalau lebih seminggu kan, sebab dari China. So bila sampai tu.. Macam terkejut gak.. Laa nape lampu lip lap yang aku dapat.. Emm.. Frust sangat masa tu.  Terbayang je birthday harraz spoil.. Nak order lain sempat ke entah.. Taktau nak kata. 

Arrange untuk mintak refund dan return barang 


Dah arrange untuk return balik dan mintak refund, sebab harga barang yang sampai tu murah dari barang yang diorder..so baik mintak refund even mcm rasa buang masa sgttt..


Apa pun.. Takpelah.. Mungkin barang tu tak bagus kot untuk anak aku.. Kena cari hadiah yang betul2 berguna untuk dia.. 😅

Toys2 merepek ni, lambat laun akan rosak. Nak pulak dapat kat harraz.. Sehari je boleh jadi macam2... Abes di buka dipasang dibuka dipasang.. Apa yg digideknya xtau laaa..

Frust tu tentu lah ada. Sebab sekarang pun taktau nak ganti dengan apa hadiah harraz tu.

Eh... Tetiba macam teringat something masa taip ni.. Haaa... I know.. Dah tau dah.. Apa kegemaran harraz.. Mesti dia suka kalau belikan ini.. Selain toys.. Ia juga elok untuk pembelajaran harraz..

Ok.. Boleh beli ni..

Oh yea.. Nanti TB share cara nak return barang dan cara nak mintak refund kalau terima barang salah dari yang kita order di Lazada..  



04 Oktober 2021

Minyak Habbatus Sauda by Olive House

 

Minyak Habbatus Sauda by Olive House

Minyak Habbatus Sauda by Olive House



Keistimewaan Minyak Habbatus Sauda Olive House:

1) Diimport dari Izmir, Turki.
2) Mendapat kelulusan MESTI dari KKM
3) Mempunyai lulusan HALAL dari JAKIM
4) Menggunakan teknik perahan Mechanically Cold-Pressed.
5) Keunikan pembungkusan dengan penitis di dalamnya dan mesra pengguna.
6) Rasa yang tidak terlalu keras/perit di tekak. Jangan bimbang jika anda jenis tak makan minyak kerana rasa minyak habbatus sauda rata-rata boleh di terima semua orang termasuk kanak-kanak.


KHASIAT MINYAK HABBATUS SAUDA :

1) Tinggi kandungan Vitamin E
- Vitamin E membantu melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan.
Vitamin E sangat bagus untuk kulit.

2) Thymoquinone (TQ)
- Komponen utama minyak Habbatus Sauda.
- Thymoquinone telah terbukti menunjukkan sifat antioksidan, anti-radang dan antibakteria.

3) Mineral, Karbohidrat dan Lemak Tran yang bagus untuk kesihatan.
• Karbohidrat sebanyak 38%,
• Protein (21%) dan
• Asid Lemak (35-38%) dan
• Mineral seperti Thiamin, Niasin, Kalsium, Folasin, Zink dan Fosforus (6%).


CADANGAN PENGAMBILAN :

Untuk dewasa:
• Amalkan 5 – 7 (0.25ml) titis sekali.
• Dengan dititiskan ke lidah, dikecap sebelum ditelan.
• Amalkan sehari 2 – 3 kali sebelum makan.

Untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas:
• Juga boleh amal 2@3 titis dengan titisan terus ke lidah, amal 2 hari sekali dah memadai.

Bayi 6 bulan keatas:
• Cara amal 1 titis dgn dicampurkan ke dalam air minuman / susu bayi, dan sapuan pada luaran.

Kepelbagaian kepenggunaan:
1) Titiskan/campur dalam makanan atau minuman
2) Titiskan dan sapu pada permukaan kulit yang bermasalah (kayap, alergik dll)
3) Titiskan dan sapu pada bahagian dada (masalah penat, asma, batuk berkahak)
4) Titiskan dan sapu pada bahagian tulang belakang sesuai untuk badan terasa lemah/demam.
5) Boleh dititis dalam air suam+madu+bso
6) Apapun amalan dengan titisan terus ke dalam mulut (lidah) adalah lebih diutamakan

Klik untuk order : 






Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers