Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 Jun 2013

TIPS MINTAK HUTANG CARA SOPAN

Alkisah.. si A bagi lea pinjam duit kat si B..
Time si A nak tuntut hutang, si B asik nk lari2 aje..  

Yuhuu.. Yg atas ni gambar pembuka kata jew.. he2.. Hari ni teman nk bg Tips sikit.. pernah x korang baik hati konon niat nk tolong kawan, bg kwn pinjam duit.. tp lepas dh cukup tempoh bayar kwn korang LIAT sgt nk bayar.. dan korang plak x tau camno nk tuntut balik duit yg korang bg dia pinjam dulu.. duit dalam poket korang pun dah tak berapa nak ada.. acane tu? lagi frust bila yang meminjam BUAT BODO je mcm xde pape.. 

heee... pada pendapatan teman la kann.. klu xde idea nk minta hutang cara sopan.. gunalah cara kasor (ha2.. budget gangster lea kununn..).. hih3.. opsss.. itu jalan terakhir kot.. tp kalau ada solution dgn cara baik.. elok ikut  yg baik.. toi x.. =) jom baca tips2 bawah ni.. mungkin dapat mebantu korang yang dalam situasi si A.. heee.. 

(Opsss.. jap! sebelum tu teman nak ingatttkan korang.. korang kena berani/nekad/dan buang semua segan silu dah.. nak duit balik x??.. kalau dah ready baru baca seterusnya.. hu2 )
Masa korang jumpa member yang LIAT nak bayo utang tu, korang cakap lea macam ni.. 
1.) Ada org 2 hutang aku x bayo2 lg lea.. meh sini, cuba ko tgk cermin ni.. org dlm cermin ni lea yg lupa bayo utang aku 2.. (org yg tgk cermin 2 kata "terkena akuu".. )

2.) Uih? kasut baru ke??? aku yg bg utang kat ko pun xdpt beli kasut baru lg..? (mcm mana ni? org yg pinjam duit lg mewah dari yg bg pinjam? hu2)

3.) Weh.. aku pokai lea bulan ni.. pinjam duik hang buleh (untung2 org 2 ckp..
Oooo! aku lupa.. aku ada utang hang.. nti aku bayo lik.. )

4.) Eh.. mana duit dalam wallet aku lagi yea? ooo.. lupa.. dh bg pinjam hang ritu.     
x ingat.. (dengan muka innocent)

5.) Hutang emas boleh dibayar.. hutang aku? kau bawaklah mati..sambil perli.. (sape mkn cili dia rasa pedas.. klu x sedar2 gak xtau lea yea.. liat bebeno nk bayo utangnya.. hih3)

6.) Bini aku kat umah sekarang asik masam muka jea bila aku x belikan apa yang dia nak..     aku mana ada duit, dh bg pinjam kat hang ritu..klu dia tau aku bg pinjam hang.. naya kita.. risau aku..hari2 asah parang.. (kesimpulan : kalau dia takut bini org 2 parang dia, gerenti dia bayo cepat punya.. kui3..tau takottt.. pinjam pandai bayo x reti yeaa.. ! ) 

DAN

kalau kawan 2 lansung xnak usaha nak bayar wlupun kita benar2 perlukan duit masa 2.. cuba plak cara ni.. tgk gambo bawah ni..
Print beso2 n lekat kat dinding umah (klu dok sewa sama).. klu x sewa sama.. apa lagi.. FB kan ada.. share aje kat FB.. moga2 kawan korang 2 terbaca n TERASA... n insaf untuk bayo lik utang korang.. ( teknik sindiran yang halus bagi korang yang pemalu sangat2 nak mintak hutang )

DAN...

kalau masih jugak dia x paham2 (or buat2 X paham...??) he2.. pandai2 lea korang cari solution lain yea.. asalkan x menyalahi Undang2 sudah.. hi3.. teman.. NO KOMEN.. hik3.. hope tips ini bole membantu korg.. yg sopan2 j tau.. yg ganas2 korang sendiri punya pasal.. teman xmo amik tau.. !
cara ini? gertak bole lea kot.. tp klu pukoi betoi2 teman x galakkan.. x boleh pun pukoi2 orang.. apa? ingat ank org 2 xde mak bapak keww? hu3..
Nak Upah Kaki Pukul?? fuhh.. jangan dibuek.. kang suruh pukoi jd kes bunoh lak kang..
apa2 pun.. kasi pk betui2.. cari jalan yg sesuai.. jgn ganas2.. klu utang 2 celah gigi jea apasalahnya halalkan aje.. klu puluh2 ribu 2... hemm.. teman pun mau tuntut matia-matian gak.. hih3.. apa2 pun guna cara yg x melanggar Undang2 dan syariat Islam yew.. (maksud teman, kot gerem dgn org 2 sbb x bayo utang, kang diBOMOH nya plak kawan 2.. dh dpt 1 dosa.. kan x best!

21 Jun 2013

30 KEAJAIBAN SELAWAT

30 KEAJAIBAN SELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. 

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya. 

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

20 Jun 2013

KATA-KATA PUITIS DAN GAMBAR YANG TEMAN SUKA

lihat sini juga --->> Search
KOLEKSI AYAT2 CINTA #1
KOLEKSI AYAT2 CINTA #2
KOLEKSI AYAT2 CINTA #3
KATA2 PUITIS #1
AYAT2 PUITIS #2













19 Jun 2013

HATI / HEART ----> ENTRI WORDLESS WEDNESDAY

ingatan untuk diri sendiri dan kawan2 semua... 

MENANG LUCKY DRAW


heeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. (^_____________________________^)V
Teman menang Cabutan Bertuah semalam.. memang bertuah betui kan.. hi3.. Opss.. bukan teman tapi
en. miaw.. ha3.. itu je nak cakapp.. tatatititutuuuu.. #mood happy

#Actually mula2 tu mood marah, sebab hadiah GA yg sepatutnya teman terima x sampai2 .. whats app sponsor, sponsor kata dah post lama dah.. tapi x sapai2 lagi.. hemm.. malas nak fikir!

18 Jun 2013

HALAL ATAU HARAM


#Cerita yg dikongsi oleh ummi munaliza dalam pages Baitus Solehah.

Semalam pi sebuah Klinik. Waktu dah hampir maghrib, oleh kerana kes kecemasan, tunggulah di klinik. Sementara tunggu giliran , nampat satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.

Tak lama, nama isteri dipanggil untuk ambik ubat dan buat bayaran. Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi seperti dalam gambar. Bukan bahan yang dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.

Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?

Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang saya perhati dan menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta , bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.

Maka salah seorang anaknya tu pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.

Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar dalam satu pesanan seorang 'orang soleh' kata, ketika itu kami sudah sampai di Ladang Kurma di Madinah, 'orang soleh' tu pesan, " kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis. Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis. Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

17 Jun 2013

NAK CANTIK? JOM URUT WAJAH!

saja teman share dengan korang.. heee.. ingat nak kedekut simpan sendiri jea.. (buruk perangai).. heee.. teman amik dari FB jea pun.. jom urut wajah sama2 jomm!
buat kawan2 yg teman lum bw tu.. nti teman bw blog korang lik yea.. 

15 Jun 2013

CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK


CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK


1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.


2. Peluk isteri secara tiba-tiba.


3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira. 

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari 
anniversary ataupun birthday. 

12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat. 

13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah. 

14. Buat candle light dinner secara mengejut

# heeeeee.. ada jugak dalam senarai kat atas yang memang diperaktikkan oleh my hubby.. actually my hubby seorang yg siyes.. cuma ada certain time dia romantiks jugak tauu.. selalu buat surprise yg x terjangka.. hu3.. sib baik surprise tu kena pada masa nya kann.. heee.. 

14 Jun 2013

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU


::KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU::

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

* Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah *

he2.. ekceli, teman memang dah kecur liur baca ayat "limau masam" tu.. yelea.. terbayang masam macam mana yang Rasullah S.A.W. rasa.. kalau teman yg makan limau masam tu.. srpppppp (tgh citer pun air liur kecur2 nii.. masammm..) tak cover2 dah.. memang tersepet2 mata teman..heee... 

13 Jun 2013

UCAPAN SELAMAT HARI BAPA BUAT ABAH TERSAYANG...

  
Anak Bapak ke teman ni yeaaa? eheheheeee...

Hai semua.. right now teman rasa nak buat entri sempena Hari Bapa yang akan menyusul 16 JUN 2013 ni kan.. hari Ahad ni.. hu2.. kaLau lea teman leh balik ipoh.. kan best.. dapat sambut hari Bapa dengan my abah tersayang.. 

Actually teman ni bukanlea anak manja or anak kesayangan abah pun, tapi disebabkan teman dari kecik sampai beso x pernah dok luar dari umah tu.. so, hubungan teman dengan abah lagi rapat dari anak2 yang lain.. hu2.. perasan! tapi itulah kenyataannya.. hemm.. kalau dah dok lama kat umah tu takkan abah tak sayang teman kann.. bapa mana tak sayangkan anak weh.. 

Cerita pasal abah, abah teman ni seorang yang tegas dan garang sewaktu muda2 dulu.. kalau kami adik beradik nakal, memang dapatlea tali pinggang n rotan.. semua pakat merasa birat2 badan... masa tu memang nangis menjerit lea kitorang.. sakit tuuu.. 

hoh? apa? korang kata kami di dera? eh! bukan! kami bukan di dera.. tapi kami di ajar untuk lalui kehidupan yang betul pada masa akan datang.. mungkin itu cara abah mengajar kami.. dan cara itu memang berkesan pada kami.. sehingga kami membesar menjadi manusia yang berguna.. 

Teringat masa adik teman yg bongsu sorang tu, dia paling banyak kena rotan/tali pinggang.. sebab?? alahai.. budak lelaki lea katakan.. kalau tak nakal, bukan budak lelaki lea namanya kan.. si bongsu ni selalu jea terpengaruh dengan kawan2 dia, 

Macam2 lea dia ikut dari start mandi lombong, pancing ikan kat sungai tanpa pengetahuan abah, belajar hisap rokok, dan macam2 lagi.. tapi yang sebenarnya adik teman ni bukanlea kategori nakal pun.. ekceli dia terikut2 dengan kawan2 dia yang tak berapa nak nakal tu kannn.. hu2.. 

So, bila dapat tau jea adik bongsu 2 buat masalah.. apa lagi.. Abah panggil n tanya dia.. then dia mengaku.. so.. apa lagi.. TADAH TANGAN lea untuk dirotan.. perghh.. even rotan kat tangan pun bole terasa sampai ke kepala wehhh.. berdenyut je tangan.. teman tau lea.. teman pun selalu kena dulu...hik3..baru korang tau.. noti x noti teman ni dulu kann.. 
Wajah adik teman tahan geram lepas kena rotan.. hik3.. belakang je berani punn.. cer depan2 abah? berani wat muka camni? hak3.. 2X5 macam teman jugak lea.. kui3..

Selain tu.. kalau buat salah time mood abah x OK, bukan tapak tangan yang dituju.. satu badan weh.. sakittt.. arghhh.. xleh lupa dengan suasana di rotan ramai2.. sebab kami buat salah secara bundle 3 bradik.. hak3.. atas kesalahan? main beskal tanpa brek turun bukit yg curam! perghhh.. memang tak ingat mati masa tu.. kitorang kecik lagi tapi suka sukan extreme gitu.. ! sukan ke tu??? ha2.. mujur xde pepe kat kami.. kami stop main macam tu pun sebab ada sehari tu adik lelaki n adik popuan gi main beskal tanpa brek tu tanpa pengetahuan teman (ceh! main x ngajak!) pastu diorang jatuh terseret dari bukit yang tinggi tu.. berdarah2.
Gambaran dua beradik ni yang tengah leka naik beskal xde brek.. 
tapi realitinya diorang bukan naik beskal asing2 tau.. diorang naik 1 beskal, adik laki carry, adik popuan numpang belakang.. hu3..
Macam ni lea punya laju diorang turun 'gun' (bukit)
 
Last2 masing2 terbalik berguling2 agaknya.. aishh..
Seram teman tengok dua beradik tu masa tu.. Berdarah.. !! diorang punya takot sampai tahap sanggup menyorok dalam jamban luar.. sebab takut abah tahu punya pasal.. kalau abah tau, gerenti dua2 siap lea kena rotan.. last2 teman yang bagi tahu abah sebab risau adik2 dah berdarah2.. abah pun buka pintu jamban luar (jamban luar kami beso tau.. muat 10 orang dalam tu..) lepas nampak muka abah.. diorng punya terkejuttt.. pucat xde darah muka diorang nengoknya.. pastu diorang tengok teman.. aduh.. gerenti diorang bengang dengan teman sebab repot kat abah.. hemm.. ekceli teman risaukan diorang.. dah sampai berdarah2 takkan nak diamkan aje kan.. tapi teman risau gak kalau bagi tau abah nanti abah tambah lak sakit diorang dengan tali pinggang lak.. arghh.. memang serba salah time tu.. 
Muka tak puas hati diorang bila dapat tau teman repot kat abah .. hih3.. 

tapi nasib baik keputusan yang teman pilih time tu tepat, abah teman tak rotan diorang tapi bawak diorang masuk umah.. cuci luka, sapu iodin.. hu2.. biru2 jadinya lutut n siku diorang.. hak2.. kan dah burukk.. aku gelakkan aje diorang.. hi3.. nakal sangat mana x nya.. pastu sambil sapu ubat abah cakap, kan dah cakap jangan main, bahaya main beskal xde brek tu.. sekarang dah tau camne rasa? nak main lagi? hihihi.. geleng kepala kiri kanan jea bebudak dua org tu.. alahai.. kelakor lea plak.. memang pastu diorang serik dah nak main beskal xde break tu.. ha2.. 

itu kisah diorang, kisah teman lak.. teman ni kan membesar dekat umah tu, x seperti adik2 lain.. yang bila dah beso diorang sambung belajo, dok jauh dari family.. adik laki lak kawen muda.. dh dok umah lain.. so, teman n kakak no. 2 lea yang masih dok kat umah tu.. teman ni dikawal rapi sentiasa berbanding anak2 lain.. entahlea.. tak tahu nape diorang macam susah sgt nak lepaskan teman ni.. kalau keluar dengan kawan2.. limit time kul 7.30 dah ada kat umah.. jangan lebih.. kalau lebih memang siap lea kena marah KAW2 punya.. kalau koje office banyak n balik lewat malam.. siap abah n mak datang office time balik koje tu, escort teman balik sampai umah.. hu3.. masa tu memang teman pun takut nak lik lewat malam camtu, elok pun diorang mai escort.. x lea teman risau sgt.. sebab kawasan tu PANAS sikit bila time 10.00 malam ke atas..

Pastu masa teman koje part time kat Jaya Jusco pun, mula2 jea dia bagi.. pastu bila tengok balik pun nak dekat 12 malam.. terus dia Tulis Nota Cinta pas kat mak dan suruh mak bagi kat teman baca, dia tulis Abah risau lea kamu balik lewat malam, kamu tak payah lea kerja situ lagi, berhenti lea.. jangan risau.. abah boleh tanggung kamu lagi" lepas baca nota pendek tu.. teman mula naik marah dan tak puas hati.. tapi hanya diamkan diri coz taknak melawan cakap orang tua kan.. hu2.. masa tu paham2 jelea kan.. darah muda remaja.. taknak fikir matang, tau nak marah n tak puas hati jea.. tapi sekarang bila ingat balik.. teman memang bertuah ada abah yang macam tu kan! bertuah sangat2! abah memang cuba protect teman dari berlaku perkara yang tak diingini.. 

Menangis melalak lepas dapat Nota Cinta dari Abah masa tu.. huk3.. 
bila teringat balik citer2 lama dulu.. memang teman rasa sebak, dulu waktu tak memahami situasi, teman n adik2 masing2 marah dan geram dengan abah yang suka merotan kami bila kami buat salah, tapi bila kami dah dewasa kini, baru kami faham tujuan abah buat macam tu.. 

Kalau abah tak tegas macam tu, tak tahu lea kami jadi apa sekarang.. apa yang teman tahu, kalau abah tak rotan adik bongsu masa dia start cuba merokok dulu, maybe adik pun dah terikut kawan2 dia yang kini ketagih hidu gam.. kesian sangat.. mujur abah cepat ambil tindakan, kalau tak.. tak tahulea teman nak kata apa jadi pada adik teman tu.. 

Sekarang adik teman pun dah berjaya dalam hidupnya.. murah rezeki, dah ada rumah sendiri, dah pakai keta impian, dah lengkap hidupnya bersama anak2 dan isteri.. syukur Alhamdulillah.. maybe adik pun bersyukur dapat abah yang jadikan dia seorang MANUSIA.. begitu juga dengan adik dan kakak yang lain termasuk lea teman sekali..

Terima kasih Abah.. kerana abah kami jadi MANUSIA, kerana abah kami masih yang dulu, kami amat menyayangi Abah.. Semoga Abah akan sentiasa dibekalkan kesihatan yang sihat oleh Allah S.W.T. .. Aminnn.. 
yang ni lak ditujukan buat my Miaw.. he2..  walau belum jadi BAPA lagi.. =P

 # tak tau lea korang nak baca entri ni sampai abes ke tak, sebab panjang bebeno kan.. xpelea.. ekceli entri ini sekadar luahan penghargaan buat abah teman yang dikasihi untuk teman share dengan rakan blogger semua.. kalau korang tak baca abes pun takpe.. tapi kalau baca abes, kredit to korang sebab sudi luang masa singgah dan baca entri ni sampai abes.. hihihi.. 

CARA NAK KENAL KETAM JANTAN ATAU BETINA

Haiii.. semalam teman buat entri Masak Lemak Ketam Cili Api, hari ni plak teman nak share dengan korang satu pengetahuan yakni ilmu yang baru teman dapat selepas kali pertama masak lemak ketam semalam.. hu2.. aippp.. kelihatan ada yang gelakkan teman sebab baru 1st time masak lemak ketam yea!! 

ha2.. ekceli teman memang jarang ke dapur masa anak dara dulu.. sebab dah ada kakak n mak kat dapur, memang diorang lea yang uruskan bab masak.. teman lak bab kemas umah dan sapu halaman rumah luar dan dalam umah.. tapi teman bukanlah x masak lansung tauu.. teman ada jugak memasak.. cuma x selalu.. sebab time tu teman koje.. heee.. opsss.. alasannn.. yg pasti time raya memang teman yg sediakan menu2nya.. time tu rajin lea.. mana xnya kawan2 teman yg paling ramai mai umah.. so, teman lea kena nyediakan semua.. hu2.. 

Ok lah.. sebelum termelalut entah ke mana, jom kita berbalik kepada topik n tajuk entri teman ni.. Macam mana nak kenal ketam jantan or ketam betina?? satu benda yang teman baru tau tentang ketam ni.. rupanya ketam jantan n betina ada bezanya dari segi isi.. hemm.. korang kalau nak beli ketam mesti nak yang banyak isi bukan? teman pun macam tu gak.. 

tapi semalam teman x pasti terbeli ketam jantan or betina.. coz masa tu xtau nak tengok camne.. teman just amik j yg mana gemuk2 tu.. hu2.. terkial2 memilih sebab takut ketam tu idop lagi n kang dia sepit kita.. (ha2.. ngada2.. bukan ke ketam2 tu dah diikat dgn getah tang sepit dia? lagi mau takut kaaa?? )

Ok lah, sebenarnya mungkin ada yg dah tau pasal ni, tapi teman buat gak entri ni untuk sesiapa yg xtau macam teman ni.. hu2.. kalau nak pilih ketam, pilihlea ketam betina, sebab ketam betina lebih banyak isi berbanding ketam jantan.. haaaa.. xtau cara nak tengok mana ketam jantan dan mana ketam betina? he3.. kalau tak tau jom tengok gambo bawah ni..

ni Ketam Jantan (tengok muka garang dia.. garang tak??) ha2
ni plak ketam betina.. nmpak tak kaler PINK tu.. haa..

ekekekekekekkk.. sorry2.. teman gurau jea.. gambo kat atas tu selingan aje.. jangan marah yewww.. teman gurau2 aje.. saja buat lawak di pagi hari.. hihihihi..

Ok leaaa.. meh kita tengok gambo yang sebenar teman nak share dengan korang ni.. (gambo amik kat google jerk.. ) .. pasni teman dah tau lea mana jantan mana betina.. (huh.. berlagak!)

CARA2 NAK PILIH/KENAL KETAM JANTAN @ BETINA
ok.. nampak x bezanya? leh kenal x jantan n betina? hu2.. lain kali pilih ketam betina tau! ketam betina banyak isi, macam manusia jugak la perempuan lebih banyak lemak/isi berbanding lelaki kat certain part.. kui3.. semoga ilmu ni dapat di share bersama... 
gambar2 :
google saja.. =)

12 Jun 2013

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API 

Ketam Masak Lemak Cili Api.. Nyum-nyum.. haipp.. atas ni bukan gambar google yea.. ni gambar hasil masakan teman semalam.. heee..Ok lah, tadi teman post tentang pengalaman masak lemak ketam kan.. hik2.. kali ni teman share resepinya pulak.. heee.. jom masak ketam ramai2.. =P


Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahannya:
  • 4 ekor ketam sederhana besar dibersihkan
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit
  • 300 ml santan pekat KARA (teman berdua jea, so teman guna satu kotak kecik santan tu)
  • 400 ml air
  • Garam
  • Kiub Ikan Bilis (2 kiub)
Bahan di tumbuk/ blend :
  • 1cm kunyit
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 2 biji cili api (ni cili thai yg merah tu, besar n pedas... kalau cili api kg boleh lebihkan lagi)
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Kering (1/2 sudu)
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan santan, air, serai, Daun Kunyit, asam gelugor dan bahan yang di blend ke dalam periuk. Didihkan sambil di kacau.
  2. Masukkan garam dan perasa.
  3. Masukkan ketam dan biarkan mendidih.
  4. Perasakan garam dan asam, pedas. Boleh keluarkan asam keping jika sudah cukup rasa masamnya.
  5. Angkat bila kuah agak pekat dan ketam telah masak.
Ni gambar teman masa mula-mula masak ketam masak lemak cili api.. heee.. masa ni kuah tak berapa pekat.. resepi pun pakai resepi lain.. so.. kurang pedas.. kurang kick .. dan kurang komen yang best2 dari encik hubbymiaw.. hehehe... Now guna resepi baru diatas.. hubby kata terbaekk.. 


resepi dari :

Oh.. Ya.. Jom join Telegram berkaitan info2 tentang kehamilan, resepi, motivasi dan lain2 di bawah ni.. 

Info Ibu Hamil 
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi 
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi 
https://t.me/katasemangathidup


1st TRY MASAK LEMAK KETAM CILI API

my 1st try.. Masak lemak ketam cili api

Alohaaaa.. heeee.. sorry.. lambat giler post entri.. hu3.. dah petang nak masuk malam baru nak publish entri.. apo punya blogger ntah yea.. hik3.. takpe.. entri wordless wednesday kan dah ada tadi kan.. heee.. ni ha.. teman nak citer.. malam tadi dinner teman n hubby Ketam Masak Lemak Cili Api.. en. suami asik request dah ngalahkan mcm org mengidam jea nk mkn ketam masak lemak cilipadi.. bila dia asik sebut jea.. teman kesian lea plak.. dah teringin sangat lea tu asik ulang2 ayat nak makan ketam.. hu2.. teman lak tak pernah masak ketam lagi seumur hidup ni.. so, taktau camne nak siang ketam, taktau nak pilih ketam, senang citer tak reti lansung nak masak ketam ni.. Almaklumlah.. dok ipoh dulu selalu kakak dan mak yang buatkan semua.. teman tengok pun tak.. sebab masak pun time teman koje.. mana nak nengoknya kann.. lagi satu kat ipoh pun jarang masak lemak ketam ni.. sebab bukan feberet kot.. ha2.. tp klu dah terhidang, licin periuk bebbb!! 
Rasa nak menjerit bila fikir camne nak masak ketam tu.. hu2.. bila dah tak pernah masak ketam, memang agak keberatan pada mulanya nak buat.. dan bila kita tak tahu nak buat sesuatu, tu yang tertangguh lamanya.. lagipun ketam kan bole tahan gak harganya.. teman fikir 10X nak membelinya.. tapi semalam masa teman beli, tak lea mahal sangat.. bole laaa.. tapi nak makan hari2 tak lea kot.. masak ketam ni pun sebab atas permintaan en suami.. kesian pulak dia macam terliur je nengok ketam masak lemak yang kakak dia buat tu (my kakak ipar post kat wall FB.. hi2.. terus terliur dia.. syiannn..) kakak ipar pun ada jemput makan kat umah dia, tapi disebabkan en. suami agak bz sikit.. so tak dapat lea memenuhi ajakan kakaknya itu.. 
 
so.. teman mulalea ke pasar keesokan harinya.. beli ketam, memandangkan teman xde pengalaman siang ketam, teman pun bercita2 lah kunun nak suruh orang yg jual ketam tu yang siangkan.. rupa2nya tak bole.. huk2.... "nyampah".. 

Akhirnya kenalah buat sendiri semua A-Z, hemm.. dah beli semua bahan teman pun dengan lajunya balik umah cepat2 sebab en suami nak balik dah.. kena masak cepat.. (memang en. hubby nak makan cepat pun malam tadi.. heee.. )

ketam2 yang bersedia untuk disiang.. gambo ehsan google.. teman x sempat nak snap smlm sebab menggeletar beb 1st time nak siang ketam.. hu2.. tp bila dah pegang ketam yang kedua, rasa macam ok lak.. dah tak geli.. mungkin sebab takut ketam tu kalau it still alive kot.. 2 yg menggeletar.. hik3

heee.. masa nak siang ketam tu kelakar giler.. teman buka getah yang jadi pengikat sepit2 ketam 2 sambil tangan terketar2.. sebab? sebab teman risau ketam tu idop lagi.. aiyakkk.. takot wooo.. ha2.. tapi ada caranya.. klu idop lagi, boh dlm peti sejuk dlm setengah jam atau 1 jam (letak tempat ais).. nanti mati lea dia.. erkk.. tapi teman nak pilih yang betui2 mati terus.. baru konfiden nak siang.. hi3..
macam ni lea lebih kurang ketam teman tu.. tapi ketam teman gemok2 lagi sepitnya tu.. 

so, teman pun memulakan operasi menyiang ketam.. ha2.. pasti yg tertanya2.. kata tak tau n tak pernah siang ketam? bestu pandai pulak siang ketam? heee.. kalau tak tahu, belajarlah.. bukan susah pun kan? semata2 untuk penuhi hasrat insan tersayang nak makan ketam, teman usaha gak cari resepi terhebat dan cara2 nak siang ketam dengan betul.. hemm.. cari kat mana? ha2.. dah tentu lea kat Youtube dan sumber2 media yang lain.. (cewah!) dan bila dah tengok video kat Utube tu lea teman jadi semakin berani n bersemangat nak cuba jugak buat masak lemak ketam cili api tu.. dalam hati risau jugak klu ketam tu idop lagi n berjalan lari terus ke bilik.. x ke naya? hak3..imagine jewwww..

Ok, bagi yang taktau.. teman share kan jugak link video tu kat sini.. moga leh belajo untnk yang tak tau.. dan tambah ilmu untuk yang dah sedia or expert tahu.. =P

HA2.. usaha tangga kejayaan.. maka jadilah masak lemak ketam cili api.. heeee..  bertambah en. hubby makan.. tapi.. dia kata kurang pedas.. aiyoo.. 12 biji cilipadi (yang Cili Akar tu..) masih x pedas? teman udah meleleh air hidung masa makan, yang dia still kata x pedas? alahai.. memang hubby teman kuat makan pedas, tapi teman idaklea nak buat pedas giler, nanti takut sakit perut kang.. dah lea perut my hubby x berapa tahan sekarang ni.. makan pedas sikit dah cirit.. aiyoo.. hu2.. takpelea.. yang penting hajat dia nak makan ketam masak lemak tercapai gak kan.. sedap tak sedap tu belakang kira.. heee.. tapi dia kata rasa dah cukup.. cuma kurang pedas.. aishhh.. x cukup lea namanya tu.. hu2.. actually my hubby tu pandai masak, so.. dia tau apa rasa yg betul2 dia mahukan.. masterchef lea katakan.. hik3.. ok lah.. jom tengok apa menu kami malam tadi.. 

ni ulam beli kelmarin.. tak buka lagi getahnya tu nak tunjukkan yang tu beli.. heee.. 
sambalnya takde coz teman takut cirit, takmo sambal2 ni.. makan ulam camtu pun sedap kan..
 
Menu dinner malam tadi.. cukuplea untuk dua orang kan.. ikan pun potong dua jea.. kang goreng banyak tak abes lak.. membazir.. ulam tu teman punya sebab en suami tak makan ulam.. rugi.. rugi..

sebelum.. 
selepas 
tinggal kulit jerkk.. burppp.. kenyang.. Alhamdulillah..

Apa? nak resepi? 



Psssstttt... 
errr.. nak tanya.. teman buat entri panjang2 ni.. korang baca sampai abes ke baca lompat2? ke baca hujung je? ke tengok gambo je? ke x tengok lansung terus komen je? hik3.. just nk survey.. pasni malas nak taip panjang2.. =P




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers