Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

09 Mac 2022

19 ANEKA RESEPI DARI IKAN BILIS


19ANEKA RESEPI DARI IKAN BILIS 


Ikan Bilis Goreng Simple

Ikan Bilis Goreng Simple


First sekali mestilah nak share resepi paling mudah dan paling sedap dimakan walaupun tanpa lauk lain.. betul tak? dapat nasi panas sepinggan lepas tu dimakan bersama Ikan bilis goreng simple ni..

Bahan-Bahan :
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
cili padi
cili merah

Cara-cara :
goreng ikan bilis dahulu
tumis bawang putih,cili padi,cili merah masukkan ikan bilis, sedikit garam dan perasa..perah air asam sikit nak bagi ummphhh...untuk bagi nampak menarik boleh la letak kentang,tomato...memang selera..makan nasi panas-panas...ermmmm


Sambal Totok Jawa

Sambal Totok Jawa


Bahan-Bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 biji cili padi kampung
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka

Cara-caranya:
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

Kerabu ikan bilis thai

Kerabu ikan bilis thai

Bahan-Bahan :
Bawang putih 3 ulas
Cili besar 3 biji
Cili padi 4-5 biji atau lebih
Gula 2 sudu besar
Serbuk perasa sedikit
Sos ikan agak2 secukup rasa
Limau nipis 1 biji (besar)
Tomato ceri (jika suka)
Bawang besar sebelah hiris nipis
Daun ketumbar, daun bawang
Ikan bilis goreng rangup 1 mangkuk

Cara-caranya :
Tumbuk bawang putih, cili besar, cili padi, gula, tumbuk lumat masuk tomato ceri (belah 2) tumbuk sekali masuk bawang besar sos ikan dan limau nipis perah masuk sekali dengan kulit gaul bersama.... (Dalam lesung)
Tuang dlm mgkuk masuk ikan bilis daun bawang, daun ketumbar kacau rata...
Siap untuk di hidang....

*pastikan ikan bilis rangup kalau tak  rangup nanti jadi liat tak sedap
*masam pedas lebih


IKAN BILIS TUMIS ASAM

IKAN BILIS TUMIS ASAM


Bahan-bahannya:
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak

Cara-caranya:
Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!

Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu



RESEPI SAMBAL TEMPE IKAN BILIS


RESEPI SAMBAL TEMPE IKAN BILIS


Bahan dan cara membuatnya :
Ikan bilis size kecil (yang ni basuh, toskan airnya dah kering baru goreng dgn api yang sangat perlahan)
Tempe ( tak kisah berapa keping, tapi hiris halus-halus dan senipis-nipisnya, kemudian gorengkan )
Kacang tanah (goreng)

Untuk sambal :
1senduk kecil bawang kisar,
7sudu besar cili kisar
4sudu besar gula
Minyak untuk menumis

Tumis bawang kisar, sampai dia agak garing dan kekuningan. Selepas tu masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak dan garing. Masukkan gula (gula ni memang kena lebih, saya letak garam secubit sahaja buat syarat sebab nanti gaul dengan ikan bilis masin terlebih pulak). Tumis sampai dia mendidih tutup api, tuang minyak lebihan sejukkan sambal. Dah sejuk semua baru gaul sebati dengan bahan goreng tadi ..senang dan mudah kan!

Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis

Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis

Bahan-bahan:
20 biji cili api kampung
1 labu bawang besar (potong kecik2, senang nak tumbuk nanti)
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis (basuh dan toskan)
1/2 sudu kecik garam
1 sudu kecik gula
1/4 cawan minyak

Cara-cara:
Tumbuk cili api, gula dan garam hingga lumat.
Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Tumbuk kasar ikan bilis.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili api dan bawang yang dah ditumbuk tadi.
Goreng dengan api perlahan hingga sambal gesek menjadi garing.

TUMIS BILIS TERUNG PIPIT

TUMIS BILIS TERUNG PIPIT 


BAHAN-BAHAN: 
100gm ikan bilis digoreng garing 
50gm terung pipit 
3 biji buah jering muda dihiris nipis 
1 biji bawang besar di mayang kasar 
3 biji bawang merah ditumbuk halus 
2 ulas bawang putih ditumbuk halus 
10 biji cili padi ditumbuk halus 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis secukupnya 

CARA MEMASAK: 
1. Panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bahan yang ditumbuk halus sehingga garing. 
2. Tambahkan sedikit air, masukkan jering dan terung pipit. Masak sehingga layu. Perasakan dengan garam dan kacau sebati. 
3. Setelah itu, masukkan pula ikan bilis yang telah digoreng, bawang besar yang di mayang dan kacau sebati. 
4. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.


RESEPI IKAN BILIS BEREMPAH


RESEPI IKAN BILIS BEREMPAH 


Bahan: 
1) segenggam ikan bilis 
2) 11/2 sudu teh serbuk kari ikan 
3) 1 sudu teh tepung beras 
4) 7 tangkai daun kari 
5) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang 

Cara: 
Perap ikan bilis dengan serbuk kari dan tepung beras selama 5-10 minit. 
Goreng macam biasa, kemudian masuk bawang putih dan akhir sekali masukkan daun kari. 
Bila ikan bilis dah garing bolehlah angkat dan toskan. NOS



RESEPI SAMBAL BILIS PEDAS

RESEPI SAMBAL BILIS PEDAS 


kalau 1 cawan ikan bilis di goreng 15 tangkai cili padi hijau dan merah nak pedas lagi boleh tambah 3 ulas bawang merah Goreng ikan bilis ketepikan Goreng juga bawang dan cili padi dengan sedikit minyak hingga layur Garam secukup rasa Tumbuk bawang dan cili hingga lumat Kemudian tumbuk ikan bilis kasar-kasar gaulkan semua bahan dalam mangkuk Perasakan dengan garam secukup rasa Sedia di hidangkan
Ikan bilis halia (sesuai untuk menu ibu berpantang)
Ikan bilis halia (sesuai untuk menu ibu berpantang) 


BAHAN-BAHAN: 100gm ikan bilis digoreng 100gm halia 
4 sudu teh lada hitam 
4 ulas bawang putih Garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMASAK: 
1. Tumbuk kasar kesemua bahan. 
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan sesuaikan rasanya. 
3. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Resepi 1 Ikan bilis telur hancur

Resepi 1 Ikan bilis telur hancur 


Bahan-Bahan 
2 genggam ikan bilis (dibersihkan) 4 biji bawang merah kecil** 
3 ulas bawang putih** 
10 tangkai cili padi** 
Gula dan perasa 1 biji telur 

Cara-Cara Penyediaan 
  1. Gorengkan ikan bilis yang telah dibersihkan sehingga garing. Ketepikan. 
  2. Tumbuk kasar bahan-bahan bertanda ** 
  3. Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ikan bilis tadi, tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau dan nampak garing. 
  4. Perasakan dengan gula dan serbuk perasa (setengah kiub pati ikan bilis). 
  5. Tumis lagi hingga mesra. 
  6. Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. 
  7. Gaul lagi hingga rata. Ketepikan ikan bilis di tepi kuali dan pecahkan telur. 
  8. Tunggu sehingga agak masak baru kacau dan gaul telur tadi dengan ikan bilis hingga mesra. Siap!
RESEPI IKAN BILIS DAN TEMPE GORENG

RESEPI IKAN BILIS DAN TEMPE GORENG 


Bahan-Bahannya:  
1 keping besar tempe (dipotong nipis) 
250 gram ikan bilis halus 
4 sudu besar cili kisar 
2 sudu besar sos cili 
gula dan garam secukup rasa 

Bahan untuk di cincang halus 
2 ulas bawang putih* •
2  ulas bawang merah* 

Cara Penyediaan: 
1. Cincang halus bahan * 
2. Dalam kuali berasingan, goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Asingkan. 
3. Panaskan 4 sudu besar minyak masak. 
4. Tumis bawang sehingga kekuningan dan naik bau. 
5. Masukkan cili kisar, sos cili dan gula. Tumis sehingga pecah minyak. 
6. Masukkan ikan bilis dan tempe, kacau rata. Tambah garam ikut rasa.



Sambal Kering Kacang dan Bilis

Sambal Kering Kacang dan Bilis 


Bahan-Bahan :
100 g ikan bilis goreng dan sejukkan 
200 g kacang tanah goreng dan sejukkan 
Jika suka: Tempe dipotong dadu dan digoreng setelah dilumur kunyit dan garam 
Kentang dipotong baji dan digoreng sedikit air asam jawa 
3 sdb gula garam secukup rasa 
Minyak menumis 1/2 cawan 

Cara menyediakannya: 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar Masak sampai garing dan agak kering Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan kering bersakar sedikit. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika Bahan Kisar Cili kering (banyak brgantung kepedasan yang disukai), digunting, buang biji, rebus dan tos 5 ulas bawang putih 7 ulas bawang merah **Kisar semua bahan sehingga halus Masukkan kacang goreng dan bilis goreng.. (tempe dan kentang kalau mahu) Gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya


Sambal Bilis dan Petai

Sambal Bilis dan Petai 


Bahan-Bahan: 
Bahan untuk di kisar halus 
10 tangkai cili kering (potong pendek2 dan rebus) 
1 labu bawang besar di belah 4
1/2 inci belacan 
1 sudu minyak masak 

Bahan-bahan lain 
1/2 senduk minyak (utk tumis) bawang merah dan bawang putih racik/ tumbuk (utk tumis) 
2 keping asam gelugur (jus asam jawa pun boleh) 
petai 5-10 keping (ambil isi)..kalau nak guna kulit pun bleh kalau petai muda..
hiris nipis2 ikan bilis 1 genggam 
1 labu bawang besar hiris nipis bulat2 
garam dan gula secukup rasa 

Cara Penyediaan: 
Panaskan minyak..tumis bawang sampai naik kekuningan, masukkan bahan yg dibland..tumis sampai naik bau/pecah minyak.. Masukkan asam keping/jus asam jawa Masukkan petai dan ikan bilis.tambahkan garam dan gula, last skali masukkan bawang besar yg dihiris bulat2.. Tips: kalau nak lagi sedap dan berlemak masukkan 1 senduk pati santan pekat akhir sekali..biarkan seketika sebelum padamkan api
SAMBAL HIJAU PETAI

SAMBAL HIJAU PETAI 


BAHAN-BAHAN: 
15 ulas petai dibelah dua 200gm 
ikan bilis | direndam 
2 biji bawang besar kuning | dimayang 
Sedikit jus limau nipis 
Garam secukup rasa, saya tambah sedikit gula 
5 biji cili hijau 
20 biji cili padi hijau 
5 ulas bawang merah 
2sm lengkuas 

CARA MEMASAK: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing. 
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga sebati. 
3. Masukkan petai, bawang besar, jus limau nipis serta garam secukup rasa. 
4. Gaulkan hingga rata dan kemudian angkat.
Ikan bilis telur hancur
Ikan bilis telur hancur 

Bahan-bahan: 
2 genggam ikan bilis-dibersihkan dan digoreng garing 
4 biji bawang merah kecil** 
3 ulas bawang putih** 
10 tangkai cili padi** gula dan perasa 
1 biji telur 

Cara-cara: 
1. Ikan bilis yang dibersihkan tadi digoreng garing. Ketepikan. 
2. Tumbuk kasar bahan2 bertanda ** Blender pun bolehhh. Tapi kurang kick berbanding tumbuk 
3. Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ikan bilis tadi, tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau dan nampak garing. 
4. Perasakan dengan gula dan serbuk perasa (saya gunakan setengah kiub pati ikan bilis). Tumis lagi hingga mesra. 
5. Masukkan ikan bilis yg digoreng tadi. Gaul lagi hingga rata. 
6. Ketepikan bilis di tepi kuali, pecahkan telur. Tunggu sehingga agak masak baru kacau dan gaul telur tadi dengan ikan bilis hingga mesra. Rasa dulu dah ok siappp!
IKAN BILIS TUMIS ASAM

IKAN BILIS TUMIS ASAM 


Bahan-bahannya: 
Bawang putih 2 ulas 
Bawang merah 
1 biji Air asam jawa (dalam 2 sudu besar) 
1 sudu besar gula 
Garam (secukup rasa) 
Ikan bilis Kentang 1 biji (dipotong nipis) 
Minyak 

Cara-caranya: 
Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap! Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu


Resepi Sambal Bilis Hitam Pahang

Resepi Sambal Bilis Hitam Pahang 


Bahan-bahan : 
500g bilis 5 biji bawang putih 
10 biji bawang kecik 
15 biji cili api 
10 biji belimbing buluh (Direbus hitam) 
Sedikit kicap Sedikit gula 
Sedikit serbuk perasa 

Cara-cara : 
1) Tumbuk kasar semua bahan-bahan. 
2) Tumis kesemua, letak perasa & kicap kalau nak manis sedikit, 
Tidak perlu letak garam. Masak sehingga warna bertukar gelap. anggaran 1-2jam di atas dapur, 
3) Siap

KERABU MANGGA IKAN BILIS BERSAMA LIMAU BALI

KERABU MANGGA IKAN BILIS BERSAMA LIMAU BALI  


Bahan-bahan: 
2 bij i- mangga muda (potong halus memanjang) 
1/2 biji - limau bali(ambil isinya) 
3 ulas - bawang putih 

Cara: 
5 biji-cili padi 
1. cili padi, udang kering, bawang putih 
2 sudu besar - udang kering ditumbuk kasar.. 
2 sudu besar gula siam (warna kuning) 
3. masukkan gula siam..tumbuk lagi. 1 bj- bawang besar sos nampla @ sos 
4. kemudian masukkan sos ikan nampla...gaulkan bahan tadi dgn segengam kacang tanah yang telah di mangga dan limau bali tadi.. 
4. tabur kacang goreng, ikan bilis goreng .(tumbuh kasar) goreng dan bawang besar sebagai segengam ikan bilis ..goreng pelengkap..selamat mencuba..

02 Mac 2022

Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia

 Durio0


Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia


Selangor, 28 Februari 2022 - Selepas dilancarkan di Ekspo Dubai 2020 yang oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo dengan rasminya telah mengumumkan pelancaran platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+ pada 18 Februari 2022 yang lepas. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia.


Durioo


Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 7 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia.

Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi.

Durioo


Durioo


Pelanggan Durioo+ akan mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure.

Pengasas Durioo, Sinan Ismail berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia. 

"Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambahnya lagi. 

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam.


Durioo

Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari.

Tentang Durioo+

Durioo+ merupakan platform penstriman untuk kanak-kanak Muslim. Kami mencipta, menghasilkan bersama dan melesenkan Kartun dan Rancangan Islam Berkualiti Tinggi pada perkhidmatan langganan berbayar kami.


Untuk maklumat lanjut tentang Durioo+, sila hubungi: 

Sinan Ismail Azizi Ramdan
Founder & CEO Head of Business
+6016 214 9994 +6010 211 4011


25 Februari 2022

10 Tip Penting Buat Bisnes Berjaya



Nak berjaya kena buat sungguh-sungguh. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan. Kejayaan berjaya lonjakkan jualan dari bisnes kecil hingga mampu menjadi sebuah perniagaan besar kerana hasil tindakan yang tak kenal erti putus asa.

Jika nak dapatkan jalan yang lebih pintas, ada baiknya ikuti program usahawan dan carilah mentor yang sesuai untuk diteladani.


10 Tip Penting Buat Bisnes Berjaya

Berikut beberapa tips penting buat anda yang ingin memulakan perniagaan.

  1. Tetapkan hala tuju perniagaan
  2. Berada dalam persekitaran positif
  3. Mantapkan diri dengan ilmu
  4. Utamakan pelanggan
  5. Perancangan teliti
  6. Persediaan diri
  7. Cipta rangkaian hubungan
  8. Pemasaran berkesan
  9. Jangan berputus asa
  10. Bina bisnes berjaya bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

10 Tip Penting Buat Bisnes Berjaya

Bina Bisnes Berjaya Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Nama Datuk Wira Dr Azizan Osman memang sudah tidak asing lagi. Ramai usahawan Malaysia mengikuti beliau dengan menjadikannya sebagai mentor. Salah seorang dari anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman yang telah berjaya meraih sebuah kejayaan besar dalam dunia bisnes adalah anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang bernama Asyraf.

Baru-baru ini Datuk K telah meraikan hari lahirnya bersama mereka yang terdekat dalam hidupnya dan kelihatan Datuk Wira Dr Azizan Osman turut ada bersama di dalam majlis itu.


10 Tip Penting Buat Bisnes Berjaya

Perubahan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid ini disebabkan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K baru-baru ini. Datuk K menyifatkan kejayaan Asyraf sebagai salah satu hadiah yang terindah sempena hari lahirnya itu.

Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja.




Perniagaan yang dibina Asyraf dan isterinya makin berjaya, kehidupannya juga semakin bagus. Pada malam itu, Asyraf juga meluahkan kesyukuran akan rezeki yang diperolehnya kini. Semuanya sangat indah dikongsikan bersama keluarga.


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.”

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.”


Datuk K Sentiasa Menjadi Sumber Inspirasi Asyraf


Bagi Asyraf, kejayaannya itu adalah disebabkan oleh ayahnya juga. Kesungguhan Datuk K yang sentiasa memberikan kata-kata semangat pada Asyraf membuatkan dirinya ingin terus bangkit dan bangun untuk mencapai sebuah kejayaan.

Dari kecil, Datuk K sentiasa memberi bimbingan dan tidak bertumpu dengan hanya memberikan kesenangan. Ini semua demi untuk mengajar anak-anaknya tentang kejayaan dalam kehidupan.

 



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan.”10 Tip Penting Buat Bisnes Berjaya


Hasil bimbingan itu juga, Asyraf sedar yang kegagalan lalu turut mempunyai hikmah untuk dia belajar supaya tidak terus melakukan kesalahan yang berulang. Kejayaan ini juga mengajarnya untuk terus bersikap merendah diri kerana hakikatnya, kejayaan yang hadir ini adalah pemberian dari Allah SWT jua.

Datuk K Suarakan Ada Rasa Cemburu Pada Datuk Wira Dr Azizan Osman


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,”

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble.”






Untuk para usahawan, bakal usahawan dan pengusaha perniagaan kecil dan sederhana (PKS) boleh ikut rapat RichWorks kerana mereka juga sering mengadakan seminar percuma untuk diikuti dari masa ke semasa.

Jangan malu jangan segan untuk menimba ilmu perniagaan bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana Datuk Wira benar-benar ingin berkongsi ilmu yang beliau ada pada semua orang di luar sana untuk sama berjaya seperti Asyraf.

Layari website utama RichWorks atau terus ikuti channel telegram mereka untuk pelbagai perkongsian ilmu yang menarik dan bermanfaat.


Laman Web rasmi : 

Jom sertai telegram channel : 



23 Februari 2022

Perkara Penting Sebelum Membeli Rumah Terutamanya Ketika Pandemik Covid19 Belum Pulih Sepenuhnya

buy property

Perkara Penting Sebelum Membeli Rumah Terutamanya 
Ketika Pandemik Covid19 Belum Pulih Sepenuhnya



Memiliki rumah sendiri merupakan impian bagi setiap individu. Namun begitu, masih ramai yang tidak yakin untuk membeli rumah terutama dalam keadaaan pendemik Covid yang masih belum pulih sepenuhnya. Situasi pasaran hartanah lembab terkesan daripada masalah Covid-19 membuatkan pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan sehinggalah pihak pemaju dalam membantu mempertingkatkan industri hartanah.

Dalam tinjauan Kestabilan kewangan Bank Negara Malaysia pada separuh pertama 2021 menunjukkan peningkatan permintaan pembiayaan perumahan yang mana melepasi paras pra-pendemik. Ini menunjukkan industri hartanah sedang bergerak kearah fasa pemulihan. Tambahan pula dalam budget 2022 yang dibentangkan oleh Menteri kewangan, kerajaan telah memperuntukkan 2 billion melalui Skim Jaminan Kredit perumahan bagi memudahkan rakyat yang tiada bukti pendapatan tetap untuk memiliki rumah. Dengan cara ini dapat meningkatkan pemilikan rumah kerana rumah yang dibeli pada waktu ini akan meningkat berkali ganda pada masa akan datang dan ini membantu merancakkan pasaran hartanah.


Perkara penting sebelum membeli rumah??

Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, sangat perlu untuk mempertimbangkan aspek-aspek berikut:


Menyemak semula kemampuan kewangan.

Senaraikan semua bajet atau komitmen bulanan terlebih dahulu dan kurangkan kos yang tidak perlu. Daripada bajet ini barulah anda tahu berapa banyak yang anda boleh peruntukkan untuk ansuran rumah.



Kos tambahan yang terlibat

Ambil kira kos-kos lain yang terlibat seperti bayaran pendahuluan, yuran pemprosesan bank dan juga guaman bagi urusan SPA dan perjanjian pembelian rumah. Bagi mengurangkan beban untuk bayaran pendahuluan, kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat untuk mengeluarkan KWSP Akaun 2 bagi urusan pembelian rumah.


buy property


Tentukan jenis rumah yang bersesuaian dengan gaji anda

Biasanya ini adalah soalan yang selalu ditanya oleh pembeli. Untuk menjawab persoalan ini, terdapat pelbagai kalkulator di internet yang boleh digunakan untuk mengetahui kelayakan jumlah pinjaman. Dengan ini memudahkan pembeli untuk mengetahui jenis rumah yang sesuai dengan budget mereka. Oleh itu sebelum membuat apa-apa pembelian rumah, adalah perlu untuk kita tahu bagaimana untuk membuat pengiraan pendapatan berdasarkan kemampuan kewangan kita supaya kita tidak akan terbeban dengan amaun bayaran yang akan dikeluarkan nanti.


Lokasi rumah yang ingin dibeli

Anda perlu kaji persekitaran rumah yang ingin dibeli. Pastikan rumah dekat dengan kemudahan seperti Balai Polis, Sekolah, Masjid, hospital, stesen minyak dan kedai. Perlu dipertimbangkan juga jarak dengan tempat kerja. Selain itu kualiti alam sekitar dan kejiranan yang selamat juga penting bagi memastikan kita dapat hidup dengan tenang dan keselamatan terjamin.




Semak kelayakan Skim Rumah Mampu Milik dan bantuan kerajaan

Di Malaysia, terdapat banyak Skim Perumahan yang ditawarkan samada oleh kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri bagi membantu rakyat untuk memiliki rumah kediaman contohnya PR1MA, PPR,RUMAWIP dan Rumah Selangorku. Selain itu, jika anda adalah bumiputera, gunakan kelebihan untuk membeli hartanah yang mempunyai status lot bumiputera yang mana anda boleh dapat pengurangan harga rumah berdasarkan diskaun bumiputera.


buy property



Fahami dokuman-dokumen Jual Beli Rumah dan Pinjaman Perumahan

Apabila berurusan dengan perkara yang sangat besar dan mustahak seperti hartanah, anda perlu pastikan segala dokumen yang terlibat telah dibaca dan disemak dengan teliti. Jadi adalah sangat disarankan supaya anda melantik peguam sendiri yang akan memastikan kepentingan anda terjaga. Antara dokumen yang terlibat dalam pembelian hartanah adalah seperti Letter of Offer, Sales and Purchase Agreement, Facility Agreement dan Memorandum of Transfer.


Kesilapan lazim membeli rumah yang biasa terjadi


Membuat keputusan membeli rumah secara terburu-buru.

Sebelum membuat keputusan membeli rumah, senaraikan apa yang anda inginkan dan expectation dari rumah tersebut. Pembelian rumah adalah pelaburan yang paling besar dalam hidup anda. Jadi tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan dan kaji baik dan buruk rumah-rumah yang anda telah senaraikan



Tidak menyemak Skor Kredit terlebih dahulu

Laporan kredit dan skor kredit adalah dua bahagian yang penting jika anda ingin memohon kemudahan pinjaman untuk membeli rumah. Anda perlu menyemak keduanya unutk memastikan status kredit anda tiada masalah. Biasanya bank akan merujuk kepada laporan CCRIS yang mana memberi gambaran keseluruhan tentang status kewangan anda. Nilai skor kredit yang baik bagi CCRIS meningkatkan peluangb anda untuk mendapatkan pinjaman atau kadar faedah yang lebih baik serta pinjaman akan lebih cepat diluluskan.


property



Mengambil pinjaman yang melebihi kemampuan

Jika laporan kredit anda baik, bekemungkinan bank akan menawarkan pinjaman yang lebih tinggi daripada apa yang anda perlukan. Anda haruslah bijak dalam memilih dan tidak mudah terperdaya dengan tawaran yang diberikan. Ambil pinjaman yang perlu sahaja agar tidak terlalu terbeban dengan ansuran bulanan.


property



Tidak mengkaji lokasi dan kejiranan rumah yang ingin dibeli.

Luangkan masa untuk melihat kejiranan, suasana dan kemudahan yang ada di kawasan tersebut. Ini bagi memastikan Kawasan tersebut sesuai dengan cara hidup anda dan ianya selamat untuk dihuni.


Akhir sekali saya ingin tekankan adalah hampir mustahil untuk mencari rumah yang sempurna. Elakkan terlalu berharap rumah yang terbaik dan akhirnya bertangguh untuk membeli rumah. Tidak salah jika perlu berkompromi dengan ciri-ciri tertentu yang anda inginkan. Apa yang penting, buatlah pilihan yang terbaik.


18 Februari 2022

Ayam masak rose resepi kenduri!!

Ayam masak rose resepi kenduri!!

Ayam masak rose resepi kenduri!!


Dah lama mencari resepi ni.. Jumpa juga akhirnya.. Boleh la cuba nanti. Gu kan pula dengan nasi minyak. Wah,  mesti terangkat! 

BAHAN-BAHAN 

Ayam
4 sekawan
Serai 2 batang (diketuk)
Daun pandan 2helai(disimpul)
Cili kering (direbus dahulu)
Carrot (sebatang )
Tomato(sebiji)
Bawang besar 3 biji
Bawang putih5 atau 6 ulas
Halia (hiris )
Serbuk kas kas
Serbuk badam(badam biji tu kisar halus)
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk cili
Susu cair (stgh tin)
Susu pekat(1camca)
Tomato pure
Daun bawang
Daun sup
Garam kasar
Gula
Perasa(jika suka)

CARA-CARA :

Ayam basuh bersih²..gaul kunyit garam Pastu goreng separuh masak.ketepikan ayam yg telah digoreng td. 

Bahan2 yg bertanda * dikisar halus.tumis bahan bawang besar yg dihiris,4 sekawan,serai dan daun pandan hingga sedikit layu. 

Masukkan bhn kisar yg Pertama dulu(bawang besar bawang putih dan halia)Tumis sekejap.. lepas tu masuk pulak bahan kisar yg kedua (cili kering, carrot , tomato) tumis hingga pecah minyak.dh pecah minyak .masukan bhn2 serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,serbuk cili,serbuk kas kas(satukan kesemuanya bahan2 ni dijadikan pes)masukkan susu cair stgh tin,1 sudu susu pekat, tomato pure dan tambah air. Biarkan mendidih.. masukkan ayam,serbuk badam..grm gula dan perasa. Masak sehingga kepekatan kuah yg kita nak.dh boleh tutup api.. Tabur daun bawang dan daun sup ..siap.




Kredit : Mariana Abd Majid

16 Februari 2022

Maggi Kari Telur Goyang


Maggi Kari Telor Goyang

Maggi Kari Telur Goyang 


Bahan-bahan: 

  1. Maggi kari
  2. Telur 
  3. Bawang besar
  4. Bawang putiih 
  5. Cili padi
  6. Daun kari 
  7. Rempah kari Ayam/ Daging 
  8. Sawi


Cara-cara:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari

2. Bila dah naik bau, masukkan serbuk rempah kari ayam/ daging. Tumis sampai garing

3. Kemudian letak sedikit air dan masukkan rempah maggi pula

4. Tambah air, tak perlu banyak2 sangat. Masukkan telor dengan penuh kasih sayang. Jangan kacau2, biar je dan tutup dengan penutup periuk sekejap menggunakan api yang slow. Bila dah dapat tekstur telor yang korang suka, boleh angkat telor tu dan ketepikan

5. Kemudian tambah air lagi. Bila dah mendidih, masukkan maggi, sawi, dan cili padi.

6. Kacau2 dan siapppp. Hidangkan dengan telor goyang tadi.


Kredit: Norliana Manap 



RESEPI CHEESE TART BUNCIT

 

RESEPI CHEESE TART BUNCIT

RESEPI CHEESE TART BUNCIT


Antara favourite TB tapi belum berkesempatan nak cuba buat.. Banyak resepi yang TB cuba ada yang jadi, ada yamg tidak. Tapi apa yang pasti kalau nak cuba resepi apa-apa pun kena pastikan bahan-bahan semua cukup yea.. Kalau tak, tak jadi atau kurang rasa lah hasilnya.. Jom tengok resspi dan cara membuat RESEPI CHEESE TART BUNCIT ni

Resepi Shell Tart 


1 ) 125gm majerin/butter
2 ) 150gm gula kastor
3 ) 1 biji telur saiz B
4 ) 400gm tepung gandum
5 ) Esen Vanilla


Cara2 : Buat Shell Tart


1 ) Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.

2 ) Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.

3 ) Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.

4 ) Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.

5 ) Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.

6 ) Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.

7 ) Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.


BAHAN FILLING CHEESE :


1 ) 500gm cream cheese dari peti sejuk

2 ) 100gm gula kastor

3 ) 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit

4 ) 2 sdb butter

5 ) 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon


INTI :

Apa-apa filling kegemaran.



Cara2 : Buat Filling Cheese


1 ) Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.

2 ) Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.

3 ) Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.

4 ) Masukkan dalam piping bag.

5 ) Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.

6 ) Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.

7 ) Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.

8 ) Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.

9 ) Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering


Kredit : roshidah abu bakar

Resepi Nugget Ayam Sayur Homemade

 

Nugget Sayur Homemade

Resepi Nugget Ayam Sayur Homemade


Bahan-bahan:

1 ketul dada ayam

1 sudu lada hitam

(Belender kering)

1biji bawang merah dan putih

1 biji telur

Garam aji secukup rasa


Cara Buat:

BELENDER SEMUA BAHAN DI ATAS DAN TUANG AIR SEDIKIT UTK MENGISAR.


Dah siap belender kesemua bahan tadi tuang dalam bekas tambah tepung gandum 3 sudu tepung pulut 2 sudu. Kalau masih cair lebih kan lagi tepung untuk pekatkannya.


Gaul rata dan tambah kan hirisan daun sop dan sebangainya.


Dah siap gaul masuk dalam loyang dan kukus sampai jadi kental. Lepas tu boleh lah potong ikut suka. Celup kan dengan telur dan tabur kan serbuk nuget.


Jika tak ada serbuk nuget, guna tepung goreng ayam pun boleh.


Selamat mencuba!


Kredit: Rashid Rahim Rashid


Resepi Simple Kek Butter Cheese Gebus!

Kek Butter Cheese Gebus

 Resepi Simple Kek Butter Cheese Gebus! 

Jom try buat kek Butter Cheese Gebus ni, katanya hasilnya sangat sedap dan cara membuatnya sangat mudah. Anak-anak mesti suka kan! Gunakan loyang 4 segi yea untuk nampak cantik bila dipotong.. 

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.. 


Bahan Bahan

💓250gram butter (saya guna anchor)

💓150gram cream cheese (saya letak 200g)

💓200g gula castor

💓5biji telur gredA(saya guna 6bji telur gredB)

💓1sudu kecik esen vanilla

💓250g tepung gandum

💓11/2 sudu kecil baking powder


Cara membuat

💚 satukan tepung dan baking powder, ayak dan ketepikan

💚pukul butter, gula dan cream cheese sampai kembang dan putih.

💚masukkan telur satu persatu dan esen vanilla

💚masukkan bahan ayak, kaup balik ringan sahaja sampai sebati

💚sediakan loyang 9x9,griskan atau lapik dengan kertas minyak, masukkan adunan, hentak hentak manja.

💚Panas kan oven selama 10minit dulu kemudian bakar kek menggunakan suhu 160° selama 50minit (bergantung pada suhu oven masing masing)

Resepi asal kek ini Milik Puan Surianti Ramli

#resepi

#kekbuttercheese

13 Februari 2022

Dah Sedia ‘Senjata’ Perniagaan? Dapatkan PERCUMA

 

Dah Sedia ‘Senjata’ Perniagaan? Dapatkan PERCUMA

Nak berniaga, kena sediakan ‘senjata’. Tanpa ‘senjata’, bisnes kita tak jalan laju dan maju. Senjata perniagaan yang kita perlukan adalah Plan Bisnes, Plan Marketing, platform, database dan apa-apa sahaja yang mendatangkan manfaat pada bisnes kita.




10 Persediaan Usahawan Dalam Perniagaan

Senjata perniagaan yang perlu ada biarlah dapat digunakan secara maksima untuk menghasilkan keuntungan, kebaikan dan result dalam perniagaan kita.

Antara perkara yang perlu kita sediakan dalam perniagaan adalah:
  1. Pelan pemasaran yang kukuh
  2. Produk yang berkualiti
  3. Data dan kajian tentang pesaing
  4. Pembungkusan produk yang cantik dan menarik
  5. Jenama perniagaan
  6. Pemasaran Digital untuk penjenamaan
  7. Lokasi jualan produk
  8. Promosi yang boleh dilakukan
  9. Matlamat pasaran dan perniagaan

Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat

Ramai Usahawan Tak Sedar, Senjata Perniagaan Sebenarnya Adalah….
Betapa banyak cabaran usahawan pada tahun 2022 ini akibat musibah dan perkara yang tak dapat dielakkan berlaku pada negara kita. Sedikit sebanyak, pasti ia turut memberi kesan kepada usahawan di luar sana.

Apapun senjata perniagaan yang anda sediakan, senjata perniagaan yang sebenarnya adalah ILMU. Tetapi bukan ilmu sembarangan.


Ilmu perlu bernas, tepat dan terbukti berjaya.

Buktinya?

Ramai usahawan kini terkesan dengan kenaikan harga barang, malah usahawan juga tidak tahu apakah perkara yang patut mereka lakukan untuk memastikan bisnes berjaya berkembang dengan lebih baik lagi.

Adapun yang berada di dalam kumpulan anak didik Richworks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman yang merupakan mentor usahawan No 1 di Asia Tenggara, usahawan perlu bersyukur dengan ilmu yang diberikan.



Datuk Wira Dr Azizan Osman telah membuat perkongsian tentang perkara ini…


“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.




Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.




Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”



Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman




Alhamdulillah syukur, Datuk Wira nak buat Voice Chat setiap hari ahad, lega rasanya. Bukan apa, kadang-kadang jiwa perlu suntik motivasi. Bukan sahaja bab bisnes, tapi ilmu keseluruhannya. Perkongsian dari Datuk Wira dalam program-program RichWorks selalunya buka mata ramai usahawan.

Jadi, alang-alang ada Telegram Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman, apa kata jom kita semua sertai! Terima kasih Datuk Wira Dr Azizan Osman sudi berkongsi dengan usahawan-usahawan semuanya.

Jom sertai di sini: https://bit.ly/vcdwdao




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers