Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

07 Januari 2023

We Care We Love - Tisu Carina Jenama Yang Diyakini

Carina Tissue

We Care We Love - Tisu Carina Jenama Yang Diyakini 


Betul ke wanita dan tisu tidak dapat dipisahkan? penggunaan tisu dalam kehidupan seharian telah sinonim dengan wanita termasuklah TB sendiri, Walau berada diluar pun tetap akan membawa tisu didalam beg tangan kerana ia adalah salah satu item yang penting perlu ada ketika diperlukan. 

Bercerita tentang tisu, di pasaran terdapat pelbagai jenama tisu yang dijual, dan Carina antara tisu yang mendapat tempat di hati TB. Carina adalah tisu pilihan TB dari zaman bujang sehinggalah dah berkeluarga. daripada tisu muka, tisu basah, mahupun tisu dapur, TB akan sentiasa pastikan bekalan tisu sentiasa ada dirumah.

Jenama Carina sebenarnya telah lama di pasaran, dan telah digunakan oleh ramai orang kerana kualiti tisu yang bagus dan memuaskan hati. Tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil sehingga yang lebih besar, menjadikannya sesuai untuk digunakan oleh individu mahupun seisi keluarga. Pembungkusan sederhana Carina Handkerchief Tissue menjadikannya ideal dan sesuai untuk kegunaan harian. Sementara itu, Carina Wallet Tissue dengan pembungkusan yang mengikut trend masa kini, juga membolehkan kita menggunakannya sebagai on-the-go wallet atau dompet harian kita.

Selain itu, Carina juga boleh diperoleh dalam siri lain, seperti Tisu Basah, Kapas Muka, Putik Kapas, Kapas Gulung dan banyak lagi. Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. Rangkaian Carina Cotton pula juga diperbuat daripada kapas asli, lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian kita untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat.

Disini TB kongsikan serba sedikit info tentang Carina untuk bacaan kita semua. 


Latar Berlakang Carina
Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika tersebut. Penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk.

Ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak.

Carina dicipta untuk penduduk Asia Tenggara yang terkenal dengan pulau-pulau yang indah, restoran ternama, masakan yang lazat dan pedas serta pelbagai budaya. Dengan iklim subtropika yang lembap di rantau ini, Carina percaya tisu berkualiti tinggi adalah penting dan sangat berguna kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta untuk kegunaan sendiri. Selain itu, tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi bukan sahaja kita tetapi juga alam sekitar.

Bertempat di Lembah Klang, Malaysia, produk Carina dihasilkan dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. Oleh itu, di sebalik kualiti produk Carina yang baik, harganya turut berpatutan untuk setiap lapisan masyarakat.

carina tissue
carina tissue

LIMITED EDITION 
We Care We Love Bag

Selepas pandemik CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju .

Maka mereka telah memperkenalkan Konsep baharu dengan tema We Care, We Love yang bertujuan :
●menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran
● Produk Carina menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
● Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
● Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
● 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran

Moto We Care, We Love adalah menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga.
terhadap kita sekeluarga


Carina Tissue


Carina Tissue


Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:

1. Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) 

Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.


Carina Tissue


Bagi TB yang masih ada anak kecil, tisu kering Carina adalah salah satu item yang perlu ada di dalam rumah dan juga perlu ada di dalam beg apabila keluar bersiar-siar bersama keluarga. Tisu Kering ini TB akan gunakan untuk mengelap tangan dan mulut selepas makan, dan mengelap peluh di muka anak-anak. Carina Handkerchief Tissue yang bersaiz comel menjadikannya ideal dan sesuai untuk kegunaan harian. 


carina tissue


Manakala Carina Wallet Tissue sangat mudah dibawa ketika travel. Dengan bentuknya yang nipis dan comel menjadikan ia on-the-go wallet atau dompet seharian. Saiz yang leper dan kecil, muat dimasukkan di dalam beg dan di bawa ke mana sahaja. 

Tisu kering terdiri daripada :
1. CARINA Handkerchief Tissue
2. CARINA Wallet Tissue
3. CARINA Box Tissue



Carina tissue


Manakala siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON, lembut, tahan lasak  yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian anda untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat.


Terdiri daripada :

4. CARINA Facial Cotton
5. CARINA Cotton Bud



2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) 

Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan. Lebih tahan lama dan tidak mudah koyak ketika digunakan. Daya serapan yang bagus dan berkualiti. Memudahkan kerja-kerja mengelap.


carina tissue



3. Peralatan Dapur (Kitchenware)

Siri Tisu Dapur ini menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.


Carina Tissue



4. Penjagaan Kesihatan (Health Care) 

Siri Tisu Basah ini mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.  Tekstur tisunya yang lembut sesuai digunakan untuk membersih dan membasmi kuman dengan menanggalkan kotoran atau cecair di atas kulit kita atau di atas semua jenis permukaan. Siri Tisu Basah mempunyai 2 jenis tisu iaitu :

i. CARINA Wet Wipes
ii. CARINA Antibacterial Wipes

Carina Tissue


Tisu basah antara yang paling penting perlu dibawa kemana saja. TB memang akan sentiasa menggunakan wet tisu ini untuk mengelap baby chair atau meja sebelum kami menggunakannya. Selain itu senang mencuci tangan atau mulut anak-anak yang comot selepas makan. Ia sangat mudah kerana tidak perlu mencari air untuk mencuci. Selain itu ia pakai buang, selepas guna terus buang ke tong sampah. Mudah sahaja ..

#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Carina Gift Box

Carina memperkenalkan Carina Gift Box, di mana di dalamnya mengandungi :

Carina Tissue

• CARINA Facial Cotton 160's

• CARINA Box Tissue 90's

• CARINA Handkerchief Tissue

• CARINA Cotton Buds 400 tips

• CARINA WALLET Tissue

• CARINA Antibac Wipes 70's

• CARINA Cotton Buds 480's

• CARINA Wet Wipes 30's

Cantik Box nya. Kalau nak beli untuk kegunaan sendiri pun berbaloi sangat. Nak hadiahkan kepada orang pun sesuai dengan design kotak yang menarik. 

Oh ya, selain produk-produk di atas, Carina Gift Box juga mengandungi online voucher untuk Shopee Carina official Store bernilai RM5, Review & Win campaign flyer serta Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 yang akan dipindahkan melalui TNG.

Carina Tissue

Carina Tissue


Oh ya, untuk Carina Gift Set ni tidak termasuk Carina Kitchen Roll dan Carina Limited Edition We Love We Care Bag tau. Kalau korang nak beg tu, korang boleh dapatkannya secara percuma dengan pembelian RM40 dan ke atas.

Carina Tissue


Dimana boleh dapatkan Carina Gift Box?

Bagi yang berminat nak dapatkan Carina Gift Box ni, korang boleh dapatkannya sekarang sebab tengah ada promosi. Satu box hanya RM29.90 (NP : RM35). Korang boleh dapatkan secara atas talian atau beli secara fizikal di :

• Aeon Big (cawangan terpilih)
 Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
• Hot Market @ Berjaya Times Square
• Tong Hup Trading, Melaka


Jom Sertai CARINA Review & WIN


Carina Tissue


Sekarang ni Carina sedang adakan contest Review & Win di mana 300 penilai terbaik berpeluang memenangi 3 bulan bekalan rumah Carina bernilai RM150 setiap seorang. Mudah je cara nak sertai contest ni.

1. Muat naik foto / video ulasan pengalaman korang dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook / Instagram / Tiktok.

2. Beritahu Carina sebab korang akan mengesyorkannya & tag platform rasmi @CARINA di Facebook / Instagram / Tiktok.

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post korang adalah umum).

carina tissue


Jom lah join ramai-ramai. Mana tau ada rezeki korang terpilih sebagai penilai terbaik kan. Contest bermula sekarang sehingga 30 April 2023. Terma dan syarat yang lain korang boleh baca dengan scan qr code yang terdapat pada poster di atas.




Untuk maklumat lanjut tentang produk Carina promosi atau kempen yang sedang berlangsung, korang boleh emel Carina di wangzhengcarina@gmail.com.

Untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman lain, korang boleh ikuti Carina Malaysia di platform berikut :




Carina Kitchen Roll dan Carina Limited Edition We Care We Love Bag
Dimana boleh dapatkan CARINA?
OFFLINE

● Aeon Big,
● Aeon Wellness,
● Econsave,
● Mydin,
● NSK,
● Ascen+ Pharmacy,
● MiX Store,
● PotBoy Groceries,
● C-Mart Penang, Kedah, Perlis
● Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
● Family Stores Seremban
● Family Stores Melaka
● Oppa Mart Melaka & Seremban
● Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
● Target Supermarket Johor
● Song Mart Malaysia Johor
● Pasaraya Hwa Thai Johor

ONLINE



#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

06 Januari 2023

7 Places Recommendation Best Budget-Friendly Weekend Getaways in Malaysia

7 Places Recommendation Best Budget-Friendly


7 Places Recommendation Best Budget-Friendly Weekend Getaways in Malaysia 



Sometimes, we need a break from the hustle and bustle of life. It is to refresh our minds and recharge energy. Not for too long, but a short escape such as a weekend getaway could probably work.

In Malaysia, there are so many places to visit to enjoy for weekend getaways with Traveloka flight to Malaysia. That is also because Malaysia has various choices, including the expensive ones to the most value-for-money destinations.

From hotels to resorts, amusement parks to museums, you can find it all within the country. Also with its beautiful and natural surroundings. Despite the variety of prices, you could choose any type with prices that you can afford.

But, it doesn’t make the probability of the cheaper destinations being the worst ones. You can enjoy many places for your weekend getaways in budget-friendly places. So, these are all the recommendations for your budget-friendly weekend getaways, check them out!



Attractions Recommendations For Weekend in Malaysia


Here are some budget weekend getaways in Malaysia for RM 100-400!


Taman Negara, Pahang

Taman Negara, Pahang

Are you looking for greenish and natural surroundings in one place? Taman Negara Pahang is one of the must to go destinations you probably want to visit.

This park was built as a rainforest miniature, so your weekend getaway there would help freshen up from city life and its pollution. In this place, you can find Malaysia’s tropical identity as Taman Negara located quite far away from KL.

To go there, it probably needs only RM200 per traveler for a one-night stay and various activities such as a guided tour and Kampung Orang visitation to explore its culture near the park.

Also, the place is one of the most affordable weekend getaways for families with animal watch attractions, such as Tapirs and birds. .



Pulau Redang

Pulau Redang

Pulau Redang is an island on the coast of Malaysia. There, you can find one of the most popular beach destinations in the country, Laguna Resort. It will be perfect for your weekend getaway with its water sports and aquatic activities.

Don’t be afraid, you can enjoy it with affordable prices. You can dive or go snorkeling to seek coral reefs under the crystal clear water beneath your eyes. Or, you can stay at the resort to see a pool view or beach view at sunset.



Pulau Perhentian


Perhentian Islands

Perhentian Islands or Pulau Perhentian is one of the famous islands. As Malaysians, it will be wasted if you never go to these places. There, you will spot two islands that combine the places, Perhentian Besar and Perhentian Kecil.

For your weekend getaway, you better choose to stay at its resort with a unique design and look, called Perhentian Island Resort. The place is also famous for its crystal blue water and marine fauna. It is better to snorkel to find the fish or you can just enjoy yourself watching the sunset on the beach side.



cameron highland

Cameron Highlands

Looking for a place where you can feel the soothing air for your weekend getaway? You must try to visit Cameron Highlands. The place offers you a green valley of tea plantations surrounding the mountain with its hiking track. So, it is a must to do the hike activities there.

Or, you can spend your whole weekend exploring the tea factory and sipping a cup of flavored traditional tea. To fulfill your hunger, you can enjoy its valley-nestled restaurants with the lush greenery view all around your eyes.



Tanjung Inn Resort

Tanjung Inn Resort

One of the most beautiful East Coast beaches, Tanjung Inn is a must-visit place for weekend getaway. Located in between Pahang and Terengganu, the sea of the beach is surrounded by several beautiful holiday spots. You can enjoy camping there by renting a tent that costs RM 70 for two.

Or, if you look for bigger options, you can stay at its chalets for around RM200 per room. Besides the resorts, don't forget to enjoy strolling around the environment there, such as visiting the Cherating river, fishing, or do sky gazing surrounded by bird’s chirping sounds.

That's all about a value for money destination during a weekend short getaway in Malaysia. Plan your weekend and mark the date to realize it, because you need yourself a break. To make it easier, you can book your room and ticket from Traveloka.

The steps are easy, you need to register your account and book your room or ticket. Then, confirm your book and pay it with various payment methods.

Also, at Traveloka, you can book a flight via Traveloka Flight with its various options of airlines. So, as Malaysians, you can do the local flights or international flights too if you need to do such.


02 Januari 2023

Nak Kurus Langsing? Jom Dapatkan Rawatan Slimming di Renora Clinic

 Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming


Nak Kurus Langsing? 
Jom Dapatkan Rawatan Slimming di Renora Clinic


Tak pernah terfikir yang selepas kahwin berat badan TB akan naik mendadak. Dulu TB sangkakan berat TB akan maintain slim saja sebab TB memang seorang yang sangat kurus. Selalu digelar rakan-rakan sebagai Cicak Kobeng, ditiup angin terus tumbang. Haha.. Memang ayat itu menyakitkan hati ketika itu kerana pada waktu itu kita mahukan bentuk badan yang menarik dan normal. Tapi apakan daya terkurus sangat la pula. hehe.. 

Tapi apabila berat semakin bertambah sewaktu selepas kahwin, hati mula risau pula, sehinggalah selepas mengandung dan bersalin.. keadaan badan pun sudah banyak berbeza. TB mula fikirkan banyak cara untuk mendapatkan semula berat ideal. Pelbagai cara TB cuba termasuklah bersenam, kawal pengambilan gula. kawal pemakanan berlemak dan juga tidur awal. 

Dan hingga kini TB masih maintain dengan cara itu. Sebelum itu  TB juga belajar cara-cara macam mana kira kalori, macam mana nak elak makan makanan yang boleh menyebabkan lemak terkumpul di perut, dan juga macam mana cara nak kira BMI. BMI ni penting tau sebab dari situ kita tahu samada berat kita Normal atau Kurus atau Gemuk atau Obesiti. Ada juga kawan-kawan yang tidak tahu cara mengira BMI, jadi mari TB kongsikan dekat sini, boleh kita belajar sama-sama cara nak kira BMI masing-masing.


1. Rawatan Obesiti

Kadang-kadang tanpa kita sedar, berat badan naik mencanak dan kita hanya ambil ringan tentang masalah tu sehinggalah apabila sampai ke tahap obesiti, kita mula goyah betul tak? Ketika itu kita akan usaha cari cara rawatan untuk obesiti yang pastinya memerlukan tekad yang kuat. Jadi.. sebab itulah kita kena tahu cara kira BMI untuk tahu berat kita normal atau sebaliknya dan seterusnya dari peringkat awal kita dapat mengawal berat badan dari terus bertambah.

Tapi, macam mana nak kira BMI kita tu? Haa tau tak yang kita boleh kira sendiri berat badan tu dah capai tahap obesiti ke belum. Kenapa perlu tahu? Mestilah kena tahu sebab obesiti ini adalah salah satu penyebab penyaki-penyakit lain datang pada kita tau .


Ok so macam mana nak kira yang anda ni dah tahap obes ke belum ?

Contoh macam berat kita  60kg

Tinggi 1.6m


Berat badan (kg) di bahagi dengan tinggi (m) x tinggi (m)

60
-----------  = 23.4
(1.6x1.6)


So BMI kita ialah 23.4

lepastu anda boleh la tengok dalam jadual ni ha dah tahap obes ke belum tu


BMI

(gambar jadual bmi)


2. Punca Obesiti


Obesiti memang menakutkan kerana apabila berat badan berlebihan, secara automatik penyakit lain pun mudah menyinggah. Tapi apa yang menyebabkan obesiti tu? Ramai yang tidak sedar punca mereka kegemukan, salah satunya ialah akibat tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi.


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming

Selain itu, penyebab obesiti juga adalah disebabkan dari kurangnya aktiviti fizikal atau tidak bersenam. Bayangkan kalau anda kerja di pejabat selama 8 jam dan lebih kurang 6 jam anda duduk. Selepas itu memandu kereta pulang ke rumah dengan terpaksa menempuh kesesakan lalulintas, ditambah pula 2 jam lagi duduk didalam kereta, dan apabila sampai rumah pula sambung lagi duduk, bagaimana lah berat tak bertambah betul tak?



Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming

3.Apakah komplikasi masalah ini?

* Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.

* Penyakit Kencing Manis/Diabetes.

* Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.

* Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.

* Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.

* Bertambah gemuk apabila umur meningkat.



Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming

  • Mempraktikkan cara hidup sihat
  • Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
  • Makan secara sederhana.
  • Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
  • Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
  • Anda perlu mengira BMI untuk umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
  • Dapatkan nasihat Doktor di RENORA CLINIC jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming


Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mengawal selera makan anda boleh berjumpa doktor di Renora Clinic. Rawatan untuk obesiti ni ada banyak dan semuanya lebih kepada bagaimana untuk mendapatkan rutin pemakanan yang sihat kadangkala memang susah nak control makan kalau dah biasa tangan tu asik order food panda la grab la bak kata org hanya di hujung jari anda. Sebelum keadaan makin bertambah parah dan berat badan tu cecah 100kg lebih baik anda segera mendapatkan rawatan.


Rawatan apa?


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming



Tentulah rawatan yang selamat selain daripada anda perlu mula bersenam anda boleh dapatkan khidmat rawatan untuk masalah berat badan ini di renora clinic. Renora clinic terkenal dengan klinik perubatan estetik yang diiiktiraf untuk merawat masalah kegemukan


Terdapat pelbagai rawatan yang selamat dilakukan untuk mengawal berat badan bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang itu. Bukan mudah untuk doktor nak tentukan ubat apa yang perlu diberikan kepada pesakit obesiti ini. Oleh itu anda jangan lah sewenang-wenang nya membeli ubat menguruskan badan di atas talian atau online yang kemungkinan besar boleh membawa kemudaratan dan maut.


Di Renora Clinic mereka berjaya merawat pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dengan memberikan ubatan yang selamat dan didaftar di bawah KKM. Ubatan ini perlu di diberikan oleh doktor dan anda akan diberikan temujanji untuk doktor memantau keadaan kesihatan anda


Untuk mengurangkan berat badan:

Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.Mesti susahkan kalau dah biasa makan 3 pinggan sekarang kena kurangkan kepada suku suku separuh. Di Renora Clinic, doktor akan memberikan ubat yang boleh mengawal selera dan nafsu makan seseorang. Tetapi hanya kriteria yang tertentu sahaja yang dapat menggunakan ubat ini.


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming



Ia adalah cara lain untuk mengawal selera makan selain dari buat pembedahan bariatric

Setiap pesakit berjaya menurunkan berat badan 5kg dalam sebulan secara selamat dan sihat

Selain dari itu sekiranyan anda mengikut rawatan slim fit di Renora Clinic , doktor akan pastikan anda berdaftar dgn dietitian atau pakar pemakanan setelah anda mulakan rawatan . Ini kerana doktor akan memastikan anda berjaya menurunkan berat badan secara optima

Sebelum mulakan rawatan anda juga dinasihat kan untuk memeriksa tahap kesihatan anda atau medical check up. Rc menawarkan pemeriksaan kesihatan utk mereka yang mengalami masalah berat badan


Selain dari itu , sekiranya anda bukan calon yang sesuai untuk menggunakan ubat ini Renora Clinic juga menawarkan rawatan untuk mengecilkan bahagian badan tertentu almaklumlah kadang-kadang badan dah ok tapi paha pulak besar, paha dah ok tapi lemak dagu pula berlebihan.


Rawatan fat melting atau mencairkan lemak ini hanya boleh dilakukan di klinik dan hanya doktor yang boleh lakukan rawatan ini setelah memeriksa tahap kesihatan anda.


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming



Sekiranya anda mengalami masalah BERAT BADAN, kulit, jerawat , jeragat dan rambut gugur dinasihatkan untuk membuat rawatan di Renora Clinic,


Di Renora Clinic doktor akan membuat pemeriksaan untuk memastikan yang anda tidak mempunyai masalah kesihatan lain yang bahaya sebelum mengesyorkan rawatan untuk masalah berat badan ini. Bukan itu sahaja rawatan yang di tawarkan adalah non invasive ataupun yang tidak perlukan pembedahan dan semestinya selamat.


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Buang Kutil dan Tahi Lalat

Pastikan anda hanya menggunakan ubat kurus yang di luluskan oleh KKM. Dan dapatkan rawatan di klinik yang diiktiraf.


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming


Renora Clinic menawarkan pelbagai rawatan yang selamat dan terbukti berkesan dari segi saintifik. Ini kerana ia dikendalikan oleh Doktor yang bertauliah dalam bidang ini. Bukan sahaja klinik ini menggunakan "medical grade machine" malah ubatan juga mereka pastikan adalah dari sumber yang selamat dan diluluskan

Kebiasaannya sebelum memulakan rawatan, Doktor akan memeriksa pesakit dan masalah yang mereka hadapi dan akan mengesyorkan rawatan yang perlu mengikut keseuaian setiap jenis individu.



Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming


Berkesan ke rawatan di Renora Clinic?


Tengok sahaja lah result mereka yang datang ke Renora Clinic. Semuanya menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan


Yang paling penting anda perlulah pastikan anda membuat rawatan yang selamat kerana untuk elakkan kesan buruk sekiranya anda membuat rawatan di tempat yang salah dan tidak mempunya doktor yang berpengalaman dlm bidang ini


Ini adalah gambar sebelum dan selepas mendapatkan rawatan di Renora Clinic.


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming




Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming




Renora Clinic merupakan sebuah klinik perubatan estetik , Pelangsingan badan dan kulit yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di sini, perkhidmatan rawatan pelangsingan badan dan kulit menjadi fokus dan kepakaran utama selain daripada rawatan penyakit-penyakit umum yang lain. Klinik ini telah memperoleh persijilan LCP bagi menjalankan rawatan perubatan estetik daripada KKM.


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming



Renora Clinic mempunyai 3 orang doktor yang sangat berpengalaman dalam diagnosis dan rawatan pelbagai jenis masalah seperti berat badan, kulit dan rambut Setiap rawatan dijalankan oleh doktor perubatan estetik dengan menggunakan kaedah yang telah terbukti berkesan secara klinikal. Peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan dalam setiap rawatan pula adalah berdaftar dan ‘strictly medical grade’.


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming



Sekiranya anda mempunyai masalah berat badan, selulit, double chin, lemak di peha atau masalah lain, cuba dapatkan rawatan di RENORA CLINIC , klinik pelangsingan badan kulit dan estetik yang menjadi pilihan ramai di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni, bukan itu sahaja malah mereka juga sentiasa dikunjungi oleh ramai pesakit dari luar negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan juga Kuantan.


Anda semua perlu mendapatkan temujanji sebelum datang ke Renora Clinic, ini untuk mengelakkan waktu menunggu yang lama. Boleh lawati terus ke sosial media (FB dan IG) Renora Clinic atau boleh terus hubungi klinik yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang, seperti tertera dibawah :

Whatsapp : 011 6098 8315 / Tel : 03-9172 7211



Emel : inforenora@gmail.com


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming


Renora Clinic, Klinik Pilihan Utama Rawatan Slimming


Renora Clinic Bandar Sri Permaisuri Cheras Kuala Lumpur
(Klinik Jerawat , Jeragat , Laser, Estetik & Kulit )

Alamat : R-UG-17, Kompleks Permasuri Q, 
Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri, 
56000, Kuala Lumpur.

No Tel : 011 6098 8315

Website : www.renoraclinic.com

Cawangan Kedua Renora Clinic Bangi akan mula beroperasi pada April 2023 
di bandar Baru bangi



Sedikit info ringkas dan latar belakang  tentang Renora Clinic :

Renora Clinic ialah Klinik Perubatan Estetik & Kulit yang berlesen di bawah KKM. Dimiliki oleh Ruhil Medigroup Sdn Bhd . Medical Director nya ialah : Dr Ruhil Hayati Nordin. Dr Ruhil adalah Doktor Perubatan dan Pakar bahagian Aesthetic (LCP) Approved by Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara Rawatan Yang Disediakan : Masalah kulit, Jerawat, Jeragat, Melasma, Buang tahi lalat, Ketuat, Minor Surgical, Msalah kulit kepala, Rambut Gugur dan Botak, Ekzema, Psoriasis, Kulit Kering, Rawatan Parut Gelap kaki dan tangan, Filler , Dark Circle, Selulit , Stretch Mark dan Slimming.

Renora Clinic mempunyai 3 orang doktor resident termasuk Dr . Ruhil dan 6 org staff /beautician.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari website dibawah :

website : www.renoraclinic.com

Instagram: renora_clinic

Tiktok: renoraclinic

Tiktok: drruhil




18 Disember 2022

8 langkah untuk menetapkan matlamat kewangan tahunan anda

matlamat kewangan



8 langkah untuk menetapkan matlamat kewangan tahunan anda


Lagi 2 minggu sahaja kita akan meninggalkan tahun 2022 dan akan bermula fasa baru hidup untuk tahun 2023. Pastinya pelbagai kenangan di tahun 2022 yang akan kita simpan dan bersedia untuk menempuh tahun seterusnya. Apakah azam kita untuk tahun 2023? Apakah kita telah set target untuk memajukan diri untuk tahun depan atau set goal untuk dicapai dalam belanjawan  dan simpanan masa depan?

Azam TB untuk tahun 2023 juga adalah menetapkan matlamat kewangan untuk tahun 2023 nanti dan untuk ke arah itu pastinya kita perlu ada Pelan kewangan yang khusus bagi mendisiplinkan diri  untuk patuh dan sentiasa bijak berbelanja tidak kira harian mahupun bulanan. 

Matlamat kewangan yang TB maksudkan adalah merangkumi sasaran simpanan, pelaburan atau perbelanjaan yang kita harap dapat capai dalam tempoh masa yang ditetapkan. TB perlu bijak mengatur setiap duit yang masuk dan duit yang keluar. Pastinya TB akan terus  berusaha bersabar dan hanya berbelanja untuk perkara yang perlu sahaja. Sebab itu Pelan Kewangan sangat perlu dalam merealisasikan azam TB ini.


Apakah Pelan Kewangan?

Pelan kewangan ialah dokumen yang mengandungi situasi wang semasa seseorang dan matlamat kewangan jangka panjang, serta strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Pelan kewangan bermula dengan penilaian menyeluruh tentang keadaan kewangan semasa dan jangkaan masa depan seseorang itu dan boleh dibuat secara bebas atau dengan bantuan perancang kewangan bertauliah.

Menetapkan matlamat kewangan jangka pendek, serta jangka pertengahan dan jangka panjang, adalah langkah penting ke arah kelancaran simpanan dari segi kewangan. Jika kita tidak berusaha ke arah sesuatu yang khusus, kita mungkin berbelanja lebih daripada yang sepatutnya. Kita kemudiannya akan gagal saat memerlukan wang untuk bil/perbelanjaan yang tidak dijangka, apatah lagi apabila kita ingin bersara. Kita mungkin terperangkap dalam masalah hutang kad kredit dan berasa seperti tidak pernah mempunyai wang yang cukup dan ini menjadikan kita berada dalam situasi yang sangat mengganggu kehidupan.

Oleh itu kita perlu bersiap sedia dari sekarang untuk mengelakkan masalah kewangan dalam kehidupan kita di masa akan datang. Kita perlu berusaha melakukan yang terbaik untuk bersedia menghadapinya. Ini harus menjadi proses yang berterusan supaya kita boleh membentuk kehidupan dan matlamat agar sesuai dengan perubahan yang pasti akan datang.



Apakah Matlamat Kewangan TB?
pada sudut pandangan TB, Matlamat kewangan ialah sebarang rancangan yang kita ingin aturkan untuk wang kita. Kita boleh mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Contohnya, menyimpan RM100 dalam sebulan ialah matlamat jangka pendek, manakala pelaburan untuk persaraan ialah matlamat kewangan jangka panjang. Matlamat ini penting kerana ia akan memberi kita tumpuan dan memastikan kita ada rasa bertanggungjawab, tidak kira berapa lama masa yang diambil untuk merealisasikan!

Disini TB share kan 5 langkah untuk kita tetapkan matlamat kewangan kita agar kita dapat capai Goal dan result yang kita inginkan di penghujungnya .. 


matlamat kewangan


8 Langkah Menetapkan Matlamat Kewangan

1. Sediakan Tabung Kecemasan
Dalam kehidupan pastinya kita tidak dapat ramalkan apa akan terjadi pada masa depan, oleh itu  penting untuk kita sentiasa bersedia. Menabung untuk kecemasan adalah satu-satunya matlamat yang menjadi keperluan. Ia sepatutnya menjadi yang pertama yang perlu kita tetapkan, tanpa mengira keadaan dan situasi.

Terdapat banyak situasi berbeza yang boleh termasuk dalam kategori ini, termasuklah :

  • Perbelanjaan perubatan
  • Kehilangan pekerjaan
  • Kemalangan
  • Perkakas rosak
  • Baiki kereta
  • Apabila sesuatu yang tidak dijangka dan mahal berlaku, dana kecemasan ada untuk mengelakkan kita daripada mengalami tamparan kewangan.
Terpulanglah kepada kita untuk memutuskan perkara yang layak sebagai kecemasan. Bagi TB semua diatas adalah sama penting. 

Jumlah yang simpanan untuk kecemasan akan berbeza-beza. Contohnya, sekiranya diberhentikan kerja secara tiba-tiba. Pastinya untuk mendapatkan pekerjaan baru akan mengambil masa yang agak lama dan mungkin juga ia mengambil masa 9 bulan secara purata untuk mencari pekerjaan baharu selepas diberhentikan. Dengan mengambil kira perkara ini, adalah demi kepentingan kita perlu menyimpan kira-kira 9 bulan pendapatan untuk kecemasan.


2. Bayar Hutang

Membayar hutang adalah salah satu matlamat kewangan yang paling biasa. Tiada siapa yang berasa selesa mengetahui bahawa mereka berhutang sejumlah besar wang. Dan kerana amaun yang kita berhutang sudah pun merupakan nombor tertentu, membayar hutang boleh diterjemahkan dengan mudah kepada matlamat kewangan.


Di samping membuat setiap pembayaran bulanan, cara terbaik untuk membuat kemajuan sebenar adalah dengan berhenti meminjam. Menambah hutang hanya akan mendatangkan lebih masalah dan ia membuatkan kita jauh daripada matlamat anda, jadi penting untuk kekal kuat dan tekun. Dalam sesetengah kes, matlamat ini mungkin matlamat jangka pertengahan, tetapi terdapat cara untuk keluar dari hutang dengan cepat.


3. Simpan untuk Persaraan

Menyimpan untuk persaraan ialah matlamat yang mungkin kita usahakan sepanjang hidup kita. Ia adalah contoh sempurna pelaburan jangka panjang.


Adalah penting untuk mempertimbangkan dengan tepat apa keperluan persaraan kita. contohnya kita mempunyai simpanan sebanyak RM400 ribu atau pelan persaraan lain adalah cara paling menguntungkan untuk menyimpan untuk masa depan. Ingat, lebih awal kita bermula, maka lebih baik impak pada akhirnya.


4. Berusaha untuk Pemilikan Rumah

Membeli rumah adalah matlamat kewangan jangka panjang yang biasa. Sama ada kita menyimpan untuk bayaran muka atau bekerja untuk membayar gadai janji, pemilikan rumah ialah salah satu sasaran kewangan terbesar untuk disasarkan. Menyimpan untuk bayaran muka yang lebih tinggi adalah satu plan kewangan yang baik. 


Menyimpan bayaran muka yang besar adalah cara terbaik untuk mendapatkan pinjaman perumahan yang munasabah. Dan jika menyimpan cukup, kita boleh mengelakkan kos Insurans Gadai Janji Persendirian, yang akan menjimatkan lebih banyak wang digunakan.


hutang kereta


5. Bayar Kereta

Pastinya mempunyai komitmen bulanan membayar kereta adalah sesuatu yang kita tidak gemar tetapi terpaksa juga dihadapi kerana pada zaman ini kenderaan adalah antara perkara utama dalam hidup. Namun kita juga boleh set kan matlamat kewangan jangka pertengahan bagi melunaskan hutang kereta lebih awal dari yang telah ditetapkan. Contoh hebat matlamat jangka pertengahan ialah membayar pinjaman kereta. Walaupun agak besar, membayar baki hanya perlu mengambil masa beberapa tahun.


Sebaik sahaja selesai membayar pinjaman kereta, jangan terus set untuk membeli kereta baru. Teruskan memandu kereta lama sehinggalah mempunyai bayaran pendahuluan yang besar untuk yang seterusnya. Jadikan matlamat kita untuk membayar membelo kereta dengan tunai tanpa perlu berhutang sekali lagi,


Sementara itu ambillah peluang untuk menggunakan bayaran pinjaman tersebut untuk bil atau simpanan lain. KIta sudah bebas dari satu hutan.. tidak ada sebab untuk mendapatkan pinjaman lain dengan segera. Adalah penting untuk mengetahui masa terbaik untuk menjual atau berdagang kereta untuk memanfaatkan sepenuhnya pelaburan kita.


financial plan


6. Menabung untuk pendidikan anak-anak

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang semakin membesar dan bakal menempuh alam persekolahan, pastinya menyimpan untuk kos pembelajaran anak-anak adalah salah satu matlamat jangka masa panjang yang perlu kita mulakan dari sekarang. Ibu bapa perlu bersedia awal untuk menabung demi kelancaran pendidikan anak nanti .


7. Rancang Belanjawan Keluarga

TB seorang yang suka membeli belah dan suka membeli secara online sejak bermula pandemik sebelum ini. Apabila telah terbiasa TB hadapi masalah dalam mewujudkan belanjawan keluarga dan kadangkala sukar untuk mengetahui dengan tepat ke mana wang itu pergi. TB merasakan TB belum cukup ilmu tentang mengatur kewangan dan perbelanjaan harian. Kebanyakan orang mempunyai pegangan yang cukup baik mengenai keperluan, dan sangat mengetahui kos bulanan sewa atau bayaran rumah mereka, utiliti mereka, dan juga kos makanan mereka. Tetapi TB masih ditahap awal, namun TB akan tetap berusaha memastikan Family Budget Planning kami berjalan lancar.


matlamat kewangan


8. Perancangan Bercuti

Walaupun kebanyakan matlamat kewangan berorientasikan tanggungjawab, kita perlu juga cuba untuk menyasarkan satu matlamat yang "menyeronokkan". Ini boleh jadi percutian, TV skrin besar, bot atau apa-apa perkara tidak perlu lain yang kita inginkan sebagai self reward kita sepanjang kita hidup.


Tidak salah kiranya kita memberi ganjaran kepada diri kita dengan matlamat simpanan yang menyeronokkan juga.  Pastinya self reward seperti ini akan memberi kita kepuasan setelah selama kita bekerja keras dan bersungguh-sungguh menyimpan, Selain itu, berusaha ke arah sesuatu yang kita benar-benar inginkan ialah cara terbaik untuk mengamalkan disiplin diri dan penetapan matlamat.


Begitulah Tips yang boleh TB share kan untuk kita sama-sama memperaktikkan dalam menjadikan matlamat kewangan kita berjalan lancar untuk tahun-tahun seterusnya. semoga ia bermanfaat untuk semua yang membaca. 



10 Disember 2022

Surah Al-Kahfi 1-10


Surah al-kahfi 1-10

Surah al-kahfi 1-10

Jom baca Surah al-kahfi.  Tak mampu baca semua sekurang-kurangnya baca ayat 1 hingga 10 awal surah. Semoga kita dilindungi dari fitnah dan dajjal dan diberikan Nur di akhirat kelak. 

Baca pada setiap Jumaat, insyaAllah muka akan sentiasa bercahaya sehingga 2 Jumaat seterusnya.. 

Bercakap tentang Surah al-kahfi, teringat anak sedara TB yang ada anak perempuan sebaya Harraz.. NAMANYA Anis dan berumur 6 tahun. Amat mengagumkan TB, umur baru 6 tahun tapi dah hafal surah al-kahfi dan surah-surah lain dengan lancar.. 

SubhanAllah.. Betapa kagumnya TB.. Budak sekecil itu sudah boleh menghafal surah alkahfi dengan lancar dan fasih..  Terdetik di hati keinginan nak anak sendiri pun begitu.. Moga suatu hari Harraz juga boleh menghafal surah-surah... Aamiinnn.. 



Doa Supaya Tak Tinggal Solat

Solat



Doa Supaya Tak Tinggal Solat :


"Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa."
.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
.
(Surah Ibrahim : 40)



TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT

1 - Ketika datang azan, bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.

2 - Ketika datang azan, bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.

3 - Malulah kepada Allah, jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.

4 - Malulah pada diri sendiri, jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.

5 - Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.

6 - Harus tetap menunaikan solat, agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.

Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain atau anda boleh juga sekadar membiarkan saja tulisan ini tidak dipedulikan sesiapa.

Namun alangkah beruntungnya jika ilmu yang kita kongsi akan sentiasa bergerak lantas menjadi amal kebaikan untuk kita di dalam diam.

Ya Allah didoakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.

Aamiin ❤

Solat


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers