Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

15 April 2021

SKIN PS4 / PS5 / DS4 CONTROLLER HYPERGRAFIX

 PS4 SKIN

SKIN PS4 / PS5 / DS4 CONTROLLER HYPERGRAFIX

Assalammualaikum semua. TB nak share tentang Skin PS5 dari Hypergrafix yang semakin menjadi permintaan ramai. terdapat pelbagai design dan tema yang dikeluarkan untuk kalian buat pilihan. dan terbaru adalah tema jersey bola. Disamping harga yang berpatutan, sticker dari Hypergrafix juga berkualiti dan mendapat feedback positif dikalangan pembeli.. Sehingga kini Hypergrafix masih memegang title "Shopee Preferred Seller" .

Oh ya.. bagi yang belum tahu, Shopee Preffered Seller ini ialah faedah yang diberikan oleh shopee kepada penjual yang dipilih secara eksklusif oleh Shopee sebagai pengiktirafan atas prestasi penjualan dan operasi mereka yang sangat baik. Penjual akan mendapat lencana Pilihan yang ditunjukkan di kedai dan senarai anda jika anda menjadi Preferred Seller / Penjual Pilihan.

dan dengan ini Hypergrafix ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih Atas Sokongan Anda dari dahulu hingga kini, Ikhlas Dari Kami HYPERGRAFIX . Untuk melihat semua skin anda boleh klik pada pautan yang diberi di bawah :

ps5


ps5


Skin PS5 

https://shp.ee/x58fga7


Skin PS4 

https://shp.ee/7i45qrw


Skin Jersey Bola 

https://shp.ee/sy8j4iw


Skin DS4 Controller

https://shp.ee/hbytjkp


(V1) PS5 LOGO UNDERLAY DECALS

https://shp.ee/jh54rre


(V2) PS5 LOGO UNDERLAY DECALS 

https://shp.ee/wqxfdmq


(V3) PS4 / PS5 PLAYSTATION CENTRE PS LOGO DECAL

https://shp.ee/qnawtpe


PS4 DIY PLAYSTATION STICKER SKIN DECAL(CUSTOM)

https://shp.ee/fvz4w3e


PS5 DIY PLAYSTATION STICKER SKIN DECAL(CUSTOM)

https://shp.ee/acu7hys


Jangan Lupa Follow Kami Di

https://shopee.com.my/hypergrafix

https://www.instagram.com/hypergrafix_store

SUP AYAM THAI


SUP AYAM THAI 

Walaupun hanya sup je.. Bukan semua orang boleh hasilkan sup yang sedap melatop macam dijual kat kedai tu.. Haga samalah TB jugak.. Satu-satu Sup yang biasa TB buat ialah Sup Tulang je laaa... 

Teringin juga nak buat sup ayam macam kat kedai tu.. Bila makan macam cukup je rasa rencah semua... Tu jumpa resepi Sup Ayam Thai ni, terus tepek sini.. Nanti cari bahan.. Dah cukup bahan kita masak guna resepi ni. Tengok gambar macam sedap je.. 

Jom tengok resepi nya.. Kot ada yang terfikir fikir apa nak masak hari ni kan, boleh try ni.. Ni ala-ala Thai yea.. Bukan sup biasa.. Ada guna perencah sup Thai tu.. So kena ready bahan semua dulu la kan.. 


RESEPI SUP AYAM THAI
Bawang putih + Halia (ditumbuk) 
Bawang merah + Bawang besar + Serai (dipotong)
Cili (diketuk) 

(Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup)

Minyak sikit. Tumis semua sekali. 
Campur hirisan lemak ayam. 
(Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh) 
Tumis sampai layu/garing/wangi. 
Api medium.

Next:
Ayam. Celery. Carrots.
Basuh.
Potong.
Siram/bilas. 
Duduk diam-diam kat bucu kaunter. 
Tunggu nama naik nanti baru gi terjun masuk dalam puyuk okay.

Air hawo-hawo nok gelegok, masuk ayam dulu. Pahtu baru campak masuk C&C. 
Close pot/pan with lid. And waaaaiiiittt. ⏳

Kemudian masukkan:
1. Kiub Ayam Knorr
2. Sup Bunjut Adabi
3. Garam
4. Gula
5. Maggi cukup rasa
6. Thai Fish sauce

Lastly masukkan:

1. Daun Ketumbar / Coriander
2. Hirisan bawang besar (wedges)
3. Cili potong
4. Tomato
5. Daun limau purut 
6. Perahan asam limau nipis

Siap. Selamat mencuba 😉

Kredit Tini Joe

13 April 2021

CADANGAN DOA YANG BOLEH DIBACA KETIKA SAHUR / BERBUKA PUASA


CADANGAN DOA YANG BOLEH DIBACA KETIKA SAHUR / BERBUKA PUASA 


Assalammualaikum semua.. TB saja nak share ni dengan semua.. TB memang amalkan tiap kali bulan Ramadhan.. Boleh diamalkan ketika Waktu bersahur mahupun waktu berbuka puasa. Tapi TB suka amalkan ketika waktu berbuka puasa sebab time tu terasa macam ada feel je, almaklumlah.. Masa tu memang tak sabar nak ngap tapi kita juga ta nak lepaskan peluang berdoa ketika waktu ini kerana dikatakan doa paling mustajab ialah ketika sahur/berbuka puasa. 

Kalau TB selalu doa minta pada Allah semoga beri kami rezeki melimpah ruah, beri kami kesihatan yang baik dan beri kami kebahagiaan dunia akhirat.. 

Ha.. Bukan itu je.. Ada lagi cadangan doa yang korang boleh korang amalkan sepanjang Ramadhan ini ketika berbuka puasa.. 


1. Bertambah iman

2. Sihat tubuh badan

3. Mati yang baik.

4. Murah rezeki.

5.  Dikurnia Anak soleh.

6. Keluarga bahagia.

7. Rahmat & redha ALLAH.

8. Jauh azab kubur.

9. Lapang dada.

10. Kekalkan iman.

11. Ampunkan dosa.

12. Anak2 berjaya.

13. Perniagaan yg diberkati.

14. Jauhi segala penyakit.

15. Ibadat diterima.

16. Mudah segala urusan.

17. Diterima taubat.

18. Lapangkan kubur.

19. Mudah bayar hutang.

20. Terima syafaat Al Quran

21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

22. Syurga Firdaus tanpa hisab.

23. Jauhi neraka.

24. Terima kitab tgn kanan.

25. Selamat meniti Sirat.

26. Selamat fitnah Dajal. 

27. Ketenangan hati.

28. Doa ibubapa.

29. Keluarga yang dirikan solat.

30. Beroleh lailatul Qadar.

31. Masukkan dlm 7 golongan mendapat naungan Arasy di yaumil mahsyar.

32. Doa seluruh muslimin muslimat hidup mau pun telah meninggal.

33. Masukkan sifat2 mahmudah keluarkan sifat2 mazmumah.

🤲Ya Allah...

Ya Rahman Ya Rahim

 Ya Mujib

 "Robbi Yassir Wala Tu Assir", bukakanlah

pintu2 kebaikan, semoga sgala permintaan/doa/hajat dimakbulkan & urusan kami semua akan di permudahkan...

"Lahaulawala  kuwwata illa billah"

''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minadzzalimin".

#Aamiin2

امين يارب العاالمينِِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

12 April 2021

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN

 

Ramadhan almubarak

PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADAN*

Assalamualaikum dan salam sebelum Ramadan buat semua. Ramadhan dah nak bermula, adakah korang semua dah bersedia menghadapi bulan yang penuh rahmat ini? Apa persediaan korang? Jangan ingat raya je kena ada persediaan awal ye, persediaan untuk menempuh bulan puasa pun perlu juga.  Alangkah gembiranya kalau dapat sama-sama, ramai-ramai satu famili dapat sambut kedatangan bulan Ramadhan almubarak bersama.. Pastinya ia akan menjadikan Ramadhan yang bakal tiba disambut dengan jiwa yang bersemangat untuk menjalani ibadah puasa selama sebulan.. Moga Allah merahmati dan memberkati setiap amalan kita.. Dan moga amalan kita pada bulan mulia ini di beri ganjaran yang berlipat kali ganda.. Aamiinn.. 


Dari Abu Hurairah RA:

Nabi SAW bersabda:
"Apabila *bulan Ramadan* telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka* dan diikatlah semua syaitan\"_

MasyaAllah besarnya kelebihan Ramadan ni.. Buat semua yang membaca, nak masuk Ramadan ni kita harus bersedia serba sedikit untuk menempuh bulan mulia ini.. kalau nak raya kita beriya sedia dengan langsir baru, baju baru, kuih raya dan sebagainya, tapi Bulan Ramadan pulak, kena lebih lagi tau.. 


Jom cek list persediaan kita:

☘️ *PERSEDIAAN FIZIKAL* ☘️

✅ puan puan dan akak akak yang belum habis ganti puasa lagi dua tiga hari tu, GANTI PUASA* tau, ada masa lagi ni 🥰 tapi kalau  masa dah tak mengizinkan untuk ganti puasa, jangan lupa catat berapa hari yang tertinggal supaya dapat bayar fidyah nya nanti.. 

✅ Bulan Ramadan kan Bulan Alquran, jadi SEDIAKAN ALQURAN* yang kita nak guna utk baca setiap hari Ramadan ni. 

✅ Dalam bulan Ramadan ni ada satu solat nama nya Solat Terawih yang tak ada dlm bulan lain, jd nk sedia mcm mana? Kita BACA SEMULA PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH* dan jangan lupa *BASUH TELEKUNG DAN SEJADAH* supaya kita lebih semangat nak solat. Tak ada telekung baru tak apa, yang penting bersih dan wangi

✅ Tahu tak Rasulullah bersahur dan berbuka dgn *KURMA* ? Ni tak semestinya ada tau, tapi kalau ada laagi best ☺️👍🏻👍🏻

☘️ *PERSEDIAAN ROHANI* ☘️

✅ Nak masuk bulan puasa ni dah tentulah yang paling penting adalah persediaan Rohani/ Hati kita 🥺 tuan puan, abang kakak, pakcik makcik sekalian, *Rasulullah dan sahabat bersedia untuk masuk bulan mulia ni 6 bulan lebih awal, kita mungkin tak mampu buat seperti mereka, tapi setidaknya kita sediakan hati kita lagi berapa hari ni nk masuk ramadan, 

Azam sungguh-sungguh Ramadan ni nak kumpul pahala banyak-banyak, nak ibadah betul-betul, janji pada diri sendiri ya*


Ramadhan almubarak

Target TB.. InsyaAllah..  Cuba Yang Termampu..  Kalau Tak Boleh habiskan 30 juzuk dalam bulan Ramadhan pun, ia tetap WAKTU TERBAIK untuk memulakan.. Betul tak? Moga Istiqomah.. Kalian jugak yea.! 

Yang berhajat untuk waqaf Alquran untuk pendidikan anak-anak tahfiz dan juga asnaf boleh buat sumbangan melalui Jari Tajwid sebagai salah satu ibadah bulan puasa nanti

𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 bermaksud 𝑠𝑒𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑟𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑘 𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘𝑛𝑦𝑎 ( ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑑𝑖𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑛𝑝𝑎 𝑠𝑢𝑠𝑢𝑡 𝑓𝑖𝑧𝑖𝑘𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎 ) 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑎 𝑤𝑎𝑘𝑎𝑓 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑚𝑢𝑙𝑎 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑑𝑖𝑤𝑎𝑘𝑎𝑓𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎 𝑘𝑒 𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑡𝑎-𝑚𝑎𝑡𝑎 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑆.𝑊.𝑇.

Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.

𝗠𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗮𝗳 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗝𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗮𝗷𝘄𝗶𝗱?

🌿 Kaedah Pembelajaran yang sangat bagus untuk Huffaz yang baru.
🌿 Membantu melancarkan hafalan sehingga 30 juzuk.
🌿 Membantu madrasah menyediakan alat bantu mengajar.
 

🌷 Senaskhah Alquran RM150
🌷 1 lot Alquran RM30

Boleh hubungi :

_*Jari Tajwid Sdn Bhd*_
_*Maybank*_
_*5624 8742 2410*_

06 April 2021

Mama's Choice Stretch Mark Cream

Mama's Choice Stretch Mark Cream










Semasa pregnant anak kedua, perkara TB paling risau ialah masalah strecth mark.. Semakin membesar perut kita, semakin mereganglah kulit perut kita, time tu asyik menggarulah kita, betul tak ibu-ibu? 😁


Tapi TB memang dah ready awal-awal cream yang boleh disapu pada perut untuk lembapkan kulit, untuk legakan kesan regangan dan kurangkan rasa gatal tu..


Haaa.. Untuk ibu-ibu yang sedang hamil, kalau nak perut cantik tanpa strecth mark selepas bersalin, tips nya ialah kena pastikan kulit sentiasa lembap sepanjang kehamilan..


dan untuk lembapkan kulit di bahagian perut, pinggul dan payudara tu, TB cadangkan sapu je Mama's Choice Stretch Mark Cream ni, ia dapat kurangkan penampilan stretch mark yang ibu-ibu tak suka.


Haa.. untuk hasil terbaik, sapukan setiap pagi dan petang.


Ia diperbuat daripada bahan natural terpilih yang organik & halal, so jangan risau, ianya 100% selamat digunakan oleh ibu mengandung & menyusukan anak.


Mama's Choice Stretch Mark Cream. Ianya “Safe, Natural and Halal” Diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi terpilih yang diperkaya dengan vitamin E dan antioksidan, Mama's Choice Stretch Mark Cream dapat membantu mengurangkan kemunculan stretch marks dan melegakan gatal.


Antara manfaat dan kebaikan Mama's Choice Stretch Mark Cream :


✅Bantu memberi keselesaan pada perut, pinggul, dan breasts yang meregang

✅Melembapkan kulit dan melegakan gatal

✅Kaya dengan antioksidan dan komponen pembinaan kolagen

✅Cukup lembut untuk kulit sensitif

✅Selamat untuk ibu mengandung dan menyusu

✅Boleh digunakan semasa dan selepas kehamilan atau turun naik berat badan


Untuk dapatkan krim ini, ibu-ibu boleh search dekat shopee yea..

Selain itu, ada banyak lagi rangkaian produk yang selamat dari Mama's Choice seperti face wash, nipple creams, syampu, oil massage, bengkung pun ada.

Harga Produk mama's choice semuanya berpatutan untuk ibu-ibu dan dalam masa yang sama ianya juga berkualiti tinggi


@mamaschoice.my

@vipparentsmy


#MamasChoice #MamasChoice #SafeHalalNatural #OneLessWorry

25 Mac 2021

RESEPI AYAM SERAI THAI

 

Ayam Serai Thai

RESEPI AYAM SERAI THAI

Bulan Ramadhan makin hampir, so kita pun sama-sama lah kumpul resepi ye. Kot buntu nak masak apa, boleh la tengok-tengok balik kan resepi kat sini..  Almaklumlah.. Puasa 30 hari tu.. Mesti nak makan berbeza lauk kan.. Ada orang macam tu.. Macam TB ok je.. Berbuka dengan kuih muih je pun dah syukur sangat.. Ha.. Jom tengok resepi Ayam Serai Thai ni.. Nampak sedap ni haaa...

Ayam Serai Thai

Bahan Bahan :

6 kepak ayam, potong buang hujung sayap

1 tsp serbuk kunyit

Garam

Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing


Bahan Sambal ;

2 batang serai di ketuk

5 helai daun limau purut, buang tengahnya gunting halus

1 sudu makan sos seafood

1 sudu makan sos ikan

1 kiub pati ayam

Gula secukupnya

1 biji limau kasturi, ambil.jusnya


Kisar :

5 cili besar

6 cili padi

3 bawang putih

4 bawang merah


CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi

2. Masukkan serai dan daun limau purut

3. Kacau rata masukkan kiub ayam

4. Masukkan sos ikan sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi

5. Kacau rata, masukkan ayam goreng tadi.

6. Tambahkan 1/2 cawan air, masak lagi hingga pecah minyak.

7. Tutup api dan hidangkan.😋

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan 


23 Mac 2021

Sagu Gula Melaka



Sagu Gula Melaka 

Orang buat kita nak buat tapi nak buatnya nak membeli bahan tu satu masalah... Kalau nak beli kena beli sendiri. Kalau mintak tolong encik suami mahu dibebelnya kita panjang lebar.. Sebab dia tak pernah beli benda-benda tu pastu nak kena cari pulak tu, memang paling dia tak suka la.. Kecuali kalau barang dia, sampai ke lubang cacing dia carinya sebab dia tahu benda apa yang nak dicari tu.  

So, kesimpulannya TB memang takkan buat kuih atau kek atau masak-masak kalau tak cari sendiri bahan-bahannya.. Lagipun kalau orang lain cari kang tak jumpa, bahan tak cukup TB yang geram.. 

Maka...  Kita tepek je la dulu resepinya yea.. Jom la kita belajar sama- sama ye... 

Bahan -bahan :-

Sagu

Pewarna

1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )

2 sudu gula Merah

1 ketul gula Melaka

1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)

Secubit garam

1/2 air

Isi jagung krimer, cendol, Kacang merah


Cara - cara 

Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).

Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air masak.


Untuk kuah, 

Masak gula merah, gula Melaka, daun pandan, garam. Biarkan masak seketika.sejukkan.

Tuang dalam bekas..

Kemudian cedokkan sagu

Siram susu cair

Hiaskan dengan jagung krimer, cendol dan Kacang merah


TIPS SAGU

-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.

-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.

-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.

-Cuci sagu pada air masak & masukkan ke dalam bekas berisi air masak supaya tidak melekat.

-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.

-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.



25 Februari 2021

Kitsui Review - Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus | Mesti Cuba! Hasilnya Memuaskan Hati!

Kitsui Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus

Kitsui Review - Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus | Mesti Cuba! Hasilnya Memuaskan Hati!

Hai Korang semua.. petang-petang gini TB terasa nak share dengan korang tentang dua Produk Kesihatan / Produk Suplemen dari KITSUI yang sememangnya satu jenama yang diakui dan dikenali ramai ni..  Dua Produk tersebut ialah Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus .

First sekali TB nak cerita tentang Bellos Fiber yang TB sendiri dah cuba dan rasa sendiri kebaikannya. Belloss Fiber ialah Minuman Campuran Botani yang mengandungi buah-buahan dan sayuran seperti Nanas, Epal, Kiwi, Markisa, Lemon, Pear, Bayam, Timun dan Saderi. 

Dan semua bahan-bahan yang terkandung diatas adalah yang berkhasiat serta memberi pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh badan . Jom lihat apa kebaikannya :

Bahan-Bahan 
Pineapple – Keluarkan toksin dalam badan melalui proses pencernaan
Apple – meningkatkan metabolisme tubuh
Kiwi – Baik untuk Sistem Pencernaan
Passion Fruit – Mencegah sembelit.
Lemon – Mencegah sembelit.
Pear – mengandungi serat sangat tinggi selain memiliki kandungan vitamin C.
Spinach – mengurangi nafsu makan berlebih
Cucumber – Menghidrasi Badan Anda.
Celery – Meningkatkan sistem imun


Kitsui Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus

Dua produk dari Kitsui yang patut korang cuba.

Kitsui Belloss Fiber

Didatangkan dalam bentuk sachet yang amat mudah dibawa, mudah dibancuh. Terdapat 15 sachet didalam satu kotak. Cara consume pun mudah saja.

Saiz pembungkusan sebanyak 15 sachet x 15 grams . Kesan seawal 3 hari untuk mereka yang bermasalah sembelit. Rasa campuran buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat sedap diminum. Disediakan dengan bancuhan air sejuk atau air suam. harga pasaran RM38.80  


Belloss Fiber


Fungsi BELLOSS FIBER
  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Menghentikan sembelit
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Keluarkan toksin dalam badan melalui proses pencernaan
  • Tubuh akan berasa ringan dan lebih bertenaga
  • Membersihkan usus
  • Meningkatkan corak tidur
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Menghindarkan penyerapan lemak berlebihan dan karbohidrat
  • Mencuci toksin dan sisa buangan dan lemak yang tidak diingini dari badan
  • Seimbangkan fungsi badan dan untuk sistem imuniti yang lebih kuat
  • Sebagai pengganti kepada buahan dan sayuran yang kaya dengan mineral dan nutrien

Waktu yang sesuai untuk consume Kitsui Bellos Fiber

Waktu yang sesuai untuk korang ambil Bellos Fiber ini ialah selepas dinner, jadi.. ikut keselesaan korang, samada nak minum sebelum Makan Malam atau Sebelum Tidur. Macam TB suka minum / consume apa-apa suplemen sebelum tidur je.. sebab nak minum masa lain asyik terlupa je.. Kadang dah lepas makan malam baru teringat nak minum Bellos Fiber ni.. Memang tak sesuai la kan.. Sebab tu TB pilih minum sebelum tidur. Ready kan je 1 sachet tu dengan botol shaker atas meja siap-siap atas meja. Bila time nak tidur dah, terus bancuh dan minum..

Pengalaman Minum Kitsui Belloss Fiber 

TB dah try minum beberapa kali dan TB tak pasti samada kebetulan atau memang itu kesannya apabila minum Belloss Fiber ni. Macam biasa sebelum tidur TB akan consume 1 sachet Belloss Fiber ni, dan bangun pagi esoknya perut memulas nak ke tandas, terus membuang.. Masa membuang tu najis seperti biasa tapi perut masih sakit cuma tak lah memulas seperti sebelum tu. rasa lega lah sedikit..

Lepas tu terasa nak membuang sekali lagi, terus pergi tandas dan membuang. Kali ni najis TB agak lembik dan macam nak ke cirit (ops! sorry sebut ni..) perut macam tak sedap.. Lepas dah membuang air besar ni TB tak ke toilet dah dan terasa perut dah ok.. terasa ringan je badan. Rupa-rupanya Belloss Fiber ni fungsinya juga ialah membuatkan kita terasa nak membuang untuk hilangkan sembelit dan perut buncit . Selain tu Belloss Fiber ni macam bertindak buang toksin dalam dalaman kita.. Wah bagus sangat ni.. TB pun kerap sembelit.. Sekarang dah tau la nak buat apa kalau sembelit.. amalkan Belloss Fiber ni lah apa lagi kan..

Oh ya.. disini TB share cara nak consume Belloss Fiber ni, senang sangat-sangat nak consume. baca kat bawah ni

Kitsui Bellos Fiber

Kitsui Bellos Fiber



Cara minum:
Campurkan 1 sachet kedalam 150ml air suam, kacau sehingga larut atau guna botol shaker tu, goncang-goncangkan sehingga larut dan minum serta merta. Jangan lupa paling penting walau apa-apa pun suplemen atau ubat yang kita makan, kena pastikan minum air secukupnya untuk kesan yang terbaik.

Ha, lagi satu.. Cara nak consume ni terbahagi kepada dua, bagi yang saja nak minum untuk Detox dan kesihatan badan korang kenalah ikut kesesuaian penggunaan, begitu juga untuk mereka yang target nak turunkan berat badan atau nak atasi masalah sembelit pun ada sukatan dia jugak.. jom lihat kat bawah .

Dos yang dicadangkan:
Untuk Detox dan kesihatan badan:
1 sachet sekali setiap 2 hari selepas makan

Untuk turunkan berat badan dan sembelit:
1 sachet sekali setiap hari sebelum makan

Rasa Kitsui Bellos Fiber

Haa.. Nak tahu apa rasa Belloss Fiber ni? hehehe.. Pada mulanya TB ingatkan tak sedap sebab tengok pada rupa yang hijau bila dituang dalam botol shaker. Takut juga nak minum pada mulanya sebab risau pahit ke, tak lalu pulak nak telan. 

Tapi mengejutkan! Rasanya elok! sedap! yea.. TB boleh habiskan 150ml tu dengan hati yang gembira. So, lepas ni tak risau pun nak minum selalu..  Cuma part perut memulas tu, agak khuatir jugak.. harap kurus lah kita lepas ni kan.. hehe..

Lupa pulak nak pesan, bagi korang yang sedang mengambil ubat, atau sedang mengandung mahupun terasa macam tengah kemungkinan mengandung, juga ibu yang menyusukan anak, seeloknya dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum consume apa-apa makanan tambahan / suplemen tau.. sebab bukan badan semua orang boleh terima suplemen-suplemen ni. So kalau nak cuba Belloss Fiber ni kenalah tanya doktor korang dulu ye.. 

Adakah Kitsui Bahaya?

Produk Kitsui semua selamat digunakan kerana tiada bahan-bahan yang berbahaya didalam kandungannya. Ia adalah jenama yang telah diiktiraf halal dan telah menjadi salah satu jenama yang diiktiraf sebagai Excellence Asia Pacific Super Brand.  Jadi, korang tak perlu risau yea.. Bah kan yang menariknya, semua produk kesihatan untuk kecantikan semua boleh diguna oleh kaum Lelaki juga. Cuma Kitsui puraria b up dan Kitsui Women’s Secret yang tidak sesuai untuk Lelaki . 

Oh ya.. Seperti yang TB katakan tadi .. Begitu juga untuk sesiapa yang ada sejarah cyst atau apa jua penyakit lain, dinasihatkan rujuk pada doktor dulu yea sebelum consume apa-apa suplemen.. Contohnya yang ada alergik seafood pun, tak boleh  boleh minum mana-mana produk collagen. Cuma KITSUI WHITENIN BB yang boleh kerana Kitsui whitenin bb tiada kandungan collagen dan cuma ada kandungan ekstrak oren yang tinggi.


Logo halal


Kalau tak ada masalah, boleh la amalkan produk Kitsui ni.. Lebih-lebih lagi Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus ni. Untuk TB yang dah cuba ni, TB dapati kesan Seawal 2 hari . Jadi, Tak perlu ragu-ragu.. jom dapatkan untuk kesihatan korang. Dipercayai & terlaris di farmasi Watson & Guardian. Dijamin Halal & GMP .

Sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan masalah sembelit, membantu mengempiskan perut yang buncit dan membantu mengurangkan berat badan. 

Kalau nak order boleh terus ke link dibawah ni yea.. 
https://kitsui.com.my/product/kitsui-belloss-fiber/


Ok lah, sekarang TB nak share story tentang satu lagi produk KITSUI iaitu Korean Whitie + Plus Tomato

Kitsui Korean Whitie + Plus


KITSUI™ Korean Whitie +Plus Tomato
 Kaya vitamin A,C dan Zat Besi, menjadikan kulit segar dan bersih

Kitsui yang ni sangat sesuai untuk korang yang menghadapi masalah kulit kusam & masalah penuaan. TB pun dah lama nak cuba yang ni sebab ada seorang rakan TB yang consume Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato ni dapat hasil yang memuaskan hati. Ternyata kulitnya dah semakin cantik dan tidak kusam seperti sebelumnya. 

Kitsui Korean Whitie + Plus

Dihasilkan daripada ramuan semula jadi dengan saiz pembungkusan 17 paket x 5gm yang juga mudah dibawa kemana-mana. selit dalam beg, dalam poket, bila nak minum just koyak sachet dan campurkan dalam botol shaker yang berisi 150ml air. 

Yang ni pun TB suka jugak. Sebab Rasa buah peach yang sangat sedap di minum. Boleh juga disediakan dengan bancuhan air sejuk dan shake macam biasa. Tapi jangan guna air panas tau..Nanti ia berketul-ketul dan paling perlu korang tahu, apa-apa suplemen pun tidak boleh dicampu dengan air panas kerana ia akan merosakkan zat pada suplemen itu sendiri. 

Apa yang TB suka ialah Produk ini berasaskan buah tomato. Semua orang sedia maklum yang buah tomato sangat bagus untuk kulit. ia dapat membantu menyelesaikan masalah kulit, seperti kulit kusam dan tidak bermaya serta masalah penuaan. Selain itu Kitsui Korean White + PLUS Tomato ini juga mengandungi Active Ingredients seperti Vit C, Tomato, Acerolla dan Camu-Camu . Dan paling TB excited sangat nak consume sebab ia sangat sesuai untuk mereka yang ada alahan kolagen macam TB ni, sebab Kitsui Korean White + PLUS Tomato ini 100% tiada kandungan kolagen.

Sedikit info tentang buah tomato yang bagus untuk kesihatan kulit serta pemberi sumber vitamin untuk kulit yang berseri .

Kesihatan kulit 
Makan tomato untuk kecantikan kulit wajah. Ini kerana tomato dapat melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahari dan menghasilkan pro-kolagen, yang berfungsi mengekalkan struktur kulit bagi membuatkan individu kelihatan awet muda dan cerah.

Sumber vitamin 
Sebiji tomato boleh membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan vitamin C dalam badan. Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang mempunyai sangat penting untuk sistem imun, kulit dan penglihatan. Tomato juga tinggi dengan kandungan vitamin K yang bagus untuk tulang anda.


Korean Whitie + Plus


KEBAIKAN

-Bantu menyerap lebihan minyak pada wajah yang menyebabkan jerawat.
-mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah
-mengecilkan liang pori kulit wajah.
-Meningkatkan pengeluaran pro-kolagen, bagi membaiki struktur kulit wajah.
-sebagai anti-oksidan berkesan menghalang penuaan
-membantu kulit lembap dan berseri.
-kandungan vitamin C pada buah acerola juga dapat mencerahkan kulit dengan menyebarkan pigmen-pigmen menjadi lebih merata
-dapat menghasilkan kekenyalan, kekuatan, dan kelenturan pada kulit.
-Acelora telah dibuktikan boleh menentang proses penuaan sel-sel, membantu menghindarkan kulit berkedut.



Kitsui Korean Whitie + Plus



CARA SEDIAKAN :

Campurkan 1 sachet ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan minum sebaik selepas penyediaan. Jangan lupa minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik. Lebih sedap di campurkan dengan minuman kegemaran anda seperti oren juice atau yogurt.

Korean Whitie + Plus

Pandangan TB tentang Korean Whitie + Plus Tomato

TB suka KITSUI  Korean Whitie + Plus Tomato  kerana ianya supplement 100% selamat digunakan kerana ia menggunakan bahan botani dan telah diperakui Halal serta 100% mendapat kelulusan KKM. 

TB ada seorang kawan yang memang consume suplemen ni, dan menurutnya kawan TB ni, dia sangat berpuas hati dengan hasilnya, katanya kulit lebih cerah & parut jerawat pudar sepenuhnya,

TB pun teruja nak mencuba juga, tambahan pula produk ini mampu milik & mudah didapati dimana-mana cawangan Drugstore. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan organik ternyata mampu menjanjikan kecantikan serta kesihatan berterusan. Produk kitsui produk diperakui halal lulus kkm tidak perlu was-was dalam penggunaan nya…terbaikk

So jangan ragu-ragu untuk cuba produk ini.. korang pasti berpuashati.. TB pun suka sebab rasa dia yang sedap tu.. boleh diterima tekak dan tak kisah pun nak minum hari-hari .. Love sangat! Patutlah kawan TB tu masih setia hingga kini dengan produk Kitsui ni, sebab harga berpatutan, senang didapati di Watson serta rasa yang sedap.. Ok.. lepas ni nak sihat dan cantik macam dia lah.. -++

Kitsui Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus






Untuk dapatkan kedua produk ini, korang boleh dapatkan di Guardian dan Watsons serta shopee. 

Dapatkan 12% diskaun di Shopee Kitsui Mall
Promo Code: KITSKULIT 






#Kitsui #KitsuiMalaysia #watsinsmalaysia #guardianmy #tipskecantikankulit #kulitsehat








17 Februari 2021

SENARAI TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN JIKA WARIS MENINGGAL DUNIA - sharing is caring

KHAIRAT KEMATIAN


SENARAI TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN
JIKA WARIS MENINGGAL DUNIA


Menyebut tentang kematian, orang yang telah 'Pergi' akan membuat kita merasa sangat sedih. Bayangkan jika yang meninggal itu adalah ibu atau ayah, saudara kandung, suami atau isteri dan juga anak atau orang terdekat yang kita sayangi.

Namun, meskipun kematian yang akan dialami setiap makhluk hidup, seperti yang dijanjikan Allah SWT, mereka yang masih hidup perlu menerima qadaq dan qadar dan tetap perlu meneruskan kehidupan sementara selagi hayat masih ada.

Seperti yang diketahui, biaya untuk pengurusan jenazah bukan murah dah ketika ini kerana ia melibatkan keadaan ekonomi kita sekarang yang semakin lelah kerana isu pandemik covic19 ini. Maka harga barang kini tiada yang semurah dahulu.. Jom kita lihat berapa anggaran bagai setiap kelengkapan untuk pengurusan jenazah untuk ilmu bersama.. 

Kain Kapan RM250
Mandi Jenazah RM200
Gali Kubur RM500
Baca Talkin RM100
Kos Penghantaran jenazah ke tanah perkuburan RM100.

“Namun, biasanya kos ini bervariasi dari mengikuti masjid Kariah tempat tinggal jenazah. Pada masa yang sama, kos akan bertambah jika ahli waris meminta permintaan untuk mengantarkan jenazah ke luar lokasi seperti kampung halamannya.

Kos dikira dengan RM2 untuk satu kilometer ( kos ini bergantung  pada pengurusan masjid). Tol dibiayai ahli warisnya sendiri .


Rupanya Ada Lebih 10 tempat tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Tahu tak, ramai waris tidak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10,000. Rugikan !

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?
Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)

Disini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian KHARIAH MASJID
Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
RM 2,000
Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
RM 2,500
Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
RM 3,000
Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian BANK RAKYAT
RM 3000
Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kematian ASNB
RM 200 - RM 2,000
Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian SKIM TAKAFUL
RM 2,000 - RM 5,000
Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
RM 500 - RM 5,000
Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi

9. Khairat Kematian PENCEN
RM3000

10. LAIN-LAIN
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Macam mana nak tuntut?
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

Nasihat saya, lepas ni, jika tiada akaun bank rakyat, sila buka akaun bank tersebut. Insya allah ada manfaat. Bank ini adalah satu-satunya bank yang ada khairat kematian.

Yang bekerja sendiri, yang tidak mencarum dalam kwsp dan perkeso, sila carum sukarela. Pergilah menghadap pegawai kwsp dan perkeso, tanya prosedurnya. Sangat-sangat membantu dengan bantuan.

Yang tiada insuran/takaful diri, sila beli takaful dengan kadar yang mampu. Tak perlu nak beli caruman yang mahal tapi hanya mampu bayar untuk 3 bulan sahaja. Kalau tak mmpu sangat, beli la PA Insuran je. Cukup murah tapi membantu waris jika terjadi apa-apa nanti.

Biar waris kita menangis kerana kehilangan kita, jangan waris kita menangis kerana terbeban dengan kehilangan kita...


Note : 
10 lokasi ini telah dikongsikan oleh Sfatyma Idris yang juga seorang Perancang Harta Syariah di mana waris boleh pergi membuat semakan selepas ahli keluarga meninggal dunia di fb miliknya. Sekurang-kurangnya wang ini dapat digunakan untuk waris yang sedia ada.




15 Februari 2021

7 Rawatan Semulajadi / Natural untuk Fibroid

 fibroid

7 Rawatan Semulajadi / Natural untuk Fibroid

Adakah anda mencari ubat semula jadi yang berkesan untuk fibroid? boleh lihat senarai dibawah untuk diusahakan demi kesembuhan.


1. Black Seed Oil

Black Seed Oil ubat semula jadi terbaik untuk fibroid. Ia mengandungi sifat anti-radang & antitumor yang kuat yang membantu menyembuhkan fibroid dan menghalang pertumbuhan fibroid baru. 

Ambil 1 sudu kecil Black Seed Oil diikuti dengan segelas jus oren atau susu setiap hari selepas makan.


2. Cuka Epal

Cuka epal adalah salah satu penawar yang membantu meningkatkan kesihatan pembiakan wanita. Apabila anda mempunyai fibroid, gunakan cuka sari apel - bagus untuk membantu mengurangkan kenaikan berat badan yang tidak diingini yang dapat memperbaiki masalah berkaitan dengan berat badan seperti fibroid.

Cuka epal juga menyahtoksin badan dan mengurangkan keasidan dalam badan. Keasidan adalah salah satu penyebab utama penyakit termasuk masalah pembiakan seperti fibroid.

Setiap pagi 30 minit sebelum sarapan, ambil segelas air suam (8 oz) dengan 1 sdt cuka sari apel, 1 sdt madu mentah dan ½ sdt kayu manis. Pastikan menggunakan cuka sari apel organik bersama ‘ibu’ dan elakkan versi sintetik.


3. Makan Makanan Kaya Antioksidan

Apabila anda mempunyai fibroid atau sejarah fibroid, anda mesti mengubah diet anda untuk memasukkan makanan berkhasiat yang kaya dengan antioksidan. Ambil sayur-sayuran berdaun gelap, sayur-sayuran, makanan kaya zat besi dan makanan kaya asid lemak omega 3 seperti salmon, chia seeds & pumpkin seeds. 

Tingkatkan juga pengambilan air anda! Minum hingga 8 gelas air sehari untuk menjaga pH dalaman tubuh anda seimbang dan mengurangkan keradangan.

Hadkan makanan yang mengandungi jumlah gula dan lemak tepu yang tinggi. Elakkan juga membaca daging dan makanan yang diproses kerana mengandungi bahan pengawet tiruan yang meningkatkan keradangan dalam badan. Mereka juga telah menambahkan estrogen yang memburukkan fibroid dan menyebabkan pertumbuhannya. [Mesti Baca: 7 Makanan Terburuk untuk Dielakkan jika Anda Mempunyai Fibroid]


4. Bersenam dengan Kerap

Fibroid biasanya berkembang pada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Itulah sebabnya senaman yang kerap disarankan oleh doktor apabila anda menghidap fibroid, sista ovari atau PCOS. Lakukan rutin senaman dan ikuti dengannya agar anda dapat menghilangkan berat badan yang tidak diingini. Juga, cubalah mengurangkan keinginan makanan dan makanan ringan yang tidak perlu juga untuk menjaga berat badan anda.

Anda boleh memulakan dengan berjalan kaki di taman, melompat, berjalan cepat di treadmill dan melakukan senamrobik. Fokus untuk menggerakkan badan anda supaya anda dapat cergas, kehilangan lemak berlebihan dan menjaga kesihatan badan anda.


5. Gunakan Pek Minyak Kastor

Minyak kastor adalah ubat keajaiban lain untuk fibroid. Ia mempunyai sifat tidak baik yang membantu merawat pertumbuhan tumor yang tidak diingini di dalam badan termasuk polip, sista dan fibroid. Gunakan pek minyak jarak pada perut anda (di atas rahim) untuk membantu mengurangkan fibroid.

Untuk membuat pek minyak jarak, rendam flanel kapas atau bulu dalam minyak jarak hingga jenuh. Sekarang letakkan di perut telanjang anda di atas kawasan rahim dan ikat dengan selamat di belakang. Berbaring dan letakkan pad pemanas atau botol air panas di atas untuk membantu minyak menembusi lebih dalam. Anda boleh membiarkannya selama satu jam atau semalaman (berhati-hati: jangan gunakan pemanas sepanjang malam).


6. Herba Penyembuhan

Herba tertentu dapat membantu merawat fibroid secara semula jadi kerana sifat perubatannya. Beberapa ramuan yang baik untuk fibroid termasuk: chasteberry, milk thistle, akar dandelion, jelatang dan raspberry merah. Herba ini membantu menyeimbangkan hormon seperti estrogen berlebihan yang menyebabkan fibroid. Mereka juga mengurangkan keradangan pada sistem pembiakan. [Mesti Baca: 7 Herba Terbaik untuk Mengecutkan Fibroid]

Anda boleh mengambil ramuan herba ini dalam bentuk makanan tambahan atau kapsul dan juga sebagai teh herba.


7. Cuba Minyak pati / Essential Oil

Minyak pati adalah ekstrak cecair tumbuhan aromatik pekat. Mereka mempunyai sifat terapeutik yang dapat membantu mengurangkan tumor, mengurangkan rasa sakit, menyeimbangkan hormon, menaikkan mood dan mengurangkan keradangan. Beberapa minyak pati terbaik untuk fibroid termasuk: clary sage, geranium dan kemenyan.

Anda boleh mengurut campuran 2 sdt minyak badam, 2 titis Young Living Essential Oil frankincense, 2 titis Essential Oil sage clary dan 2 titis minyak Essential Oil geranium di atas rahim anda setiap hari.
clary sage young living
Clary Sage


frankincense young living

Frankincense

granium young living

Geranium


9 Makanan untuk Mengecutkan Fibroid Dengan Cepat

fibroid


9 Makanan untuk Mengecutkan Fibroid 
Dengan Cepat


Adakah anda mempunyai satu atau dua fibroid yang menyebabkan anda banyak kesakitan dan penderitaan? Tolong ubah suai diet anda - ini akan memberi keajaiban dalam membantu anda mengecutkan fibroid anda dengan cepat dan menangkis mana-mana orang lain dari masa depan!


9 Makanan Terbaik untuk Mengecutkan Fibroid Dengan Cepat

Adakah anda mempunyai satu atau dua fibroid yang menyebabkan anda banyak kesakitan dan penderitaan? Tolong ubah suai diet anda - ini akan memberi keajaiban dalam membantu anda mengecutkan fibroid anda dengan cepat dan menangkis mana-mana orang lain dari masa depan!

Berikut adalah senarai 9 makanan teratas untuk mengecutkan fibroid dengan cepat. Tambahkan mereka ke dalam diet biasa anda untuk melihat peningkatan gejala yang besar:


1. Teh Hijau

Salah satu makanan terbaik untuk mengecutkan fibroid adalah teh hijau, yang dipenuhi dengan antioksidan yang kuat! Ia bagus untuk mereka yang berjuang untuk menurunkan berat badan yang tidak diingini dan ia juga dapat membantu mengecutkan fibroid anda dengan cepat.

Kajian ini menunjukkan bahawa antioksidan yang terdapat dalam teh hijau, epigallocatechin gallate, dapat memperlambat pertumbuhan fibroid dengan melawan keradangan dan dominasi estrogen.

Teh hijau juga baik untuk mengatur tempoh yang tidak teratur dan mengurangkan aliran berat. Oleh itu, minum cawan panas piping secara berkala untuk melihat fibroid mengecut seperti sebelumnya!


2. Alpukat

Avocado adalah makanan super berkrim yang kaya dengan lemak sihat. Ini juga mengandungi jumlah kalium yang baik yang menjaga jantung anda sihat dan tekanan darah normal. Wanita dengan fibroid juga mempunyai tekanan darah tinggi. Walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kaitannya, ini mungkin kerana tekanan darah tinggi dan fibroid bertambah buruk dengan pengambilan makanan kaya natrium yang tinggi yang menyebabkan keradangan dan pH berasid di dalam badan.

Makanlah alpukat dan makanan lain yang kaya dengan kalium seperti pisang untuk melawan keradangan di badan anda yang boleh memburukkan lagi fibroid.

3. Yogurt

Susu adalah salah satu makanan yang membantu melawan fibroid kerana mengandungi mineral kalsium, magnesium dan fosfor. Ia juga mengandungi Vitamin D, vitamin larut lemak yang menghalang perkembangan fibroid.

Gunakan susu, seperti susu dan yogurt susu organik bebas untuk mendapatkan sumber Vitamin D dan mineral penting yang menangkal pertumbuhan dan perkembangan fibroid. Pastikan anda mengelakkan tenusu yang diproses di kilang kerana mengandungi lebih banyak estrogen yang anda tidak mahu tambahkan ke sistem dominan estrogen anda yang menyebabkan fibroid.


4. Lentil

Lentil juga termasuk dalam senarai makanan untuk mengecutkan fibroid. Mereka kaya dengan serat, protein dan kalium. Mereka juga merupakan makanan selamat yang sangat baik untuk dimakan jika anda mempunyai fibroid kerana mereka mempunyai indeks glisemik rendah.

Ini bermakna mereka lebih lambat dicerna, diserap dan dimetabolisme daripada makanan lain, dan juga menyebabkan kenaikan glukosa darah yang lebih rendah dan lambat dan oleh itu tahap insulin. Kesan glisemik rendah mendorong keradangan yang berkaitan dengan pertumbuhan fibroid.

5. Epal

Ratakan epal kerana ia membantu mengecilkan fibroid, ya! Epal mengandungi flavonoid yang dikenal sebagai phloretin, yang menghalang pertumbuhan tumor. Sebatian kimia ini menyekat pengeluaran estrogen, yang baik untuk mencegah pertumbuhan fibroid dan yang baru daripada berkembang.

Adakah anda mempunyai satu atau dua fibroid yang menyebabkan anda banyak kesakitan dan penderitaan? Tolong ubah suai diet anda - ini akan memberi keajaiban dalam membantu anda mengecutkan fibroid anda dengan cepat dan menangkis mana-mana orang lain dari masa depan!

6. Biji-bijian

Gandum gandum halus dan dapatkan bijirin penuh ketika anda menderita fibroid. Biji-bijian utamanya kaya akan serat yang membantu menjaga kadar gula dalam darah anda, oleh itu tahap insulin tetap stabil. Ini tidak seperti gandum halus yang meningkatkan kadar gula darah dan insulin anda dengan cepat, yang menjadi pemangkin kepada fibroid untuk berkembang dan berkembang.

Makanan kaya serat seperti biji-bijian juga membantu menurunkan berat badan dan menyeimbangkan hormon, yang membantu mencegah dan melambatkan pertumbuhan fibroid rahim. Oleh itu, apabila anda pergi membeli-belah runcit, beli roti gandum dan pasta dan bukannya versi putih yang diproses untuk melawan fibroid.

7. Ikan Berminyak

Ikan berminyak termasuk salmon, mackerel, tuna, herring, sardine dan lain-lain. Ikan ini kaya dengan asid lemak omega 3 dan Vitamin D, vitamin larut lemak yang baik untuk melawan fibroid. Penyelidikan menunjukkan bahawa Vitamin D dapat mencegah sel-sel fibroid daripada menghasilkan tisu berserat, termasuk fibroid rahim.

Juga pastikan anda mendapat cukup sinar matahari, terutama sinar matahari pagi yang lembut, kerana sumber Vitamin D nombor satu adalah sinar matahari.


8. Sayur-sayuran Beras

Sayuran salib seperti sayur-sayuran kol, kubis, kembang kol, brokoli, kubis brussel, kangkung, lobak dan lobak, antara lain mengandungi indole-3-karbinol. Sebatian penting ini menghalang pembentukan pertumbuhan / tumor yang tidak diingini yang disebabkan oleh kelebihan estrogen, yang merangkumi fibroid.


9. Telur Organik

Telur, terutama kuning oren kaya dengan Vitamin A, nutrien yang penting untuk melawan pertumbuhan dan perkembangan fibroid. Dan bukan hanya sumber vitamin A - tetapi berasal dari sumber haiwan seperti telur dan susu keseluruhan.

Satu kajian tertentu yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition yang dilakukan pada 22.583 wanita pramenopause, mendapati bahawa mereka yang menggunakan lebih banyak buah dan Vitamin A yang terdapat dalam sumber haiwan (Vitamin A preformed) mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengembangkan fibroid rahim.

Sentiasa pastikan untuk makan telur pelbagai organik dan elakkan telur kilang untuk mengelakkan berlebihan hormon yang dipam oleh ayam kilang. Ingatlah bahawa estrogen ini dapat menambahkan kelebihan estrogen yang sudah ada di dalam badan anda yang menyebabkan fibroid.





Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers