Kita Suka, Tapi Tidak Baik Untuk Kita
Kita Benci, Tapi Baik Untuk Kita
Kita diingatkan dalam Surah Al-Baqarah (2:216) "Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagi mu. Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi mu"
Alkisahnya.. ni nak bercerita tentang remaja sekarang yang lebih rela duduk rumah dari bekerja dalam bidang yang dia tidak suka dan tidak minat..
Zaman sekarang ni.. bukan mudah nak dapatkan kerja yang betul-betul kita minat dan yang memang betul-betul apa yang kita belajar di Universiti atau Kolej..
Walaupun lambakan kerja kosong yang kita nampak dan baca di media sosial mahupun laman web kerajaan.. Namun bukan semua jawatan itu bersesusaian dengan kelulusan yang kita ada..
Namun sampai bila harus memilih? sedangkan kita terpaksa menunggu entah bila hari yang bertuah untuk dapat menjawat jawatan bersesuaian sepertimana yang kita inginkan?
Bila bercerita bab ini, teman teringatkan adik teman yang masa mula-mula habis belajar.. lulusan Ijazah Sarjana Muda Information Technology (IT), namun ketika itu.. hanya dia sahaja yang boleh rasa macam mana stress dan kecewa sangat apabila amat sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya itu..
Disebabkan stress dan tidak suka bergantung hidup dengan keluarga.. dia pun merantau ke bandar dan mencari pekerjaan sementara disana.. Dia bersama rakannya memohon kerja di sebuah kilang terkemuka di Malaysia dan antarabangsa..
Dan selepas selesai interview segala.. beliau diberi jawatan sebagai Chemist.. haaa.. dalam bahasa melayunya ahli kimia..
Terlopong kejap mulut adik teman bila dapat surat perlantikan jawatan sebagai Chemist tu.. Tak tahu macam mana dia boleh dapat jawatan tu.. sedangkan dia tak ada basic lansung pasal kimia..
Dia rasa nak tarik diri je.. tetapi bila fikir balik.. kalau dia tarik diri.. lepas ni kena struggle balik cari kerja.. di tengah2 bandar yang asing, dengan duit tak berapa nak ada.. pasti menjadi bebanan pada diri sendiri pulak nanti.. Asik interview sana sini.. kerja pun belum tentu dapat..
So, adik teman pun mengambil keputusan untuk teruskan saja kerja di situ.. dia akan cuba belajar untuk memastikan dia layak untuk jawatan itu.. walaupun agak perit dan pelbagai cabaran dalam waktu permulaan kerja.. adik teman tetap bersemangat tinggi untuk jadi yang terbaik..
Dari mula kerja, dia yang tidak kenal bermacam benda, tidak tahu itu ini.. akhirnya.. kini adik teman dah jadi Assistant Manager.. Alhamdulillah.. Rezeki dia..
dan juga rezeki anak-anaknya dimana kali ni sewaktu dia mengandung anak yang paling kecil, kebetulan juga dia dinaikkan pangkat..
Alhamdulillah.. teman happy untuk dia.. tahniah dah berjaya dalam hidup.. dan juga dah jadi isteri, ibu yang sempurna..
Kesimpulannya, adik-adik.. janganlah memilih kerja sangat.. kerja dulu mana yang korang dapat.. sementara kerja tu.. korang boleh gak isi-isi borang lain kalau ada kekosongan untuk jawatan yang korang nak.. so.. takdelah buang masa korang kan.. dapat jugak duit poket.. janganlah bergantung sepenuhnya pada mak dan ayah korang.. cuba cari duit sendiri.. insyaAllah.. diberkati Allah hidup korang nanti..
Belum tentu apa yang kita nak (tapi tak dapat) tu memberi kebahagiaan pada kita, sedangkan apa yang kita taknak (tapi dapat) itu rupanya lebih baik untuk kita.. renung-renungkanlah..
JOM CANTIK & KURUS DENGAN
PANACEA BEAUTY
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja,
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )