Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

28 Februari 2023

Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Sesi 2023/2024

 Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan  Sesi 2023/2024


Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 
Sesi 2023/2024

Seperti sedia maklum, Kalendar Persekolahan 2023 Sesi persekolahan 2022/2023 akan tamat pada bulan Februari 2023. Selepas cuti akhir persekolahan, sesi persekolahan baharu (2023/2024) pula akan
bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan).

Disini dikongsikan Kalendar Akedemik Persekolahan bagi sesi 2023/2024


NEGERI KUMPULAN A : 
Sekolah-sekiolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, 

Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Sesi 2023/2024


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Sesi 2023/2024


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CUTI PERAYAAN SESI 2023/2024


Manakala dibawah ini pulah adalah senarai cuti perayaan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Takwim / Kalendar Akademik Sesi Persekolahan Sesi 2023/2024


Muat turun Takwim Akademik Sesi Persekolahan 2023 / 2024 dan Cuti Perayaan Sekolah terkini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI I ONE STOP CENTRE

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI 
PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE


Hai..Korang dah beli ke baju sekolah dan kelengkapan persekolahan anak-anak semua? Bukan apa, pejam celik pejam celik sekolah pun hampir nak buka dah tu.. berdebar rasa kalau kelengkapan sekolah anak-anak tak settle lagi kan. So. hari ni TB nak share serba sedikit tentang pengalaman TB membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari. Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (PPHHSB) telah mencipta satu legenda kejayaan yang paling terkemuka di bidang jualan runcit pakaian fesyen. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1996. Bermula secara kecil-kecilan, ia semakin berkembang dengan rangkaian cawangan yang kian bertambah di seluruh negara.

Falsafah perniagaan Hari-Hari ialah menggalakkan para pengguna mengunjungi gedung Hari-Hari setiap hari sambil menjaminkan pengalaman beli-belah yang menceriakan. Sejak mula berniaga, Pusat Pakaian Hari-Hari kekal dengan strateginya untuk memperkenalkan pakaian yang mudah dibiayai, dengan fokus tumpu pada golongan pengguna berpendapatan rendah hingga sederhana. Taktik pemasaran Pusat Pakaian Hari-Hari yang mengambil hati pelanggan ini telah menjadikannya jenama yang bertaraf istimewa di kalangan pengguna.


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI


Pusat Pakaian Hari-Hari ada buat Promosi Kembali ke Sekolah Kembali Lagi 2023. Mak ayah mungkin ketika ini sedang rancak menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak bagi sesi persekolahan yang akan bermula pada Mac 2023 ini. Bagi TB pula lega rasa nya bila dah selesai membeli baju sekolah dan kasut sekolah Harraz, Kami beli yang ini dulu sebab risau kehabisan saiz. Risau kalau lambat saiz Harraz dah tak ada... Nanti tinggal saiz besar-besar je.. 

Barang-barang yang lain-lain tu boleh saja beli kemudian, apa-apa pun untuk mak ayah tu, kalau nak cari kelengkapan sekolah anak-anak seperti baju sekolah, kasut,baju sekolah Agama, sampin, songkok, Baju Tadika, tudung, beg sekolah, alat tulis, track suit, stokin, alatulis dan botol minuman serta bekas makanan pun ada didapati di sini .


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Masa tengok peralatan sekolah ni, anak yang bongsu tu pun dah teruja tengok dan siap sebut cantiknya kotak pensil tu.. alahai.. anak mama nak sekolah jugak ye.. tunggu besar sikit yea.. awak kecil lagi baru nak masuk 3 tahun.. Design yang menarik, mana budak tak tertarik kan..  Beg sekolah pun comel-comel designnya.. tahan lasak dan berkualiti.. berbaloi beli kat sini.. 

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI


Tak perlu ke tempat lain dah, semua ada di Pusat Pakaian Hari-Hari ni. sebab Hari-Hari ni terkenal dengan Kelengkapan sekolah One Stop Center. Nak cari pelbagai barang sekolah? Semua ada.. Dulu pening jugak nak cari barang sekolah kan, nak kena pergi merata tempat.. masuk kedai ini, masuk kedai itu. Sekarang ni, pergi je Pusat Pakaian Hari-hari ni, satu hari je settle pelbagai kelengkapan sekolah.. lega rasa. betul tak?

Minggu lepas TB dan suami bawa anak-anak ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Alor Setar. Memang plan nak beli kelengkapan sekolah Harraz disini dan disebabkan kesuntukan masa, kami beli dahulu baju, seluar dan kasut sekolah untuk Harraz.  Beli yang  penting dahulu kan. Next time datang lagi beli peralatan lain pulak.. 


JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

Test seluar untuk Harraz.. Saiz kecil je Harraz ni.. hehehe...

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

Dah test. tersengih dia daoat cuba baju sekolah. sebelum ni baju tabika kemas je, warna biru tu.. 
sekarang dah naik darjah satu, kena pakai baju putih.

JOM SHOPPING KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | ONE STOP CENTRE

Stokin pun beli kat sini jugak.. Ambil 2 set terus.. dapat lah 3 pasang.. 


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Tengoklah susunan yang kemas ni, senang nak pilih, senang nampak.. tak payah nak panggil-panggil staff hari-hari nak melayan kita. boleh je capai sendiri dan belek-belek sendiri kan. Tapi lepas tu kemas balik tau. Jangan biar berselerak. kesian staff hari-hari nak kemas balik nanti.. 

Haa.. Sebenarnya ini first time TB membeli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari area Alor Setar ni.. Masa mula-mula masuk, kami disambut oleh mesra oleh staff Hari-Hari. Layanan yang diberikan juga sangat memuaskan hati. Walaupun anak-anak TB ni tak boleh dok diam.. Pekerja nya ok je melayan kerenah anak..Terima kasih.. 

Pusat Pakaian Hari-Hari

TB suka shipping di Pusat Pakaian Hari-Hari ni sebab kedainya bersih kemas dan teratur. barangan yang dijual pun tersusun elok mengikut saiz, jenis dan jenama. Jadi, kita pun tak susah nak cari saiz dan barang yang kita mahu. 

Bilik untuk test pakaian pun ada disediakan. Jadi, anak-anak yang dah besar tu bolehlah salin pakaian dan cuba test baju tu situ. 

Selain itu TB suka membeli disini kerana materialnya berkualiti dan tahan lasak, harga pun  yang amat berpatutan. Tak rasa menyesal membeli disini. yang paling bagus bila barang boleh ditukar size sekiranya kita rasa saiz tu tidak sesuai dengan anak kita. Tapi kena tukar dalam masa 7 hari la ye. jangan lebih .

Lupa pula, dalam ramai-ramai mesti ada jugak ibu bapa yang lebih selesa membeli secara online kerana tidak perlu bersesak-sesak, tidak perlu menghadapi kesesakan lalulintas, dan tidak perlu melayan kerenah anak-anak dikedai. Jadi boleh lah shopping di Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my  je..  mudah kan? 

Kalau selalu guna Shopee, boleh juga shipping disitu, nak shopping di Lazada pun boleh. tiada masalah.. cuma kalau beli pakaian, seluar atau kasut tu.. kenalah ukur dahulu saiz agar dapat order saiz yang betul.  Ha.. Tapi kalau rajin elok kita terus pergi kedai. terus bileh cuba pakai dan sarung, boleh tahu sauz diorang sesuai ke tak kan? 

Walauapa-apapun.. mana-mana pun ok sahaja.. Janji dah ready semua kelengkapan sekolah anak.. tenang hati mak-mak kan... 


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Pssstttt.. Kalau dah alang-alang shopping baju sekolah tu, apa kata shopping terus baju raya, cantik-cantik designnya.. Rambang mata TB tengok hari tu.. 

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Ok.. settle membeli belah, kita bayar di kaunter pulak. 

PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

So... Marilah Pergi Hari-Hari! Boleh shopping baju sekolah hari hari..


PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Bagi yang nak shipping online je.. nah link-link nya.. 

98 Hari-Hari seluruh Malaysia:

Hari-Hari Online Store: 

Hari-Hari Shopee: 

Hari-Hari Lazada: 


#PusatPakaianHariHari #MarilahPergiHariHari #hariharisekolah #backtoschool #bajusekolah #kelengkapanSekolah #ehari #bajusekolahOnline  #ParentingBlogger


23 Februari 2023

PELBAGAI RESEPI AIR BALANG UNTUK MEREKA YANG INGIN BERNIAGA MINUMAN



RESEPI AIR BALANG


PELBAGAI RESEPI AIR BALANG UNTUK MEREKA 
YANG INGIN BERNIAGA MINUMAN

Bulan Ramadhan semakin tiba, ada ke yang plan nak berniaga di bulan Ramadhan nanti? Teringat tahun yang dulu-dulu ada sedara yang berniaga Air Balang di Bazar Ramadhan. Memang laku keras.. Air yang dijual memang sedap sangat. Kenapa sedap? Haa sebab ada resepi nya yang buat jadi sedap.. So kat sini TB share kan resepi-resepi air balang dari penjual air balang ini sendiri..  Nanti korang tengok di Facebook ye.. Group peniaga air balang. Mana tahu ada resepi air balang perisa bbaru pulak.. Boleh la try buat.. 
`    

RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR LEMON BLUE



RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR ASAM BOI



RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR HONEY DEW KLEBANG ORI


RESEPI AIR BALANG

RESEPI TEH BUNGA


RESEPI AIR BALANG

RESEPI LAI CHEE KANG (CIKONG)


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIS LEMON TEA


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR TEMBIKAI LAICI


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR MATA KUCING


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR BUAH NAGA



RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR JAMBU ASAM BOI


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR LEMON ASAM BOI



RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR STRAWBERRY LAICI MOJITOS


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR JAGUNG KLEBANG ORI


1.5 liter pati Air Jagung Klebang Ori (pastikan ori)
12 liter air masak
6 tin susu pekat (disarankan Dairy Champ)
5 tin susu cair
2 tin jagung krim
Secubit garam.
1 botol (5 liter pati) boleh hasilkan 100 botol air jagung (500ml). Harga pasaran RM 5 - 7.




RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR NENAS MADU


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR KHATIRA


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR KOPI AIS


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR KHATIRA


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR MILO


Milo rm19.90 1kg
Susu pekat rm3.10 x 8tin = rm24.80
Susu Cair rm3.10 x 8tin = rm24.80
Ais rm3.60 1beg
Keras modal...jual tetap juga rm3 secup 22oz
Harga cup terpulang pada kiraan anda..
Satu balang kadang dalam 60 cup




RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR MANGO SHAKE


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR TEH KLEBANG ORI


RESEPI AIR BALANG

RESEPI DRAGON FRUIT MIX COCKTAIL


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR VANILA BLUE


RESEPI AIR BALANG

RESEPI AIR CINCAU SELASIH



PELBAGAI RESEPI AIR BALANG UNTUK MEREKA YANG INGIN BERNIAGA MINUMAN

RESEPI TEH AIS CINCAU

BAHAN-BAHAN :
Teh serbuk
Susu full cream
Gula (ikut sukatan yang anda nak buat)
Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
Cincau

CARA PENYEDIAAN:
Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah
Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula sudah sedap, bolehlah tutup api.
Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
Siap.

07 Januari 2023

We Care We Love - Tisu Carina Jenama Yang Diyakini

Carina Tissue

We Care We Love - Tisu Carina Jenama Yang Diyakini 


Betul ke wanita dan tisu tidak dapat dipisahkan? penggunaan tisu dalam kehidupan seharian telah sinonim dengan wanita termasuklah TB sendiri, Walau berada diluar pun tetap akan membawa tisu didalam beg tangan kerana ia adalah salah satu item yang penting perlu ada ketika diperlukan. 

Bercerita tentang tisu, di pasaran terdapat pelbagai jenama tisu yang dijual, dan Carina antara tisu yang mendapat tempat di hati TB. Carina adalah tisu pilihan TB dari zaman bujang sehinggalah dah berkeluarga. daripada tisu muka, tisu basah, mahupun tisu dapur, TB akan sentiasa pastikan bekalan tisu sentiasa ada dirumah.

Jenama Carina sebenarnya telah lama di pasaran, dan telah digunakan oleh ramai orang kerana kualiti tisu yang bagus dan memuaskan hati. Tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil sehingga yang lebih besar, menjadikannya sesuai untuk digunakan oleh individu mahupun seisi keluarga. Pembungkusan sederhana Carina Handkerchief Tissue menjadikannya ideal dan sesuai untuk kegunaan harian. Sementara itu, Carina Wallet Tissue dengan pembungkusan yang mengikut trend masa kini, juga membolehkan kita menggunakannya sebagai on-the-go wallet atau dompet harian kita.

Selain itu, Carina juga boleh diperoleh dalam siri lain, seperti Tisu Basah, Kapas Muka, Putik Kapas, Kapas Gulung dan banyak lagi. Tekstur Carina Wipes yang lembut, sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. Rangkaian Carina Cotton pula juga diperbuat daripada kapas asli, lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian kita untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat.

Disini TB kongsikan serba sedikit info tentang Carina untuk bacaan kita semua. 


Latar Berlakang Carina
Carina ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika tersebut. Penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk.

Ia adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan oleh Carina tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, justeru menjadikannya lembut pada kulit dan tahan lasak.

Carina dicipta untuk penduduk Asia Tenggara yang terkenal dengan pulau-pulau yang indah, restoran ternama, masakan yang lazat dan pedas serta pelbagai budaya. Dengan iklim subtropika yang lembap di rantau ini, Carina percaya tisu berkualiti tinggi adalah penting dan sangat berguna kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta untuk kegunaan sendiri. Selain itu, tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi bukan sahaja kita tetapi juga alam sekitar.

Bertempat di Lembah Klang, Malaysia, produk Carina dihasilkan dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. Oleh itu, di sebalik kualiti produk Carina yang baik, harganya turut berpatutan untuk setiap lapisan masyarakat.

carina tissue
carina tissue

LIMITED EDITION 
We Care We Love Bag

Selepas pandemik CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju .

Maka mereka telah memperkenalkan Konsep baharu dengan tema We Care, We Love yang bertujuan :
●menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran
● Produk Carina menyediakan 100% kapas tulen semulajadi yang mesra kulit
● Pengeluaran tempatan untuk meningkatkan pemulihan ekonomi
● Khusus untuk memenuhi keperluan dan kehendak orang Asia Tenggara
● 4 siri untuk memenuhi permintaan pasaran

Moto We Care, We Love adalah menyatakan kepercayaan mereka bahawa menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga.
terhadap kita sekeluarga


Carina Tissue


Carina Tissue


Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:

1. Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) 

Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.


Carina Tissue


Bagi TB yang masih ada anak kecil, tisu kering Carina adalah salah satu item yang perlu ada di dalam rumah dan juga perlu ada di dalam beg apabila keluar bersiar-siar bersama keluarga. Tisu Kering ini TB akan gunakan untuk mengelap tangan dan mulut selepas makan, dan mengelap peluh di muka anak-anak. Carina Handkerchief Tissue yang bersaiz comel menjadikannya ideal dan sesuai untuk kegunaan harian. 


carina tissue


Manakala Carina Wallet Tissue sangat mudah dibawa ketika travel. Dengan bentuknya yang nipis dan comel menjadikan ia on-the-go wallet atau dompet seharian. Saiz yang leper dan kecil, muat dimasukkan di dalam beg dan di bawa ke mana sahaja. 

Tisu kering terdiri daripada :
1. CARINA Handkerchief Tissue
2. CARINA Wallet Tissue
3. CARINA Box Tissue



Carina tissue


Manakala siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON, lembut, tahan lasak  yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Rangkaian produk yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian anda untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat.


Terdiri daripada :

4. CARINA Facial Cotton
5. CARINA Cotton Bud



2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) 

Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan. Lebih tahan lama dan tidak mudah koyak ketika digunakan. Daya serapan yang bagus dan berkualiti. Memudahkan kerja-kerja mengelap.


carina tissue



3. Peralatan Dapur (Kitchenware)

Siri Tisu Dapur ini menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.


Carina Tissue



4. Penjagaan Kesihatan (Health Care) 

Siri Tisu Basah ini mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.  Tekstur tisunya yang lembut sesuai digunakan untuk membersih dan membasmi kuman dengan menanggalkan kotoran atau cecair di atas kulit kita atau di atas semua jenis permukaan. Siri Tisu Basah mempunyai 2 jenis tisu iaitu :

i. CARINA Wet Wipes
ii. CARINA Antibacterial Wipes

Carina Tissue


Tisu basah antara yang paling penting perlu dibawa kemana saja. TB memang akan sentiasa menggunakan wet tisu ini untuk mengelap baby chair atau meja sebelum kami menggunakannya. Selain itu senang mencuci tangan atau mulut anak-anak yang comot selepas makan. Ia sangat mudah kerana tidak perlu mencari air untuk mencuci. Selain itu ia pakai buang, selepas guna terus buang ke tong sampah. Mudah sahaja ..

#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Carina Gift Box

Carina memperkenalkan Carina Gift Box, di mana di dalamnya mengandungi :

Carina Tissue

• CARINA Facial Cotton 160's

• CARINA Box Tissue 90's

• CARINA Handkerchief Tissue

• CARINA Cotton Buds 400 tips

• CARINA WALLET Tissue

• CARINA Antibac Wipes 70's

• CARINA Cotton Buds 480's

• CARINA Wet Wipes 30's

Cantik Box nya. Kalau nak beli untuk kegunaan sendiri pun berbaloi sangat. Nak hadiahkan kepada orang pun sesuai dengan design kotak yang menarik. 

Oh ya, selain produk-produk di atas, Carina Gift Box juga mengandungi online voucher untuk Shopee Carina official Store bernilai RM5, Review & Win campaign flyer serta Carina Surprise Ang-pao sehingga RM88 yang akan dipindahkan melalui TNG.

Carina Tissue

Carina Tissue


Oh ya, untuk Carina Gift Set ni tidak termasuk Carina Kitchen Roll dan Carina Limited Edition We Love We Care Bag tau. Kalau korang nak beg tu, korang boleh dapatkannya secara percuma dengan pembelian RM40 dan ke atas.

Carina Tissue


Dimana boleh dapatkan Carina Gift Box?

Bagi yang berminat nak dapatkan Carina Gift Box ni, korang boleh dapatkannya sekarang sebab tengah ada promosi. Satu box hanya RM29.90 (NP : RM35). Korang boleh dapatkan secara atas talian atau beli secara fizikal di :

• Aeon Big (cawangan terpilih)
 Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall)
• Hot Market @ Berjaya Times Square
• Tong Hup Trading, Melaka


Jom Sertai CARINA Review & WIN


Carina Tissue


Sekarang ni Carina sedang adakan contest Review & Win di mana 300 penilai terbaik berpeluang memenangi 3 bulan bekalan rumah Carina bernilai RM150 setiap seorang. Mudah je cara nak sertai contest ni.

1. Muat naik foto / video ulasan pengalaman korang dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook / Instagram / Tiktok.

2. Beritahu Carina sebab korang akan mengesyorkannya & tag platform rasmi @CARINA di Facebook / Instagram / Tiktok.

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post korang adalah umum).

carina tissue


Jom lah join ramai-ramai. Mana tau ada rezeki korang terpilih sebagai penilai terbaik kan. Contest bermula sekarang sehingga 30 April 2023. Terma dan syarat yang lain korang boleh baca dengan scan qr code yang terdapat pada poster di atas.




Untuk maklumat lanjut tentang produk Carina promosi atau kempen yang sedang berlangsung, korang boleh emel Carina di wangzhengcarina@gmail.com.

Untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman lain, korang boleh ikuti Carina Malaysia di platform berikut :




Carina Kitchen Roll dan Carina Limited Edition We Care We Love Bag
Dimana boleh dapatkan CARINA?
OFFLINE

● Aeon Big,
● Aeon Wellness,
● Econsave,
● Mydin,
● NSK,
● Ascen+ Pharmacy,
● MiX Store,
● PotBoy Groceries,
● C-Mart Penang, Kedah, Perlis
● Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
● Family Stores Seremban
● Family Stores Melaka
● Oppa Mart Melaka & Seremban
● Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
● Target Supermarket Johor
● Song Mart Malaysia Johor
● Pasaraya Hwa Thai Johor

ONLINE



#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers