Sharing Is Caring | Untuk kawan-kawan yang mengalami
Psoriasis, disini teman share kan info tentang Psoriasis ini dan alternatif
yang boleh diambil utnuk menyembuhkannya (walau bukan sepenuhnya).. mari baca
sama-sama.. kalau berkemampuan apa salahnya mencuba kan.. jangan biar ia
bertambah kronik.. Semoga cepat sembuh yea kawan-kawan.. jom baca sampai abes..
Psoriasis berpunca daripada pertumbuhan sel-sel abnormal
kulit dan ketidaknormalan fungsi sel darah putih (sel limfosit T) apabila kadar
pembahagiannya melebihi kadar penanggalan sel kulit mati.
Pada seorang individu yang sihat, kadar proses penggantian sel-sel kulit
berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28-30 hari.
Manakala sel-sel kulit pesakit psoriasis pula akan membahagi lebih cepat kerana
kecelaruan sistem imun badan yang menghantar isyarat untuk mempercepatkan
proses kitaran kulit dalam tempoh 3-7 hari sahaja.
Sel-sel kulit mati yang berlebihan ini akan menimbun lalu membentuk sisik putih
yang tebal pada tompokan timbul berwarna kemerahan. Kemudian ia akan menjadi
gatal dan penyakit ini boleh memberi kesan kepada kuku, jari tangan dan kaki
serta menyebabkannya berlekuk.
Biasanya kulit penghidap psoriasis akan menjadi berbintik atau bertompok merah,
membengkak dan kulit pada bahagaian berkenaan akan menebal dan mengeras.
Adakalanya tompokan sel yang mati ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran
melanin.
Bagaimanapun, penyakit yang dicirikan dengan kulit kering dan mengelupas ini
menyebabkan ia kelihatan hodoh sehingga para pesakit merasa malu dan rendah
diri.
JENIS PSORIASIS
1. PSORIASIS PLAK, yang meliputi 80 hingga 90 peratus kes. Biasanya berlaku
pada bahagian kulit kepala, lutut, siku dan bawah belakang yang kelihatan
berkerak serta kemerahan.
Plak berbentuk kemerahan pada kulit yang dilitupi sisik putih perak. Sisik itu
sebenarnya gumpalan sel kulit yang telah mati.
Di bahagian kepala, ia berbentuk kelemumur teruk dan boleh bertukar menjadi
tompokan bersisik tebal atau dikenali sebagai psoriasis kulit kepala.
2. PSORIASIS GUTATE, yang biasanya menjangkiti di kalangan kanak-kanak dan orang
yang lebih muda, bertompok kecil seperti air hujan pada anggota badan.
Psoriasis guttate berlaku dalam bentuk bertompok. Kadang-kadang ia juga terjadi
dalam bentuk bintik kecil dan bersisik. Guttate sering berlaku pada badan,
lengan dan kaki.
3. PSORISIS PUSTULAR, yang biasanya mempunyai cirri-ciri gelembung yang
mengandungi nanah.
GEJALA PSORIASIS
1. Kelemumur yang keterlaluan pada kulit kepala.
2. Ruam psoriasis biasanya diiringi kegatalan.
3. Sakit sendi atau Psoriasis arthritis berlaku pada sendi
kecil jari dan ibu jari atau sendi lebih besar seperti tulang belakang sehingga
menimbulkan kesakitan dan bengkak.
PUNCA PSORIASIS
1. Ubat-ubatan seperti hormon steroid.
3. Makanan yang mengandungi bahan kimia dan toksid.
RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK
Penghidap psoriasis perlu memahami betul-betul tentang apa
itu penyakit psoriasis. Apapbila sudah memahami, baru mereka menyedari rawatan
yang sesuai. Ini penting kerana gejala penyakit ini sukar di ramalkan.
Keadaan ini menyebabkan kekecewaan dan kehampaan jika pesakit tidak memahami
tentang gejala penyakit psoriasis. Begitu juga, di Pusat Perubatan Holistik,
para pesakit perlu memahami tentang apa itu yang di namakan ‘Healing Crisis’.
Healing crisis ialah tindak balas ubat sebelum berlakunya penyembuhan. Biasanya
para pesakit psoriasis akan dibekalkan penawar gelombang elektromagnetik dengan
potensi yang agak tinggi supaya dapat membunuh gelombang penyakit yang ada
dalam tubuh pesakit psoriasis.
Ketika pesakit psoriasis memakan ubat psoriasis yang dibekalkan oleh Pusat
perubatan Holistik, kemungkinan seminggu pertama gatal akan bertambah sedikit.
Ini kerana gelombang penawar elektromagnetik yang dibekalkan akan bertembung
dengan gelombang asal penyakit atau gelombang organ seperti kulit sehingga
‘amplitude’ kedua-dua gelombang tadi membesar.
Di dalam ilmu fizik fenomena ini dikenali sebagai ‘Constructive Wave
Interference’. Apabila ini berlaku, sakit akan bertambah sedikit. Namun,
apabila sisten imun kulit sudah berfungsi dengan baik penyakit akan di
singkirkan dan pesakit akan menuju ke arah penyembuhan.
Oleh kerana tenaga yang digunakan amat tinggi, maka gelombang tenaga
elektromagnetik yang dibekalkan mampu menembusi sel-sel kulit yang mati
sehingga ia dapat memperlahankan proses penggantian kulit seperti biasa.
Perubatan Holistik juga mampu membekalkan tenaga gelombang elektromagnetik
sehingga sistem imun kulit dapat berfungsi secara semulajadi sehinga mampu
menyahkan melanin yang berlebihan.
Bagi mereka yang mengidap Psoriais kronik sila tinggalkan pemakanan sea food
(makanan laut) atau ikan yang tidak mempunyai sisik, seperti sotong, ketam,
kerang, siput, ikan keli, ikan sembilang, pari, ikan duri, belut dan
seumpamanya. Kerana ikan-ikan ini dikenali sebagai pembersih kekotoran di
laut dan sungai. Haiwan ini juga diciptakan untuk memakan pelbagai jenis bahan
buangan termasuk toksik-toksik yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit
seperti cancer (barah).
Bagi mereka yang sudah mempunyai penyakit Psoriasis, bererti memparahkan lagi
keadaan sedia ada. Manakala dari segi saintifik pula, ikan yang tidak mempunyai sisik
mudah diserang virus (kuman), segala radiasi, toksik dan bahan kimia. Antara hikmah Allah S.W.T. menciptakan
sisik adalah sebagai sistem pertahanan tubuh badan haiwan tersebut.
Ikan tenggiri, kembung, parang, tongkol, bilis dan seumpamanya termasuk jenis yang
bersisik dan boleh dimakan walaupun sisiknya kecil dan sedikit.
Sebenarnya, ikan yang tidak bersisik ini mengandungi logam jenis ‘kadmium’ yang
boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.
Biasanya, kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri,
konduktor elektrik, pembuatan aloi, plastik selain memantapkana baja fostat.
Kandungan kadmium juga dikatakan mampu menyebabkan pemakannya berisiko
menghidap kanser payu dara, kanser prostat dan berupaya melemahkan fungsi hati
dan buah pinggang.
Selain menjadi bahan kimia pengganggu endokrin (EDC), kadmium juga mempunyai
kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah
jika kekuraangan kalsium dan zat besi.
Biasanya rawatan psoriasis di Pusat Perubatan Holistik mengambil masa 6 bulan
hingga setahun. Kerana kami perlu membersih dan membuang hormon streroid, bahan
kimia dan toksid yang selama ini merosakkan sisitem imun kulit pesakit
psoriasis. Jika kesemuanya ini sudah dapat disingkirkan, Insya-Allah pesakit
psoriasis akan menuju ke arah penyembuhan.
Untuk rawatan secara online berkaitan masalah kulit sila klik di sini.
Sumber maklumat dari,