Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 September 2014

Teringat Sahabat Lama bernama Cikin

Hai.. tetiba je teman rasa rindu kat sahabat lama teman semasa zaman bujang dulu.. kami memang rapat.. selalu ke sana kemari bersama2.. Masa bujang, dia lah tempat teman mengadu, bersembang, hiburkan hati.. teman suka nyembang dengan dia sebab dia seorang yang sangat kelakar bila bercakap.. kalau kami berjumpa, pasti ada je kenangan lama yang kami teringat kembali dan ketawa terbahak2.. sampai keluar air mata tu ketawa nya.. memang terapi diri betul masa tu.. kami happy je tanpa fikir apa2 masalah bila kami keluar bersama. 

Kalau teman sedih, teman cari dia.. kalau dia sedih.. dia akan cari teman di rumah.. yeaa.. kami lepak sampai jauh malam.. duduk di beranda depan umah (mentang2 umah kami dekat je), menyembang dan bercerita apa yang terjadi pada hari2 yang kami lalui.. then ketawa lagi.. dan lagi.. 

yea.. cara dia bercakap memang buat teman ketawa.. memang dia agak kasar orangnya.. tetapi teman tak pernah ambil hati yang tu, sebab sebagai kawan, teman ok je kawan dengan sape2.. kalau ada sikap buruk pada kawan kita tu, just tegur.. kalau dia takleh terima itu terpulang lah pada tuan punya diri kan.. dan kita pun tak sempurna mana nak tegur2 orang lain.. teman sedar itu semua.. 

DAHULU kami tak ambil hati pun kalau masing2 tegur masing2.. sebab takde menda lah nak merajok bagai.. Cumaa... SEKARANG jer, hubungan kami dah makin jauh.. teguran membuatkan hubungan kami tak seperti dulu.. Semua gara-gara teman tegur sikap dia yang tak memahami teman yang kini telah berumahtangga dan banyak perubahan yang teman kena terima selepas menjadi isteri orang.. 

Masa teman dah tak banyak macam dulu, boleh bersembang dan berchatting selalu.. bukan teman berubah, tapi masa tu yang terhad buat teman.. kalau teman berubah.. teman pasti takkan singgah ke rumah dia bila balik je ipoh hari tu, sampaikan malam tu dalam hujan motor tak boleh nak start enjin (plug kena air) then risau sebab berada kat kawasan gelap.. Nasib baik tak ajdi apa2..

hemm.. punca sebenar hubungan kami retak sebab.. Dia marah dan kecil hati dengan teman sebab teman lambat jawab sms, lambat jawab call, tiada masa terluang nak jumpa.. 

Ya Allah.. masa tu bukan teman sengaja nak mengelak dia ke apa.. tapi memang ada hal.. tambahan pula teman bz dengan bisnes online masa tu (masa ni belum buka kedai lagi).. Teman dah bagitahu dia, tapi dia tak faham situasi teman.. 

Sampailah sekarang.. hubungi kami dah tak semesra dulu.. teman pun berasa canggung nak text mesej ke dia macam dulu.. mahukah dia berlawak jenaka denagn teman seperti dulu? yang pasti kini segalanya berubah..

Apa2pun.. buat sahabatku Cikin.. Aku sentiasa mengingati setiap kenangan kita dulu... biarpun kita dah berlainan haluan.. aku tak pernah lupakan hang.. aku doakan semoga hang temui kebahagiaan dalam hidup hang.. aku sayang hang.. Wassalamm.. 

20 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor

2. Wajib Like Fanpage Sponsor

3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!
klik pada banner untuk join.... atau klik link bawah ni..

19 September 2014

Follower ke 2300

Alhamdulillah.. genap 2300 dah Follower blog Tengkubutang.. Terima kasih buat semua yang sudi singgah, komen dan follow blog teman ni yea.. teman hargai sangat2 setiap komen dan kunjungan kawan2 semua.. Mohon ampun & maaf sekiranya teman lambat kunjungbalas.. atau mungkin terlupa nak kunjungbalas, harap jangan simpan dalam hati yea..

teman kadang2 kena tengok line internet gak kalau nak kunjungbalas.. tapi kalau ada masa dan internet pun ok, insyaAllah.. akan sampailah teman di blog2 korang semua yea.. sabar yea.. heee.. apa2 pun .. ni saja nak tepek kan Blog yang menjadi Follower ke 2300 teman.. tQ yea MNH SASTERA MELAYU .. Jom singgah blog ini yea.. Panjangkan silaturahim apasalahnya, yea takk? =)
Jom Jenguk Blog kawan kita ni...
MNH SASTERA MELAYU

Klik LIKE Fanpage Tengkubutang-->


 Follow FB ---> Tengkubutang Miaw

DOA PAGI JUMAAT

Haii.. Assalammualaikum.. hari ni Jumaat kan? heee.. Salam Jumaat buat semua.. mesti ada yang muka senyum sampai ke tlinga kan sebab Esok dah coti.. heeee.. apa2 pun bagi memulakan hari Jumaat yang mulia ini, jom kita baca doa pagi Jumaat ni.. jomm.. 

18 September 2014

Bila Update Blog, Baru Pageview Naik

Hemm.. walaupun Pageviewnya dah turun sikit.. err.. turun banyak.. sebelum ni cecah 7k kot.. sekarang dah semakin turun ke 6k pastu turun lagi 5k pastu turun lagi ke 4k.. pastu sejak teman jarang update blog hari tu.. terus turun ke 3k dan statik tak naik2 dah.. sampailah baru2 ni teman update blog baru lea nampak nombor 4k tu.. nak kena up entri hari2 lea nampaknya yea.. tapi tak kisah lah.. itu je yang termampu setakat ni.. nak kena tanya otai2 camne nak bagi blog sentiasa dikunjungi ramai walaupun owner blognya sedang bercuti dan bersantai.. hehehehe...
Update!! untuk hari ni punya.. 19/9/2014 (Jumaat.. wah.. tetiba dapat angka 5k balik.. Okey.. Now teman percaya yang kalau blog kita tido maka traffic merudum, dan kalau kita aktif publish entri gerenti akan dapat traffic banyak.. okey.. okey.. faham... blog jangan tido ok.. 
Hemm.. yang ni saja teman letak sini untuk teman nak tengok balik, bukan apa.. belum pernah dapat lagi UV banyak sampai 1258 tu.. selalu takat 800 paling tinggi, and maybe ini 1st time kot.. taktau lea plak teman pernah dapat lebih ke tak.. tapi yang ternampak dek mata.. inilah dia.. 1258.. 

ENSIKLOPEDIA SOLAT | ENTRI PENGHARGAAN | MENANG HADIAH UTAMA CONTEST SALAM RAMADHAN

hee.. ini dia buku hadiah hasil dari join Peraduan Salam Ramadhan di Blog Harith Iskandar.. heeee.. teruja masa mula2 terima Ensiklopedia Solat ni semalam (18/9/2014), happy sangat2.. dikala tengah sedih dan stress sebab risau dengan sakit yang masih tak diketahui punca, Allah datangkan pulak perasaan happy yang tak terduga.. Alhamdulillah.. Syukur.. dapat rasa semua perasaan tu kan.. 
link pengumuman pemenang: 
Hadiah:
Hadiah Utama untuk seorang pemenang berupa penginapan 2 hari 1 malam pada 20-21 Disember 2014 di Bukit Gambang Resort (bersama-sama pemenang peraduan yang lain), satu tiket masuk ke Bukit Gambang Waterpark, satu tiket Safari Park dan satu buku Ensiklopedia Solat terbitan Telaga Biru berharga RM100(+-).

Semasa pengumuman pemenang ni, rasanya teman masih di Hospital sebab kena warded hari tu.. bila keluar je hospital terus buka blog.. jumpa komen Harith dekat entri terakhir teman tu.. Rasa macam tak percaya leh ada rezeki menang Hadiah Utama.. rezeki betul hari tu.. dalam masa yang sama.. rezeki Blog Masuk Utusan Malaysia (ruangan Blogger Pilihan) pun pada waktu ketika teman berada di hospital gak.. hu3.. semuanya kebetulan serentak.. syukur Alhamdulillah.. kan teman kata.. Allah takkan biar kita sedih lama-lama.. pasti ada pelangi dia datangkan buat kita.. untuk uji kita..

Tq buat penganjur Peraduan iaitu Blogger Harith Al-Harithah , Opss lupa nak citer.. disebabkan Hadiah Penginapan di Bukit Gambang Resort tu cuma untuk seorang sahaja, dan kebetulan teman pun tengah bz dengan persiapan nak fly ambil stock barang2 untuk kedai, maka terpaksa menolak Hadiah penginapan tu dengan berat hati.. hu3.. takde rezeki.. takpelah.. bagilah dekat sesiapa yang ada rezeki ke situ.. hee.. Dapat Buku Ensiklopedia Solat ni pun dah satu rahmat.. syukur.. sukaaa.. Alhamdulillah.. teman suka hadiah ni.. selain teman ada berberapa orang Blogger lagi dapat Hadiah Buku ni.. pasti diorang pun teruja gak kan.. best.. terbaek kan korang?? heeee..
haa.. yang benonya teman sepatutnya dah terima Buku Ensiklopedia Solat ni pada Jumaat ( 12/9/2014) minggu lepas lagi.. Tapi disebabkan teman sekarang dari jam 10.00 am hingga 6 pm berada di kedai, maka barangnya tak sampailah ke teman.. maka ditinggalkan lah teman dengan kad kuning ni.. hu3.. bila sampai je umah dah nampak kad ni depan pintu grill.. apalagi.. terkejut la kan.. hee.. teman terlupa yang teman terbagi alamat umah, sepatutnya bagi alamat kedai.. senang sikit kan.. hu3.. lepas dah terima kad kuning tu teman terus call no yang ada kat kad tu.. dan mintak diorang buat serahan kedua.. Alhamdulillah.. diorang kata boleh dan aturkan tarikh yang sesuai untuk hantar barang.. dan akhirnya pada 17/9/2014 (Rabu) teman terima buku yanga sangat2 awesome ni!! 
Ini rupa bungkusannya.. Nampak atas tu, dia tulis Resend.. hehehehe.. masa mula2 tengok bungkusan ni teman rasa terkejut gak, tak saangka beso Beso jugak buku ni.. Bila pegang, berat lak tu.. wahh.. teman memang teruja Buku2 yang tebal2 camni (tapi membacanya tak pernah nak habis.. kekeke)
Lapisan kedua dalamnya.. aishh.. lum buka lagi dah rasa teruja sangatt..
Bila dah buka.. syoknya rasa ahti.. masyaAllah.. 
Tengah baca2 kat belakang ni, sekali ternampak Harga Buku ni kat pasaran Malaysia, perghh.. RM100?? wahh.. mahal gak yea Buku ni.. patutlah isi kandungannya dengan kualiti kertas yang digunakan sangat cantik dan teman suka sangat nak explore dan baca lagi2 nak nyaaa.. sukaaa.. Pendapat teman, walaupun harganya RM100 tapi berbaloi2 dan sangat2 bagus buku ni tau! 
Tudiaaaaaa.. muka Happy giler time ni.. huwahahahaha.. Alhmdulillah.. rezeki..

Thanx Again buat Harith... =)
Jom singgah n join Peraduan terbaru di blog beliau.. =)
Nak berkenalan lebih dekat? sila add.. 

LEKAT LEKIT STORY SILA JAWAB YEA.. he3

 
Heheheheheh.. buat julung kalinya.. teman tetiba terasa nak tuju soalan cepu cemas dekat Blogger Suria Lekat Lekit pemilik Blog Lekat Lekit Story .. kat bawah tu soalan-soalan untuk Suria Lekat Lekit jawab yea.. jangan marah sebab banyak bebeno nak jawab.. kekekeke...

Sebelum tu untuk mereka yang baru mengetahui atau baru mendengar tentang Liebster Award ni, jom kita baca apa makna dan tujuan Liebster Award ni yea.. dalam banyak-banyak pendapat yang teman baca di blog2 rakan.. teman agak setuju dan suka dengan pendapat dan pemahaman oleh Blogger Nazlee a.k.a PCL.. ini dia teman tempekkan kat sini.. jom baca.. jangan lupa singgah Blog PCL yea.. Blog beliau ada macam-macam informasi tau.. 
APA ITU LIEBSTER AWARD?

Informasi ; Liebster Award ni ialah sebuah Anugerah yang hanya wujud di internet dan diberikan kepada blogger oleh blogger lain . Ia berasal dari Bahasa Jerman - perkataan " liebster " itu sendiri mempunyai beberapa definisi : dearest, manis, paling baik , tercinta, indah, baik, menyenangkan, bernilai , comel, selamat datang (newbie blogger) dan seumpamanya .

Bila seseorang blogger telah di tag oleh blogger lain, tindakan selanjutnya ialah samada boleh menerima atau menolak anugerah tersebut (bergantung kepada pandangan peribadi) .

Dengan menerima/menyertai ianya boleh dianggap sebagai sebuah 'game blog' . Ada juga blogger yang menganggapnya sebagai bentuk 'gangguan blog' maka ia dibiarkan begitu sahaja . Ini semua bergatung kepada pandangan peribadi,  terpulang lah dan apa-apa jer lah !

Cara membuat entri penerimaan anugerah

  • meletakkan button Liebster Award ;
  • jawab 11 soalan daripada pemberi anugerah 
  • kemukakan 11 soalan sendiri  (teman hantam aje berapa soklan nak kasi) dan 
  • tag / anugerahkan banner kepada blogger berkenaan dan maklumkan kepada mereka supaya mereka tahu.
Tujuan 'game' ini adalah untuk lebih saling kenal mengenal sesama blogger dengan meberikan mereka soalan-soalan dan mejawab pertanyaan . Kemungkinan dari maklum balas oleh keduan pihak dan button anugerah seperti  'Liebster Award' ini boleh direalisasikan supaya tujuannya tercapai.

Nak jawab SOALAN dari 
Blog LEKAT LEKIT STORY dulu lah.. heee..

1. Kat mana mula2 jumpa blog lekat lekit? Melalui bloglist blogger lain @ melalui link yang di share kat group2 blogger @ kat memana sila nyatakan ?
Teman tak berapa ingat yang ni, tapi rasanya kenal melalui FB kot.. rasa2 nya lah.. hu3.. lost memory sudah.. udah tua.. kekekeke..
2. Apa yang korang tak suka tentang blog melekat lekit? Hahahahaha Jawab!
Okeh, jawapan jujur ni tau.. teman memang jarang komen kat blog Suria Lekat lekit, tapi selalu jugak singgah dan baca entri awak yea.. Apa yang menyebabkan teman singgah di blog awak? sebab teman suka baca ayat2 garang dan straight to the point awak tu.. heeeeeee.. memang garang awak ni.. heee..

3. Secara Ringkas tentang diri korang dalam sebaris ayat dengan hanya satu Noktah .
Teman ingin pendapatan yang serius melalui ber blog untuk tampung keperluan peribadi dan untuk simpanan masa tua, Hope one day Allah boleh menjadi kenyataan, dan moga Allah makbulkan, Aaminnnn... doakan teman yea Suria Lekat Lekit. (satu noktah la ni kan? cum,a koma banyak.. kekekek)
Soalan Buat 
Owner Blog LEKAT LEKIT STORY lak, 
sila jawab yea.. heeee..

1.) Suka Kucen tak? sila sebutkan baka kucen yang awak suka
2.) 3 Nama kucen yang awak bela sekarang
3.) 5 Perkara Yang Awak Paling Tak Suka Buat?
4.) Kalau Hari Merdeka awak keluar tak sambutnya sambil tengok bunga api?
5.) Kalau terperangkap dalam jam, apa awak buat yea?
6.) Waktu tidur awak jam berapa
7.) Perkara yang mula-mula sekali awak lakukan seawal pagi setiap hari
8.) Makanan dan Minuman kegemaran awak?
9.) Suka Shopping tak?
10.) Kalau ada duit banyak, awak nak buat apa?
11.) Sila Komen Jujur untuk soalan ni... 
a.) Beri pendapat awak tentang Blog teman (penambahbaikan)
b.) Apa yang patut ada atau apa yang patut takde dalam blog teman.. heee.. komen je.. 

heee.. itu je soalannyaaa.. hehehehehe.. teman nak tag khas untuk Blogger Suria lekat Lekit je ni, tapi kalau ada Blogge rlain yang sudi menjawab soalan teman ni, silalah letak link kat sini yea.. heeee...

17 September 2014

LABEL, PRINTING, EXHIBITION DI PWTC

ASIA SIGN & LED EXHIBITION 2014 |
14-17 Ogos 2014 di PWTC 









16 September 2014

1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN

KLIK BANNER UNTUK JOIN!

JOM join Ramai2... 1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN |

HADIAH? here goes,

1. RM 100 x 1

2. Dress labuh x 2 - By 7teencollection
3. Beats MP3 Player x 6
4. Gelang Mutiara x 1- By Blogger Miss Boo
5. 1 Shirt ( Short/Long sleeves) x 1

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG KITA

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG |

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.


** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

15 September 2014

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 

Tugasan Kedua Cabaran Miliki iPhone 5s Impian Setiap Blogger

Tunggu punya tunggu akhirnya tibalah masanya untuk melakukan Tugasan Kedua Cabaran Miliki iPhone 5s Impian Setiap Blogger yang bermula pada hari ni 15 September 2014 sehingga 15 October 2014 anjuran dari denaihati.com. 

Bagi rakan-rakan yang tak ketinggalan menyertai cabaran pertama contest iPhone 5s gadget impian setiap blogger, sudahkah korang semak blog korang samada tersenarai atau tidak untuk ke peringkat seterusnya? Kalau belum.. cepat2lah semak yea.. klik dekat link yang ada dibawah sekali tu ye.. Bagi yang telah berjaya ke peringkat seterusnya iaitu seramai 140 orang blogger layak untuk cabaran kedua ni... teman ucapkan Tahniah yeaa! Hee.. teman No.84 tauu..
Bagi teman cabaran kedua ni agak senang tetapi memerlukan pengorbanan dari segi masa.. syarat paling penting.. line internet kena laju.. kalau tak.. memang tak tersenarai diantara 70 yang bakal dipilih untuk ke peringkat seterusnya.. hu3.. Apa-apa pun teman akan terus berusaha untuk memenangi iphone 5s tu.. Semoga rezeki berpihak kepada teman.. Aamiinn.. 

KLIK
|
|
v

CEGAH DARI TERKENA BISA CHARLIE / ROVE BEETLE

Haii.. tetiba lak nak tahu lebih lanjut pasal si Charlie ni.. ni semua gara-gara Blogger Eyma Lydia yang mengadu terkena asid Charlie di wajahnya... kat atas dahi Eyma kot rasanya.. tak ingat dah.. lama dah Eyma post pasal ni.. 
Cuma baru2 ni lak teman nak tahu lebih lanjut pasal Charlie ni lepas tengok ada kawan post gambar diatas bersama seorang baby yang terkena bisa asid Charlie ni.. seram tengok gambar baby tu, kesiaan sangat2 tau, so, teman taknak letak gambar baby tu kat sini.. korang google lea sendiri ye..

tQ buat Eyma (pemilik blog http://www.eymalydia.com/ ) sebab buat teman mengenal si Charlie ni, kalau tak teman sendiri taktau apokobondo eh Charlie ni.. Serius, teman baru 1st time dengar nama Charlie ni dari Facebook Eyma la.. kalau tak, bukan takat nama, jumpa pun tak pernah.. taktau rupa mana si Charlie ni.. or..

Maybe pernah jumpa tapi anggap i serangga biasa aje.. bila tanya kat hubby teman, dia kata dia pernah kena, bengkak tangan dia katanya.. Aishh.. nampaknya teman ketinggalan jugak kali ni.. heee.. tapi takpe.. teman masih yakin yang ada diantara kita diluar sana (yang tengah baca entri ni, masih tak kenal siapa Charlie itu.. heee) apa-apa pun jom baca dan lihat gambar camne rupa si Charlie ni, at least kalau terserempak, korang tau apa nak buat kan.. 
Rove Beetle atau nama lain Charlie sangat beracun (Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra) . Orang Melayu panggil SEMUT SEMAI / SEMUT KAYAP. Terdapat lebih kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm. Charlie kebanyakkan dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan. 

Charlie dewasa boleh hidup sehingga 40-60 hari.
Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia.
Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. 
Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. 
Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. *Rujuk Gambar di Bawah*

Waduh.. macam tu kesannya kalau terkena asid Charlie ni yea.. memang nampak berbisa tu.. mesti gatal tu kan.. kalau garu, tu yang jadi macam tu kot.. So, untuk mengelakkan kita dari terkena benda yang sama, lebih baik mencegah daripada mengubati kan..

Kesukaan Charlie ialah :
Tertarik pada cahaya lampu waktu malam. 

Cara-Cara untuk mengelak Charlie dari mendekati kita :
  • Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. 
  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. *guna aerosol itu payah sikit. dia susah mati sebab dia lasak* 
  • Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. 
  • Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. KALAU ADA RASA GATAL OR SUSPEK GATAL-GATAL PI MANDI TERUS.
  • Letak bedak biar dia kering, tangan tu jangan menggatal pergi mengurut / mengusik / menggaru or sewaktu dengannya.
  •  Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.
Yang Charlie Tak Suka ialah :
* ubat gegat tahu? Ala, yang macam mentos tu lerr. Bau dia busuk kan? Mmg betul, elakkan ubat gegat tu terkena cahaya matahari. Kalau kena cahaya matahari,habis bau ubat gegat bilik korang nanti. *

TIPS - TIPS untuk menyelamatkan diri daripada Charlie ~
  • Sebelum tidur, make sure katil korang "clear" daripada Si Charlie.
  • Kalau Charlie masuk bilik, buat cool sudah, jangan kecoh, tutup lampu untuk 10-15 minit. Pintu & tingkap make sure buka biar dia keluar bilik. 
  • Kalau jumpa Charlie singgah dekat badan, jentik je, jangan menjerit / pukul sampai penyek, sebab Charlie rasa tergugat kalau dengar bunyi bising ( jeritan ) and dia akan terus sengat. Kalau pukul sampai penyek, bila abdomen dia pecah, BISA dia akan mengalir di badan kita. Mulalah penyakit gatal sana sini. 
PLEASE TAKE NOTE : CHARLIE SEBENARNYA TAKDE MASALAH, TAK MEMBAWA MUSIBAH, DIA MENJADI BAHAYA BILA BAHAGIAN ABDOMEN YANG MENGANDUNGI HAEMOLIF AKA RACUN TU PECAH & RACUN TU LEKAT DEKAT KULIT KITA. 

KEPADA SESIAPA YANG DAH TERKENA GIGITAN CHARLIE ITU, NAK BUANG PARUT CHARLIE, DISINI TEMAN SHARE KAN LIST UBAT-UBAT YANG BERKESAN :) (info dari Blogger Min)

UNTUK HILANGKAN PARUT :

CALAMINE CREAM 
*BELI DI PHARMACY*
ALOE VERA GEL ( FRUIT OF EARTH )
*BOLEH DIDAPATI DI GUARDIAN / WATSONS BERHAMPIRAN*
YOGURT NATURAL 
*APA-APA JENAMA BOLEH DIGUNA TAPI MAKE SURE DIA ASLI , JANGAN BELI YANG BERPERISA*

*SELAIN MENGHILANGKAN PARUT, YOGURT BOLEH DISAPUKAN DI MUKA UNTUK DIJADIKAN MASK & MENGALUSKAN KULIT MUKA *


TERKENA GIGITAN / SENGATAN / RACUN SERANGGA :

FUCICORT

GENTAMICIN

Terima kasih buat Blogger Min kerana entri beliau telah memberi bermacam2 tips dan info tentang si Charlie ni.. lepas dah baca, semakin berhati2 nak pastikan tempat tido dan kawasan dalam umah bersih sebelum duduk dan tidur.. 

Credit To :

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers