Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 Ogos 2021

RichWorks Anjur Program "BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0" Secara PERCUMA Untuk Bantu Usahawan Yang Terkesan Pandemik Covid-19

BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0


RichWorks Anjur "BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0" Secara PERCUMA Untuk Bantu Usahawan Yang Terkesan Pandemik


Assalammualaikum.. Hari ini TB nak berkongsi tentang satu Program yang sesuai untuk para usahawan kita ikuti kerana ia adalah program yang disediakan untuk mereka-mereka yang terkesan dengan pandemik covid-19. Program ini dianjurkan oleh Richworks.. haa.. sekali lagi Richworks nak bantu ramai orang yang juga usahawan untuk Bangkit kembali bersama RichWorks dalam menghadapi krisis ketika pandemik covid-19. 

Pastinya ramai dikalangan kita sangat terkesan dengan pandemik Covid-19 ini, apatah lagi mereka-mereka iaitu usahawan yang bergantung hidup pada pendapatan dari bisnes atau perniagaan sendiri. Ketika pandemik Covid-19 melanda negara dan menyebabkan ekonomi terjejas, usahawan turut berdepan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang memberi kesan kepada kehidupan harian mereka.

Ketika pandemik inilah, sangat memberi cabaran dan dugaan besar buat kita sebagai usahawan dimana pergerakan kita yang terbatas, ditambah pula dengan penutupan sempadan dan sebahagian ekonomi, mengakibatkan kejutan penawaran dalam ekonomi apabila aktiviti pengeluaran terbantut, sekali gus memberi kesan langsung kepada peniaga, terutama mata pencarian mereka serta masalah aliran tunai. Ia akhirnya mengakibatkan banyak lagi perniagaan 'gulung tikar' pada masa hadapan.

Aktiviti normal ekonomi bertukar daripada ekonomi berasaskan kehendak kepada ekonomi berasaskan keperluan asas.

Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital akan diadakan pada 27-29 Ogos ini.


Memahami cabaran yang dihadapi usahawan ekoran pandemik Covid-19, RichWorks International Sdn. Bhd yang dimiliki oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman bakal mengadakan program khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital bagi terus memberi sokongan dan memberi dorongan kepada mereka untuk memajukan perniagaan dalam tempoh sukar ini.

“RichWorks sangat memahami keadaan in kerana ramai usahawan yang menghubungi kami di media sosial bagi mendapatkan panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka,” kata Ridz Mohd iaitu Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn Bhd  dalam sidang media Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital (Bangkit) yang diadakan melalui platform Zoom.

Sehubungan itu, Radz menyeru usahawan-usahawan serta masyarakat untuk menyertai program Bangkit bagi menimba ilmu dan panduan penting yang dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 27 hingga 29 Ogos ini.

“Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain,” jelasnya.

Radz berkata, terdapat dua kumpulan usahawan ketika pandemik iaitu mereka yang tidak nampak jalan menyebabkan sesetengah hanya mengeluh dan menyalahkan orang lain atau seorang yang berusaha mencari jalan penyelesaian.

“Pandemik ini masalah global jadi kita jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikir bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. Buatlah persediaan dari sekarang untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” katanya.


dr azizan osman


Berpendirian Teguh dan Bersemangat Untuk Terus Bangkit Walau Sesukar Mana Keadaan


Sebenarnya sebagai Usahawan tegar, mereka mampu bangkit kembali dari kegagalan. Tambahan pula sekiranya bisnes yang mereka jalankan itulah satu-satunya sumber pendapatan mereka untuk meneruskan kelansungan hidup sekeluarga. Pilihan untuk terus bangkit dan mencari jalan untuk atasi halangan yang ada semuanya terletak pada diri usahawan itu sendiri. Sentiasa mencari jalan dan berbuat sesuatu untuk bergerak ke hadapan.

Pastinya kita semua pernah mengalami halangan dan kegagalan sama ada anda mahu mengakuinya atau tidak, itulah kebenarannya. Persoalannya adalah macam mana kita nak kembali bangkit dari kegagalan itu?

Sasaran yang ditetapkan tidak kena, jualan yang dijangka tak dicapai dan banyak lagi. Adakala ia disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh usahawan itu sendiri dan ada masa ia disebabkan faktor di luar kawalan.

Jatuh bangunnya sesuatu perniagaan atau bisnes itu semuanya terletak atas kita sendiri, bagaimana kita aturkan dari mula hingga seterusnya dan sekiranya nasib tidak menyebelahi kita, dan terpaksa melalui kegagalan, percayalah.. terdapat pelajaran penting yang boleh dipelajari dari situ. Apabila kita mencari jalan untuk mendorong diri agar bangkit semula, tetap bertahan tanpa rasa putus asa dan terus bergerak ke depan, insyaAllah segala yang dirancang akan membuahkan hasil..  Apa yang paling penting.. Niat, tekad dan semangat untuk terus bangkit, berjuang untuk kehidupan seterusnya.

Oh ya, disini TB nak kongsikan sedikit artikel tentang apa yang usahawan-usahawan diluar sana perlu praktikkan untuk terus bangkit dan berjaya mengatasi halangan dalam dunia perniagaan apatah lagi ketika saat Pandemik Covid-19 melanda .

Artikel ini TB ambil dan kongsikan dari website richworks.com  kerana merasakan ia adalah antara tips dan kata-kata yang sangat memotivasikan diri TB sendiri juga.. Dimana ia boleh diguna pakai untuk semua orang tidak kira usahawan mahupun bukan. Jom kita baca dan hayati bersama-sama, moga bermanfaat untuk semua.. 


Apa Perlu Kita Buat Untuk Memastikan Diri Kita Terus Positif, Bersemangat dan Yakin Untuk Terus Bangkit dan Kembali Berada di Landasan Sebenar Walau Sesukar Mana Cabaran Yang Mendatang?

 

Usahawan perlu ada daya tahan


Satu perkara yang sangat penting apabila memikirkan kejayaan jangka panjang adalah daya tahan anda. Tidak kira sama ada anda seorang usahawan, pemimpin bisnes, ibu bapa, suami atau isteri, daya tahan merupakan faktor penting untuk berdepan dengan halangan-halangan dan seterusnya mencapai matlamat anda dengan lebih cepat.

Daya tahan ini yang membuatkan anda kembali bangkit ketika terduduk dan jatuh ekoran halangan serta cabaran-cabaran seperti ketika pandemik ini.

Apatah lagi ketika awal tahun baru ini, kita sudah tentunya merangka sasaran baru dengan membuat perancangan untuk buat sehabis baik sehingga mencapainya.

Bagaimanapun pemikiran ini mempunyai kelemahan yang mana tidak mengambil kira apa yang perlu dilakukan apabila berlaku halangan-halangan di sepanjang perjalanan kita. Apabila semangat tinggi pada mulanya itu makin hilang, daya tahan itu membuatkan kita terus bergerak.

Bangkit kembali : Anda mempunyai apa yang diperlukan

Daya tahan ini merupakan satu pilihan. Setiap kali berdepan ‘roadblock’, kita mempunyai pilihan sama ada untuk berhenti atau terus mencuba memecahkan dinding atau tembok itu.

Tidak apa jika anda ada rasa takut dan susah, apa yang penting adalah apa yang dilakukan selepas itu.

Adakah anda biarkan ketakutan terus menghantui atau cuba adjust dan terus maju ke depan?

Berikut kami kongsikan 4 strategi atau perkara yang boleh digunakan untuk bangkit kembali apabila berdepan dengan kegagalan halangan, cabaran atau kesusahan.

4 strategi untuk usahawan bangkit kembali :


1. Sentiasa bersyukur


Mentor, Datuk Wira Dr Azizan Osman selalu menyebutkan ayat ini dalam firman Allah S.W.T:



وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُم وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ



Maksudnya: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu mengatakan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih”. (Surah Ibrahim: 7)


Ayat di atas menerangkan bahawa Allah akan menambahkan nikmat bagi seseorang mukmin sekiranya dia bersyukur dengan nikmat tersebut.

Inilah sebabnya, anak didik beliau semua diajar untuk sentiasa belajar untuk bersyukur.

Masalah ramai orang yang membuatkan kenapa orang gagal terus gagal dan kenapa orang berjaya terus berjaya antaranya disebabkan bersyukur.

Sehubungan itu, apabila anda diuji dengan halangan dan kegagalan perlulah bersabar serta bersyukur kerana yakin setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

Tapi bukan berhenti setakat itu saja, lihat balik di mana silapnya sebelum melakukan tindakan seterusnya.

2. Tulis wins anda


Rekodkan wins anda secara harian atau mingguan. Langkah ini merupakan tabiat penting yang dapat bantu anda untuk mempunyai keyakinan dalam diri.

Melalui senarai wins yang ditulis anda, ia akan menjadi peringatan yang jelas bahawa apa yang telah anda lakukan dengan baik.

Hal ini kerana halangan, cabaran atau kesusahan yang menimpa itu mudah untuk mengaburi perspektif dan pemikiran anda.

3. Kekal fokus kepada objektif anda


Kuncinya adalah dengan berhenti sebentar dan menilai semula apa yang boleh berhasil dan tidak berhasil sebelum membuat perubahan yang perlu. Bagi mereka yang mempunyai daya tahan akan melihat kegagalan itu sebagai satu lencongan di sepanjang perjalanan mereka.

4. Jaga kesihatan anda


Tabiat kesihatan yang baik seperti tidur yang cukup, bersenam dan makanan seimbang akan memastikan badan anda mempunyai tenaga diperlukan untuk berdepan dengan rintangan yang mendatang.

Masalah-masalah akan bertambah berat jika terlalu fokus kepada masalah itu saja hingga mengganggu tidur atau pemakanan anda.

Kesimpulannya, anda boleh mendapatkan lebih tinggi keyakinan apabila berjaya mengatasi lebih banyak cabaran dan halangan mahupun kegagalan. Anda semua mempunyai apa yang diperlukan untuk bangkit kembali dalam game ini. Tidak kira apa yang buatkan anda jatuh.


Jom sama-sama join / hadiri BANGKIT Bisnes Dari Krisis 3.0 berlangsung pada 27-29 Ogos ini

Bagi usahawan-usahawan yang masih lagi tercari-cari sesuatu yang boleh menaikkan kembali semangat mereka untuk bangkit semula selepas kegagalan dalam perniagaan atau bisnes yang dijalankan,  TB syorkan sangat anda semua cuba join dan hadiri program BANGKIT ini kerana ia bukan sahaja PERCUMA, malah terdapat banyak input yang anda semua akan perolehi dari program yang dianjurkan oleh Richworks ini. 


Jom Mengenali Richworks

Oh ya.. Mungkin masih ada yang belum tahu tentang Richworks ini, mari TB share kan dulu sedikit info untuk mereka yang baru nak join, RichWorks International adalah sebuah syarikat multinasional yang merupakan penganjur terbesar Asia Tenggara. Kepakaran Richworks International adalah dalam industri Latihan Keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan.

Semenjak ditubuhkan pada 2008, syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan memecah rekod dalam menghasilkan paling ramai usahawan Berjaya di Malaysia. Antara rekod terbaik adalah pada tahun 2020, seramai 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari dalam dan luar negara berjaya mencipta rekod apabila menjana jualan lebih RM2 bilion melalui Program Mentoring SPIRE & TITANIUM.

Richworks bermula dari permulaan yang sederhana oleh Dr Azizan Osman, Jurulatih Perkembangan Peribadi & Mentor Kejayaan No. 1 Malaysia.

Dalam masa beberapa tahun sahaja, Richworks telah menjadi syarikat pembangunan peribadi dan kejurulatihan & Latihan profesional terbesar di Malaysia.


Haa .. begitulah serba sedikit tentang RichWorks yang telah banyak membantu ramai usahawan dalam perniagaan sehingga berjaya mencipta jenama sendiri dan berada di tingkat kejayaan yang usahawan itu sendiri mahukan... Tahniah Richworks!

Bangkit Richworks Business Bootcamp


Sesi Live 3-Hari Secara Langsung bersama Mentor Datuk Wira Dr Azizan Osman. Program Khas untuk anda usahawan dan bakal usahawan yang nak jadi the NEXT

Sebagai usahawan, yang memang telah terbiasa dengan dunia usahawan walaupun secara kecil-kecilan sehinggalah secara besar-besaran sehingga wujud cabang bisnes yang tidak disangka boleh menjadi punca pendapatan yang berpanjangan buat keluarganya, pastinya akan cuba mempertahankan periuk nasi mereka agar terus terisi walaupun ketika pandemik covid-19 sedang bermahaharajalela. Apa juga program atau seminar yang dapat memberi input bagi mengembangkan lagi bisnes yang ada sangatlah digalakkan kita sertai apatah lagi ia PERCUMA. Bukan senang kita nak join program sebegini yang PERCUMA ye.. 

Namun. dalam ramai yang tertarik dan berminat untuk menyertai program ini, seperti biasa.. pasti ada juga yang cakap-cakap negatif yang didengari. Mereka kurang percaya dengan perkataan PERCUMA yang tertera di setiap hebahan mengenai kempen Bangkit ini,, 

Ada yang berkata "Mula2 free lepas termakan umpan dia sembelih la kau sambil loncat2 jerit amik semangat katanya"

"Waktu masuk dengar tu memang la percuma, selepas terkinja-kinja mereka cadangkan masuk program itu ini, bayarannya bukan kecik² anak.  Jerung pun boleh meninggal..

Program usahawan. Nak bantu. Dia akan kaya, jika kita follow course seminar dia. Dia kaya atas keinginan kita ni yang nak berseminar motivasi. Dia pon leni blom berjaya lagi... andai kata kita masuk program dia, start la kaya dia. Kita?? Belum tentu lagi. Balik seminar lepas tu takde motivasi dah hahahaha..

Program FREE nak pancing orang ramai supaya masuk program berbayar Datuk Wira Dr Azizan Osman!!!


Haa.. pasti korang ada terbaca atau terdengar ayat-ayat begini kan? Itulah antara komen dapat dilihat apabila keluarnya berita pasal Datuk Wira nak buat satu program mega bagi membantu rakyat Malaysia terutama usahawan dalam masa pandemik. Tapi percayalah.. Program ini sangat berguna untuk semua usahawan dan ia sememangnya PERCUMA tanpa apa-apa bayaran. Korang just hadirkan diri secara online dan ikuti dari mula hingga tamat .. Pasti akan ada input yang korang dapat untuk lebih memajukan bisnes atau perniagaan korang.. 

Sedih pun ada, mungkin mereka tak pernah ikut program berkenaan. Kalau dah ikut pun, mungkin tak lakukan tindakan konsisten yang perlu untuk lihat hasilnya. Program-program percuma ini sebenarnya dah dibuat sejak tahun lalu lagi oleh Datuk Wira bersama RichWorks ketika PKP 1.0 lalu dan RichWorks dah bantu lebih 1 juta peserta dan usahawan sejak 2008 melalui Program Live Event dan Virtual Online

Menurut laporan, dalam waktu tempoh pandemik hingga kini saja sudah 800,000 lebih orang turut sertai dan sedikit sebanyak dapat manfaat daripada program itu. Sebelum itu, sudah lebih 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks secara fizikal sejak 2008 - 2019 ( 11 tahun )

Ada saja testimoni yang dikongsikan sendiri oleh para peserta yang tunjukkan perubahan dan peningkatan selepas ikuti program-program percuma ini. Ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa ini.

Ya program-program FREE ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu Usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6-12 bulan. Tapi melalui ilmu, strategi dan Mentor yang ada results ini - bawa kesan dan perubahan dibuktikan sendiri peserta-peserta yang belajar & lakukan tindakan dengan ilmu yang tepat dari bimbingan Mentor secara konsisten mengikut tahap dan fasa Bisnes mereka

Lihat di Telegram Azizan Osman Official dan FB, anda dapat lihat sendiri setiap hari ada saja aktiviti untuk beri ilmu, panduan, perkongsian daripada usahawan-usahawan dan DWDAO sendiri. Difahamkan pada tahun lalu saja, daripada lebih 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks dapat hasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion.

Perumpamaan mudah, seperti pergi di universiti dalam kelas dihadiri 50 orang pelajar. BELAJAR DENGAN CIKGU YANG SAMA, WAKTU YANG SAMA, ADAKAH SEMUA PELAJAR AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG SAMA??? Jawapan sudah tentu tidak, semua berbalik kepada diri sendiri sama ada teruskan usaha, melakukan perubahan dan tindakan berterusan. Apatah lagi jika kita ikut langkah-langkah daripada usahawan lain yang sudah pun berjaya.

 DWDAO dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. 13 tahun dalam industri. Sebelum tertubuhnya RichWorks, beliau mempunyai pengalaman meluas dalam marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar, seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain.

Beliau sendiri selalu upgrade diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan kajian dan research apa yang relevan dengan bisnes sekarang. Difahamkan DWDAO telah pergi ke SILICON VALLEY pada 2017 - belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi, sekembalinya Datuk Wira Dr Azizan Osman terus berkongsikan tentang transformasi digitalisasi dan kepentingannya sebelum ada Covid-19 ini lagi.

Beliau punya passion nak lihat anak bangsa usahawan ini berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun dia tetap lakukan apa yang boleh beliau lakukan dan sumbang. Mungkin ada kata, jika nak bantu bagi semuanya PERCUMA. Suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan prorgam bimbingan melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang bantu mempersiapkan dan memastikan ia berjalan.

Tiada paksaan untuk sesiapa untuk ikuti program lain ianya pilihan mereka sendiri. Tepuk dada tanya selera.. peluang depan mata dah sedia ada, kalau tak rembat jugak, tak tahu lah nak kata..  Melalui program-program percuma pun boleh buatkan usahawan itu mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, cari jalan dan terus konsisten. 

Apatah lagi pada hujung bulan ini - Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital merupakan program terbaru yang dibuat khusus nak bantu usahawan untuk bangkit disebabkan pandemik Covid-19 masa ini.

Datuk Wira sebagai Mentor Usahawan tahu dan jelas apa yang usahawan perlu lakukan untuk dapat bukan saja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini. Soal penting pemasaran digital bagi bisnes masa ini untuk usahawan dapat bergerak lebih pantas.


Bangkit Bisnes dari krisis 3.0


Jom sama2 kita ikuti dan nilai sendiri perkongsian dan ilmu PERCUMA yang akan beliau kongsikan pada hujung bulan ini.

Program ini diadakan oleh Richworks bertujuan bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini menerusi beberapa modul dan intipati berbeza termasuk menekankan kepada isu semasa dalam dunia perniagaan dalam suasana pandemik. Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” jelasnya lagi.

Untuk usahawan-usahawan diluar sana, malah anggota masyarakat digalakkan hadir ke program Bangkit ini yang mana ilmu dan panduan penting dikongsikan oleh Dr Azizan sudah pun berjaya membantu ramai usahawan dengan lebih 700,000 orang telah dibimbing sejak bermula pandemik hingga kini.

“Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain,” jelasnya.

Semoga program selama  tiga hari itu nanti dapat membantu usahawan atau bakal usahawan mendapat ilmu dalam memantapkan pengetahuan mereka dalam perniagaan.

Jom kawan-kawan semua, kita bangkit dari kegagalan, bina keyakinan kita semula dengan menyertai kursus usahawan maya percuma ni! Jangan lepaskan peluang keemasan ini mempelajari ilmu berharga yang diberikan secara percuma. cuba beri peluang kepada diri sekali ini. Apakah yang akan buat anda rugi besar jika hadir pada 27-29 Ogos nanti?


Bagi yang ingin mendaftarkan diri dalam program percuma itu, boleh melayari :
Maklumat lanjut penganjur adalah seperti di bawah:

Richworks International Sdn Bhd
RichQ, No.77 Jalan Badminton 13/29 Seksyen 13,
Tadisma Business Park,
40100 Shah Alam, Selangor


Tel: 1-300-88-2424 | 
Email : info@richworks.com


#Bangkit #BaikSemula #BangkitSemula


30 Julai 2021

Y.O.U BEAUTY JUST LAUNCHED ONE OF THE LONGEST LASTING EYELINER THAT WILL AMAZE YOU!

Y.O.U Beauty

Y.O.U BEAUTY JUST LAUNCHED ONE OF THE LONGEST LASTING EYELINER THAT WILL AMAZE YOU!



Kuala Lumpur, 27 July 2021 – Global beauty brand Y.O.U Beauty is on fire with the launch of Stay All Day Pen Eyeliner, just like its’ name, this eyeliner can indeed stay all day. It is invented with a colour-lock formula that lasts up to 24 hours, catering to the growing demand for eye wear makeup. Especially during the pandemic where everyone has a face mask on and want to emphasis on their eye makeup look.

Y.O.U Beauty

Y.O.U Beauty


Innovative Lock Technology


The pen eyeliner consists of 7 excellent features including waterproof, sweatproof, anti-friction, smudge proof, transfer proof, anti-fading, and persistent Ink lines. The innovative colour-lock formula boosts an impressive 24-hour staying power and through this formula, it also dries quickly to ensure it won't smudge or smear during application, and the flexible applicator makes it easier to create any eyeliner look.


“We are proud of our colour-lock formula, which is a revolutionary formula that contains two kinds of film former that provide a protective film on the eyelids, giving you a long-lasting wear and keeping your eyes look beautiful all day long.” said Ida Chong, Brand Director of Y.O.U Beauty Malaysia.


Breakthrough Ink Level Structure

The Innovative Ink Level Case delivers persistent smooth ink lines with intense colour pigmentation that enables makeup pros or newbie alike to draw a smooth ink line up to 500m long. The eyeliner embodies a beauty nylon material from Japan which is flexible and gentle on skin, making you feel comfortable while applying while offering the darkest, smoothest, the most long-lasting eyeliner. Y.O.U Beauty's Stay All Day Pen Eyeliner is also free of paraben, alcohol, talc and fragrance!


Create Any Style Easily

Many find applying eyeliner a challenge especially when you're creating a cat-eye. But, thanks to the flexible felt tip that is easy to control, you can now create any eyeliner style you like – wing it, frame it or extend it!


Easy to Remove

Although it is a waterproofed eyeliner, it can be easily removed with your eye makeup remover such as Y.O.U Spring Water Eye & Lip Makeup Remover that gives a clean and fresh skin feels after using without irritating the skin.


More Offers Just For YOU!

Apart from the Stay All Day Eyeliner, do also check out Y.O.U newly launched eyebrow pencils too.

A trusty brow pencil is a must-have item in any makeup kit and framing your brows will make you look more awake and naturally polished, even if it’s just for a Zoom meeting.


Eyebrow Pencils to Suit Your Style

Y.O.U Beauty offers two types of eyebrow pencils for you to choose from, the Extra Slim Eyebrow Pencil and Teardrop Brow Definer. The Extra Slim Eyebrow Pencil has an ultra slim tip which is only 1.5mm that allows you to create natural fluffy hair-like strokes and delivers precise defined brows. This eyebrow pencil is enriched with Camellia extract to keep your brows nourished and moisturized.

Y.O.U Beauty


Y.O.U Beauty


The Teardrop Brow Definer on the other hand is developed with smooth-glide formula to create natural groomed brows easily and transforms sparse brows into full and perfectly-defined arches. With just one step, you can instantly glamify your look.

Y.O.U Beauty

Y.O.U Beauty


Rouge Satin Lip Cream

Although we don’t wear lipsticks as much nowadays as we use to, but it wouldn’t hurt to add a new shade to our lipstick collection. The long-lasting Rouge Satin Lip Cream has many amazing benefits, it is highly pigmented with bold color, the texture is smooth and light, contains coconut, sunflower and jojoba oil that will soften, hydrate and prevents chapped lips. Just swipe a layer on your lips before your video meeting with your co-workers or video call with your BFFs! The lip cream can also double up as your blusher or eyeshadow to complete your look!

Y.O.U Beauty
 Y.O.U Beauty


Golden Age Series

Anyone can be young at heart and in the face as well but it needs a little more effort to keep your skin looking youthful and healthy. The Golden Age series is a great anti-aging product for you to start with to improve skin’s health and age. Formulated with a natural anti-aging ingredient including Pomegranate extract and Blue Agave Leaf extract, these two amazing ingredients help to treat damaged skin, prevent signs of aging and keep skin moisturized. It also contains Hyaluronic Acid that aids in improving skin texture and reducing fine lines.

Y.O.U Beauty

Y.O.U Beauty

Y.O.U Beauty

Y.O.U Beauty



Where to Buy


There is no excuse not to have these amazing makeup products in your makeup kit. Get it now at Watsons, Lazada or Shopee!


Exclusive Offers for Watsons Member

10% off on eye makeup products*

20% off on the Golden Age Series with RM5 instant rebate

30% off on Rouge Satin Lip Cream with purchase of any Y.O.U Beauty products


Eye Makeup Products

Stay All Day Pen Eyeliner

Extra Slim Brow Pencil

Teardrop Brow Definer

Express On Point Eyeliner



Y.O.U Beauty

Shop Now

Watsons: 

Lazada: 

Shopee: 



Follow Y.O.U Beauty official store on Lazada and Shopee to get the latest offer updates.



Y.O.U Beauty


Follow Y.O.U Beauty Malaysia social media for beauty tips and giveaways.

Instagram: 

Tik Tok: 

Facebook: 


About YOU Beauty

Y.O.U Beauty is an international beauty brand under HEBE Beauty Group. Upholding the brand philosophy of “Long Lasting Beauty”, Y.O.U beauty is committed in providing accessible beauty with innovative technology and fashionable design to all women, inspiring them to express an exquisite attitude and bloom their everlasting beauty. With presence in Indonesia, Malaysia, Thailand, Philippines and other markets across the world, Y.O.U beauty understands the needs of consumers from different markets and offers and extensive product portfolio featuring makeup, skincare, body care and cosmetics accessories.


CONTACTS

Ida Chong
Brand Director
Mobile: 016 866 4199
E-mail: ida.chong@hebebeauty.my


Miki Tan

Communication Executive
Mobile: 017 522 9621
E-mail: miki.tan@hebebeauty.my


28 Julai 2021

6 Hotel di Sekitar Kuala Lumpur Yang Sesuai Untuk Famili Staycation

Staycation KL

6 Hotel di Sekitar Kuala Lumpur Yang Sesuai Untuk Famili Staycation

Alangkah seronoknya kalau dapat melihat keriangan anak-anak ketika bercuti apatah lagi dapat bercuti di hotel yang selesa dan lengkap dengan fasiliti, tambahan pula terdapat kolam renang serta taman tema yang disediakan di hotel tersebut yang membuatkan anak-anak teruja dapat menghabiskan masa mereka bermain dengan puas ketika disana. 

Pastinya ibubapa sedar bahawa pemilihan hotel amat penting ketika merancang untuk bercuti bersama family. Seperti TB sebelum ini pernah bercuti ke Melaka bersama family dan saudara mara, suami TB adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan urusan hotel. Kami pun memilih hotel yang betul-betul sesuai untuk kami dan anak-anak kami. Pastinya hotel yang menjadi pilihan adalah hotel yang mempunyai taman tema yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Setahun sudah berlalu, namun kenangan itu masih bermain di fikiran. TB tak pasti bilakah masa itu akan kembali...

Kalau diwaktu sekarang ni boleh pergi bercuti bersama famili, pastinya hotel yang kami pilih hotel yang mesra famili dan mesra kanak-kanak dan sudah semestinya yang mesra poket. Hotel yang TB maksudkan ialah hotel yang menyediakan kemudahan seperti kelab kanak-kanak, Wading Pool ( kolam buatan yang ketinggiannya hanya beberapa inci dan tidak dalam dimana kanak-kanak kecil boleh mandi didalam kolam tersebut dengan selamat ) . 

Sekarang ni semakin banyak hotel yang menyediakan aktiviti dan peralatan tambahan yang menarik untuk kanak-kanak seperti gelongsor air, air pancut, Kids Playground, malah ada juga hotel yang membekalkan barang-barang seperti katil bayi dan  peralatan mandian bayi juga macam-macam lagi..So, kena pandai memilih hotel yang betul-betul berbaloi untuk percutian kita. 


PILIH HOTEL YANG BERBALOI UNTUK PERCUTIAN

Ketika melancong atau bercuti, sudah semestinya penginapan di hotel adalah bahagian yang paling menarik dalam setiap percutian. Jadi jangan semberono sahaja  pilih hotel untuk menginap ye! Hotel yang mesra famili adalah hotel terbaik untuk mommy dan daddy serta anak-anak. 

Oh ya, kali ni TB nak share dengan semua pembaca tentang 6 Hotel Yang Sesuai Untuk Famili Yang Ada Anak Kecil  supaya nanti senang mommy dan daddy nak pilih kalau ada merancang nak staycation dimana-mana hotel selepas masalah pandemik usai nanti..  Haaa... Sekiranya korang berada di Kuala Lumpur atau merancang untuk bercuti di Kuala Lumpur bersama anak-anak korang, adalah selamat untuk mengatakan bahawa mereka tidak akan bosan jika korang menempah penginapan di salah satu hotel mesra famili ini:


sunway pyramid hotel

SUNWAY PYRAMID HOTEL

Sunway Pyramid Hotel merupakan salah satu hotel tiga segi di Sunway City, yang menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang di Kuala Lumpur di samping destinasi pilihan yang semuanya terhubung dengan lancar ke hotel. Ini termasuk pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan taman tema Sunway Lagoon (Theme Park). Dengan kemudahan tambahan dan pelbagai tempat acara yang terletak dalam jarak berjalan kaki, Sunway Pyramid Hotel sangat sesuai untuk para tetamu yang melakukan perjalanan untuk urusan perniagaan atau bersantai.

Terletak di Bandar Sunway kira-kira 25 minit dari Pusat Bandar KL, Sunway Pyramid Hotel ialah antara family hotel yang sangat bagus untuk dikunjungi setelah seharian bersantai di Sunway City atau Kuala Lumpur. Dengan kemudahan moden dan kemudahan yang lengkap, penginapan yang selesa adalah sebagai pelengkap yang sesuai untuk setiap perjalanan dan percutian .

Di hotel ini pelbagai kemudahan ada disediakan dan TB sendiri tertarik untuk mencari peluang suatu hari nanti menginap di Hotel Sunway Pyramid ini, Selain mesra famili, ada theme park dan tempat shopping, bilik penginapan di hotel ini pun nampak sangat selesa dan cantik decorationnya.. Kalau lihat  bahagian lobby nya pun dah woww sangat kan.. dengan lampu simbahan yang cantik gitu.. 

sunway pyramid hotel

Inilah Family Room yang selalunya menjadi pilihan keluarga kerana sukakan gabungan daripada sebuah katil king dan 2 tingkat untuk anak-anak, dan akses mudah ke semua tempat menarik di sekitarnya.


sunway pyramid hotel

Haa.. yang ni something yang orang paling suka, termasuk TB sendiri.. 

sunway pyramid hotel

Menghabiskan bercuti bersama anak-anak adalah satu kemestian

sunway pyramid hotel

sunway piramid hotel


Terkini mereka telah mempelbagaikan lagi aktiviti untuk para pengunjung dengan membuka tanah baru seluas 10 hektar di antara tanaman hijau dan bukit batu, yang terletak di Tanah Bertema Nickelodeon pertama di Asia. Asal-usulnya berasal dari peradaban yang hilang dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi yang subur dan utopia bagi semua orang yang suka menjelajah. Seronoknya kalau dapat menjelajahi kawasan fantasi hutan hujan ini yang dipenuhi dengan perjalanan air besar, jalan pejalan kaki, tempat rehat rekreasi, dan kaya dengan flora!

sunway piramid hotel


Dengan 14 tunggangan baru, ia juga akan menampilkan top hit Nickelodeon termasuk SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Ikuti setiap langkah Wonder menjelajah di sepanjang air terjun untuk menemui Nickelodeon Lost Lagoon. Sepanjang perjalanan korang akan melihat laman perkhemahan penjelajah, tiang nanas, ukiran yang rumit di Colonnade dan berhadapan dengan SpongeBob SquarePants yang ikonik. 

sunway pyramid hotel


Pendek kata Sunway Pyramid Hotel ni adalah salah satu pilihan TB nanti kalau berpeluang bercuti ke sana nanti..  Sebab tertarik sangat dengan Hotelnya serta kemudahan yang disediakan juga seperti yang kebanyakan pengunjung mahukan.. 

berikut ialah komen pengunjung-pengunjung yang telah berpuashati dengan servis hotel ini ;
Saya menikmati penginapan saya di Sunway Pyramid Hotel selama lebih dari 2 minggu. Hotel ini bersih, luas dan terasa selamat. Bilik eksekutif king saya luas dan mempunyai pemandangan Sunway yang indah. Shanta pengurus itu sangat membantu dan bertimbang rasa. Dia sentiasa responsif dan memahami keperluan saya selama ini. Hotel ini terletak berhampiran dengan Pusat Perubatan Sunway, Sunway Lagoon dan Pusat Beli-belah Sunway Pyramid. Walaupun terdapat COVID, anda dapat menikmati penginapan yang selesa dan selamat di hotel ini. komen seorang pengunjung.

 Satu lagi komen seorang pengunjung yang juga berpuas hati dengan Hotel Sunway Pyramid ;

A very pleasant and convenient place for holiday and shopping. Excellent services, good foods, friendly & polite staffs. Hope can come again in future. Thank you Sunway Pyramid Hotel & Ms. Cherrol.

Sunway Pyramid Hotel, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Selangor, Malaysia, +603 7492 8000, www.sunwayhotels.com/sunway-pyramid


Shangri-La Hotel

HOTEL SHANGRI-LA, KUALA LUMPUR

Terletak di Segitiga Emas bandar KL, hotel ini adalah sebuah bangunan mewah di tengah-tengah lalu lintas pusat bandar yang sibuk. Terkenal dengan keramahan staff dan restorannya yang hebat, lokasi tepat di tengah-tengah KL, ini bermaksud bahawa semua tarikan utama mudah dicapai, termasuk KL Tower yang terletak sangat dekat. Terdapat juga perkhidmatan ulang-alik hotel untuk membawa pengunjung ke pusat membeli-belah seperti Pavilion KL dan Fahrenheit 88. 

Shangri-La Hotel

Hotel ini baru-baru ini memperkenalkan aktiviti keluarga hujung minggu percuma seperti memberi makan ikan, bengkel seni dan kraf, kelas memasak dan waktu senggang untuk anak-anak, jadi pastikan untuk mengetahui apa yang pihak hotel sediakan sebelum korang membuat tempahan.

Satu-satunya hotel di Kuala Lumpur yang menawarkan aktiviti keluarga yang sesuai dan membuatkan pengunjung berasa puas menghabiskan masa yang berharga di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur terutamanya apabila kita memilih Family Premier Suite. Dimana ia lengkap dengan khemah moden dan disertakan  kemudahan untuk anak-anak, yang menjanjikan penginapan keluarga yang santai.

Jadi, tulis nota siap-siap apa yang menarik di hotel ini dan tempah nanti kalau nak plan untuk menikmati pengalaman keluarga yang menyeronokkan dengan Aktiviti Keluarga Percuma di hotel seperti memberi ikan makan, Yoga Keluarga, Berkebun, Bengkel Seni & Kraf, SLKL Junior Chef, Jiggle Wiggle dan Bingo Time.

shangri-la hotel


Oh ya,  untuk info semua untuk aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak Hotel, terdapat terma dan syaratnya yang perlu kita ikuti ye, antaranya hanya kanak-kanak yang berumur 3 hingga 11 tahun sahaja yang dibenarkan untuk aktiviti ini. Pendaftaran pendahuluan diperlukan untuk Aktiviti Keluarga kerana pengesahan dibuat berdasarkan pada kedatangan pertama (1st come 1st served). dan disebabkan  slot terhad, penyertaan sekali sahaja dibenarkan dalam setiap jenis aktiviti dengan maksimum dua kanak-kanak setiap bilik setiap penginapan, terhad kepada 40 tempahan pertama.

dibawah adalah antara komen pengunjung-pengunjung yang pernah menginap di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur ini.

Saya suka kesemuanya. Makanan, bilik, ostaff disitu dan aktiviti. Terutama aktiviti untuk anak-anak. Anak perempuan saya sangat berseronok dalam kelas memasak, kelas seni dan  beri makanan kepada ikan
Saya sangat menyukainya kerana ia hampir dengan semua yang ada di tengah-tengah KL. Kakitangan sangat ramah dan membantu. Sarapannya hebat. Biliknya bagus dan saya sangat suka semua reka bentuk dalaman yang lama tetapi eksklusif. 

Shangri-La Hotel, 11, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia, +603 2032 2388, www.shangri-la.com/kualalumpur/shangrila


Berjaya Time Square Hotel

BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL, KUALA LUMPUR


Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur terletak di lokasi yang tepat di tengah-tengah pusat hiburan paling hidup di bandar dan kawasan membeli-belah yang menjadi kemestian buat pengunjung. Berjaya Times Square Hotel terletak berdekatan dengan Berjaya Times Square Shopping Mall, dengan sambungan terus ke sistem KL Monorel melalui Stesen Imbi dan hanya 15 minit sahaja berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas yang terkenal di dunia menjadikannya ia tempat yang mudah untuk menerokai tarikan utama di bandar KL. 

Berjaya Time Square Hotel


Pastinya famili yang mempunyai anak kecil sangat teruja untuk menginap di Hotel ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia termasuk kolam renang di atas bumbung (rooftop), spa, wap & sauna, gimnasium, gelanggang skuasy dan taman permainan kanak-kanak. Apatah lagi terdapat taman tema yang menarik di hotel ini, pastinya ia plan yang menyeronokkan, menuju ke Berjaya Times Square Theme Park.

Berjaya Time Square Hotel


Selain itu, TB sangat kagum dengan pemandangan langit yang menakjubkan di hotel mewah di Bukit Bintang ini. Pastinya ia akan menjadikan penginapan yang mengagumkan untuk dikenang.

Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, 1 Jalan Imbi 55100 Kuala Lumpur, Malaysia, bth.rsvn@berjayahotel.com, +603 2117 8000, www.berjayahotel.com/kualalumpur


AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

Ok, untuk hotel yang satu ni, ia bukan saja hotel, tapi ia juga adalah resort golf yang terletak di Pulau Carey di Selangor dan berfungsi sebagai tempat percutian yang indah untuk keluarga. Peminat sukan golf pasti akan menyukai padang golf yang disediakan, sementara remaja dan anak-anak akan menikmati banyak aktiviti yang terdapat di sini termasuk kolam renang dengan slaid dan splash bucket, karaoke, snooker and pool room, tenis meja, zon keseronokan kanak-kanak, dan kemuncaknya adalah mini kebun binatang yang terletak di sebuah pulau kecil di seberang tasik. 

Bagi TB Hotel ini mempunyai view yang sangat cantik disekitarnya, disamping boleh menikmati pemandangan, terdapat pelbagai aktiviti boleh kita sertai untuk mengoptimumkan masa percutian kita sekeluarga. Pastinya korang pun mahukan percutian korang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan menggamit memori korang satu hari nanti kan.

dan yang paling gembira dan ceria pastinya anak-anak kita kerana terdapat pelbagai aktivit menarik untuk mereka lakukan ketika bercuti di hotel ini. jom lihat gambar-gambar dibawah ini.. dan rancanglah percutian korang disini nanti yea.. 

AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

AMVERTON COVE GOLF & ISLAND RESORT

Yang paling penting, pemandangan di waktu malam sangat cantik dan menenangkan ..



Amverton Cove Golf & Island Resort, PT 673, Jalan Pulau Carey 42960 Jugra, Selangor, Malaysia, +603 3123 3888, www.amvertoncove.com


PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTER

PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTER


Satu lagi tempat menginap yang mesra famili ialah Pullman Kuala Lumpur City Center Hotel & Residences yang menempatkan 450 bilik dan suite kontemporari yang menampilkan kemudahan moden, dan 157 kediaman yang direka untuk keselesaan dan kemudahan.

Hotel ini sesuai untuk famili kerana Pullman Kuala Lumpur City Center Hotel & Residences telah mengumumkan bahawa hotel ini diperakui ALLSAFE. Pullman Kuala Lumpur City Center Hotel & Residences telah memperkenalkan langkah-langkah kebersihan & pencegahan yang diperkukuhkan untuk memenuhi standard kebersihan, kesihatan, jarak sosial dan keselamatan. Label ALLSAFE yang disahkan oleh Clifton mewakili protokol dan piawaian kebersihan dan memberikan jaminan kepada semua tetamu tanpa risiko.

Selain itu untuk part selera pengunjung, di Pullman juga terdapat enam restoran dan bar menjanjikan masakan yang menggoda, memenuhi setiap selera. Manakala Oasis di tingkat atas di 10th mempamerkan ruang-ruang taman yang santai, kolam renang, Fitness Lounge, The Zone (bilik kanak-kanak), Ruang Tamu (tempat tinggal kediaman), Poolside Bar & Grill dan Vibes Spa

Apa yang TB boleh katakan, hotel Pullman ni sangat selamat untuk pengunjung kerana ia telah menepati Piawaian keselamatan kebersihan yang baik dengan pembersihan biasa dan protokol jarak sosial yang dipatuhi dipatuhi dengan ketat di seluruh hotel. Malah yang menariknya Kit Penjagaan Peribadi juga disediakan semasa ketibaan.

Haa.. Untuk Keluarga yang mencari ruang yang bersih dan selamat ketika bercuti, bolehlah melihat Kediaman Keluarga dua bilik berukuran 107 meter persegi dengan hiasan ceria untuk anak-anak, katil yang bersaiz king, tempat tidur tersusun untuk dua orang, PlayStation, dan ada pilihan untuk menambah katil twin untuk keluarga dengan empat orang anak. 

PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTER

PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTER

PULLMAN KUALA LUMPUR CITY CENTER

Terdapat juga dapur yang lengkap dan ruang tamu dan ruang makan yang berasingan. Hotel ini menyediakan konsol permainan di The Zone (kawasan kanak-kanak) dan filem di home theater, dan berada dalam jarak berjalan kaki ke pusat membeli-belah Pavilion KL yang dihubungkan dengan sky bridge walkways.

Pullman Kuala Lumpur City Center, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia, +603 2170 8888, www.pullman-kualalumpur-citycentre.com


HILTON KUALA LUMPUR

Hilton Kuala Lumpur menjadi kegemaran keluarga kerana lokasi yang strategik di kawasan KL Sentral dengan pusat membeli-belah Nu Sentral yang terletak tidak jauh dari hotel. Dari bilik-bilik bergaya yang dilengkapi dengan tab mandi hingga pelbagai jenis restoran, spa dan banyak lagi, tinggal di sini adalah satu keseronokan tetapi yang paling disukai oleh kanak-kanak adalah kawasan kolam renang yang indah dengan gelongsor yang mesra kanak-kanak dan kolam wading untuk anak-anak kecil bermain di dalam.

HILTON KUALA LUMPUR

HILTON KUALA LUMPUR

HILTON KUALA LUMPUR

HILTON KUALA LUMPUR

HILTON KUALA LUMPUR

HILTON KUALA LUMPUR


Hilton Kuala Lumpur berada tepat di luar pusat bandar, dan tempat-tempat menarik tempatan yang boleh dikunjungi dengan pengangkutan awam. Bersama dengan lebih daripada 500 bilik - beberapa dengan pemandangan indah ke langit atau tasik berdekatan - hotel ini mempunyai 10 restoran dan bar, termasuk panggangan yang terkenal, dan berkongsi dua kolam renang dengan Le Meridien yang berdekatan. 

Yang menarik tentang Hilton Hotel :
  • Hotel besar dan moden di seberang stesen keretapi KL Sentral
  • 30 minit dari lapangan terbang dengan kereta api berkelajuan tinggi
  • Bilik-bilik moden dan luas, beberapa dengan pemandangan tasik atau latar langit yang indah
  • 10 restoran dan bar serta koleksi wain yang luas
  • Bersantai dengan faedah percuma untuk tetamu Bilik Eksekutif
  • Kolam renang luaran yang besar merangkumi gelongsor air dan kawasan kanak-kanak
  • Gim besar dengan peralatan latihan kardio dan berat badan moden
  • Spa yang menarik dengan menu rawatan lengkap
  • Pusat perniagaan yang betul dan kemudahan mesyuarat yang sangat baik
  • Wi-Fi percuma di kawasan awam

Hilton Kuala Lumpur, 3 Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur 50470 Malaysia, +603 2264 2264, www.hilton.com/en/hotels/kulhihi-hilton-kuala-lumpur

LEXIS  HIBISCUS, PORT DIKSON 

Credit: Lexis Hibiscus Port Dickson on Facebook

Dan yang terakhir untuk entri kali ini, TB nak selitkan juga satu tempat penginapan yang selesa tetapi bukan didalam Kuala Lumpur, saja TB nak share memandangkan tempat penginapan ini sememangnya amat selesa dan mempunyai Pemandangan yang indah, kehidupan moden yang mewah, reka bentuk moden, kualiti hebat, dan kemudahan bertaraf dunia. Sekiaranya korang bercuti dan ingin menginap di Port Dickson, Lexis Hibiscus adalah pilihan utama yang TB syorkan.

Lexis Hibiscus Port Dickson terletak di Tanjung Gemok, boleh diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Port Dickson-Seremban. Resort ini terletak berhampiran bandar Lukut dan hanya 4.8 km dari Port Dickson di sepanjang kawasan pesisir Negeri Sembilan. 

Ini adalah percutian utama untuk lari dari dari hiruk pikuk KL. Vila air kolam renang peribadi mereka akan menjadi permulaan yang menyegarkan untuk percutian impian dengan anak kecil. Hanya kira-kira 1.5 jam perjalanan dari pusat bandar, pengunjung dapat menikmati pemandangan yang cantik, pasir dan angin bersama anak-anak. Di lokasi ini, pengunjunga akan dapati Roselle Coffee House mereka beroperasi dari sarapan sehingga malam untuk Maka
nan Halal.


Lexis Hibiscus Port Dickson

Kidz World

Bagi golongan muda seperti anak-anak kecil yang sedang membesar, Kidz World adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa mereka di persekitaran yang selamat. Merangsang secara visual, Kids World adalah bilik tertutup yang menyenangkan di mana kanak-kanak kecil akan bersenang-senang dengan rakan-rakan mereka, sambil meneroka pelbagai aktiviti yang dirancang untuk memperkenalkan mereka kepada pengalaman baru.


Lokasi: Tingkat 2, Bangunan Utama
Jam: Ahad - Khamis: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum & Cuti Sekolah: 9.00 pagi hingga 9.00 malam


Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson

Games Room / Bilik Permainan

Bagi anak-anak kecil yang suka bermain dan inginkan keseronokan, Bilik Permainan adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Pelbagai permainan arked disediakan, seperti Meteor Shower, Candy Shop, Super Bike, Lucky Win, Air Hockey, Happy Scooter, Air Force dan banyak lagi.

Jam: 8.00 pagi hingga 8.00 malam (Ahad hingga Khamis) | 8.00 pagi hingga 10.00 malam (Jumaat, Sabtu, Cuti Umum & Cuti Sekolah)

Lexis Hibiscus Port Dickson,12th Mile, Jalan Pantai, Pasir Panjang 71250, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Resort Tel: +606 660 2626 Resort Fax: +606 660 2628, Website: www.lexishibiscuspd.com


Traveloka

MUDAHNYA BUAT TEMPAHAN HOTEL UNTUK STAYCATION MELALUI WEBSITE TRAVELOKA


Haa.. buat korang yang merancang nak bercuti dan menginap / Staycation KL tu boleh la buat tempahan melalui website Traveloka ni 


Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara, berkhidmat lebih daripada 100,000 laluan penerbangan dan hotel 100,000+ seluruh dunia. Pelanggan pastinya sangat beruntung kerana Team Traveloka sentiasa bekerja keras untuk menyediakan pelanggan mereka dengan hotel dan penerbangan kadar paling murah setiap hari!


Dengan adanya website Traveloka ini amat memudahkan kita membuat carian, tempahan dan pengurusan lawatan untuk hotel dan penerbangan. Tak kira domestik atau antarabangsa. Maknanya kita boleh menggunakan Traveloka untuk merancang percutian kita. Satu laman web yang menguruskan semuanya. Memang mudah !

Oh ya.. di Website Traveloka juga kita boleh menempah penerbangan menggunakan aplikasi Traveloka atau melalui laman web.

Selain itu, Traveloka pun ada buat banyak tawaran menarik tak kira untuk hotel ataupun penerbangan. Seronok kan kalau dapat harga yang lebih murah, jadi percutian kita lebih jimat. Caj tersembunyi pun tak ada.

psss.. Nanti dulu.. Sebelum tu TB nak gitau.. kalau nak dapat harga lebih murah, korang boleh aje guna aplikasi Traveloka. Pastinya Cheaper if you book through app now. haaa.. cepat-cepat download aplikasi Traveloka ni di henfon korang. cari kat google play atau Playstore.. mesti ada punya. Traveloka ni dah popular di serata negara.. dan kalau korang nak jenguk-jenguk dulu laman sosial Traveloka ni, silalah klik link-link yang TB dan sertakan dibawah ni yea! 


Website Traveloka : 
www.traveloka.com

Facebook : 
https://www.facebook.com/TravelokaMY

Instagram : 
https://www.instagram.com/travelokamy



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers