Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

16 April 2022

Saksikan Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem Hari Raya Ini!

 Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang


Game Sakan? Jom Sertai Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem Hari Raya Ini!

Mobile Legends, komuniti permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara memperkenalkan avatar baharu untuk menarik pemain yang lebih muda menerusi kempen 515

KUALA LUMPUR, 8 April 2022 - Mobile Legends: Bang Bang, komuniti permainan mudah alih terbesar mengumumkan tiga wira terbaru yang bakal bertempur; Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem untuk menghangatkan lagi kempen 515 menjelang Hari Raya ini.

MOONTON melihat pemilihan tiga selebriti ini sangat menepati sasaran dan perancangan syarikat teknologi yang berpengkalan di Shanghai itu untuk mengukuhkan pasaran di Asia Tenggara. 

“Sejak dikeluarkan pada 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan.

Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang

“Janna Nick adalah salah seorang selebriti yang berbakat besar di Malaysia dan telah menerima banyak pengiktirafan. Dia juga seorang wanita muda yang mengkagumkan dan bertenaga. Bersesuaian dengan karakter dan karisma dimiliki, kami mahu pemain wanita kami mengenali wataknya yang kuat.

Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang

“Hairul Azreen pula adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pemain Mobile Legends di Malaysia. Dikenali sebagai seorang yang sangat komited dalam kerjaya seni dan seni mempertahankan diri, menjadikan Hairul Azreen persona yang sangat sempurna dalam Mobile Legends.

Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang

“Hun Haqeem, beliau berasal daripada negeri Sarawak dan secara tidak langsung menyempurnakan identiti Citrawarna Malaysia. Dengan dinamik mudanya, dia melengkapkan Trio MLBB 515 pada musim perayaan ini”, katanya.

Menariknya, setiap Wira Mobile Legends ini direka bersesuaian dengan imej sebenar selebriti terpilih supaya para peminat boleh mengenali bintang kegemaran mereka itu.

Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang

Janna Nick sebagai Tangwanwan

Seorang penstrim berbakat dan muzikal, kemahiran Tang Wanwan adalah melontar dart. Perwatakannya yang ringkas, peramah dan tegas akan mendedahkan dirinya apabila bertemu Black-Dragon. Ketahui sebab Black-Dragon memainkan peranan penting dalam pengembaraan Tang Wanwan apabila menerima jemputan ke M-World dan memilih untuk bertarung di sana.

Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang

Hun Haqeem sebagai Ling

Seorang pendekar pedang berkemahiran tinggi dan seorang murid kepada Dragon Master, yang perjalanannya tidak dijangka dalam permainan ini. Pakar seni mempertahankan diri yang berdaya saing dan angkuh telah bertemu dengan Zilong di M-World dan mencetuskan pertarungan sengit. Ketahui mengapa Ling dan Zilong tidak sepakat sepanjang pengembaraan mereka!

Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang

Hairul Azreen sebagai Yin

Seorang pemain game yang bersemangat dan berbakat dalam kehidupan sebenar dan di M-World, Yin telah membentuk personanya sebagai seorang genius game yang juga peramah dan berfikiran terbuka. Walau bagaimanapun, jangan tertipu dengan daya tarikannya yang optimis. Yin seorang yang berdaya saing dan bercita-cita tinggi untuk menguasai semua jenis permainan dan muncul juara. Adakah Yin berjaya melepasi semua cabaran untuk memasuki M-World? 

“WE is better than ME” - Get together, unite and party at the 515 annual event Mobile Legends tahunan: Bang Bang 515 M-World yang bakal bermula pada 12 April hingga 23 Mei 2022 akan menyaksikan lebih 100 juta pemain aktif bersatu untuk satu siri aktiviti dalam permainan yang menakjubkan sambil meraih pelbagai ganjaran. 

Sepanjang aktiviti berlangsung, pemain bakal menikmati:

● Pesta Karnival 515 + Jualan Kilat 515 (12 April - 28 April)
● Kulit Baharu (New Skins)
● Bonus Log-Masuk 515
● Sistem pertempuran serba baharu: Kem Penciptaan
● Oracle Psionic (25 April - 16 Mei)
● Akses Percuma Semua Wira (7 & 8 Mei)
● Perlindungan Bintang apabila bekerjasama dengan rakan (15 April - 15 Mei)

Selain itu pembangun Moonton juga teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan jenama elektronik terkemuka dunia, Samsung yang juga akan hadir di ALLSTAR Showdown 2022.

“Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan perkongsian ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A dan mampu memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk pemain permainan,” kata KM Liew, Ketua Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronics.

Tang Wanwan, Ling dan Yin akan membuat penampilan sulung mereka mulai 16 April 2022 dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Mobile Legends: Bang Bang di Facebook, Youtube dan TikTok. Muat turun permainan dan nikmati perayaan di App Store dan Google Play sekarang!

LINK UNTUK TEASER TANG WANWAN:- https://fb.gg/v/cm4LjCqHt2/


Mengenai MOONTON Games

Ditubuhkan pada 2014, MOONTON Games ialah sebuah syarikat global khusus untuk pembangunan permainan, penerbitan dan e-sukan. Dengan lebih 1000 pekerja di seluruh dunia, syarikat ini mengendalikan cawangannya di Indonesia, Malaysia, Singapura, Hong Kong, Filipina dan China. Ia telah berjaya melancarkan beberapa permainan mudah alih berprofil tinggi secara global di lebih 30 buah negara di seluruh dunia. Mobile Legends: Bang Bang ialah permainan bintang semasa dan arena pertempuran dalam talian berbilang mudah alih (MOBA) terkemuka di seluruh dunia.


Liga Wira Mobile Legends: Bang Bang


Mengenai Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang ialah permainan Mobile Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) paling popular di seluruh dunia yang menyatukan komuniti melalui kerja berpasukan dan strategi. Dengan lebih satu bilion pemasangan dan 105 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi anugerah itu adalah antara 10 teratas yang paling banyak dimainkan di lebih 120 negara. Dengan capaian yang meluas di seluruh rantau Asia Pasifik, berbilang pemain tersedia di 190 negara dengan kehadiran esports global yang meluas.


Mengenai Samsung Electronics Co., Ltd.

Samsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa depan dengan idea dan teknologi transformatif. Syarikat itu mentakrifkan semula dunia TV, telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, peralatan digital, sistem rangkaian dan memori, sistem LSI, penyelesaian faundri dan LED. Untuk berita terkini, sila lawati Bilik Berita Samsung di news.samsung.com.



14 April 2022

Deeyeo Baby Cotton Towel Sesuai Untuk Semua Kegunaan dan Semua Peringkat Umur

Deeyeo Baby Cotton Towel

Deeyeo Baby Cotton Towel Sesuai Untuk Semua Kegunaan 
dan Semua Peringkat Umur


Pastinya tisu basah adalah salah satu barang yang perlu ada di rumah TB kerana TB akan menggunakannya untuk pelbagai tujuan samaada membersihkan kotoran di permukaan meja, mengelap kotoran berhabuk di kipas serta tempat-tempat lain, dan paling penting TB banyak gunakan tisu basah untuk bersihkan kotoran atau sisa makanan pada anak-anak yang suka makan dalam keadaan comot . haha.. 

Tisu yang TB selalu beli selalunya yang bebas bahan kimia berbahaya dan bebas dari bauan wangi. Kalau boleh nak yang semulajadi je.. tak perlu ada bau kerana TB dan family memang ada kulit sensitif, so kami tidak boleh menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan keadaan kulit kami. 

Deeyeo Baby Cotton Towel

So, kami memang mencari tisu basah yang betul-betul serasi dan organik sahaja untuk kegunaan harian kami. Baru-baru ni TB telah mencuba tisu dari jenama Deeyeo iaitu Deeyeo Baby Cotton Towel yang di inovasikan dari China yang mana ia sangat memudahkan pengguna terutamanya ibubapa yang perlu menempuh perjalanan jauh mahupun travel bersama-sama anak-anak. 

Okay, Hari ini TB nak kongsikan tentang satu tisu atau tuala yang sangat praktikal dan jimat kos. Tuala  kapas khusus bayi dari Deeyeo ini boleh digunakan dalam keadaan basah atau kering. Selepas mencuba dalam pelbagai kegunaan, TB sangat berpuas hati dengan tisu/tuala ini kerana ia memang tebal dan lembut, betul-betul boleh sapu pada muka, dan tiada bau.

Masa TB guna untuk tanggalkan makeup, terkejut sangat boleh tanggalkan dengan sangat bersih. Lagi senang nak guna daripada pad kapas, dan paling 'awesome' selepas menanggalkan mekap di muka tidak akan meninggalkan kesan "berbulu" pada wajah. 

Selain itu, apa yang lebih memuaskan hati ialah keupayaan untuk menyerap air juga sangat kuat. Selepas mencuci muka, TB mengelap sisa air di muka dengan tisu/tuala Deeyeo ini, sangat puas hati apabila lihat tisu ini boleh menyerap sisa air di muka dan tangan. Berbaloi sangat !

Deeyeo Baby Cotton Towel

Deeyeo Baby Cotton Towel


Deeyeo Baby Cotton Towel

Deeyeo Baby Cotton Towel ini sangat efisyen dan unik kerana selain dapat digunakan sebagai tisu kering, tisu Deeyeo juga boleh juga dijadikan tisu basah. Alangkah mudahnya kalau dulu lagi ada tisu seumpama ini kan, mommy-mommy? 


Deeyeo Baby Cotton Towel


Reka Bentuk dan perbezaan Permukaan A dan B :


Deeyeo Baby Cotton Towel

Sisi A: 
Untuk Kegunaan Basah / Tisu Basah
Mempunyai tekstur mutiara 3D, berkapasiti penyerapan air yang baik dan membersihkan liang-liang dengan berkesan. 

Deeyeo Baby Cotton Towel

Sisi B: 
Untuk Kegunaan Kering / Tisu Kering
Coraknya rata, halus dan lembut, khas untuk tangan juga mulut, tidak menyebabkan kerosakan ke atas kulit. ia sangat mesra kulit.


Banyak kegunaan dan kelebihan menggunakan Deeyeo Baby Cotton Towel ni tau, pastinya mereka yang biasa guna tisu basah akan tertarik dengan tisu yang pelbagai guna ini.. jom tengok kelebihan Deeyeo Baby Cotton Towel ini .


Deeyeo Baby Cotton Towel


3 Kelebihan Utama Tisu Deeyeo

>> Ia kukuh, tidak mudah koyak tetapi teksturnya lembut seakan tuala lembut dan diperbuat 100% sumber organik tanpa komponen poliester (sintetik).

>> Selamat untuk kulit sensitif, tangan, muka, badan (termasuk bahagian sulit) dan peralatan makan.

>> Bebas pewangi, alkohol, paraben, bahan berfluoroscent mahupun formaldehyde


Apa yang TB sukakan tentang  Deeyeo Baby Cotton Towel ni ialah, bila dipegang dan dirasa, teksturnya amat lembut dan TB cuba regangkan untuk uji tahap ketebalan tisu itu dan ternyata ia memang dari material yang bagus dan sangat mudah digunakan seperti napkin pakai buang. Selain itu TB sukakan packagingnya yang berlatar belakangkan design kartun yang comel serta warna packaging yang menarik iaitu hijau lembut. Ia juga didatangkan dalam pakej yang bersaiz mudah dibawa untuk kemana-mana .

Deeyeo Baby Cotton Towel tidak mengandungi alkohol dan ia lembut ke atas kulit bayi, so tak perlu risau untuk guna tisu ini untuk bayi yea kerana  ia dihasilkan daripada fiber semula jadi yang halus serta lembut pada kulit. Ia juga berkesan menarik dan memerangkap kotoran 4 kali lebih bersih daripada tisu basah biasa, kerana daya serapannya yang tinggi.

Seperti yang TB katakan tadi, TB dan family mempunyai kulit yang sensitif, so kam perlu menjadi selektif dalam pemilihan produk, dan bagi kami Deeyeo Baby Cotton Towel sangat sesuai digunakan kerana ianya tidak mengandungi alkohol, pewangi dan juga bebas dari pengawet serta bahan kimia. Jadi tidak perlu risau akan kulit yang merengsakan atau sebagainya. TB pun suka guna tisu Deeyeo Baby Cotton Towel untuk menanggalkan make-up menggantikan kapas muka biasa.


Deeyeo Baby Cotton Towel


Ia dijamin selamat digunakan untuk membersihkan mulut dan tangan bayi sehabis makan, kerana setiap helaian tisu Deeyeo telah dirawat dengan kaedah aseptik melalui wap bertekanan tinggi.

Deeyeo Baby Cotton Towel

Harga Deeyeo Baby Cotton Towel

Haaa TB juga nak share betapa untungnya kalau kita menggunakan tisu ini kerana ia boleh digunakan dalam dua keadaan samada tisu kering atauapun tisu basah. dan kami memang merasakan  Deeyeo Baby Cotton Towel ni memang berbaloi sangat dengan harga nya.. 

✔️1 kotak besar RM36.99
✔️1 kotak ada 6 pek
✔️1 pek ada 80 helai
✔️Secara purata 1 helai hanya RM0.08

Deeyeo Baby Cotton Towel

Murah kan? lagi puas hati apabila produk ini adalah organik dan tiada bahan kimia berbahaya. paling penting satu famili boleh pakai. banyak sangat kegunaan tisu organik ini.


Kalau nak beli boleh shopping di link dibawah ini ye.. klik!
Shopee:


💕Gunakan kod promosi ini【DEEYMISS】


Oh ya.. jangan lupa gunakan kod promosi ini untuk dapatkan diskaun RM10 bagi belian RM50 
dan Diskaun RM20 bagi Belian lebih RM100 

13 April 2022

JOBJOM set to jolt online employment market, hike employment ratio

JOBJOM

JOBJOM set to jolt online employment market, hike employment ratio


Kuala Lumpur, 13 April 2022 - Newly launched job site JOBJOM is an on-demand service portal providing solutions for employers, jobseekers and freelancers. With a strong belief that finding the right connection should not be limited by a lack of choices nor hindered by economy or costs, JOBJOM is determined to make a difference. It has set its sights firmly on becoming Malaysia’s number one choice for employers, jobseekers and freelancers.

JOBJOM’s solutions are dedicated to overcoming challenges and predicaments faced by these three groups. Fueled by a lofty yet exciting target, JOBJOM looks to achieve a 100% employment rate in Malaysia for every employer, jobseeker and freelancer in its community. The platform believes that its online solutions are timely and will be well received with the obvious online shift in habits accelerated by the global pandemic.

The Department of Statistics Malaysia (DOSM) recently indicated that the employment-to-population ratio was 66.2%, in January 2022. These statistics, which indicate the ability of an economy to create employment, can be boosted and JOBJOM aims to be the catalyst to achieving better growth.

“The employment market needs to change!” Mr. Will Ong, Director of Partnerships said, believing that JOBJOM will have something for everyone.

“We challenge the status quo by offering viable options to employers, jobseekers and freelancers for their needs and we look forward to this exciting journey,” added Mr. Lennon Chu, Director of Operations.

According to 2020 data by the Employee Provident Fund (KWSP), there are a total of 14.89 million members, of which 7.59 million are active and there are 534,398 employers. These numbers are set to increase in 2023 and Mr. Ong believes JOBJOM’s solution will prove to be beneficial.


JOBJOM


Employers;

As a majority of Malaysian businesses recover progressively from COVID-19, many may be reinstating recruitment efforts, and are looking for manpower to help businesses make headway at a better and faster pace.

However, not all available vacancies can be publicised because the company – or its hiring manager – needs to consider the high cost per job post, and only selected vacancies can be uploaded. Other recruitment services for higher positions may be beyond a firm’s budget – a common situation even pre-pandemic. In a typical demand outweighing supply scenario, this could be the plausible cause of job shortages in the market.

JOBJOM invites all companies to be part of its employers’ community. Registration is absolutely free and it is also always FREE to post a job on JOBJOM. The employers’ community will find a convenient one-stop solution with no hidden fees or charges upon registration and full access to a Resource Centre containing relevant human resource information. The content of the Resource Centre will be updated from time to time and shall remain fully accessible with a registered account.

JOBJOM’s TalentMore – a self-served paid feature – enables employers to take on a proactive role in the search for talent. Employers can be their own “headhunter” from less than RM7.50 per talent profile; a fraction of what is commonly charged by recruiters.



JOBJOM


Jobseekers;

At a limited-time-only nominal registration fee of RM9.90 per annum, jobseekers can have access to an abundance of job opportunities and access to JOBJOM’s Knowledge Hub and Download Centre. These will help prepare candidates with information for their next big interview, or tips to improve resumes and cover letters. Similarly, its content will be continuously updated and shall remain fully accessible with a registered account – a perk only available at JOBJOM as other platforms charge per content access.

Jobseekers can also be enlisted in the TalentMore database indicating that they are prepared to be hunted and recruited by employers.

Upon registering on JOBJOM, jobseekers can share a unique link to grow the database and gain rewards. Chu said the site’s revenue is either shared or re-invested into the platform to help more jobseekers reap the benefits, convenience, as well as the resources. JOBJOM believes that this community-sharing method enables everyone to work towards a common goal for a better Malaysia.




JOBJOM


Freelancers;

JOBJOM also serves as an on-demand service portal by offering solutions to accommodate the growing gig economy – an economic model dependent on freelancers whose services are based on skills, on-demand, short-term contracts or flexible employment. This industry consists of the younger generation who are technology-savvy and are connected to potential customers through online platforms.

A 2021 news report cited that there are close to four million freelance workers in Malaysia, and the figure is on the rise as more turn to digital platforms in search of livelihoods after losing their jobs during the pandemic.

JOBJOM offers an ad-based model for freelancers from as low as less than RM0.50 per day. Freelancers can showcase their expertise and potential customers may contact them directly. JOBJOM will not charge any success fee from the transaction.



In summary, JOBJOM cares and strives to make a difference, believing that jobseekers should grab the opportunity when it arises. In sharing the unique link with fellow jobseekers, JOBJOM hopes to unite users and allow benefits to be experienced by everyone. “In doing so, we can overcome any diversities – pandemic or not – through connection, community and care. Above all, we are confident that JOBJOM can offer something whether you are an employer, jobseeker or a freelancer,” Mr. Chu said. To learn more, please visit www.jobjom.com.






About JOBJOM

JOBJOM (Agensi Pekerjaan JobJom Sdn Bhd is a private employment agency registered with the Department of Labour Peninsular Malaysia, Ministry of Human Resources) is the latest job site and on-demand service portal in the market, aspiring to be the number one choice for employers, jobseekers and freelancers. Its solutions are dedicated to employers, jobseekers and freelancers and JOBJOM looks to achieve a 100% employment rate for every party in its community.

JOBJOM’s solutions include;

No hidden fees for employers posting vacancies, and the TalentMore feature which empowers employers to take on the “headhunter” role in the search of the best candidate.

Full access to vacancies for jobseekers, and access to resources on JOBJOM’s Knowledge Hub and Download Centre upon completion of registration. Simultaneously, jobseekers can be listed in the TalentMore database, ready to be searched and recruited by employers.

Freelancers will be able to be contacted directly by potential customers and not be charged any success fee by JOBJOM.




10 April 2022

Equipped Yourself With In-Depth Digital Knowledge To Be The 21st Country Trainer

virtual certified intensive training on crafting digital learning design and delivery


International University of Malaya-Wales (IUMW) and Ascella Consulting Sdn Bhd to jointly conduct virtual certified intensive training on crafting digital learning design and delivery

Kuala Lumpur, 8 April 2022– The International University of Malaya-Wales (IUMW) and Ascella Consulting Sdn Bhd are pleased to announce their collaboration to conduct a comprehensive virtual three-day intensive training program that maximises online classroom engagement, energy, and motivation.

This course arose from the need that educators and presenters felt when the pandemic made us embrace the “New Normal”. We couldn't organise seminars and events in person anymore, and we rapidly discovered that what worked in the real world didn't translate well in the virtual world.


International University of Malaya-Wales (IUMW)


Offered to all lecturers, educators, speakers, presenters, and trainers alike, the training will provide comprehensive coaching on planning, designing, and conducting virtual classrooms. Learners will be taught a variety of methods and introduced to a wide range of tools to make their online lessons more engaging and improve students’ learning experience. This includes setting up your virtual professional classroom or studio from the comfort of your home.

“The advancement of technology has made the learning environment better than ever. By knowing how to appropriately design your virtual lessons, teaching digitally shouldn’t be a fuss,” says Muhammad Shawal, one of IUMW lecturers who went through the in depth training earlier this year.

Throughout the programme, using accelerated learning techniques, participants will learn how to use technology planning, content modification, online engagement, and smooth virtual transition conducted by the digital experts at IUMW and Ascella Consulting. IUMW and Ascella Consulting intend to take the lead in enhancing the digital skills of the trainers and educators of the 21st century.

The training for Virtual Learning Design and Delivery will be held for three days and followed by three separate group sessions. Variety of dates and price packages are available. For more information, please visit our website or contact us at hello@ascella.biz

International University of Malaya-Wales (IUMW)



About IUMW & Ascella Consulting Sdn Bhd

Owned by 2 prestigious universities, the International University of Malaya-Wales (IUMW) was established based on a mutual partnership between the University of Malaya (UM) & the University of Wales, UK in 2013.

Ascella Consulting supports individuals and organisations to achieve their goals through a combination of consulting, training and coaching.

Both Ascella and IUMW are registered HRDF Training Providers.


For more information:

Website: https://iumw.edu.my/certificate-in-virtual-learning-design-and-delivery/ Email: hello@ascella.biz

Phone: +603 9054 0779

WhatsApp: +6018 253 4974 / +6012 634 6830

17 Mac 2022

PENGERTIAN & KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’ABAN | 17MAC & 18 MAC

Malam NISFU Syaaban

MALAM NISFU SYA’ABAN 

17MAC & 18 MAC


Nisfu bermaksud separuh.

Nisfu Syaaban pula bermaksud separuh daripada Bulan Sya'ban, malam Nisfu Sya'ban jatuh pada hari Khamis bersamaan 17/3/2022 bermula selepas Maghrib.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas Lailatul Qadar.

Malam Khamis ini  jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita. 

Malam Nisfu Syaaban; Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yg byk dosa, melihat siapa yg mohon rezeki, mendengar rintihan org yg ditimpa musibah. Oleh itu ...


1- siapa yg byk dosa; minta ampun

2- siapa yg rezeki sempit; minta rezeki

3- siapa yg ditimpa musibah; mohon dipermudahkan urusan

🌷Kerana.. pada mlm itu Allah melihat dan mencari para pendosa yg mohon taubat

🌷Kembalilah kpd Allah dlm keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dgn kita

🌷Waktu akhir zaman byk kematian mengejut

🌷Mlm yg dikabulkan segala doa.

🌷Tawaran hebat pada mlm nisfu.. Diampunkan dosa walaupun sebanyak bulu2 dibadan kambing.

🌷Payahnya kita nak bertaubat sbb terbeban dgn byknya dosa. 

🌷Start maghrib ptg 14 syaaban hingga subuh 15 syaaban. Bersamaan maghrib khamis 17hb mac hingga subuh jumaat 18hb Mac.


MALAM NISHFU SYA'BAN insya Allah akan jatuh mulai ba'da maghrib pada hari khamis 17 mac 2022,pada malam ke 15 bulan Sya'ban.

Adalah digalakkan :

- Membaca SURAT YASSIN sebanyak tiga (3)x.

a. Surat Yassin yang pertama dibaca utk memohon panjang umur dan ketaatan/ketaqwaan serta dapat istiqomah kepada Allah SWT.

b. Surat Yassin yang kedua dibaca utk memohon diluaskan rezeki yg halal dan menolak bala.

c. Surat Yassin yang ketiga dibaca untuk memohon ditetapkan Iman Islam sampai akhir hayat.

- Berdoa secara KHUSYUK meminta apa2 yang tersirat dalam hati, karena Malam Nishfu Sya'ban adalah MALAM yang sangat IJABAH utk dikabulkannya semua doa2 dan hajat2 yang diinginkan.


Bila disebarkan, maka Anda akan membuat beribu-ribu manusia berdzikir kepada Allah SWT.

Aamiin, Aamiin, Aamiin

Yaa Rabbal Aalamiin.


Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.


Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.

(Riwayat Ibnu Majah)


Sebarkan untuk kebaikan bersama

Malam Nisfu Sya'ban adalah hari di mana buku catatan amalan orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.


Mengapakah malam Nisfu Sya'ban begitu istimewa?

Banyak kelebihan malam Nisfu Sya'ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi ﷺ sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam Nisfu Sya'ban.

Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.

Oleh itu, hidupkanlah malam Nisfu sya'ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, membaca Al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa.

Sabda Rasulullah ﷺ  yang bermaksud: 


“Apabila tiba pada malam Nisfu Sya'ban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadah) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. 


Allah سبحانه و تعالى berfirman:

“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” 


- [Hadis Riwayat Ibnu Majah]


#NisfuSyaaban

09 Mac 2022

19 ANEKA RESEPI DARI IKAN BILIS


19ANEKA RESEPI DARI IKAN BILIS 


Ikan Bilis Goreng Simple

Ikan Bilis Goreng Simple


First sekali mestilah nak share resepi paling mudah dan paling sedap dimakan walaupun tanpa lauk lain.. betul tak? dapat nasi panas sepinggan lepas tu dimakan bersama Ikan bilis goreng simple ni..

Bahan-Bahan :
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
cili padi
cili merah

Cara-cara :
goreng ikan bilis dahulu
tumis bawang putih,cili padi,cili merah masukkan ikan bilis, sedikit garam dan perasa..perah air asam sikit nak bagi ummphhh...untuk bagi nampak menarik boleh la letak kentang,tomato...memang selera..makan nasi panas-panas...ermmmm


Sambal Totok Jawa

Sambal Totok Jawa


Bahan-Bahannya:
Segenggam ikan bilis
10-15 biji cili padi kampung
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng
1 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka

Cara-caranya:
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat dan toskan.
Kemudian goreng cili padi dan cili merah tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat.
Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk kasar-kasar sahaja.
Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

Kerabu ikan bilis thai

Kerabu ikan bilis thai

Bahan-Bahan :
Bawang putih 3 ulas
Cili besar 3 biji
Cili padi 4-5 biji atau lebih
Gula 2 sudu besar
Serbuk perasa sedikit
Sos ikan agak2 secukup rasa
Limau nipis 1 biji (besar)
Tomato ceri (jika suka)
Bawang besar sebelah hiris nipis
Daun ketumbar, daun bawang
Ikan bilis goreng rangup 1 mangkuk

Cara-caranya :
Tumbuk bawang putih, cili besar, cili padi, gula, tumbuk lumat masuk tomato ceri (belah 2) tumbuk sekali masuk bawang besar sos ikan dan limau nipis perah masuk sekali dengan kulit gaul bersama.... (Dalam lesung)
Tuang dlm mgkuk masuk ikan bilis daun bawang, daun ketumbar kacau rata...
Siap untuk di hidang....

*pastikan ikan bilis rangup kalau tak  rangup nanti jadi liat tak sedap
*masam pedas lebih


IKAN BILIS TUMIS ASAM

IKAN BILIS TUMIS ASAM


Bahan-bahannya:
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 1 biji
Air asam jawa (dalam 2 sudu besar)
1 sudu besar gula
Garam (secukup rasa)
Ikan bilis
Kentang 1 biji (dipotong nipis)
Minyak

Cara-caranya:
Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap!

Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu



RESEPI SAMBAL TEMPE IKAN BILIS


RESEPI SAMBAL TEMPE IKAN BILIS


Bahan dan cara membuatnya :
Ikan bilis size kecil (yang ni basuh, toskan airnya dah kering baru goreng dgn api yang sangat perlahan)
Tempe ( tak kisah berapa keping, tapi hiris halus-halus dan senipis-nipisnya, kemudian gorengkan )
Kacang tanah (goreng)

Untuk sambal :
1senduk kecil bawang kisar,
7sudu besar cili kisar
4sudu besar gula
Minyak untuk menumis

Tumis bawang kisar, sampai dia agak garing dan kekuningan. Selepas tu masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak dan garing. Masukkan gula (gula ni memang kena lebih, saya letak garam secubit sahaja buat syarat sebab nanti gaul dengan ikan bilis masin terlebih pulak). Tumis sampai dia mendidih tutup api, tuang minyak lebihan sejukkan sambal. Dah sejuk semua baru gaul sebati dengan bahan goreng tadi ..senang dan mudah kan!

Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis

Resepi Sambal Gesek Ikan Bilis

Bahan-bahan:
20 biji cili api kampung
1 labu bawang besar (potong kecik2, senang nak tumbuk nanti)
2 ulas bawang putih
1 cawan ikan bilis (basuh dan toskan)
1/2 sudu kecik garam
1 sudu kecik gula
1/4 cawan minyak

Cara-cara:
Tumbuk cili api, gula dan garam hingga lumat.
Masukkan bawang besar dan bawang putih, tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Tumbuk kasar ikan bilis.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga separuh garing, masukkan cili api dan bawang yang dah ditumbuk tadi.
Goreng dengan api perlahan hingga sambal gesek menjadi garing.

TUMIS BILIS TERUNG PIPIT

TUMIS BILIS TERUNG PIPIT 


BAHAN-BAHAN: 
100gm ikan bilis digoreng garing 
50gm terung pipit 
3 biji buah jering muda dihiris nipis 
1 biji bawang besar di mayang kasar 
3 biji bawang merah ditumbuk halus 
2 ulas bawang putih ditumbuk halus 
10 biji cili padi ditumbuk halus 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menumis secukupnya 

CARA MEMASAK: 
1. Panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bahan yang ditumbuk halus sehingga garing. 
2. Tambahkan sedikit air, masukkan jering dan terung pipit. Masak sehingga layu. Perasakan dengan garam dan kacau sebati. 
3. Setelah itu, masukkan pula ikan bilis yang telah digoreng, bawang besar yang di mayang dan kacau sebati. 
4. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.


RESEPI IKAN BILIS BEREMPAH


RESEPI IKAN BILIS BEREMPAH 


Bahan: 
1) segenggam ikan bilis 
2) 11/2 sudu teh serbuk kari ikan 
3) 1 sudu teh tepung beras 
4) 7 tangkai daun kari 
5) 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang 

Cara: 
Perap ikan bilis dengan serbuk kari dan tepung beras selama 5-10 minit. 
Goreng macam biasa, kemudian masuk bawang putih dan akhir sekali masukkan daun kari. 
Bila ikan bilis dah garing bolehlah angkat dan toskan. NOS



RESEPI SAMBAL BILIS PEDAS

RESEPI SAMBAL BILIS PEDAS 


kalau 1 cawan ikan bilis di goreng 15 tangkai cili padi hijau dan merah nak pedas lagi boleh tambah 3 ulas bawang merah Goreng ikan bilis ketepikan Goreng juga bawang dan cili padi dengan sedikit minyak hingga layur Garam secukup rasa Tumbuk bawang dan cili hingga lumat Kemudian tumbuk ikan bilis kasar-kasar gaulkan semua bahan dalam mangkuk Perasakan dengan garam secukup rasa Sedia di hidangkan
Ikan bilis halia (sesuai untuk menu ibu berpantang)
Ikan bilis halia (sesuai untuk menu ibu berpantang) 


BAHAN-BAHAN: 100gm ikan bilis digoreng 100gm halia 
4 sudu teh lada hitam 
4 ulas bawang putih Garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMASAK: 
1. Tumbuk kasar kesemua bahan. 
2. Masukkan ke dalam mangkuk dan sesuaikan rasanya. 
3. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Resepi 1 Ikan bilis telur hancur

Resepi 1 Ikan bilis telur hancur 


Bahan-Bahan 
2 genggam ikan bilis (dibersihkan) 4 biji bawang merah kecil** 
3 ulas bawang putih** 
10 tangkai cili padi** 
Gula dan perasa 1 biji telur 

Cara-Cara Penyediaan 
  1. Gorengkan ikan bilis yang telah dibersihkan sehingga garing. Ketepikan. 
  2. Tumbuk kasar bahan-bahan bertanda ** 
  3. Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ikan bilis tadi, tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau dan nampak garing. 
  4. Perasakan dengan gula dan serbuk perasa (setengah kiub pati ikan bilis). 
  5. Tumis lagi hingga mesra. 
  6. Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. 
  7. Gaul lagi hingga rata. Ketepikan ikan bilis di tepi kuali dan pecahkan telur. 
  8. Tunggu sehingga agak masak baru kacau dan gaul telur tadi dengan ikan bilis hingga mesra. Siap!
RESEPI IKAN BILIS DAN TEMPE GORENG

RESEPI IKAN BILIS DAN TEMPE GORENG 


Bahan-Bahannya:  
1 keping besar tempe (dipotong nipis) 
250 gram ikan bilis halus 
4 sudu besar cili kisar 
2 sudu besar sos cili 
gula dan garam secukup rasa 

Bahan untuk di cincang halus 
2 ulas bawang putih* •
2  ulas bawang merah* 

Cara Penyediaan: 
1. Cincang halus bahan * 
2. Dalam kuali berasingan, goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Asingkan. 
3. Panaskan 4 sudu besar minyak masak. 
4. Tumis bawang sehingga kekuningan dan naik bau. 
5. Masukkan cili kisar, sos cili dan gula. Tumis sehingga pecah minyak. 
6. Masukkan ikan bilis dan tempe, kacau rata. Tambah garam ikut rasa.



Sambal Kering Kacang dan Bilis

Sambal Kering Kacang dan Bilis 


Bahan-Bahan :
100 g ikan bilis goreng dan sejukkan 
200 g kacang tanah goreng dan sejukkan 
Jika suka: Tempe dipotong dadu dan digoreng setelah dilumur kunyit dan garam 
Kentang dipotong baji dan digoreng sedikit air asam jawa 
3 sdb gula garam secukup rasa 
Minyak menumis 1/2 cawan 

Cara menyediakannya: 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar Masak sampai garing dan agak kering Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan kering bersakar sedikit. Padamkan api dan biarkan sejuk seketika Bahan Kisar Cili kering (banyak brgantung kepedasan yang disukai), digunting, buang biji, rebus dan tos 5 ulas bawang putih 7 ulas bawang merah **Kisar semua bahan sehingga halus Masukkan kacang goreng dan bilis goreng.. (tempe dan kentang kalau mahu) Gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya


Sambal Bilis dan Petai

Sambal Bilis dan Petai 


Bahan-Bahan: 
Bahan untuk di kisar halus 
10 tangkai cili kering (potong pendek2 dan rebus) 
1 labu bawang besar di belah 4
1/2 inci belacan 
1 sudu minyak masak 

Bahan-bahan lain 
1/2 senduk minyak (utk tumis) bawang merah dan bawang putih racik/ tumbuk (utk tumis) 
2 keping asam gelugur (jus asam jawa pun boleh) 
petai 5-10 keping (ambil isi)..kalau nak guna kulit pun bleh kalau petai muda..
hiris nipis2 ikan bilis 1 genggam 
1 labu bawang besar hiris nipis bulat2 
garam dan gula secukup rasa 

Cara Penyediaan: 
Panaskan minyak..tumis bawang sampai naik kekuningan, masukkan bahan yg dibland..tumis sampai naik bau/pecah minyak.. Masukkan asam keping/jus asam jawa Masukkan petai dan ikan bilis.tambahkan garam dan gula, last skali masukkan bawang besar yg dihiris bulat2.. Tips: kalau nak lagi sedap dan berlemak masukkan 1 senduk pati santan pekat akhir sekali..biarkan seketika sebelum padamkan api
SAMBAL HIJAU PETAI

SAMBAL HIJAU PETAI 


BAHAN-BAHAN: 
15 ulas petai dibelah dua 200gm 
ikan bilis | direndam 
2 biji bawang besar kuning | dimayang 
Sedikit jus limau nipis 
Garam secukup rasa, saya tambah sedikit gula 
5 biji cili hijau 
20 biji cili padi hijau 
5 ulas bawang merah 
2sm lengkuas 

CARA MEMASAK: 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing. 
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gaulkan hingga sebati. 
3. Masukkan petai, bawang besar, jus limau nipis serta garam secukup rasa. 
4. Gaulkan hingga rata dan kemudian angkat.
Ikan bilis telur hancur
Ikan bilis telur hancur 

Bahan-bahan: 
2 genggam ikan bilis-dibersihkan dan digoreng garing 
4 biji bawang merah kecil** 
3 ulas bawang putih** 
10 tangkai cili padi** gula dan perasa 
1 biji telur 

Cara-cara: 
1. Ikan bilis yang dibersihkan tadi digoreng garing. Ketepikan. 
2. Tumbuk kasar bahan2 bertanda ** Blender pun bolehhh. Tapi kurang kick berbanding tumbuk 
3. Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ikan bilis tadi, tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau dan nampak garing. 
4. Perasakan dengan gula dan serbuk perasa (saya gunakan setengah kiub pati ikan bilis). Tumis lagi hingga mesra. 
5. Masukkan ikan bilis yg digoreng tadi. Gaul lagi hingga rata. 
6. Ketepikan bilis di tepi kuali, pecahkan telur. Tunggu sehingga agak masak baru kacau dan gaul telur tadi dengan ikan bilis hingga mesra. Rasa dulu dah ok siappp!
IKAN BILIS TUMIS ASAM

IKAN BILIS TUMIS ASAM 


Bahan-bahannya: 
Bawang putih 2 ulas 
Bawang merah 
1 biji Air asam jawa (dalam 2 sudu besar) 
1 sudu besar gula 
Garam (secukup rasa) 
Ikan bilis Kentang 1 biji (dipotong nipis) 
Minyak 

Cara-caranya: 
Goreng dulu kentang dan ikan bilis. Ketepikan. Tumis bawang putih, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Biar mendidih hingga pekat. Masukkan ikan bilis goreng dan bawang merah, gaul rata. Masukkan kentang goreng dan gaul hingga rata. Siap! Masa tumis bawang tu, minyak 3-4 sudu je. Ada setengah ikan bilis tu memang dah masin so tak perlu letak garam. kena rasa time masukkan ikan bilis goreng tu


Resepi Sambal Bilis Hitam Pahang

Resepi Sambal Bilis Hitam Pahang 


Bahan-bahan : 
500g bilis 5 biji bawang putih 
10 biji bawang kecik 
15 biji cili api 
10 biji belimbing buluh (Direbus hitam) 
Sedikit kicap Sedikit gula 
Sedikit serbuk perasa 

Cara-cara : 
1) Tumbuk kasar semua bahan-bahan. 
2) Tumis kesemua, letak perasa & kicap kalau nak manis sedikit, 
Tidak perlu letak garam. Masak sehingga warna bertukar gelap. anggaran 1-2jam di atas dapur, 
3) Siap

KERABU MANGGA IKAN BILIS BERSAMA LIMAU BALI

KERABU MANGGA IKAN BILIS BERSAMA LIMAU BALI  


Bahan-bahan: 
2 bij i- mangga muda (potong halus memanjang) 
1/2 biji - limau bali(ambil isinya) 
3 ulas - bawang putih 

Cara: 
5 biji-cili padi 
1. cili padi, udang kering, bawang putih 
2 sudu besar - udang kering ditumbuk kasar.. 
2 sudu besar gula siam (warna kuning) 
3. masukkan gula siam..tumbuk lagi. 1 bj- bawang besar sos nampla @ sos 
4. kemudian masukkan sos ikan nampla...gaulkan bahan tadi dgn segengam kacang tanah yang telah di mangga dan limau bali tadi.. 
4. tabur kacang goreng, ikan bilis goreng .(tumbuh kasar) goreng dan bawang besar sebagai segengam ikan bilis ..goreng pelengkap..selamat mencuba..

02 Mac 2022

Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia

 Durio0


Dengan Bertemakan Konten Islamik, Durioo Melancarkan Platform Penstriman Global Pertamanya Khas Buat Kanak-Kanak Muslim Di Seluruh Dunia


Selangor, 28 Februari 2022 - Selepas dilancarkan di Ekspo Dubai 2020 yang oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, sebuah syarikat Animasi Teknologi Malaysia bernama Durioo dengan rasminya telah mengumumkan pelancaran platform penstriman global pertama mereka yang dipanggil Durioo+ pada 18 Februari 2022 yang lepas. Platform yang berasaskan langganan itu bertujuan untuk menyediakan kandungan Islamik yang berkualiti tinggi dan bermanfaat untuk kanak-kanak di seluruh dunia.


Durioo


Durioo+ ditubuhkan oleh pengasas serta individu-individu kreatif yang menghasilkan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends (Digital Durian) dimana animasi tersebut telah meraih kejayaan global dan memperoleh lebih daripada 7 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka. Durioo+ ini akan menjadi batu loncatan untuk memantapkan kedudukan Durioo sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia.

Sempena pelancarannya, pelanggan Durioo+ boleh menjangkakan lebih daripada 100 episod yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam. Ia juga merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya ialah Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi.

Durioo


Durioo


Pelanggan Durioo+ akan mempunyai akses untuk menonton kandungan yang dihasilkan oleh tim kreatif Durioo dan juga rancangan-rancangan menarik melalui kerjasama dengan studio produksi lain seperti Bubu Lala – produksi bersama dengan Yeah Yeah Yeah Studio, Polytako – animasi yang dihasilkan bersama dengan Kanaloa Malaysia dan Zehni – pengeluaran bersama Philandure.

Pengasas Durioo, Sinan Ismail berkata pelancaran Durioo+ adalah langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi platform penstriman pilihan utama bagi kanak-kanak Muslim di dalam dan di luar Malaysia. 

"Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambahnya lagi. 

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan agama Islam.


Durioo

Untuk penstriman dalam talian, layari laman web https://duriooplus.com/ atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV. Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari.

Tentang Durioo+

Durioo+ merupakan platform penstriman untuk kanak-kanak Muslim. Kami mencipta, menghasilkan bersama dan melesenkan Kartun dan Rancangan Islam Berkualiti Tinggi pada perkhidmatan langganan berbayar kami.


Untuk maklumat lanjut tentang Durioo+, sila hubungi: 

Sinan Ismail Azizi Ramdan
Founder & CEO Head of Business
+6016 214 9994 +6010 211 4011


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers