Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

24 Mei 2013

Sifat Seseorang Menurut Bulan Kelahirannya

Haiii.. pekabo semua.. hope sihat2 lea hendaknya yea.. aiiiiish.. udah macam tulis surat plak teman ni kan.. heee..  Korang lahir bulan berapa yea? di petang2 Jumaat ni teman ingat nak share  tentang " Sifat seseorang Menurut Bulan Kelahiran "  nak try tak tengok entri yg teman buat ni, sesuai x Sifat korang dengan bulan kelahiran kat bawah ni? heee.. kalau sesuai meh lea share dgn teman, nak tau gak korang lahir bulan berapa kan.. xpee.. klu sifatnya kureng' pun x kesah.. bukan semestinya tepat kan? he2.. 


Cer korang tengok bulan kelahiran korang lak.. he2.. sila letak bulan kelahiran korang kat kotak komen sekali yea.. heee.... share aje.. xyah nak feeling2 sangat tau.. hu2..

Bulan Januari Sifatnya :
-Tenang dan berwibawa 
- Pandai mengatur kewangan
- Disukai ramai orang kerana selalu kelihatan ceria
- Pandai menyimpan rahsia dan boleh dipercayai
- Suka berterus terang dan tidak suka berkias2
- Berdikari dan tidak suka meminta bantuan dari orang lain
- Agak pendiam dan lebih senang memperhatikan dirinya sendiri
- Teliti dan tidak sembarangan melakukan pekerjaan.

Bulan Februari, Sifatnya:
- Mempunyai hati yang tulus
- Perasaannya peka dan mudah tersinggung
- Senang dipuji dan selalu menuruti apa yang diinginkannya
- Suka humor dan hormat pada siapa saja
- Keras hati dan mempunyai pendirian tetap
- Agak pemalas dan suka mengingkari janji

Bulan March, Sifatnya:
- Baik hati dan suka menolong orang
- Suka kehidupan yang serba mewah.
- Seleranya tinggi.
- Tidak kedekut dan selalu memberi pada orang yang kesusahan.
- Agak pemalu, namun jujur dan tidak pernah bohong.
- Mudah terpengaruh dan tidak kuat menghadapi godaan.
- Suka melalaikan kesehatan dirinya sendiri.

Bulan April, Sifatnya:
- Tidak mau mengalah dan selalu ingin menang sendiri
- Pembosan
- Senang dipuji
- Agak boros walau pandai mencari wang
- Mempunyai otak yang cerdas namun tidak suka diperintah
- Tak pernah memilih dalam berteman

Bulan Mei, Sifatnya:
- Pandai menguasai perasaan
- Pandai mengambil hati orang lain
- Punya selera tinggi dan senang kehidupan yang serba mewah.
- Senang menunda pekerjaan.
- Agak boros walau rezekinya bagus.
- Tidak suka berkias2 dan tidak senang dipuji.

Bulan Jun, Sifatnya:
- Romantis dan suka menolong
- Tidak mempunyai pendirian tetap
- Suka berpikir yang hebat-hebat
- Mudah tersinggung bila perasaanya tersentuh
- Agak pemalas dan baru mau bekerja kalau hasilnya besar
- Selalu ceria walau hatinya sedang kesal.

Bulan Julai, Sifatnya:
- Senang berkhayal
- Kalau sudah marah, kata-katanya tajam
- Tidak mempunyai pendirian tetap
- Senang dipuji
- Suka menolong pada sesama
- Pandai bicara dan berotak cerdas
- Agak pemalas

Bulan Ogos, Sifatnya:
- Mempunyai perasaan yang peka/halus
- Cepat tersinggung
- Suka menghayal dan berpikiran yang muluk-muluk
- Tidak mudah terpengaruh
- Agak pemalas
- Kalau bekerja lebih menuruti kehendak hatinya sendiri.

Bulan September, Sifatnya:
- Mudah tersinggung dan cepat naik darah
- Baik hati dan jujur
- Boleh menyimpan rahsia
- Suka berfoya-foya
- Pandai menyimpan wang namun tidak kedekut
- Suka menolong sesama dan pandai mendidik anak

Bulan Oktober, Sifatnya:
- Berjiwa besar dan mau mengalah
- Pandai bicara
- Cerdas dan baik hati
- Memiliki tekad yang kuat
- Tidak sabaran dan agak boros
- Pikirannya tidak tetap dan selalu berubah-ubah

Bulan November, Sifatnya:
- Tabah dan kuat dalam menghadapi segala cobaan
- Pandai mengerjakan setiap pekerjaan
- Pandai mengambil hati orang lain
- Agak pemalas dan suka menunda pekerjaan
- Banyak berpikir
- Agak pendendam dan tidak mudah memberi maaf pada orang yg bersalah
- Keras hati

Bulan Disember, Sifatnya:
- Mudah menaruh rasa percaya pada orang lain
- Kalau mengerjakan sesuatu suka tergesa-gesa
- Tidak sabar
- Tidak mau mengalah dan selalu ingin menang sendiri
- Mudah terpengaruh
- Jujur dan baik hati
- Pemborosan dan suka memaksa kehendak

#Teman punya bulan Febuari.. hu3.. ada yg benar, ada yg idak.. heee.... yg last tu rasa macam x kena dengan teman lah.. hu2..

23 Mei 2013

SUSAH KALAU PUNYA HATI LEMBUT NIH...

huuu.. nampak x apa dalam gambo ni? hu2.. ni kucen pendatang yg singgah umah teman.. mula2 singgah dok depan pintu grill jea pun.. pastu teman bg lea frieskies sikit.. pas dia mkn dia balik (x sure dia balik ke mana sebab lepas mkn jea teman buka pintu dia dh ilang xtau g mana) 

Pastu esoknya dia dtg lg.. teman bg lagi makan.. tapi kali ni dia xnk balik.. dia dok lea nunggu depan pintu umah teman.. siap cedok2 tgn dekat bawah pintu lg.. hu2.. yg kucen teman si Butang 2 lak memang nak berkawan sangat.. so, teman bawak lea masuk kejap bagi diorang main.. (err diorang ke? hu3.. gasaklah!) 

Lepas dh bg main kejo2 satu umah, malam tu teman letak lea dia kat luar..  x lama pastu teman check balik ada x dia kat luar.. tengok2 dah ilang.. hati teman berkata2... ho.. dah balik umah agaknya, 
Pastu teman pun intai2 jugak tgk ada x dia kat tepi2 tu.. xde jugak.. sekali terpandang dia tgh baring kat depan pintu grill umah jiran sebelah.. 

Kesiannyaa.. rupa2nya selama ni dia xde umah nak berteduh.. patutle kurus jea dia..selsema lak tuu.. kesiannn.. hati teman mula lea sebak.. rasa nak membela kucen tu.. walhal masalah Butang pun x settle lagi.. (Butang dh nak start ber 'aweks") ... hu2.. 

Teman pun bawak kucen 2 masuk umah n bg dia mkn n minum.. manja giler2 kucen ni.. huu.. teman pun namakan dia OYEN.. sebab kaler dia oren ke putihan sikit.. bila panggil nama OYEN dia macam paham jea cakap teman.. hu2.. tu satu kelebihan OYEN yg xde pada Butang.. opsss.. jangan membeza2 kan.. x baikkk.. he2.. TAPI..
TAPI.. ada masalah dengan OYEN ni.. dia suka beyak n kencing merata.. aduii. ni yg teman cukup pantang sangat.. bila jadi camni kita nak solat pun x sah klu tiba2 terpijak najis dia kan.. aduii.. terus rasa nk marah n letak dia kat luar umah.. apa lagi.. menjerit2 lea dia soh bukak pintu.. teman buat bodo jea.. 

Sebab masa tu baru lepas cuci tempat dia kencing tu.. gerammm.. tempat yg sama lak 2.. sakit jiwa jea teman masa tu.. pastu teman dengar senyap jea OYEN x kua sora.. teman intai2 lea kat luar, tengok2 OYEN dh xde.. dia gi mana ntah.. teman intai2 jugak sebelah umah.. alamak.. upe2nya dia dok situ balik.. 

hemm.. dia tengok muka teman dengan wajah sekupang.. adoiyaiii.. teman mula lemah n cayaq dah bila tgk muka dia camtu.. terpaksa lea panggil dia masuk umah lik.. 

laju mcm lipas kudung berdesup bila dipanggil masuk.. haishhh... OYEN.. OYEN.. so, teman decide nak bela dia n akan cuba ajar dia beyak n kencing kat tempat yg teman dh sediakan.. 

hemm..x sampai hati nak biar dia tido luar kesejukan.. dah lea dia tgh selsema tu.. 
  
Malam tadi teman terkejut sangat bila OYEN ni bole plak naik katil teman n tido dekat teman.. aiyoo.. siap dengo bunyi dengkur manja dia kat telinga teman.. aduii.. ni nape manja sangat ni? pelik pun ada.. 

Teman selalu jea marah dia sebab dia suka kencing merata, tapi dia ni elok jea nak manja2 dgn teman lagi.. aish.. x reti bahasa kot.. OYEN.. OYEN.. xpelea.. sekurang2nya bila OYEN ada Butang dh x melalak cari kawan.. aman sikit dunia.. kalau tak.. melalak sampai ke tengah malam la sampai sekarang.. aiyoo.. 

Strawberi Oh Strawberi



  1. 10 fakta tentang strawberi. 

    Tadaaa.. hari ni bio teman layarkan korang dengan gambo2 strawberi yang menggiurkan lak.. slurpppp... teman punya liur pun dah meleleh ni bila tengok strawberi yg merah2 n sodap2 nih.. perghh... kalau dapat gi cameron lagi kan best.. leh makan strawberi ni puas2.. heeee.. opsss.. Sebenarnya teman nak share pasal fakta tentang Strawberi nih.. yg mana dah tau dok diam2.. ini untuk yg belum tau jea.. hu3.. okeh, silalah baca.. gambo2 ni teman google td.. agak padat gambo nya kan.. sebab? sebab teman mmg sukaaaaa sgt makan strawberi n sukaaaa sangat gambo strawberii.. nyumm.. nyummm..! okeh.. jom baca..!
    1. dibuktikan oleh kajian sains, makan strawberi sehari-harian dapat memperkuatkan sistem immunisasi tubuh kita.

    2. strawberi adalah agen antiseptik dan anti-inflamasi yang sangat baik. strawberi dapat menghalang perkembangan virus influenza.
    3. strawberi mengimbangi iodin dalam makanan dan minuman sehari-harian.

    4. strawberi mempunyai kesan menurunkan kadar gula.
    5. jika anda mempunyai masalah dengan sistem saluran kencing dan ginjal, digalakkan untuk makan strawberi. lebih baik makan strawberi setiap hari tidak kurang dari 400 gram.
    6. strawberi - natural diuretic !

    7. salicytic acid dalam strawberi dapat mengurangkan sakit-sakit sendi.
    8. dalam 200g strawberi, ada 60 kalori, 4.6g serat, 0 gram lemak, 1.2 gram protein, 14g karbohidrat, 28mg kalsium, 0.8mg zat besi, 20mg magnesium, 38mg phosphorus, 54mg kalium, 1.4mg selenium, 113.4 mg vitamin C, 35.4mcg folic acid, 54 IU vitamin A.
    9. masker strawberi dapat menghilangkan jerawat dan mengecilkan pori.
    10. jus strawberi segar adalah losyen terbaik n anti-ageing..
    Arghhh.. meroyan sekejap bila nampak gambo2 strawberi yg sedap2 ni wehh.. nyum2.. x tahan temna nengoknyaa.. tambah2 gambo yg ni.. strawberi cicah cekelat.. aishhh.. rasa nak repeat cameron jea dah.. hu2.. sedapnya strawberi.. tp kena mkn kat sana baru sedap.. kalau dah bawak turun dia jadi masam.. hu3..



22 Mei 2013

M'sia kalah pada Jerman, tersingkir Piala Sudirman


Harapan Malaysia untuk meneruskan cabaran pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 tidak kesampaian selepas kalah    3-2 kepada Jerman pada perlawanan kedua kumpulan C di Stadium Putra, Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, semalam.
Kekalahan kali kedua buat skuad negara selepas tewas dengan keputusan yang sama, Ahad lepas kepada juara kumpulan C, Taiwan sekaligus memusnahkan harapan mereka untuk layak beraksi ke suku akhir, Khamis ini.

Pada perlawanan hari ini, skuad badminton negara bermula dengan langkah sumbang selepas beregu campuran kelima dunia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas mengejut 17-21, 21-18 dan 17-21 kepada Michael Fuchs dan Michels Birgit.

Perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengalahkan Domke Dieter dengan keputusan 21-18 dan 21-18 sebelum beregu lelaki kedua negara, Goh V Shem dan Lim Khim Wah menghadiahkan mata seterusnya buat Malaysia selepas menewaskan Kindervater Ingo dan Schoettler Johannes 21-16 dan 23-21.

Konon Olga bagaimanapun mengikat kedudukan 2-2 selepas mengalahkan perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi dengan keputusan 21-12 dan 21-14 sebelum Michels Birgit dan Golsizewski Johanna mengesahkan slot suku akhir buat wakil Eropah itu dengan kemenangan 21-16, 16-21 dan 21-18 ke atas Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun dalam acara beregu wanita.

Kemenangan tersebut membolehkan Jerman mengiringi tujuh pasukan lain daripada Divisyen satu ke aksi suku akhir yang dijadualkan berlangsung Khamis ini di venue yang sama.

Tujuh pasukan lain yang layak ialah China dan Indonesia (kumpulan A), Thailand dan Korea Selatan (kumpulan B), Taiwan (kumpulan C) serta Denmark dan Jepun dalam kumpulan D.

Sementara itu, Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek nyata kecewa dengan persembahan skuad badminton negara pada edisi ke-13 kejohanan kali ini kerana beberapa pemain yang disandarkan untuk memberikan mata-mata penting untuk negara gagal berbuat demikian.

"Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini sekiranya kita tewas dalam acara beregu lelaki atau beregu campuran, maka peluang kita untuk memenangi sesebuah perlawanan akan bertambah sukar memandangkan kita bukanlah mempunyai pemain hebat dalam acara wanita.

"Kekalahan ini merupakan pengajaran berguna kepada kita bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan-kejohanan mendatang," katanya.

Rashid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan jurulatih lain mengenai barisan pemain yang akan mewakili negara dalam mana-mana kejohanan berpasukan selepas berakhirnya Kejohanan Badminton Sedunia di China, Ogos ini.

"Saya juga mengharapkan (bekas perseorangan lelaki Indonesia) Rony Augustinus yang dilantik baru-baru ini oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi melatih pemain wanita dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mampu meningkatkan prestasi skuad sedia ada.

"Hal ini kerana majoriti pemain yang mewakili negara pada edisi kali ini merupakan bekas pelajar dari SSBJ," katanya.

Sumber - Bernama 11:10AM Mei 22 2013

Coklat lawan penyakit alzheimer


coklat
COKLAT mempunyai banyak khasiat 
untuk kesihatan manusia.

Cakk.. ! tengah watpe tu? dah lunch ke? kalau lum lunch cepat2 lunch.. nanti lambat makan gastrik lak perut tu.. he2.. hari ni Alhamdulillah, setakat ni rasa macam dah sihat sikit.. kepala pun dah tak tintong/pening sangat, air hidung pun dah tak meleleh mcm semalam.. syukur ada perubahan sikit.. hemmm.. 

Seperti entri Wordless Wednesday teman pagi tadi, teman nak pikir yang positif jea hari ni.. hope dapat motivate diri untuk cepat sembuh sepenuhnya (jangan lea demam datang balik..sebab teman ni pesennya susah nak demam tapi klu dah kena memang lambat bebenonya nak baik.. macam balas dendam lea plak..hu3.. 



Ok lea, disebabkan mood nak berblog pun dah mula berbunga2 ni.. teman nak lea share tentang menda yg manis ni iaitu Coklat.. hee.. tengok, tulisan pun teman guna font kaler coklat sebab nak bercerita tentang coklat.. =P Korang suka coklat tak? heeee.. sape tak suka coklat kann? semua suka coklat.. seperti yg kita sedia maklum, COKLAT mungkin boleh menyebabkan kegemukan, tetapi kita tak tahu rupanya makanan ini sebenarnya mempunyai pelbagai nilai khasiat tersendiri.
coklat

Selain baik untuk jantung, kulit serta otak, coklat juga mampu menangani penyakit Alzheimer dan sindrom Parkinson.
Satu kajian saintifik mendapati, coklat mengandungi polifenol antioksida yang berperanan memastikan sel-sel otak sentiasa aktif dan berfungsi. so, ia boleh membuatkan kita rasa tenang jea tauu.. hee.. ini semua orang tau kann.. tapi ada satu lagi khasiat coklat,
coklat

Menurut pakar pemakanan dari Universiti L'Aquilla, Itali, Annamaria Cimini, kandungan polifenol dalam makanan itu membantu sel-sel saraf berkembang dan memulihkan sel yang mati disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat.
“Polifenol ini bukan sahaja bertindak sebagai antioksida, tetapi juga mengaktifkan sel hampir mati ,” jelas Cimini.


ha2.. makanya... jom lea kita makan coklat bebanyak yeaaa.. (aishh.. ni nasihat yg x baik nii.. hihihi. ) what ever.. pandai2 lea mengkume control sendiri yea.. jangan terlebih sudaa.. tataa..

"Duo Big Giveaway!


"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2012
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish

POSITIVE THOUGHT!!

==== Wordless Wednesday Enty ====

21 Mei 2013

MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI! CAYO! CAYO!

demam
Salam petang buat semua.. hu2.. hari ni teman masih ada saki baki mood kelaut lagi nampaknya.. ingatkan dah OK.. rasa mcm tension.. rasa macam x best.. rasa macam.. i dont know laa.. 
mungkin korang pun pernah rasa mcm ni kot.. teman x tau nape.. tp yg pasti sejak teman demam baru2 ni, rasa macam badan lesu n sengal..  pastu kena hujan lak lagi kelmarin.. lemau sudaa.. 
uhuk uhuk suhu tinggi ni.. (mood ngengada..)

kalau pening telan Panadol tak elok yea?
x suka rasa macam ni.. tp kata org.. sakit2 tu penghapus dosa sebenarnya.. maka teman terimalah dengan redha..
Terima kasih buat kawan2 yg mendoakan teman cepat sembuh.. well.. bila rasa sakit atau demam, teman sebenarnya cuba juga motivate diri mengatakan diri ini sihat.. cuba juga buat macam biasa, selalu jea cakap sorang2 yg teman ni x demam, x sakit, teman sihat.. teman kuat.. maka bila di psiko dgn ayat mcm tu jadilah disebaliknya.. sihat sejahtera.. (kira macam kita melawan sakit kita, even pening kepala sekalipun.. katakan "aku tak pening" "aku sihat"Penyakit boleh menjadi negatif dan boleh menjadi positif bergantung bagaimana kita memandang penyakit tersebut. 
Mula2 teman macam ni lea.. baring jea. dah rasa x sihat kan.. tapi bila diikutkan sangat badan yg ngada2 ni makin menjadi2 plak dia.. nak pening lea, nak sakit perut lea, nak selsema lea.. nak batuk lea.. hemm.. disebabkan xmo ia berlarutan teman cuba lea lawan n kuatkan badan ni.. Alhamdulillah lea segala lemau2 n sengal tu berkurangan.. cuma selsema jea ada saki baki lagi.. jangan bersin, klu dh bersin gerenti dtg lik selsema..hu2 

Ni dia hadits dari Rasulullah yang mengatakan bahawa:
“Sesungguhnya Allah mengugurkan dosa-dosa orang yang sakit dengan penyakitnya, sebagaimana api menghilangkan kotoran-kotoran dari biji besi”
Alhamdulillah, semoga sakit menjadikan kita orang-orang yang selalu bersabar dan tetap berikhtiar dalam mengubati penyakit tersebut. Jadikan penyakit sebagai motivasi agar setelah sakit kita boleh hidup dengan pola hidup yang lebih sihat.
Dengan merubah sudut pandang menjadi positif, insyaallah 
aura positif akan selalu memayungi kita. Nasihat untuk diri 
sendiri dan rakan2 yg lain.. 
Stay positive guys :-)
Semoga bermanfaat :-)

Psssttttt... "Rasa macam nak berehat seketika dari ber blog bole x? hu2.. tapi nape eh.. rasa macam x mau lekang dari blog ni.. hari2 nak tengok.. aishhh.. ni pun dinamakan demam jugak ni.. demam belog.. hu2.. " Awas.. jangan ada yg terjangkit lak yea..
 toink toink toinkkk...

WARNA MEMPENGARUHI MOOD


Haiii.. pekabo korang semua? heee.. hari ni teman udah OK sikit.. semalam mood lemau sebab baru lik dari kg kelmarin.. ujan pulak di perjalanan.. maka sengal2 pun datang lea plak.. adeh.. sampai nak berblog pun xde mood semalam.. hu2.. tiba2 teman teringat di zaman pekerjaan dulu, teman pernah jugak rasa lemau mcm smlm.. tp teman atasinya dengan pemilihan kaler baju setiap hari.. heee.. tu TERAPI namanya tau.. heee.. Korang tau tak warna pakaian yang dipakai mampu mempengaruhi hari-hari korang? Ada kajian mendapati Kuasa warna memainkan peranan dalam membentuk keterampilan dan menguasai mood kita setiap hari.

Kalau kita berpakaian mengikut tema warna pada hari-hari tertentu akan membuatkan kita "MENARIK MOOD" keceriaan, kebahagian, kemakmuran, kejayaan dan kekayaan dalam hidup kita.

Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology (“Hukum Kronologi Berulang” yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut.

Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Law of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.
ISNIN, PUTIH 
(Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer

SELASA, PINK / VIOLET
(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer

RABU, BIRU 
(Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer

KHAMIS, KUNING / OREN 
(Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer

JUMAAT, HIJAU 
(Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer

SABTU, MERAH 
(Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer

AHAD, HITAM 
(Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer

Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).
= Isnin (Putih)
Putih lambang kesucian. Mulakan rutin harian dengan mengenakan pakaian warna putih pada setiap hari Isnin kerana ia mampu mencetuskan idea dan merangsang semangat baru dalam diri anda.

= Selasa (Merah Jambu/Violet)
Merah jambu adalah warna kasih sayang . Pakaian warna ini sesuai dikenakan pada hari Selasa kerana ia adalah hari untuk anda beremosi dan meluahkan perasaan sayang kepada keluarga mahupun rakan.

= Rabu ( Biru )
Pada hari Rabu, amat sesuai mengenakan pakaian berwarna biru yang melambangkan peyembuhan. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang mana meningkatkan keyakinan dalam bercakap, berucap, berhujah dan sebagainya.

= Khamis ( Kuning )
Kuning adalah warna keceriaan. Ia termasuk dalam kategori warna yang penuh godaan, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita.

= Jumaat ( Hijau ) 
Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan kedamaian.

= Sabtu ( Merah ) =
Pilihan warna merah menyemarakkan mood di malam minggu untuk bersuka ria.

= Ahad (Hitam) =
Hitam mempunyai azimat untuk menyimpan tenaga sepanjang enam hari. Ia ibarat mengecas semula tenaga untuk memulakan hari baru pada minggu berikutnya.

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.
So, tiada lagi wajah seperti ini pada setiap senain (ISNIN)
hi3.. No More words "I HATE MONDAY!"

he2.. actually masa teman bekerja dulu, memang teman selalu jea ikut tema untuk setiap hari dalam seminggu tu.. memang berkesan.. ha2.. perasaan kita akan rasa ceria jea walaupun hari itu adalah hari isnin.. (sebelum tu, selalu jea rasa i hate monday..ha2.. ) bagi teman teknik ni berkesan sebab? sebab kita sendiri sebenarnya yg mengawal rasa ceria itu.. n kaler2 itu sebagai motivasi kepada diri kita untuk naikkan aura ceria tu.. so, bila kita tgk list kaler2 kat atas tu, kita cuba ikuti dan yakin dgn diri yg kaler 2 buat kita ceria di hari tersebut.. maka.. cerialah kita.. kalau tak caya , cuba dulu.. heee.. moga hari2 korang ceria selalu yea.. hehehehe.. good luck!

20 Mei 2013

MOOD KELAUT.. LEMAU.. SENGAL..





hu2.. xde apa nak diceritakan buat masa ni.. kepala sedang ting tong, badan sengal2.. hu2.. mau berehat untuk hari ni.. mood pun dh kelaut ni.. semua gara2 kena hujan semasa balik dari kg.. pening2 lalat dh kepala ni.. keje umah berlambak lak ni.. apa2 pun nak kasi relaks kepala ni dlu,.. 



17 Mei 2013

WAHAI SPONSOR GA SEDARLAH SEBELUM TERLEWAT..

Assalammualaikum..sebelum tu teman nak mohon maaf sekiranya  hari ni mungkin entri teman akan mengguriskan hati beberapa pihak, namun teman tak bermaksud begitu.. motif teman buat entri ni pun sebab nak kita sama2 berubah ke arah kebaikan.. sepanjang ber blog ni, bermacam2 yang kita dah lalui sebagai Blogger, namun kita x sedar bahawa sebagai blogger pun kita harus tahu nilai2 murni dan etika dalam ber blog.. sebagai blogger kita semua seperti serumpun, sharing n caring, serta tegur menegur demi kebaikan bersama.. tak perlu nak sentap or amik hati sangat setiap teguran.. kalau betul teguran tu.. apasalahnya kita terima dengan positif dan berubah jadi lebih baik.. hemm.. teman paling x suka nak menulis ala2 skema begini.. tapi disebabkan teman rasa kali ni memang teman serius nk bercerita tentang isu kali ni iaitu 
Attitude Para Sponsor GA.. 
Teman tergerak hati nak buat entri ni pun atas sebab dh nampak ramai sangat blogger yang merungut pasal ditipu Blogger yg sponsor GA.. hemm.. bukan tipu lea.. kira macam x bertanggungjawab lea senang citer kan.. teman terbaca entri adik Anis (KLIK SINI untuk singgah baca blog anis).. Anis meluahkan rasa hati dia tentang Hadiah GA yg x sampai2 ke dia.. dah masuk 5 bulan still sunyi sepi jea.. hemm..
Korang pernah x  join apa2 GA/Segmen yg menawarkan hadiah? sudah pasti pernah kan!? dan mungkin ada yg menang jugak, betul x? pernah x hadapi masalah terima hadiah lambat / xde respon dari sponsor / hadiah ditukar tanpa notis dulu / berjanji akan pos tetapi sampai sudah tak pos2 pun / sponsor buat x layan n x respon mesej kita / sponsor TIPU hadiah semata2 nak traffic tinggi.. ? opsss..

Maybe ini satu entri yg bole mengguris hati sesiapa pun, namun bagi teman, korang x perlu nk sentap or amik hati sangat klu korang punya Attitude sebagai blogger terbaek.. sebab teman tujukan entri ini kepada blogger yg jadi sponsor untuk GA yg CULAS dlm menunaikan tanggungjawabnya sebagai sponsor.. buat para blogger yg very responsible dgn setiap GA yg korang sponsor, teman ucapkan TAHNIAH! koranglah blogger terbaekk.. maka lama lagilah korang dlm industri belog ni nanti.... he2..
klu lea rakan2 blogger sumpah para sponsor yg menipu ni jadi idung panjang camni 
acane? ha2.. (melawak jea ni.. kui3)
Sebenarnya teman sendiri pernah hadapi pengalaman mcm ni.. memang agak kecewa dengan sikap blogger kita.. kalau buat sesuatu biarlah ikhlas.. jangan semata2 nak kan traffic tinggi sanggup offer dgn rela hati konon nak support jd sponsor GA, lepas tu dah tamat tempoh GA dia senyap terus.. Nasihat teman, kalau x bersedia sponsor apa2 GA/segmen x perlu lea paksa diri nak rela hati jd sponsor yea.. sebab klu korang x dapat tunaikan hadiah pemenang GA tersebut, samalah juga korang mengheret owner yg anjurkan Segmen/GA tersebut.. tak pasal2 busuk nama dan reputasi blogger yg menganjurkan.. so, jangan pentingkan diri sendiri aje.. fikir2kan orang sekeliling okeh.. 
Dan kalau dah bersedia jadi sponsor tu, haruslah alert dengan perkembangan GA tersebut.. jangan tau offer jadi sponsor aje semata2 nk traffic tinggi aje.. tapi sampai GA berakhir pun x sedar..acane tu? kalau takut lupa, rajin2 lah catit dalam notebook ke apa tarikh2 tamat GA dan apa yg korang sponsor kan.. standby siap2 letak tepi hadiah tu sebab dah sure punya hadiah tu korang nak post kpd pemenang kan.. cuma tunggu result jea kan.. klu taruk setem siap2 lagi baguss.. ha2.. pandai2 plak teman mengajonya yea.. kalau masa dh tau pemenang hadiah x standby lagi, maka silalah amik inisiatif RESPON pada mesej2 diorg hokey.. jangan lea biar diorang berkali2 ulang menda yg sama dekat entri korang, mesej berkali2 tuntut hadiah kat FB, yg korang bole pelak tutup mata jea tgk komen/mesej kawan tu.. ade ghupa tu plak?? 
Lagi satu, klu pemenang GA sibuk2 cari korang tu.. jangan lea ingat pemenang tu kemaruk hadiah lak, diorg menuntut hak diorg.. dh luang masa utk join segmen/GA tiba2 menang xkan nak tolak hadiah kot kan.. motip pemenang inform tuntut hadiah tu just sebab nak mudahkan para sponsor GA untuk amik langkah seterusnya.. so, xde istilah kemaruk hadiah disitu yea.. kan senang klu pemenang dengan sendirinya contact sponsor untuk tuntut hadiah, xyah korang susah2 dh kan? inilah dinamakan beri kerjasama.. ada paham!!? heee. ok lah,.. wlu pepe pun nasihat teman, x kira kita blogger femes ke, blogger picisan ke... blogger halus kenit ke.. ada teman kesah? kita tetap sama jea.. yg penting jaga Attitude sebagai blogger, jangan disebabkan satu sebab ni korang akan di black list oleh blogger lain.. silap2 buat GA/Segmen org takut nk join dah.. hu2.. ini nasihat aje.. Tamo sentap2 hokeh!! tegur kerana sayang..
Teman pun pernah offer diri dengan rela hati jugak nak jadi sponsor untuk satu segmen dulu.. Segmen Header Paling Meletop.. dan Alhamdulillah.. hadiah semua selamat diterima oleh blogger2 yg menang.. siap ada yg buat entri lagi tanda terima kasih.. thanx sgt2 Izureen dibawah ni antara respon blogger2 yg menang hadiah dari teman.. hadiah nya pun kecik jea.. toksah tanya hokehh.. ha2.. janji teman dh jalankan tanggungjawab teman kepada rakyat jelata hokeh! =P 

`Berikut adalah pemenang Hadiah GA yg pernah teman sponsor, Alhamdulillah selesai diterima oleh mereka.. 
Pemenang Hadiah GA : Izureen

Pemenang Hadiah GA : Rieya Ramlee  
============================================
Pemenang Hadiah GA : Mira Bain
===========================
Opss.. lupa nak bagi tahu.. dibawah ni ialah print screen komen2 blogger2 lain yg senasib dgn Anis.. So, tepuk dada tanya selera.. kalau blogger yang berkenaan nak teruskan ber blog.. tinggalkan Attitude korang yg memnetingkan diri yea... kesian dekat mereka yg meluangkan masa emas diorang nk join GA tu, sekali korang yg sponsor buat hal pulak.. sudahnya penganjur yg baik hati plak terpaksa terima aduan yg x sedap didengar.. walhal bukan salah diorg pun,, diorg cuma menganjurkan jea.. hemm.. ok.. kalau nak baca seterusnya boleh klik BLOG ANIS


Nieyxzha Hassan : contoh sponsor terbaek.. 

 



Namun, terdapat juga sponsor yg mabeles giler2 hokey.. Xyah sebut.. korang pun tau sape kan.. yg dh biasa buat segmen/GA.. yg x pernah culas dlm pemebrian hadiah.. ok lah.. sorry kepada mereka yg terasa hati dgn entri teman yg panjang berjela ni.. teman share atas sebab nak korang alert pasal ni.. jangan amik mudah benda2 macam ni.. kalau nak stay lama dalam dunia blogger, amalkan Attitude yg baik sebagai seorang blogger.. sekian.. teman xmo melalut2 dh.. sorry atas salah dan silap.. hope jangan amik hati tapi amik lah iktibar pada setiap yg korang nampak dalam entri teman ni okey.. thanx pada yg membaca.. sekian.. salam..



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers