Kitsui Review - Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus | Mesti Cuba! Hasilnya Memuaskan Hati!
Hai Korang semua.. petang-petang gini TB terasa nak share dengan korang tentang dua
Produk Kesihatan / Produk Suplemen dari
KITSUI yang sememangnya satu jenama yang diakui dan dikenali ramai ni.. Dua Produk tersebut ialah
Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus .
First sekali TB nak cerita tentang Bellos Fiber yang TB sendiri dah cuba dan rasa sendiri kebaikannya. Belloss Fiber ialah Minuman Campuran Botani yang mengandungi buah-buahan dan sayuran seperti Nanas, Epal, Kiwi, Markisa, Lemon, Pear, Bayam, Timun dan Saderi.
Dan semua bahan-bahan yang terkandung diatas adalah yang berkhasiat serta memberi pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh badan . Jom lihat apa kebaikannya :
Bahan-Bahan
Pineapple – Keluarkan toksin dalam badan melalui proses pencernaan
Apple – meningkatkan metabolisme tubuh
Kiwi – Baik untuk Sistem Pencernaan
Passion Fruit – Mencegah sembelit.
Lemon – Mencegah sembelit.
Pear – mengandungi serat sangat tinggi selain memiliki kandungan vitamin C.
Spinach – mengurangi nafsu makan berlebih
Cucumber – Menghidrasi Badan Anda.
Celery – Meningkatkan sistem imun
Dua produk dari Kitsui yang patut korang cuba.
Didatangkan dalam bentuk sachet yang amat mudah dibawa, mudah dibancuh. Terdapat 15 sachet didalam satu kotak. Cara consume pun mudah saja.
Saiz pembungkusan sebanyak 15 sachet x 15 grams . Kesan seawal 3 hari untuk mereka yang bermasalah sembelit. Rasa campuran buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat sedap diminum. Disediakan dengan bancuhan air sejuk atau air suam. harga pasaran RM38.80
Fungsi BELLOSS FIBER
- Meningkatkan metabolisme badan
- Menghentikan sembelit
- Meningkatkan peredaran darah
- Keluarkan toksin dalam badan melalui proses pencernaan
- Tubuh akan berasa ringan dan lebih bertenaga
- Membersihkan usus
- Meningkatkan corak tidur
- Melancarkan sistem pencernaan
- Menghindarkan penyerapan lemak berlebihan dan karbohidrat
- Mencuci toksin dan sisa buangan dan lemak yang tidak diingini dari badan
- Seimbangkan fungsi badan dan untuk sistem imuniti yang lebih kuat
- Sebagai pengganti kepada buahan dan sayuran yang kaya dengan mineral dan nutrien
Waktu yang sesuai untuk consume Kitsui Bellos Fiber
Waktu yang sesuai untuk korang ambil Bellos Fiber ini ialah selepas dinner, jadi.. ikut keselesaan korang, samada nak minum sebelum Makan Malam atau Sebelum Tidur. Macam TB suka minum / consume apa-apa suplemen sebelum tidur je.. sebab nak minum masa lain asyik terlupa je.. Kadang dah lepas makan malam baru teringat nak minum Bellos Fiber ni.. Memang tak sesuai la kan.. Sebab tu TB pilih minum sebelum tidur. Ready kan je 1 sachet tu dengan botol shaker atas meja siap-siap atas meja. Bila time nak tidur dah, terus bancuh dan minum..
Pengalaman Minum Kitsui Belloss Fiber
TB dah try minum beberapa kali dan TB tak pasti samada kebetulan atau memang itu kesannya apabila minum Belloss Fiber ni. Macam biasa sebelum tidur TB akan consume 1 sachet Belloss Fiber ni, dan bangun pagi esoknya perut memulas nak ke tandas, terus membuang.. Masa membuang tu najis seperti biasa tapi perut masih sakit cuma tak lah memulas seperti sebelum tu. rasa lega lah sedikit..
Lepas tu terasa nak membuang sekali lagi, terus pergi tandas dan membuang. Kali ni najis TB agak lembik dan macam nak ke cirit (ops! sorry sebut ni..) perut macam tak sedap.. Lepas dah membuang air besar ni TB tak ke toilet dah dan terasa perut dah ok.. terasa ringan je badan. Rupa-rupanya Belloss Fiber ni fungsinya juga ialah membuatkan kita terasa nak membuang untuk hilangkan sembelit dan perut buncit . Selain tu Belloss Fiber ni macam bertindak buang toksin dalam dalaman kita.. Wah bagus sangat ni.. TB pun kerap sembelit.. Sekarang dah tau la nak buat apa kalau sembelit.. amalkan Belloss Fiber ni lah apa lagi kan..
Oh ya.. disini TB share cara nak consume Belloss Fiber ni, senang sangat-sangat nak consume. baca kat bawah ni
Cara minum:
Campurkan 1 sachet kedalam 150ml air suam, kacau sehingga larut atau guna botol shaker tu, goncang-goncangkan sehingga larut dan minum serta merta. Jangan lupa paling penting walau apa-apa pun suplemen atau ubat yang kita makan, kena pastikan minum air secukupnya untuk kesan yang terbaik.
Ha, lagi satu.. Cara nak consume ni terbahagi kepada dua, bagi yang saja nak minum untuk Detox dan kesihatan badan korang kenalah ikut kesesuaian penggunaan, begitu juga untuk mereka yang target nak turunkan berat badan atau nak atasi masalah sembelit pun ada sukatan dia jugak.. jom lihat kat bawah .
Dos yang dicadangkan:
Untuk Detox dan kesihatan badan:
1 sachet sekali setiap 2 hari selepas makan
Untuk turunkan berat badan dan sembelit:
1 sachet sekali setiap hari sebelum makan
Rasa Kitsui Bellos Fiber
Haa.. Nak tahu apa rasa Belloss Fiber ni? hehehe.. Pada mulanya TB ingatkan tak sedap sebab tengok pada rupa yang hijau bila dituang dalam botol shaker. Takut juga nak minum pada mulanya sebab risau pahit ke, tak lalu pulak nak telan.
Tapi mengejutkan! Rasanya elok! sedap! yea.. TB boleh habiskan 150ml tu dengan hati yang gembira. So, lepas ni tak risau pun nak minum selalu.. Cuma part perut memulas tu, agak khuatir jugak.. harap kurus lah kita lepas ni kan.. hehe..
Lupa pulak nak pesan, bagi korang yang sedang mengambil ubat, atau sedang mengandung mahupun terasa macam tengah kemungkinan mengandung, juga ibu yang menyusukan anak, seeloknya dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum consume apa-apa makanan tambahan / suplemen tau.. sebab bukan badan semua orang boleh terima suplemen-suplemen ni. So kalau nak cuba Belloss Fiber ni kenalah tanya doktor korang dulu ye..
Adakah Kitsui Bahaya?
Produk Kitsui semua selamat digunakan kerana tiada bahan-bahan yang berbahaya didalam kandungannya. Ia adalah jenama yang telah diiktiraf halal dan telah menjadi salah satu jenama yang diiktiraf sebagai Excellence Asia Pacific Super Brand. Jadi, korang tak perlu risau yea.. Bah kan yang menariknya, semua produk kesihatan untuk kecantikan semua boleh diguna oleh kaum Lelaki juga. Cuma Kitsui puraria b up dan Kitsui Women’s Secret yang tidak sesuai untuk Lelaki .
Oh ya.. Seperti yang TB katakan tadi .. Begitu juga untuk sesiapa yang ada sejarah cyst atau apa jua penyakit lain, dinasihatkan rujuk pada doktor dulu yea sebelum consume apa-apa suplemen.. Contohnya yang ada alergik seafood pun, tak boleh boleh minum mana-mana produk collagen. Cuma KITSUI WHITENIN BB yang boleh kerana Kitsui whitenin bb tiada kandungan collagen dan cuma ada kandungan ekstrak oren yang tinggi.
Kalau tak ada masalah, boleh la amalkan produk Kitsui ni.. Lebih-lebih lagi Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus ni. Untuk TB yang dah cuba ni, TB dapati kesan Seawal 2 hari . Jadi, Tak perlu ragu-ragu.. jom dapatkan untuk kesihatan korang. Dipercayai & terlaris di farmasi Watson & Guardian. Dijamin Halal & GMP .
Sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan masalah sembelit, membantu mengempiskan perut yang buncit dan membantu mengurangkan berat badan.
Kalau nak order boleh terus ke link dibawah ni yea..
https://kitsui.com.my/product/kitsui-belloss-fiber/
Ok lah, sekarang TB nak share story tentang satu lagi produk KITSUI iaitu Korean Whitie + Plus Tomato
KITSUI™ Korean Whitie +Plus Tomato
Kaya vitamin A,C dan Zat Besi, menjadikan kulit segar dan bersih
Kitsui yang ni sangat sesuai untuk korang yang menghadapi masalah kulit kusam & masalah penuaan. TB pun dah lama nak cuba yang ni sebab ada seorang rakan TB yang consume Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato ni dapat hasil yang memuaskan hati. Ternyata kulitnya dah semakin cantik dan tidak kusam seperti sebelumnya.
Dihasilkan daripada ramuan semula jadi dengan saiz pembungkusan 17 paket x 5gm yang juga mudah dibawa kemana-mana. selit dalam beg, dalam poket, bila nak minum just koyak sachet dan campurkan dalam botol shaker yang berisi 150ml air.
Yang ni pun TB suka jugak. Sebab Rasa buah peach yang sangat sedap di minum. Boleh juga disediakan dengan bancuhan air sejuk dan shake macam biasa. Tapi jangan guna air panas tau..Nanti ia berketul-ketul dan paling perlu korang tahu, apa-apa suplemen pun tidak boleh dicampu dengan air panas kerana ia akan merosakkan zat pada suplemen itu sendiri.
Apa yang TB suka ialah Produk ini berasaskan buah tomato. Semua orang sedia maklum yang buah tomato sangat bagus untuk kulit. ia dapat membantu menyelesaikan masalah kulit, seperti kulit kusam dan tidak bermaya serta masalah penuaan. Selain itu Kitsui Korean White + PLUS Tomato ini juga mengandungi Active Ingredients seperti Vit C, Tomato, Acerolla dan Camu-Camu . Dan paling TB excited sangat nak consume sebab ia sangat sesuai untuk mereka yang ada alahan kolagen macam TB ni, sebab Kitsui Korean White + PLUS Tomato ini 100% tiada kandungan kolagen.
Sedikit info tentang buah tomato yang bagus untuk kesihatan kulit serta pemberi sumber vitamin untuk kulit yang berseri .
Kesihatan kulit
Makan tomato untuk kecantikan kulit wajah. Ini kerana tomato dapat melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahari dan menghasilkan pro-kolagen, yang berfungsi mengekalkan struktur kulit bagi membuatkan individu kelihatan awet muda dan cerah.
Sumber vitamin
Sebiji tomato boleh membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan vitamin C dalam badan. Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. Tomato juga tinggi dengan kandungan vitamin K yang bagus untuk tulang anda.
KEBAIKAN
-Bantu menyerap lebihan minyak pada wajah yang menyebabkan jerawat.
-mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah
-mengecilkan liang pori kulit wajah.
-Meningkatkan pengeluaran pro-kolagen, bagi membaiki struktur kulit wajah.
-sebagai anti-oksidan berkesan menghalang penuaan
-membantu kulit lembap dan berseri.
-kandungan vitamin C pada buah acerola juga dapat mencerahkan kulit dengan menyebarkan pigmen-pigmen menjadi lebih merata
-dapat menghasilkan kekenyalan, kekuatan, dan kelenturan pada kulit.
-Acelora telah dibuktikan boleh menentang proses penuaan sel-sel, membantu menghindarkan kulit berkedut.
CARA SEDIAKAN :
Campurkan 1 sachet ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan minum sebaik selepas penyediaan. Jangan lupa minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik. Lebih sedap di campurkan dengan minuman kegemaran anda seperti oren juice atau yogurt.
Pandangan TB tentang Korean Whitie + Plus Tomato
TB suka KITSUI Korean Whitie + Plus Tomato kerana ianya supplement 100% selamat digunakan kerana ia menggunakan bahan botani dan telah diperakui Halal serta 100% mendapat kelulusan KKM.
TB ada seorang kawan yang memang consume suplemen ni, dan menurutnya kawan TB ni, dia sangat berpuas hati dengan hasilnya, katanya kulit lebih cerah & parut jerawat pudar sepenuhnya,
TB pun teruja nak mencuba juga, tambahan pula produk ini mampu milik & mudah didapati dimana-mana cawangan Drugstore. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan organik ternyata mampu menjanjikan kecantikan serta kesihatan berterusan. Produk kitsui produk diperakui halal lulus kkm tidak perlu was-was dalam penggunaan nya…terbaikk
So jangan ragu-ragu untuk cuba produk ini.. korang pasti berpuashati.. TB pun suka sebab rasa dia yang sedap tu.. boleh diterima tekak dan tak kisah pun nak minum hari-hari .. Love sangat! Patutlah kawan TB tu masih setia hingga kini dengan produk Kitsui ni, sebab harga berpatutan, senang didapati di Watson serta rasa yang sedap.. Ok.. lepas ni nak sihat dan cantik macam dia lah.. -++
Untuk dapatkan kedua produk ini, korang boleh dapatkan di Guardian dan Watsons serta shopee.
Dapatkan 12% diskaun di Shopee Kitsui Mall
Promo Code: KITSKULIT
#Kitsui #KitsuiMalaysia #watsinsmalaysia #guardianmy #tipskecantikankulit #kulitsehat