Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

03 Oktober 2022

HUKUM TAJWID YANG PERLU KITA TAHU

 

HUKUM TAJWID YANG PERLU KITA TAHU


Hukum Tajwid.. Semoga Allah kurniakan kita ilmu Al Quran.. TB saja share dekat sini sebab nanti senang TB nak ulangkaji balik.. Qatam Quran dah berkali-kali tapi tak semestinya bacaan tu sempurna seperti yang dimahukan.. hukum tajwid pun banyak dah lupa.. elok sangat TB simpan kat sini mana yang TB dah ingat-ingat lupa moga dapat jadi perkongsian bersama semua.. Sama-sama kita perbaiki bacaan alQuran kita.. 


HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID


HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID























Sumber : oktariyadi

29 September 2022

RESEPI NASI AYAM SEDAP BAK HANG

 

Nasi Ayam

RESEPI NASI AYAM SEDAP BAK HANG


BAHAN² REBUS AYAM

1 ekor ayam dipotong 8

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

2 cm halia, ditumbuk halus

1 kiub ayam

Air secukupnya


BAHAN² PERAP AYAM

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar sos tiram

1 cm halia, ditumbuk halus

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

1 sudu besar kicap cair

Sedikit madu untuk sapuan


BAHAN2 UNTUK NASI AYAM

3 cawan beras

4 cawan air rebusan ayam

2 sudu besar butter

1 cm halia ditumbuk halus

3 ulas bawang putih ditumbuk halus

Sedikit garam

2 bunga lawang*

4 buah pelaga*

1 kayu manis*

1 batang serai ketuk

2 helai daun panda

Sedikit kunyit untuk warna dan aroma


BAHAN² CILI SOS

5 biji cili merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

1 sudu besar cuka

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

1/2 cawan air rebusan ayam


BAHAN² SUP AYAM

Air rebusan ayam

1 biji bawang besar, dikisar

Rempah sup bunjut

Garam

Daun sup dan daun bawang yg dihiris


BAHAN² KUAH KICAP

Kuah kicap perapan ayam di atas

Kicap manis cap kipas udang

Sedikit garam

Air rebusan ayam


Cara Penyediaan – AYAM:

Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.

Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)

Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.


CARA BUAT NASI AYAM

+ Basuh beras dan tos air.

+ Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

+ Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.


CARA BUAT SUP

+ Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.

+ Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.


CARA BUAT SOS CILI

+ Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)


CARA BUAT KUAH KICAP

Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.


Tips

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.


Selamat Mencuba!


Sumber Norzana Anoi


ASAM PEDAS IKAN PARI SPECIAL

ASAM PEDAS IKAN PARI

ASAM PEDAS IKAN PARI SPECIAL

Bahan:

Ikan boleh guna apa sahaja ikut citarasa

Bunga kantan

Bendi

Daun kesum

Tomato - belah

7-8 sudu makan pes cili - lebihkan jika suka pedas

Air asam jawa @ pes asam jawa

Garam, gula dan perasa secukupnya


Bahan kisar :

1-2 biji bawang besar - nak kuah pekat boleh guna lebih

5 ulas bawang putih

1 inci belacan

1 hiris halia

1 hiris lengkuas

Serai - dititik


Cara-Cara :

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar dan serai yg telah dititik. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.

3. Tambahkan air asam jawa dgn secukupnya. Boleh juga tambah pes asam jawa kemudian tambah air mengikut kepekatan yg diingini.

4. Bila kuah mula mendidih masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan juga bendi. Biar hingga ikan masak dan sayur lembut.

5. Masukkan hirisan tomato serta perasakan dgn garam, gula, secukup rasa.


Kredit resepi & foto : Haslinda Hashim

Who Gave the First Known Diamond Engagement Ring?


Who Gave the First Known Diamond Engagement Ring?


The history of diamond engagement rings is as old as the history of love, intimacy, affection, and dedication. People used to propose to their loved ones with a diamond engagement ring. However, do you know the history of the diamond engagement ring as a symbol of the proposal and who gave the first known diamond engagement ring?

Here, I will take you through the entire history of engagement rings to help you better understand what meaning people attach to these diamond rings, and who gave the first known diamond engagement ring to his love.

Darry Ring



A Brief History of the First Known Diamond Engagement Ring

The last quarter of the fifteenth century has resulted in the evolution of the first known diamond engagement rings. Back in 1477, Europe saw this engagement ring trend still in practice. Let's read on to know who gave the first known diamond engagement ring.

Archduke Maximillian, from Austria, has got a very beautiful diamond engagement ring for his spouse, named Mary of Burgundy. From that day, Europeans have made and accepted it as the norm.

People used to show their love and dedication with these diamond engagement rings. Initially, these rings were made by mixing diamonds with other jewelry stones. However, with time, people started crafting diamond rings in different shapes, such as flowers and hearts.

The struggle remained till 1947 when De Beers launched its own crafted diamond engagement rings with the popular slogan "A Diamond is Forever." That's all about a brief history of who gave the world the first known diamond engagement ring.

After that, huge progress has been made in crafting pure and unique diamond rings. The story does not end at this point. The year 1930 has seen tremendous progress in the African economy. That bloomed in the African economy when DeBeers mine was found in Africa. Since that time, the sales of diamonds have increased and are still in vogue these days.



Are Diamond Engagement Rings Still in Practice These Days?

These rings have never gone out of fashion. They have become more than a fashion statement and one's commitment to his love. Numerous renowned diamond engagement ring brands across the globe are best for some reasons.

dr diamond engagement ring


Over the years, Darry Ring has made several attempts to get the place, name, and fame in this competitive diamond engagement ring market. Darry Ring is one such platform that assures you of your life commitments and dedication to love by offering you unique and beautifully crafted diamond engagement rings and Darry Ring Agreement. Darry Ring encourages people to pursue true love by insisting that one person can only buy a DR diamond ring for his/her love in life. The Darry Ring Agreement is kind of a love declaration which is required to sign after purchasing a DR diamond ring. It also serves as proof of purchase to trace back whether you have ever purchased a DR diamond ring before.

You will get only one engagement in your life as a pledge of commitment. If you are interested in other jewelry pieces, such as necklaces, bands, pendants, and bangles, then the Darry Ring will be the perfect platform.

I hope that this read has made it clear to you who gave the first known diamond engagement ring. So, are you ready for your purchase?



28 September 2022

BUAT KIRA-KIRA SEBELUM BERSARA BANTU SIMPANAN PERSARAAN BERTAHAN LAMA

PLANNING  RETIREMENT


BUAT KIRA-KIRA SEBELUM BERSARA BANTU SIMPANAN PERSARAAN BERTAHAN LAMA



Bagi mereka yang telah lama berkhidmat dan bekerja di sektor kerajaan mahupun swasta sudah pastinya mengimpikan kehidupan selepas bersara yang tenang dan dapat berehat sepenuhnya menempuh hari tua  dengan bahagia dan selesa. Sudah pasti juga ada diantara kita yang terfikir ingin bersara awal dan ingin merasai kebebasan kewangan dan sara gaya hidup tanpa perlu bekerja.  

Semua itu tidak mustahil jika kita membuat perancangan dari awal, dan memikir persiapan masa depan dengan berdisiplin dan nekad.

Kita masih mempunyai masa untuk menyimpan sekiranya memilih untuk bersara pada umur 65 tahun. Dengan memikirkan tentang simpanan persaraan yang ideal dan berbaloi, boleh memberikan idea untuk menentukan pelan pelaburan yang betul. 

Bagi pekerja swasta pula, kita mungkin akan sedar bahawa simpanan KWSP tidak cukup untuk memastikan kebebasan kewangan selepas bersara. Lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup semakin meningkat, inflasi ekonomi dan perbelanjaan tak dijangka, pasti simpanan persaraan kita akan terganggu.


BERSARA



Oleh itu kita perlu menetapkan matlamat membuat simpanan dengan segera kerana lebih awal kita mula, lebih banyak simpanan persaraan yang dapat kita kumpul. Perlu ketahui dan cari lagi peluang menambah pendapatan supaya kita dapat bersara dengan selesa dan tenang.

dan seharusnya pada masa ini seharusnya kita elakkan daripada berbelanja yang tidak perlu. Asingkan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan untuk simpanan dan simpan di dalam akaun simpanan pulangan tinggi atau dalam dana harga tetap seperti Amanah Saham Malaysia (ASM) dengan dividen tahunan konsisten, tiada cukai dan tiada caj jualan.

Selain itu, kita boleh terokai peluang yang menghasilkan aliran pendapatan pasif untuk ditambah ke dalam simpanan dan jana pendapatan kita seperti berniaga secara online mahupun kerja-kerja sampingan lain yang boleh mendatangkan pendapatan pasif yang hanya perlukan usaha dan penyenggaraan minimum, sambil menikmati pulangan berbaloi.

Selain harus menyedari perancangan kewangan persaraan sangat penting untuk tampung kehidupan kita setelah persaraan, kita juga perlu tahu bahawa untuk kekalkan jumlah simpanan kita tanpa mengeluarkanya sebelum waktu yang sesuai sikap bersabar dan bersederhana adalah amat membantu dalam merealisasikan impian bersara dengan simpanan yang mencukupi.


Empat perkara yang patut dilakukan untuk pastikan simpanan persaraan bertahan lama.
  1. Selesaikan hutang secepat yang mungkin supaya simpanan hari tua kita yang sediada berjumlah yang banyak untuk jangka panjang.
  2. Tangguhkan persaraan setahun atau 2 tahun untuk membantu meningkatkan simpanan persaraan .
  3. Cuba sebaik mungkin untuk menambah pendapatan dan kemudian menyimpan. 

Keperluan Selepas Bersara

Apabila memikirkan tentang persaraan nanti, apakah ada keperluan lain yang perlu dibuat selepas bersara? Misalnya berpindah rumah? membaiki rumah? Menukar kereta baru? atau hanya kekalkan gaya hidup yang sedia ada? Semua ini perlu dirancang  sebelum kita bersara lagi.. seeloknya diselesaikan sebelum kita bersara agar perbelanjaan yang digunakan bukan di ambil dari simpanan hari tua nanti.. 


SAVING



Gunakan kalkulator persaraan dan mula merancang hari ini.

Belanja tambahan seperti pergi melancong serta perbelanjaan peribadi yang lain juga perlu dikira untuk mengelakkan simpanan habis dengan cepat. Jadi lebih elok untuk ambil berat dan dan lakukan kiraan belanja. Sekiranya tidak pandai buat kira-kira, boleh juga gunakan kalkulator persaraan untuk mereka yang merancang bersara dan buat belanjawan sebelum menempuh hari tua.. 


Membuat simpanan dari usia muda

Sememangnya sangat digalakkan untuk kita mula menyimpan sejak umur muda kerana ia memberikan banyak kelebihan, lebih-lebih lagi jika kita membukan akaun deposit tetap yang boleh memberikan kadar faedah lebih tinggi berbanding akaun biasa.


HEALTH



Persediaan untuk kesihatan selepas bersara

Pastinya ramai yang sedar tentang tahap kesihatan masing-masing apabila semakin meningkat umur. Seiring dengan pperubahan umur,  keperluan kesihatan dan perubatan kita juga akan berubah. Ada yang perlukan bantuan pendengaran atau penglihatan, perkhidmatan pergigian yang meningkat, dan pemeriksaan perubatan yang lebih kerap. Semuanya bykan dalam jangkaan kita.

Namun kita sudah semestinya mahu elak daripada dikenakan caj bil hospital tak dijangka yang sekaligus mengganggu pelan simpanan persaraan, maka persediaan untuk ke arah  itu perlu kita rancang bagaimana solusi nya .


Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, kita perlu mengambil langkah dan inisiatif agar persaraan kita masih teratur walau dalam tahun-tahun kedepan persaraan kita. Makanya langkah paling baik untuk pantau perbelanjaan masa depan dalam bab kesihatan ialah dengan melabur dalam insurans kesihatan yang meliputi yuran perubatan tidak terhad kepada kemalangan sahaja. Tingkatkan lagi perlindungan dengan mengambil polisi insurans jenis semua dalam satu, di mana anda dapat liputan insurans, simpanan separa, pulangan pelaburan berpotensi, dan pendapatan tahunan terjamin.


Akhir sekali, bersara adalah sesuatu yang ditunggu dalam kemuncak kehidupan semua orang kerana pada masa inilah masa ideal untuk kita kejar segala impian yang sebelum ini tertangguh kerana kekangan kerja yang wajib dituruti demi menyara keluarga tersayang. Dengan perancangan yang bagus, kita tidak perlu risau kehabisan simpanan, dan fokus untuk jalani hidup yang terbaik.




17 September 2022

Resepi Nasi Daging Utara Sedap!

Nasi daging utara


RESEPI NASI DAGING UTARA SEDAP! 

TB suka juga makan Nasi Daging.. Kat tempat TB  ada satu Nasi Daging yang sedap sangat.. Sampai anak-anak pun suka.. Makan bertambah-tambah.. Nasi Daging Warisan namanya..  Kadang terfikir nak masak sendiri je..  Pernah la buat Nasi Daging sebelum ni tapi bahan gu dia macam tak kena je... Heee.. Ni dah jumpa yang macam sedappp je bila tengok gambar.. TB tepek terus lah.. Ada rezeki kita buat... InsyaAllah... Mesti buat... Dulu rajin buat nasi-nasi gini.. Sebab hubby pesen nya suka makan masak kat rumah lagi sebab dapat makan sepuasnya.. Kalau beli kat luar rasa tak puas makan.. Kuantiti tak berbaloi dengan harga katanya.. 


Antara yang TB pernah masak.. Nasi minyak, nasi daging, nasi dan ayam berempah, nasi ayam.. Nasi apa lagi entah..  😅.. Memang kegemaran kami dulu.. 

Ni terasa nak try resepi ni pulak.. 



Nasi Daging & Air Asam Kerisik

Bahan-bahan (10 orang):

Air Rebusan Daging & Sup (A)

• 2 inci halia*

• 4 ulas bawang putih*

• 1 sdb lada hitam*

• 1 kg daging lembu

• 1 sup bunjut

• 2 sdb rempah sup

• 4L air


• (B)

• Garam secukupnya

• Hirisan daun bawang & bawang goreng


Cara Penyediaan:

- Kisar bahan² yang bertanda *.

- Masukkan bahan kisar & bahan² (A) yang lain ke dalam periuk. Masak sehingga daging empuk. Tambahkan lagi air sekiranya perlu.

- Tapiskan air rebusan. Asingkan daging & air rebusan yang secukupnya untuk memasak nasi.

- Potong daging kepada ketulan kiub & ketepikan.

- Panaskan semula baki air rebusan daging. Perasakan dengan garam secukupnya.

- Taburkan dengan hirisan daun bawang & bawang goreng.


Nota:

- Daging juga boleh direbus dengan menggunakan periuk tekanan.


Nasi Daging

• 4 sdb mentega

• 1 batang kulit kayu manis

• 2 kuntum bunga lawang

• 3 biji buah pelaga

• 4 helai daun pandan

• 1 biji bawang besar (hiris)

• 4 ulas bawang putih (hiris)

• 2 sdb rempah sup

• 1 biji tomato (cincang kasar)

• 4 cawan beras

• Daging rebus yang telah dipotong

• 5 cawan air rebusan daging

• 1 cawan susu cair

• 1 sdb pati ayam/ 1 ketul kiub pati ayam

• 2 pokok daun ketumbar

• Segenggam kismis

• Segenggam bawang goreng


Cara Penyediaan:

- Cairkan mentega di dalam periuk.

- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga daun pandan, hirisan bawang besar & hirisan bawang putih. Tumis seketika.

- Masukkan pula rempah sup & tomato. Gaul rata.

- Masukkan beras, daging rebus yang telah dipotong, air rebusan daging, susu cair & pati ayam. Kacau rata.

- Tutup periuk. Masak nasi dengan api kecil sehingga masak (20-30 minit).

- Pada ketika nasi ¾ masak, masukkan daun ketumbar, kismis & bawang goreng.


Nota:

- Boleh tambahkan sedikit minyak sapi ketika menumis.

- Boleh gantikan/ tambahkan rempah sup dengan rempah kurma.

- Nasi ini boleh dimasak di dalam periuk nasi seperti biasa.


Air Asam Kerisik

• 3 biji bawang besar*

• 30 biji cili padi*

• 3 biji tomato*

• 3 sdb asam jawa

• 1 cawan air

• 1 sdb belacan

• 2 sdb kerisik

• 2 biji limau nipis

• 2 sdb gula pasir

• 1 sdb budu/ sos ikan


Cara Penyediaan:

- Hiris bahan² yang bertanda *.

- Bancuh asam jawa dengan air. Tapis & ambil airnya sahaja.

- Sediakan bekas/ mangkuk. Masukkan bahan yang telah dihiris, air asam jawa, belacan, kerisik, jus limau nipis, gula pasir & budu. Ramas²kan & sedia untuk dihidangkan bersama nasi daging.


Nota:

- Boleh gantikan budu/ sos ikan dengan garam.


#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah


Credit : Noor Ashikin Saerah

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers