Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

24 Disember 2019

5 Best Restaurants in Kuala Lumpur, Malaysia


5 Best Restaurants in Kuala Lumpur, Malaysia

Ketika TB sedang menaip entri ni, kelihatan hujan renyai-renyai diluar sana, perut pula berkeroncong lapar kerana cuaca hujan yang sejuk ni. Mulalah mencari something yang boleh mengenyangkan perut ini. hehe ..

Apa yang seronoknya di Kuala Lumpur ni tidak susah nak makan yang sedap-sedap, cari je kat Google dah boleh jumpa banyak restoran-restoran yang menyajikan hidangan yang menyelerakan mengikut selera kita..

Disebabkan dah jemu dengan makanan masakan sendiri, TB pun survey lah tempat-tempat makan / restauran yang best-best kat Kuala Lumpur ni.. Banyak sangat restauran yang menyediakan pelbagai pilihan menu makanan yang nampak menyelerakan.. Haaa.. Kat bawah ni TB kongsikan 5 Best Restaurant near me yang boleh korang cuba juga nanti.. 

19 Disember 2019

Master Pasto Instant Spagetti | Panaskan 3 Minit, Kemudian Makan!


Master Pasto Instant Spagetti |
Panaskan 3 Minit, Kemudian Makan!


Zaman sekarang ni semua orang nak mudah belaka, sebab semuanya sibuk dengan aktiviti dan rutin harian masing-masing, ada yang bekerja tu terlalu sibuk sampai tak ada masa nak keluar makan, kadang berlapar la sampai petang.. fuh.. tak boleh macam tu.. nanti datang penyakit gastrik pulak kan.. Kalau zaman moden macam ni.. banyak sangat cara mudah nak pastikan perut terisi ikut time walaupun dalam kesibukan melanda kan.. Haaa.. boleh je order online.. guna delivery tu ke kan.. banyak cara..

Tapi kalau dah memang malas nak online dan terlalu sibuk sangat, apa kata buat stok je Master Pasto  Instant Spagetti ni haa.... Standby kat ofis siap-siap.. Kalau lapar, makan je ni.. nak sediakan pun senang,  Sedap pun sedap.. kenyang pun kenyang.. hehe.. baru la produktif sikit kerja tu.. hehehe..

Bagi TB  Master Pasto Instant Spagetti ni sesuai sangatlah untuk mereka yang sibuk dan malas nak keluar beli makanan.. Mana taknya.. mudah sangat nak makan.. hanya 3 minit je dah siap Spagetti kegemaran korang! cuma perlu panaskan sahaja dua pek Flexy Packy yang tersedia di dalam setiap kotak spaghetti pilihan korang sama ada Bolognese, Aglio Olio atau pun Carbonara kemudian ngap ajeee.. hehe..

Master Pasto adalah produk yang ready to eat dan selamat dimakan. Ia mempamerkan bahan-bahan semulajadi yang digunakan dalam hidangan pasta yang lazat, yang tidak mengandungi MSG, tiada pengawet dan tiada penyejukan yang diperlukan, dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk memanaskan semula. Paling penting, ia adalah produk HALAL

Master Pasto adalah hidangan gred restoran yang lazat yang dibuat dari bahan-bahan segar, serta disediakan oleh the most talented chefs in Malaysia Utara yang sangat memudahkan dan mengikut citarasa korang.


Dalam setiap kotak Master Pasto , ada dua pek kedap udara / Flexy Packy  yang dibungkus secara teknologi terkini yang selamat dan berkualiti di kilang Lioco Food Industries Sdn Bhd. Ia mengandungi sebungkus spaghetti dan satu lagi adalah kuah atau sos pilihan korang. Dan jangan tak percaya dalam pek sos tu terdapat isi ayam dan juga cendawan yang telah siap di masak. Spaghetti juga telah siap di rebus , jadi mudah sangat korang cuma panaskan sahaja mengikut dua kaedah iaitu letak dalam air panas mendidih selama 3 minit atau panaskan je dalam microwave ..

"Just heat and eat!"

Haaa... Senang sangat cara nak sediakan.. Hanya Panaskan dan Makan.. Hai lahh.. kalau gini pun rasa susah lagi nak makan tak tau laaaa.. hehehehe.. apa-apa pun bagus inovasi camni kan.. dulu pernah makan bubur yang packaging macam ni lah untuk tentera-tentera.. Sekarang ni kalau ada jenis macam ni boleh la cadangkan pada diorang gak kan.. dapat la makan spagetti dalam hutan.. kann.. 


Haaa.. Sebelum ni Master Pasto keluarkan packaging original diorang dalam bentuk Pek Ekonomi, tapi sekarang dah ada Convenience Pack pulak... Mudah sangat sebab ia didatangkan  sekali dengan bekas untuk kita terus makan je dalam tu, tak perlu cari pinggan dah.. hehehe... 

Cara nak sediakan pun mudah jugak.. lebih kurang sama je dengan pek ekonomi tapi yang ni tak perlu rendam dalam periuk yang berisi air panas.. hehehe.. boleh tengok arahan dibawah ni ye..


Cara Sediakan 
Master Pasto Instant Spagetti 
Convenience Pack

Cara 1 : 
Guna Air Panas Mendidih (Boiling Water)

1. Tuangkan Air Panas Kedalam Bekas dan rendam kan Flexy Packy. Tutup Bekas dengan penutup dan biarkan selama 5-7- minit . 

2. Buang air panas kemudian buka Flexy Packy dan tuangkan spagetti dan sos ke dalam bekas .

3. Gaul sehingga sebati dan sedia dihidangkan .

Cara 2 :
Guna Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave)

1. Buka Flexy Packy dan tuangkan sos dan spagetti ke dalam bekas

2. Masukkan ke dalam Microwave selama 1-2 minit dalam suhu yang tinggi

3. Gaul sebati dan sedia dihidangkan !


Master Pasto adalah ready-to-eat dan selamat yang mengandungi semua bahan semulajadi yang digunakan dalam hidangan pasta yang lazat, yang tidak mengandungi MSG, tiada pengawet dan tiada pembekuan yang diperlukan, dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk dipanaskan semula. Paling penting, ia adalah produk HALAL.








A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on


Sesuai untuk mereka yang suka travel tu, haa.. inilah masanya nak makan sedap-sedap dan tak perlu risau status halal dia sebab memang dah confirm halal kan, tak lah susah nak mencari tempat makan halal kat luar negara tu sebab dah ada something like this yang sangat memudahkan kita.. betul tak?

Dibawah ni TB dah snap gambar 3 range spagetti Master Pasto yang TB dah try hari tu tu.. hehe.. dalam banyak-banyak ni.. semua sedap dan Ok rasa dia.. Tapi TB macam suka yang Mushroom tu.. hehehe.. Haa.. gambar kat bawah ni Mushroom la tau.. sedap..  pek dia kaler purple..




Yang bawah ni pulak Spagetti Bolognese.. Pek dia kaler Merah.. 
Biasa makan yang ni kalau buat kat rumah.. Sedap!




 Haaa.. yang akhir sekali TB try .. Spagetti Aglio Olio macam kat dalam gambar bawah ni .. 
Pek dia kaler hijau tu tau.. 



Haa.. kalau yang suka berkhemah dan travel tu, senang bawak benda ni.. Kalau takde microwave, boleh je panaskan dengan cara rendamkan dua-dua pek ke dalam air panas mendidih. Lepas 3 minit .. buka dan letak dalam pinggan.. hidangkan!
TB suka ketiga-tiga sekali yang TB dah try ni.. Ia adalah hidangan paling cepat, paling mudah dan selamat untuk seisi keluarga. Untuk yang tiada masa nak masak-masak tu.. boleh la try dan untuk yang suka travel tu.. sesuai sangat bawak ni sebagai makanan spare kalau malam-malam lapar or malas nak keluar cari makan kan.. kadang tempat nak cari makan pun susah sebab yang halal punya susah nak jumpa kalau kita kat luar negara.. betul tak.. so, ini sangat ideal untuk korang.. #MasterPasto



Dapatkan Master Pasto sekarang!! 

Jom dapatkan Master Potato korang sendiri di :

- KK Mart
- Hero Market
- Jaya Grocer (Penang)
- Billion Group
- KSUtama
- Urban Retail
- Jazco Speedmart

Untuk List Penuh Kedai Yang Ada Menjual Master Pasto, boleh tengok di link ini yea.. pilih lokasi berdekatan: http://bit.ly/MasterPastoStoreLocator
Layari Website dan instagram :


Website: 

Instagram: 

Facebook: 


Kilang pengeluar Lioco Food Industries SDN BHD beralamat di : 

11, Lengkok IKS Simpang Empat 1, 
Taman IKS Simpang Empat, 14100 Simpang Ampat,
Pulau Pinang, Malaysia.

Hubungi talian : 
+604-502 3230


#3MinuteWonder #InstantSpaghetti #MasterPasto #JustHeatandEat #3MinuteMeal #LiocoFood #MalaysiaSpaghetti #MPAglioOlio #MPMushroomCream #MPBolognese

13 Disember 2019

Tudung Sekolah Anak Murah-Murah di Website : Tudung Si Comel


Tudung Sekolah Anak Murah-Murah
di Website : Tudung Si Comel


Cuti persekolahan dah tinggal separuh ni.. dah nak dekat buka sekolah dah.. ada ke ibu-bapa yang belum sediakan peralatan dan pakaian sekolah anak-anak? haaa.. kalau ada masih ada masa lagi nak lengkapkan semua tu..

Tapi hari ni TB nak share tentang tudung sekolah anak-anak. Kalau tak tau dan rasa macam susah nak keluar mencari tudung sekolah anak-anak, TB cadangkan korang beli je dekat website Tudung Si Comel   . Just dihujung jari je.. lepas tu tunggu barang sampai.. hehehe.. 

Dengan adanya tudung sekolah by tudung si comel ni, ibu-ibu tak perlu risau dah nak cari tudung yang selesa dan berkualiti untuk anak-anak.

TB suka je tengok anak-anak perempuan yang dah start bertudung ke sekolah start dari awal lagi.. Bagus sangat ibu bapa diorang dah ajar anak bertudung dari peringkat sekolah lagi.. nanti dah besar mereka akan terbiasa dan akan bertudung lebih sempurna..

Anak saudara TB pun ada yang masih kecil dah diajar cara bertudung dengan betul.. alahai.. comel je tengok tau.. kadang nampak macam dah dewasa je diorang ni.. mahu pulak dengar kata ibu diorang.. bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.. Alhamdulillah.. itu yang kita mahukan sebenarnya kan.. Moga TB pun kalau ada anak perempuan.. dapat buat yang terbaik untuk diorang.. Aamiinn..

Eh termelalut panjang pulak.. haa.. jom tengok antara tudung yang ada dijual di website ni :


Pelbagai pilihan size
RM19.90



Tudung Sekolah Pengawas Awning Lembut
Pelbagai size ditawarkan.
RM19.90




Tudung Sekolah Kuning Awning Lembut
Pelbagai size ditawarkan
RM19.90




Panduan Pemilihan Saiz Tudung

Tudung ini dihasilkan dengan 3 saiz utama iaitu saiz bayi, saiz xs, dan saiz ss .

Size Bayi sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 1 tahun setengah. Model si adik kita berusia 1 tahun 6 bulan. Lilit muka: 16 inci dan Labuh dari dagu: 10 inci.

Size XS sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 5 tahun. Model si adik kita berusia 5 tahun. Lilit muka: 18 inci dan Labuh dari dagu: 12 inci.

Size SS sesuai digayakan oleh kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 8 tahun. Model kita berusia 6-7 tahun. Lilit muka: 20 inci dan Labuh dari dagu: 14 inci.

Kalau ikutkan banyak lagi pilihan tudung dengan label My Love ni, dan designnya pun pelbagai juga bukan setakat tudung kosong ya! 



Kenapa Pilih Tudung Yang Ada Awning?
Mungkin bagi sesetengah ibu bapa yang belum mempunyai anak perempuan atau ingin hadiahkan tudung yang cantik dan selesa ini kepada anak buah atau atau anak sahabat handai, tudung ini sangat sesuai digunakan untuk kalangan kanak-kanak yang baru belajar nak pakai tudung.



Dengan awning pada tudung, tudung yang dipakai akan kelihatan lebih kemas, terletak dan selesa apabila dipakai.Ia berbeza dengan tudung yang tanpa awning yang akan menyebabkan rambut mudah terkeluar dari skarf, mudah tertanggal dan mudah longgar hingga kadangkala menutup dahi dan mata anak kecil yang lasak.haha.Betul apa..:)












REVIEW DARI IBU BAPA YANG DAH BELI

Orait, jika ada kawan-kawan korang yang mencari online shop tudung kanak-kanak, bolehlah korang reccomendkan online shop Tudung Si Comel ini.

Terima kasih luangkan masa baca entri ini dan semoga korang  dapat manfaat dari perkongsian ini-
Sampai jumpa lagi..:)

ORDER DISINI :






11 Disember 2019

CARA NAK RENEW DOMAIN DI GB NETWORK


CARA NAK RENEW DOMAIN DI GB NETWORK

yaaa.. dah lama sebenarnya nak buat entri ni.. tapi kemalasan melanda.. dan disebabkan malas itu juga tiap-tiapkali nak renew menggagau cari cara nak renew.. hahahaha.. Lepas dah nak masuk 4 tahun ber domain ni, barulah tergerak hati nak bnuat entri ni.. bukan sebab apa pun.. tapi sebab nak bagi diri ni ingat balik cara nak renew.. Almaklumlah.. setahun sekali renew.. lupa dah step by step dia.. hahaha.. memory lost sekejap.. Tu baru renew setahuns ekali.. cer kalau 2 tahun sekali.. lagi la kelaut wehhhh.. hahaha.. pelupa sangat dah ni..

Ada juga bercadang nak renew untuk 2 tahun sekali.. tu yang buat entri ni.. kot memang tahun 2021 nanti TB ada rezeki lebih nak renew untuk 2 tahun terus kan.. boleh la rujuk entri sendiri ni.. hahaha..itupun  kalau sistem dalam GB network dan paparan dia sama lagi pada tahun berikut tu kan.. hehe..

TB renew awal tahun ni (awal 2 bulan) sebab TB risau terlupa dan takda kemudahan internet masa tu nanti, sebab masa tu mungkin TB berada kat kampung so macam susah nak renew nanti sebab alatan tak cukup.. laptop dan internet sudah semestinya kan.. hehehe..

So, tahun ni renew domain tanpa tunggu notis renew dari GB Network lah TB... hehehe.. Selalunya GB Network akan email ke kita untuk ingatkan kita tentang domain kita yang akan expired dalam masa 61 hari.. So, Kita tak lah risau kalau terlupa tarikh renew tu kan sebab GB Network memang akan send email ingatkan kita..

Macam kat bawah ni.. email yang TB dapat setiap kali nak dekat due untuk renew domain.. haaa.. Kalau rasa takde hal apa-apa boleh je renew lambat sikit, lagi sebulan ke.. atau beberapa minggu sebelum tarikh due tu ke.. ikut suka korang.. kalau rasa macam ada hal penting je dalam bulan-bulan ke depan tu.. dan takut terlupa kerana kesibukan harian.. korang boleh je renew awal macam TB buat ni.. Tapi tarikh tetap sama jugak ye untuk renew yang akan datang.. macam TB ni lah.. sepatutnya due 18/2/2020 tapi TB renew hari ni... 11/12/2019 lagi 2 bulan nak ke tarikh due tu..

Tapi tarikh pada rekod kita masih lagi tertera 18/2/2021 .. tak berubah tarikhnya.. cuma tahun je berubah.. hehe.. takpelah camtu kan.. senang ingat.. kalau bertukar-tukar tarikh nanti pening pulak .. dah la pelupa tahap gaban.. kih3

Haaa... Cara nak renew dia.. senang sangat.. boleh tengok kat bawah ni yea.. Kalau nak senang, korang renew je dekat link yang GB Network sertakan dalam email peringatan renew domain tu.. sebab dari situ kita akan terus dibawa ke laman sepatutnya.. terus ke client area iaitu tempat dimana kita kena login dan buka akaun kita.. lepas tu dah boleh terus ke step seterusnya.. haaa.. taklah kau menggagau nak klik itu ini lagi kan.. 

Apa-apa pun lega dah rasa hati TB ni.. dah renew.. hehehe.. boleh tidur dengan tenang dah.. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki untuk terus memberi kesinambungan pada blog kesayangan TB ni.. 

Eh.. Takpelah.. taknak melalut.. korang tengok la step step cara nak renew domain melai GB Network ni yea.. Goood Luck yeee.. 


CARA NAK RENEW DOMAIN DI GB NETWORK


Macam TB kata tadi.. Nak senang, korang buka email yang GB Network hantar untuk bagi peringatan due domain kita tu, lepas tu baca ayat bawah ni, sampai jumpa link dia bagi tu.. Klik situ je.. 

"To ensure the domain does not expire, you should renew it now. You can do this from the domains management section of our client area here: https://secure.gempakbox.net/ "



Nanti akan terpapar skrin ni.. 



Klik dekat DOMAINS tu.. 




Tengok kat bahagian Next Due nak tau bila expired domain 



Klik dekat belah kiri tu ada tulis RENEW




Pilih 1 years @RM45.00 then klik Add To Chart , Kalau untuk 2 years RM90.00, boleh pilih mana-mana ikut bajet dan kesenangan korang.. then lepas tu tengok dekat Dekat Order Summary akan automatik terpapar RM45.00 , kemudian klik View Cart 


Dia akan paparkan berapa jumlah amaun kita kena bayar, kemudian kat bawah tu korang pilih lah cara bayaran samada secara Bank Transfer atau Online Bank Transfer/ Card Credit (MOL Pay) atau lain-lain cara yang dinyatakan diatas.. Macam TB, TB pilih Bayar melalui Online Bank Transfer yang MOL Pay tu.. senang.. Lepas tu klik SUBMIT ORDER 



Lepas tu dia akan keluar macam ni.. so.. dah berjaya lah .. hehehe.. Tunggu email confirmation masuk.. tak lama pun nak kena tunggu.. dalam beberapa minit dah selesai.. 



Yeahh akhirnya dah renew domain untuk 2020 .. lepas ni tunggu 18/2/2021 plak la untuk renew.. tak sangka.. TB dah guna domain ni start dari 2016.. dah nak masuk 4 tahun.. 

Dulu TB bayar rm30 je masa daftar tu.. yelah masa tu pun tahun bila kan.. 2016.. sekarang dah nak masuk 2020, mesti lah dah naik harga kan.. hehehe.. dibawah ni korang boleh tengok price untuk domain-domain mengikut popular.. haa.. popular camne tu.. itu jangan tanya.. TB tak reti nak jawab.. 



DOMAIN ikut bajet yang korang boleh pilih :




Haa.. buat blogger yang masih belum ada domain tu.. kot berminat nak mendaftar domain sendiri.. boleh la register dengan GB Network ni.. Bagi TB setakat ni TB berpuas hati dengan GB Network.. Nak renew pun mudah je step step dia.. So.. Kalau terasa nak ubah Blogspot ke domain Dot Com ke Dot My ke.. Boleh la klik link dibawah ni yea.. 






05 Disember 2019

REZEKI MENANG GIVEAWAY ANJURAN SIFU HASRUL HASSAN


REZEKI MENANG GIVEAWAY ANJURAN SIFU HASRUL HASSAN


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat.. Dalam dok sibuk berkemas rumah dengan stress bagai sebab nak pindah, tiba-tiba dapat Rezeki telah terpilih sebagai Pemenang Hadiah Giveaway Akhir Tahun hasrulhassan.com. 

Tak sia-sia TB join Giveaway Akhir Tahun hasrulhassan.com ni ritu.. Sebenarnya TB tak terlalu mengharap untuk menang tapi TB mencuba juga sebab dah lama tak join giveaway-giveaway ni.. Dan TB memang pengikut setia blog Sifu HH ni.. banyak dah ilmu dapat melalui blog sifu HH.. so, apa salahnya TB pun turut memeriahkan lagi Giveaway anjuran sifu HH ni kan..


Dapat Hadiah berupa Wang Tunai RM100 & Template Premium Blogspot bernilai RM50 Dari Sifu HH a.k.a  Hasrul Hassan .. Terima kasih Sifu Hasrul Hassan Semoga dilimpahkan rezeki lebih luas sebab anjurkan giveaway ni.. thsnk you again..

Sebelum ni memang berniat nak tukar template pun untuk blog ni.. dan dalam proses meninjau-ninjau template yang sesuai.. 

Ingat nak try pasang sendiri template nya nanti tapi disebabkan tengah struggle kejar masa nak pindah rumah.. dengan packing barang lagi.. nak settle hal kereta dan macam-macam lagi.. so TB pilih untuk upah blogger Zaza Iman je untuk edit blog TB ni..  heee.. memang selalu mintak dia yang buatkan.. mujur zaza ada masa kelapangan.. 

Dalam dok sembang-sembang tu,  time nak pilih-pilih template, zaza ada jugak bergurau.. taknak tunggu keputusan Giveaway Sifu HH ke, kot menang leh guna template tu.. template premium tuuu.. 

Huhu.. TB pun jawab.. Alamak.. ada peluang ke nak menang? Ramai yang join Giveaway tu.. huhu.. 

Zaza kata, mana tahu rezeki.. hehe.. Alih-alih.. menang jugak.. Alhamdulillah.. masin mulut zaza.. syukur.. 

TERKEJUT DAPAT MESSENGER DARI SIFU HASRUL HASSAN

Masa baca mesej tu TB tengah packing barang lagi.. walaupum dah agak lewat TB baca mesej tu  laju je TB reply.. tak sedar time mesej tu pukul berapa.. Huhu.. punya excited nya bila dapat tahu menang.. hee.. 

Mula-mula TB ingatkan hadiahnya salah satu.. maksud TB antara wang tunai rm100 atau dapat template premium bernilai rm50 .. rupa-rupanya dapat dua-dua.. Alhamdulillah rezeki sangat-sangat dikala saat memerlukan.. syukur.. 

Terima kasih sifu Hasrul Hassan atau lebih mesra TB suka panggil Sifu HH .  heee.. Sekali lagi TB doakan moga Allah limpahkan rezeki berganda buat sifu HH kerana menganjurkan Giveaway ini.. Aamiinn...

Yeahhh.. tak sabar nak tengok blog berbaju baru.. hehe.. 


22 November 2019

Giveaway Akhir Tahun - Hasrul Hassan.com


Giveaway Akhir Tahun - Hasrul Hassan.com

Haii.. Assalammualaikum semua.. petang-petang gini TB nak ngajak korang sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan oleh Sifu Hasrul Hassan a.k.a Sifu HH... TB pun baru tahu ni.. hehehe.. tadi saja dok godeh-godeh blog.. tetiba tak faham sesuatu.. mula lah meng "skodeng" blog Sifu HH ni.. Perbuatan TB ni memang dah lama pun.. skodeng info-info penting dekat blog Sifu HH ni.. hehehe.. Banyak jugak lah ilmu yang TB dapat dari Blog Sifu HH ni..

Kadang-kadang kalau tak faham.. TB akan terus direct pm sifu HH untuk mintak tunjuk ajar.. Alhamdulillah.. Walaupun sifu HH ni antara Blogger Otai dan Power, beliau tak kedekut ilmu utnuk berkongsi apa yang dia tahu tentang blog... TB pulak malu sebab asyik lah bertanya itu ini.. haaha.. Sebab almaklumlah.. kita ni lambat pickup orangnya.. hahahaha... Kesian Sifu HH nak menjawap bermacam soalan.. 

Oh ya.. cerita pasal Sifu HH ni, TB rasa mula kenal sejak TB mula berblog..  Sifu HH ni ialah seorang penulis blog aktif sepenuh masa sejak 2010 dan TB pula pada 2012 baru start berblog.. Masa tu memang tengah explore cara nak up kan blog yang baru nak hidup ni.. banyak tips-tips yang Sifu HH kongsikan di blog beliau.. So, kadang rasa sangat memudahkan TB yang tak berapa pandai main coding-coding html  blog apa ke nama nya entah.. hahaha.. 

Sebelum ni TB ada juga menulis tentang Sifu HH ni.. memang dari dulu menjadi Sumber Inspirasi TB sebenarnya.. Nak baca entri tu boleh lah klik disini yea.. ada dua entri yang TB pernah tulis untuk sifu HH ni.. sebab menghargai setiap sokongan dan galakan beliau dalam membantu blogger-blogger yang memerlukan bantuan dalam dunia Blogger ni.. Jom baca entri SINI dan SINI ..

Sifu HH ada blog lain.. bukan satu je tau.. hehe.. kalau nak tahu kena lah pi singgah blog Sifu HH untuk tahu lebih lanjut.. godek-godek sikit blog beliau tu.. ada macam-macam info korang boleh dapat tau..

Haa.. TB sebenarnya nak ucap terima kasih sangat dekat Sifu HH sekali lagi sebab Blog TB banyak guna tips dan maklumat yang TB dapat dan praktikkan dari blog Sifu .. Semoga dimurahkan rezeki selalu buat Sifu HH sekeluarga,, Aamiinn..

Haaa korang.. Ni TB nak ajak korang join Giveaway Sifu Hasrul Hassan ni.. moh la kita join ramai-ramai yea.. hehehe.. 

Jom Join! Klik Sini --> 

21 November 2019

DAGING SAMBAL TEMPOYAK GORENG



DAGING SAMBAL TEMPOYAK GORENG


Bahan-bahan:
Daging setengah kilo
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 5 ulas, 
Cili api ikut suka nak pedas ke tak .. tumbuk kasar, 
Tempoyak 1 senduk..
Minyak masak secukup nya untuk menumis..


Cara-cara:
Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.. 
masukkan Tempoyak tumis sampai naik minyak.. 
masukkan daging.. masukkan air untuk lembut kan daging..
goreng sampai empuk dan pecah minyak.. 
masukkan Kacang botol.. 
garam gula secukup rasa tekak sendiri.. 
Done

Kredit resepi: 
Sue Rosayu Ahmad



20 November 2019

Resepi Mee Kari Chinese Style Sedap dan Mudah!


Mee Kari Chinese Style

Ya Allah.. terliurnya tengok.. teringat balik zaman anak dara dulu, kalau tiba je time raya.. TB akan buat Mee Kari dan Bihun Sup.. Memang kalau tetamu mai mesti tanya mee kari dan bihun sup TB sebab diorang dah tau dah.. kat rumah tu kalau time raya memang TB yang sediakan menu untuk makan-makan.. Tapi lepas dah kahwin.. tak pernah lagi buat mee kari TB tu .. haha maybe sebab dekat belah hubby, dah ada orang yang buat mee kari special.. hehe.. mak mertua TB.. terasa macam nak buat tapi takut nak dengar komen dari hubby.. hahaha.. yelah.. sudah semestinya tak sama dengan mee kari special mak mertua kan.. memang sedap pun.. hehe..

Tapi TB nekad nak try resepi ni sebab tengok gambar je dah terliur.. gaya masak pun ala-ala mak mertua je tengok.. hehehe.. try dulu mana tau kena dengan selera hubby ... 

Oh ya.. Mee Kari Sejati yang TB selalu buat time raya masa dulu-dulu tu.. ada TB up kat blog ni.. nanti TB share link dia kat sini yea.. ok.. Jom tengok resepi ni dulu.. credit kepada tuan punya resepi di bawah.. 

Bahan
Segengam cili kering - kisar utk sambal
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 biji bawang merah - kisar
2 batang serai - diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
1 keping asam gelugor


Hiasan
Telur rebus
Taugeh - celur
Sawi - celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
.
Sambal:-
Rebus cili kering, bila dah masak, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan sedikit gula..
.

Cara penyediaan kuah kari :-
Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar...kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan..Masukkan rempah kari yg telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.

Kemudian masukkan ayam dan
kacau sebati sehingga ayam separuh masak diikuti santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nk kuah pekat atau cair) sya tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping.

Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula.. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering siap.



Kredit :
Cik Puan Julieta


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers