Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

03 Julai 2018

HYPERGRAFIX KINI DI SHOPEE PULA!


HYPERGRAFIX KINI DI SHOPEE PULA!

Haaaa.. Sebelum ni Hypergrafix hanya boleh dijumpai di Instagram, Facebook sahaja.. Tapi.. lepas ni korang boleh cari Hypergrafix di Shopee juga kerana Hypergrafix  kini telah mula memasuki Shopee dan telah menyenaraikan beberapa produknya di Shopee, antaranya ialah Skin PS4 Slim/Fat/Pro dan juga Sticker Skin Go Pro Hero 5 / Hero 6 / Hero 2018 .

Produk-produk Hypergrafix  yang lain seperti Skin Xiaomi, SJCAM, H3R, H8R, H9R InsyaAllah akan dimasukkan juga ke dalam senarai namun perlu mengambil masa sedikit kerana kekangan masa ketyika ini dengan pelbagai aktiviti yang perlu diselesaikan.. Namun sekiranya ada yang berminat untuk melihat design-design yang ada untuk item tersebut.. boleh la terjah FB Page Hypergrafix ye.. terus order disana.. 

Oh ya.. Berita Baik untuk korang.. Sekiranya membeli Skin PS4 di Hypergrafix di Shopee ni, korang boleh dapat Poster percuma sebagai tanda penghargaan.. lawa poster tu tau! hehe.. cepat-cepat grab yea! Oh ya.. Instagram kami masih ON cuma agak slow sikit sebab fokus pada shopee lebih sikit.. 


Ni antara Skin yang ada.. ada dalam 700 design yea.. korang boleh pi cuci mata



Ni Penilaian Pelanggan.. 5 Star tuus semua.. Alhamdulillah


Nak Membeli? boleh je..
KLIK SINI --> 
Instagram :

Facebook Page :



HARRAZ PUNYA CERITA


HARRAZ PUNYA CERITA 

Hari tu Kami buang Alphabet foam kegemaran Harraz tu sebab habis jadi tempat cakar kucing.. dah berhabuk rumah dengan kesan-kesan cakar tu.. So, kami buang.. Tapi kesian.. Harraz dok cari benda tu.. Last2 papa beli yang lain.. Harraz suka buka huruf Alphabet tu dari lantai kemudian bawa dan tunjuk pada kami.. kami pun sebut huruf tu.. dan tak sangka pulak.. rupa-rupanya dari situ harraz mula hafal dan kenal huruf.. Alhamdulillah.. hikmah dia buli papa dan mamanya untuk layan dia sebut huruf yang dia tunjuk ke kami.. huhu.. Tapi bab nombor tu dia belum kenal banyak lagi.. 


Huruf & Nombor Yang Harraz Dah Kenal
Umur ketika ini : 1y 6m ( Jun 2018)

HURUF

B - belum pernah nampak atau dengar dia sebut depan2
C
D - belum pernah nampak atau dengar dia sebut depan2
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
Q - belum pernah nampak atau dengar dia sebut depan2
R
S
T
U
V
W - belum pernah nampak atau dengar dia sebut depan2
X
Y
Z


NOMBOR 


1 - kenal
2
3 - kenal
5
6 - kenal
7
8 - kenal
9 - kenal
10 


PERKEMBANGAN LAIN

- Harraz Pandai Sebut Papa .. tunjuk Papa bila Mama tanya Papa mana.. Tapi bila Papa tanya Mama mana.. dia taknak pun tunjuk mama.. grrrr.. ni yang jeles ni.. huwaaaa.. 

- Kalau Dengar Azan, Dia pun buat ikut azan.. Tapi cara dia la .. 

- Harraz kenal Shoes dah.. nampak shoes sebut shoes.. 


- Harraz sebut bye-bye , beyak , car (tahu bila sebut car dia akan amik car) 


- Nampak sudu dia ambil dan letak dalam cawan/pinggan sambil sebut nyum2 / nom2 .. hahaha


- Harraz tahu Panas tu tak best.. bila dia dekat dengan Iron / atau air panas, kita kata PANASSS dia takut dan jauhkan diri.. 


- Tak Takut Gelap.. Adoii.. Tutup lampu pun masih mengelewor ke tengah ke dapur.. 


- Suka Membebel .. Suka Menyanyi.. Suka Jerit Sirah Comel


- Suka buli Butang n Nyiau.. dah kena cakar, menangis tapi still tak serik lagi..


- Tak boleh tengok mama pakai tudung.. mesti tahu mamanya nak keluar.. dia nak ikottt.. 


- Suka Baling barang mainan kat dapur.. aiyoooo.. yang ni mama tak paham nape.. 


- Pandai Aamiin kan lepas baca bismillah sebeblum minum susu/makan


- Pandai buat gaya bacaan doa tido (tapi belum pandai tadah tangan lagi).. tang hujung tu macam serupa je sebut.. wakakaka


- Suka penyet.. hempap mama dan papa dengan badan dia..


- Suka berdiri atas perut mama or papa


- Suka duduk dan lompat atas perut mama dan papa.. tapi mama seriauu sebab mama kan czer syg uii.. 

29 Jun 2018

GOOGLE ADSENSE DAH TERIMA WEBSITE KITER .. YEAY!!



GOOGLE ADSENSE DAH TERIMA
WEBSITE KITER .. YEAY!!


Congratulations, your AdSense account has been approved to show AdSense ads on your own website. Within a few hours, you will begin to see live ads.
Hai semuaa.. entri pertama selepas raya ni.. hehehe.. tak update lagi gambar-gambar dan cerita semasa raya sebab TB tengah berkejar-kejaran dengan hal-hal lain yang.. adoi pening sat kepala memikirkannya weh.. walauapa-pun, TB rasa bersyukur.. dalam kesibukan dengan macam-macam hal dan masalah.. TB dapat berita best pulak masa buka email hari tu.. huhu.. 

Macam tak percaya je TB bila 6 hari yang lepas TB dapat email dari Google Adsense yang blog TB dah diterima untuk ditepek kan link diorang.. alahai.. dah macam duit raya dari Google Adsense plak TB rasa.. hehehe.. TB memang tak bajet boleh dapat gak merasa jana earning melalui GA (Google Adsense), tengok-tengok ada jugak rezeki TB kat GA ni.. huhu.. Alhamdulillah.. moga dapat kumpul banyak earning dari GA ni.. setakat ni selama 5 hari paste link baru ada 3.27 usd .. Takpe.. pelan-pelan kayuh.. 



Alhamdulillah.. Ada rezeki tambahan dalam ber blog.. boleh la bantu bayar apa yang patut.. cuma nak cashout tu kena tunggu 100 usd ye? TB pun tak pasti.. kalau macam tu.. OK je.. hehe.. sebelum ni pun TB boleh je bersabar nak cashout duit earning dari GA Youtube.. merasalah jugak beli barang mainan dan baju-baju Harraz guna duit tu.. haha.. simptom mak-mak memang gitu.. ada duit beli baranng anak.. sampai barang sendiri pun tertangguh-tangguh beli.. hahaha.. 

Apa-apa Adsense kata walaupun blog TB telah diterima diorang masih akan sentiasa pantau dan review blog TB untuk memastikan blog TB masih mengikut syarat-syarat atau term2 yang diorang dah tetapkan.. serammmmm.. huhu..

ok.. saja nak save the date --> 23 Jun 2018 dapat approve dari Google Adsense, 25 Jun 2018 dah start letak Iklan.. hari yang sama dah jana earning.. bestnya.. Alhamdulillah.. Moga rezeki melimpah ruah tang GA ni.. Aamiinn.. 

Tengokkk.. tu iklannya.. Ada lagi kat bawah-bawah tu iklan-iklan sedang menari.. hehehehe.. Ada info yang TB rasa nak tengok tapi Google dah bagi tahu tak boleh klik iklan sendiri.. nanti kena barn so, TB tak berani la klik.. alahai.. tapi memang nak klik sangat Asia Got Talent tu sebab TB suka gak yang tu.. Takpelah.. demi tak nak Google marah.. baik kita dengar arahan dari akaun kena barn .. fuhh


10 Jun 2018

RESEPI AYAM MERAH MADU SPECIAL





RESEPI AYAM MERAH MADU SPECIAL


Bahan nya nampak macam cukup ni.. boleh la try buat malam ni.. harap rasa dia tak manis.. sebab hubby tak berapa gemar rasa yang manis pada kuah-kuah dan masakan.. kalau pi Kelantan mau dia masak sendiri kot.. hahahaha.. 

Bahan-bahan :
👉1 ekor ayam potong 8
👉4 sudu besar cili kisar
👉2 senduk kecil sos cili
👉1 senduk kecil sos tomato
👉1 senduk kecil madu
👉1 batang serai (ketuk)
👉3 helai daun pandan (diikat)
👉1 labu bawang besar (hiris bulat)
👉Gula
👉Garam
👉Serbuk kunyit
👉Minyak masak
👉1 ketul gula melaka
👉1 cawan air

Bahan kisar :
👉2 labu bawang besar
👉5 biji bawang putih
👉1 inci halia

Cara membuat :
1.Bersihkan ayam dan toskan.Masukkan garam dan serbuk kunyit dan goreng.Tak payah garing
2.Panaskan minyak dan tumis dulu cili kisar hingga masak
3.Masuk bahan kisar,daun pandan dan serai.Tumis sehingga terbit bau
4.Masukkan sos cili,sos tomato,gula melaka,garam dan 1 cawan air
6. Setelah itu masukkan ayam.Masukkan bawang besar dan kacau sehingga kuah pekat sedikit
8.Akhir sekali masukkan madu dan kecilkan api supaya terbit minyak.
9.Tutup bila kuah agak pekat












08 Jun 2018

Dashing 2 in 1 Face and Body Wash : Pelengkap Mandian Si Jejaka


Dashing 2 in 1 Face and Body Wash :
Pelengkap Mandian Si Jejaka 


Haii.. entri kali ni TB nak share tentang mandian yang sangat wangi untuk kaum lelaki.. iaitu Dashing 2 in 1 Face and Body Wash .. hehe.. kaum wanita nak pakai pun boleh.. wahahahaha.. actually ia khas untuk lelaki tapi TB ni memang suka bau Dashing ni.. So, TB pun kadang tumpang sekaki pakai.. hahaha..

Apa yang menariknya mandian ni sangat menyenangkan kaum lelaki betul.. hahaha.. sebab apa tau, sebab ia adalah mandian yang 2 in 1, dua dalam satu tau.. maksudnya untuk mandian dan utnuk muka sekali.. haaa.. ini dia.. Dashing 2 in 1 Face and Body Wash ..



Wangilah bilik air TB nanti sebab encik hubby mandi pakai ni.. huhuhu.. semua ada variasinya yea.. iaitu Variasi Cool dan Hattrick serta Variasi Active dan Ultimate Kick ..


Haa.. dekat TB ni ialah dari Variasi Hattrick dan Active .. Yang Hattrick ni membantu untuk menghidrat dan memutihkan kulit .. Manakala Yang Active (botol hijau) tu pula Untuk mencuci secara mendalam dan juga untuk Detox kulit agar tampil lebih sihat, bersih dan segar bermaya.. cewah.. Tapi kannn.. Dua-Dua wangi wehhh.. macam pakai perfume weh..



Memang wangi macam perfume sebab ia adalah Luxury Shower With EDT Fragrance tau.. Kalau dah Dashing ni jenama perfume popular dikalangan lelaki, dah tentulah baunya kita akan kenal kan.. bau dashing la katakan.. hehehe.. wangi beb!

Haa.. Kalau cik abang-cik abang or pakcik-pakcik or tuan-tuan or encik-encik yang belum pernah try mandian lagi, asik guna sabun wangi aje.. wangi pun tak lama mana.. meh try Dashing 2 in 1 Face and Body Wash  pasti you all suka punya! hehe..

Apa-apa pun jom baca lebih lanjut tentang Dashing 2 in 1 Face and Body Wash di bawah ni untuk buat korang lebih teruja mendapatkan produk terbaik dari Dashing ni.. heh heh heh


Dashing 2 in 1 Face and Body Wash

Dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar jejaka sentiasa berikhtiar untuk memudahkan urusan agar dapat menikmat kehidupan sepenuh termasuk dalam rutin penjagaan harian. Dengan pelbagai produk mandian di pasaran, pilihan semakin sukar. Jangan risau! Dashing 2 in 1 Face and Body Wash terbaru untuk si jejaka dengan formulasi yang direka khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! 

Amalan rutin kebersihan harian dapat mengekalkan kebersihan dan meningkatkan keyakinan diri. Produk mandian yang unggul dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Buih mandian Dashing 2 in 1 Face and Body Wash memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. 

Kaum lelaki moden zaman sekarang mengambil berat tentang penjagaan diri. Membersihkan muka dan badan sebelum menghadapi hari yang mencabar dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak muka yang berlebihan. Manakala membersihkan wajah dan badan pada waktu malam pula akan menyingkirkan semua kotoran yang melekat pada kulit akibat daripada pencemaran, kelembapan dan habuk. 


Oleh itu, untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu, buih mandian Dashing 2 in 1 Face and Body Wash. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam dari muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 




DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki. 


COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin. 




ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. 

Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa. 

ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk

HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta dengan haruman Amber

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian Dashing 2 in 1 Face and Body Wash mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan. 

Buih mandian Dashing 2 in 1 Face and Body Wash boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan. 

Cepat!! jom hydrate dan bersihkan badan korang dengan Dashing 2 in 1 Face and Body Wash! ALL variants are made with EDT Fragance!

TENTANG WIPRO UNZA 

Sejak tahun 1980 WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk kelengkapan rumah di pasaran Asia. Dengan (Mempunyai) ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain-lain. 

Antara jenama terkemuka daripada 24 buah jenama keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN. 

04 Jun 2018

RESEPI PUDING AISKRIM OREO MUDAH DAN SEDAP!


RESEPI PUDING AISKRIM OREO MUDAH DAN SEDAP!


Resepi Puding Aiskrim Oreo, selain no bake cake iaitu cake oreo, TB nak sangat try yang ni.. sebab nampak sedap kan.. sape tak suka kek rasa oreo tu kan.. TB pun teringin nak buat.. apa-apa pun bahan kenalah ada.. takpe.. nanti harraz dah besar dan boleh makan manis-manis dah (masih dikawal) mama boleh buatkan.. apa-apa pun tepek resepi kat sini dulu.. resepi mudah yang menggunakan Biskut Oreo, Aiskrim, Susu cair dan agar-agar sebagai bahan asas, resepi yang pasti menjadi kegemaran keluarga. 

Masa Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 20 Minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 20

Bahan-Bahan:
1 paket agar-agar tali
1 tin susu cair
1250 ml air
100 gram gula
2 biji telur (xnak letak pun xpe, letak 1 biji pun boleh)
1 bungkus biskut Oreo (Packing yg harga RM2.90)
Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
sedikit esen vanila (nak hilangkan bau hanyir telur. kalau, kalau tak letak telur tak payah bubuh esen)


Cara Penyediaan:
Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dengan api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
Oreo dikisar dalam pengisar kering.
Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
Bolehlah kemudiannya disejukan dlm acuan ataupun loyang
Dah beku bolehlah dipotong2 , makan sejuk2 lagi sedap

RESEPI KEK BATIK MUDAH DAN SEDAP!


Resipi Kek Batik Mudah dan Sedap!


Resipi Kek Batik, Haa.. TB teringin nak try buat kek batik ni.. sebab simple je cara buatnya kan.. Tapi kena la beli bahan-bahannya dulu.. Setakat Milo dan Buttercup tu selalu la TB ada stok .. tapi serbuk koko dan biskut marie tu la pulak nak ekna beli.. huhu.. nak pesan kat hubby kang hubby pot-pet pot-pet lak.. hemm.. order onlien boleh tak? hehehe..

Oh ya.. bagi sesiapa yang belum pernah dengar atau rasa kek batik ni, kalau nak tahu Kek batik adalah dessert yang sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa pun. 

Ada 2 jenis resipi kek batik iaitu menggunakan telur atau tanpa telur. 

Kalau resipi yang banyak telur, salutan kek batik agak kenyal dan tidak melekat. 

Jika tanpa telur pula, salutan coklat akan sedikit melekat perlu direhatkan semalaman di dalam peti ais sehingga set atau beku kemudian baru dipotong kepada kiub kecil dengan cantik dan kemas untuk dihidangkan. 

Boleh tabur chocolate rice atau kekacang yang korang suka di bahagian lapisan paling atas sebelum disejukkan semalaman untuk lebih kelihatan cantik dan menarik.

Haaa.. TB dengar senang je nak buatnya tapi TB nak juga tepek resepinya kat sini.. Resepi ni dari Che Nom .. Haa... boleh la cuba lepas ni.. kornag pun jom lah try.. Selamat mencuba :)

Masa Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit

Jumlah Hidangan : 5 orang

Resipi Kek Batik
Bahan-Bahan: 
1 pek biskut Marie 
250g mentega/butter 
200g serbuk Milo 
3 sudu besar serbuk koko, ayak 
3/4 tin susu pekat 

Cara Penyediaan: 
Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8"x8". 
Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair. 
Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati. 
Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas. 
Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis. 
Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan. 

Tips 
Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza. 





RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG NENAS




RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG NENAS

Yang ni antara gulai lemak kegemaran TB, ada nenas tu buat ada rasa manis-manis masam kuah lemak tu.. hubby pun suka.. tapi jarang buat sebab jarang beli nenas dan jarang beli udang.. huhu.. kat rumah ni banyak makan ayam dan daging serta ikan aje..  sotong dan udang kadang-kadang ikut mood hubby nak beli bila.. hehehehe.. 
Bahan-Bahan :
👉1/2 kilogram udang

Bahan untuk di kisar :
👉4 ulas bwg merah
👉3 ulas bwg putih
👉1 ½ inci kunyit hidup
👉15 biji cili padi

Bahan-bahan lain :
👉Garam dan gula
👉2 batang serai
👉3 cawan santan
👉1/2 biji nenas dipotong ikut kesukaan

Cara membuat :
1.Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama
nenas,santan dan serai,masak sehingga nenas lembut

2.Sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak.Masukkan garam dan gula secukup rasa

3.Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras
Tutup api dan hidangkan.












28 Mei 2018

Resepi Tepung Pelita Simple


Resepi Tepung Pelita Simple

Haa.. Ini resepi terakhir TB share.. TB dah jumpa sebenarnya resepi Tepung Pelita yang TB cari tu.. senang sangat nak follow tau.. nanti TB up gambar Kuih Tepung Pelita yang TB dah try buat tu.. tapi versi moden tau.. tak dak daun pisang.. yang penting..  sedapp.. puas makan wooo.. hehehe.. 


Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan gula
• 5 cawan air
• 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
• 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
• 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
• sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.

4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.

7. Sejukkan




27 Mei 2018

RESEPI TELUR DADAR GEBU GEBAS!!!


RESEPI TELUR DADAR GEBU GEBAS!!!

Haa.. Ni TB nak share tentang cara nak buat Telur Dadar gebu Gebas versi hubby.. haa.. sebenarnya dah tahu cara ni tapi tak buat pun.. sebab rasa macam pelik je.. tapi akhirnya try jugak la buat hari tu.. memang berbeza tekstur dan rasa dia.. terus TB pun asik ikut je la cara ni.. letak mayonis atau perahan limau.. Tapi perahan limau tu TB tahu dari internet.. hubby kata pelik.. huu.. entah apa-apa lah kan.. kiat nak try petua baru asik kena kondem aje kan.. huhu.. nasib la.. nak buat camne.. kita bukan chef.. haha..

Ok.. ni TB tepek gak petua atau tips nak bagi telur dadar gebu versi internet punya TB google tadi.. haha.. meh la tengok.. bagi yang dah tau tu senyap-senyap sudah la yea.. kih3.. 

 


RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI MUDAH DAN SEDAP!

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI
MUDAH DAN SEDAP!


Siakap 3 Rasa Versi Hubbymiaw.. huhu .. berbuka puasa hari ke 3 hari tu merasa air tangan hubby .. Siakap 3 rasa yang bahan tak kedekut lansung sampai tak nampak ikannya.. hehehe.. sedap.. alhamdulillah.. abes semua TB makan.. hubby buat Telur Dadar Gebuss sekali.. TB lak buat air teh thai cincau dan Kailan Ikan Masin je.. Alhamdulillah.. . psst.. Teman ni pi gatai tangan letak daun sup banyak2 dan beso2 lak tu.. udah nampak semak ikan tu.. adoii

apa-apa pun jom kita tengok resepi yang hubby TB gunakan untuk masak Siakap 3 Rasa ni.. sedap!! licin pinggan TB yang sental Siakap tu.. heee.. 


Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai Mudah dan Sedap!


BAHAN-BAHAN

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI


Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap - kelar dan lumur garam kunyit
Tepung jagung - dilumur pada ikan
Minyak - untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:
4 ulas bawang putih - ketuk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - ketuk
Bunga kantan - dihiris halus


RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan - tak letak
Sedikit minyak bijan - opsyenal

Bahan bahan Lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu - opsyenal
Kiub nenas dalam tin - opsyenal
3-4 helai daun limau purut - buang tulang
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajino-moto secukup rasa (tak letak)

Cara cara:
Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.


RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. Saya tidak goreng terendam kerana nak jimat minyak.

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai. 

Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar.

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.




Owner Resepi : 










23 Mei 2018

RESEPI POPIA GORENG SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI POPIA GORENG SEDAP DAN MUDAH!


Sedapnya Popia Goreng .... jom buat untuk berbuka puasa ni untuk makan dengan family... memang padu... pedas rangup... lembut semua cukup.... tak yah pergi pasar malam or bazar Ramadhan dah.. 

Amboih.. Ayat kat atas ni.. buat orang terliur je kan.. dengan gambarnya yang.. adoiii.. salah satu kegemaran TB dan hubby ni tauuu!! nak buat dia senang je rupanya.. yang ni la resepi mudha yang TB cari.. cuma.. nak cari kulit popia tu je la.. dengan taugeh.. huhuhu.. hemm.. nyum2.. kalau ada sengkuang pun elok jugak ni.. hehehehe.. 

Jom tengok Resepi Popia Goreng Sedap dan Mudah ni! kot korang pun nak cari resepi ni.. hehehe.. leh buat untuk berbuka nanti.. 

Resepi ( sambal)
20 bji cili kering (di blend)
1/2cawan sos cili
3 cawan gula
1 sudu garam
1/2cawan air
Satukan semua masak sampai pekat berkilat... sejukkan..

Popia...
Kulit popia brand kg
Tauge mentah
Tepung gandum (untuk bagi lekat kulit popia)

Untuk kekal rangup...pastikan popia yang telah di goreng, betul-betul sejuk.. sebelum di gaul dengan sambal..


Kredit Resepi : Mohd Zuhri Zuhri


Resepi Teh Ais Cincau KAW & PIAW



Resepi Teh Ais Cincau KAW & PIAW

Hemmm .. dah 2 hari TB buat Air Teh Cincau ni.. Tapi macam ada yang kurang je.. Tetiba tadi ternampak pulak Resepi Teh Ais Cincau KAW & PIAW ni.. Aikk ada letak Bahan tambahan rupanya.. menarik untuk dicuba.. mungkin sebab tu yang buat sedap tu kot kan.. So, TB nak try esok buat Teh ni lagi.. ada separuh lagi baki cincau dalam peti sejuk tu.. Nak buat hari ni tak boleh sebab TB sedang merasai perut kembung sebab minum teh banyak sangat wehh.. adoi.. ni menahan je ni.. asik tutttt aje.. kembung perut sebab tak berhenti minum teh cincau tu semalam dan kelmarin.. hambik kau.. huhu..hari ni nak relax.. minum air suam balik.. Memang itu je minuman TB sebelum ni.. cuma lupa diri pulak time ramadhan ni.. nak minum bergula saja.. ampunnn.. tak nak baut dah (yeke) ..

Apa-apa pun jom tengok Resepi Teh Ais Cincau KAW & PIAW yang unik ni.. haha.. unik la bagi teman sebab tak pernah try dan rasa lagi.. hehehe.. 

Resepi Teh Ais Cincau KAW & PIAW

Pekena time waktu berbuka puasa nie memang betul-betul kaw... Buat sendiri lagi bagus. Boleh minum seberapa banyak yang kita nak.. lepas tu kembung perut macam TB jangan salahkan TB yea.. hahahaha.. adeh.. peruttttttt.. 

Bahan-bahan:
1. Teh serbuk 
2. Susu full cream
3. Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
4. Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
5. Cincau

Cara-cara:
1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana. 
4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.


kredit :
Resepi Ibu


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers