Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger
Featured Posts
24 November 2022
Free Online Money Games For Kids
19 November 2022
Tatacara Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November 2022
Tatacara Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November 2022
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan panduan 10 langkah pengundian bagi rujukan lebih 21 juta pengundi berdaftar yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu 19.11.2022.
13 November 2022
77 RESEPI ISTIMEWA MASAK GUNA AIR FRYER
77 RESEPI ISTIMEWA MASAK
GUNA AIR FRYER by Chef Hanieliza
TIPS UNTUK REZEKI SENTIASA MENGALIR TANPA PUTUS
TIPS UNTUK REZEKI SENTIASA MENGALIR TANPA PUTUS
Valve's Steam Deck - Steam Deck Sticker
09 November 2022
Jus Celery Ala Neelofa
Jus Celery Ala Neelofa
10 Khasiat Jus Celery Untuk Kesihatan
1. Singkir Kolestrol Jahat
2. Lancarkan Penghadaman & Pencernaan
3. Kesihatan Mata
7. Diuretik
8. Singkir Toksin
10. Tonik Selepas Senaman
01 November 2022
Hotel Mewah Terbaik Di Kuala Lumpur
Hotel Mewah Terbaik Di Kuala Lumpur
Sekiranya anda
sedang merancang untuk pergi ke Kuala Lumpur sama ada atas urusan bisnes
ataupun urusan peribadi, kami sarankan anda untuk cuba menginap di hotel-hotel
mewah yang ada di bandar metropolitan itu. Inilah masanya untuk anda terokai
tempat penginapan yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dengan servis
terbaik.
Bagi memudahkan pencarian anda, berikut kami kongsikan 5 pilihan hotel mewah yang terbaik di Kuala Lumpur yang anda boleh jadikan pilihan untuk melengkapi percutian anda. Nak tahu hotel yang dimaksudkan? Jom baca!
1. JW Marriott Kuala Lumpur
Tidak kalah
hebatnya dengan hotel-hotel mewah yang lain, JW Marriott Kuala Lumpur juga
menawarkan pelbagai kemudahan dan servis bertaraf global. Kemudahan dan
kelengkapan di setiap bilik disediakan mengikut pakej bilik yang ditempah.
Kemudahan seperti kolam renang, pusat kecergasan, parking percuma dan kedai
makan juga disediakan.
Berhampiran JW Marriott KL hotel ini, anda boleh pergi ke tempat tarikan pelancong di sekitar Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam Malaysia dan sebagainya. Untuk menjamu selera pula, anda boleh pergi ke restoran 5 bintang berhampiran yang terletak kurang 5 km dari hotel ini.
2. Mandarin
Oriental Kuala Lumpur
Dengan berkonsepkan
moden kontemporari, kemewahan hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur ini dapat
anda rasai sebaik sahaja melangkah masuk ke kawasan lobi hotel. Tidak hairanlah
ia sering menjadi pilihan ahli korporat atau golongan atasan untuk menginap di
sini.
Di hotel Mandarin Oriental KL ini, terdapat 16 jenis bilik mewah yang ditawarkan. Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Selain kemudahan di dalam bilik, hotel ini juga menyediakan kemudahan untuk pengunjungnya berekreasi. Ia mempunyai kawasan untuk bermain golf, gelanggang tenis, pusat kecergasan dan tidak ketinggalan kolam renang yang cukup luas dan sesuai untuk kanak-kanak.
Terletak betul-betul di antara taman bunga, Taman KLCC dan bangunan Menara Berkembar Petronas, hotel ini menyajikan anda pemandangan yang cukup mengagumkan. Anda boleh melihat keindahan bunga-bunga di Taman KLCC dan menyaksikan salah satu bangunan tertinggi di dunia dengan rekaan yang menarik dalam jarak dekat hanya melalui tingkap hotel ini.
3. Wolo
Hotel Bukit Bintang
Wolo Hotel Bukit
Bintang membawa tema ‘We Only Live Once’ yang menjadi akronim nama hotel ini.
Seperti temanya, nda perlu cuba menginap di sini sekurang-kurangnya sekali
seumur hidup!
4. Impiana
KLCC Hotel
Terletak berdekatan
dengan tempat tumpuan pelancongan, Impiana KLCC Hotel sangat sesuai dijadikan
sebagai pilihan tempat penginapan anda. Anda boleh menyaksikan pemandangan
menara KLCC dan seluruh bandaraya Kuala Lumpur melalui tingkap bilik yang anda
tempah.
Menjadikan keselesaan pengunjung sebagai teras utama, kemudahan yang disediakan di hotel ini sangat lengkap. Terdapat 4 jenis restoran yang disediakan di dalam kawasan hotel ini untuk memastikan anda tidak kelaparan terutamanya apabila anda bercadang untuk berehat di hotel sahaja.
5. Banyan
Tree Hotel Kuala Lumpur
Banyan Tree Hotel
Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur. Namun begitu,
dengan tema yang digunakan, warna-warna bertona bumi dan neutral membantu untuk
menjadikan hotel ini sebagai tempat mencari ketenangan. Selain kekal nampak
eksklusif dan mewah, hotel ini juga kelihatan lain daripada yang lain.
Fasiliti lengkap dan mewah yang disediakan termasuklah restoran-restoran mewah, kolam renang, pusat kecergasan, spa dan sebagainya menjadikan hotel ini pilihan ramai pengunjung daripada dalam dan juga luar negara.
Nikmati percutian
anda bersama pasangan, rakan-rakan atau ahli keluarga di sekitar Kuala Lumpur
sebaiknya. Jangan lupa buat tempahan awal hotel pilihan anda melalui laman web
atau aplikasi Traveloka untuk memudahkan anda kelak.
21 Oktober 2022
THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR SYMPHONY ORCHESTRA
THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA MENAMPILKAN KARYA SELANGOR
SYMPHONY ORCHESTRA
27hb, 28hb dan 29hb Oktober 2022
Oh ya, untuk maklumat semua pada 17 OKTOBER 2022 The Haven Resort Ipoh bakal mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza di KUALA LUMPUR yang membawa kepada kerjasama Selangor Symphony Orchestra dan disokongi oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC). Pemenang Anugerah All Suite Resort ini juga, akan mengadakan persembahan selama tiga malam pada 27hb, 28hb dan 29hb Oktober 2022. Tetamu dan peminat muzik boleh merasai penginapan mewah di samping malam muzikal dan gastronomi di persekitaran resort yang indah.
Pengalaman yang imersif pasti akan didapati di persembahan muzik "Sensurround" yang merupakan persembahan yang pertama seumpamanya, dilengkapi oleh landskap unik akustik semula jadi dan teknologi The Haven Resort.
Bahkan ini juga merupakan pengalaman 'Sensurround' yang pertama seumpamanya. Tetamu resort dapat membuat pilihan untuk menikmati konsert sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik mereka melalui pakej muzik istimewa yang telah disediakan. Alunan musik dari tasik menjadi lebih istimewa dengan kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok.
Konsert tersebut akan dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao Sun, pemain biola antarabangsa Dr. Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari Malaysia. Karya dari The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya Selangor Symphony Orchestra akan ditampilkan dalam program ini. Kesemua persembahan akan bermula tepat pada jam 8:00 malam.
Peter Chan, Ketua
Pegawai Eksekutif The Haven All Suite Resort, berkata, “Selepas berehat
daripada pandemik, kami ingin sambung kembali industri pelancongan. Apakah lagi
cara yang lebih baik kalau bukan menyediakan percutian hujung minggu ke The
Haven Resort di Ipoh dengan persembahan muzikal ekstravaganza yang indah?
Tetamu yang menginap
bersama kami akan diberikan pengalaman konsert musik yang unik dan pertama
seumpamanya dengan alunan muzik dari pentas terapung di tasik yang dilengkapi
dengan alam semula jadi hutan di sekelilingnya.
Beliau menambah, “Diinspirasikan oleh Festival Muzik Tahunan
Hutan Hujan Sarawak; kami percaya The
Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang
paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak. Kami berharap
pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi acara yang
akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian.”
Dato' Rumaizi bin
Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, berkata, “Sudah tiba masanya
untuk The Haven memperkenalkan Muzikal
Extravaganza di Ipoh. Usaha memperkenalkan muzikal ekstravaganza ini
sememangnya kreatif dan dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak yang sedang
berikhtiar untuk mempromosi Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian
Asia. Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam usaha mereka untuk
mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat dihargai khususnya
untuk pelancong tempatan dan asing.”
Katanya lagi, “Setelah wabak ini beransur-ansur hilang, Ipoh
dijadualkan terus menjadi perhatian serta pilihan percutian yang indah untuk
para pelancong. Dengan kesan pandemik selama 2 ½ tahun, ia tidak melemahkan
semangat The Haven untuk memulih serta memastikan kemajuan Bandaraya Ipoh lebih
hebat lagi.”
“SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh
dalam memberikan pengalaman deria baharu dalam muzik. Siri ini menghimpunkan
orang ramai daripada semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia
di dalam suasana yang paling indah, di salah satu bandar bersejarah Malaysia,”
kata Eugene Pook, Pengasas Selangor
Symphony Orchestra.
The Haven Resort juga merupakan penyokong pelbagai inisiatif
yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
(MOTAC), Lembaga Penggalakan Pelancongan
Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak. Dengan itu, The Haven Resort telah iktiraf
kepentingan menyokong industri pelancongan Perak dan peningkatan ekonomi
tempatan dengan usaha-usaha mereka untuk menarik pengunjung dari seluruh Asia.
Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud
juga telah mula mempromosikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Batu Kapur, Muzik
& Kesenian di Asia.
The Haven Musical Extravaganza ini adalah salah satu daripada persembahan-persembahan yang akan datang. Puan Nurmalis bt Musa, CEO Tourism Perak, juga akan menghadiri acara tersebut.
Pakej muzikal ini bermula dari RM390++/seorang* dan boleh dibeli
melalui laman web di https://www.thehavenresorts.com/musical-extravaganza, nombor
telefon WhatsApp +6019-759-8285, atau hubungi Jabatan Acara, Cik Yee Lai Kuan
dengan telefon bimbit/ WhatsApp +6012-570-5498.
Keseluruhan pakej yang tersedia termasuk penginapan di suite yang serba lengkap, dan sarapan yang mewah disajikan pada pagi berikutnya. Para tetamu juga boleh memilih untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman mereka dengan harga RM75.00 bersih.
Sekiranya berminat untuk merasai sendiri pengalaman menonton Okestra secara live boleh lah layari https://www.thehavenresorts.com/ untuk
maklumat lanjut.
*Termasuk akomodasi,
tiket ke konsert dan makan pagi.