Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

06 Ogos 2023

4 Resepi Sambal Pembuka Selera


4 Resepi Sambal Pembuka Selera

4 Resepi Sambal Pembuka Selera



Hari ni saja nak share resepi sambal ni..  TB paling tak reti nak buat sambal-sambal yang power macam ni.. Walaupun nampak macam senang je tapi hakikatnya nak buat sambal pun kena ada skill.. Hahaha.. 

So.. Bila dah jumpa resepi nya TB simpan sini.. Nanti nak buat dah tau dah mana nak cari resepi.. Takut terlupa tambahan pula dah semakin tua ni.. Hahaha

So.. Kalau korang nak buat sambal ummmps tu.. Jom tengok resepi kat bawah ni.. Nak lebih resepi.. Bolrh klik link kat penghujung entri ni.. Banyak lagi resepi menarik dari sis ni.. 

4 Resepi Sambal Pembuka Selera


4 Resepi Sambal Pembuka Selera

4 Resepi Sambal Pembuka Selera

4 Resepi Sambal Pembuka Selera

4 Resepi Sambal Pembuka Selera

Kredit :


06 Julai 2023

Surah Al-Waqiah dalam Rumi

SURAH AL-WAQIAH DALAM RUMI

Surah Al-Waqiah dalam Rumi


Sebelum ni TB pasti akan baca surat Alwaqiah selepas solat Maghrib sementara nak tunggu masuk Isyak, Tapi sejak berberapa tahun ni asyik lah terlepas nak baca. dan bila dah terlepas tu dah terbiasa terus lupa nak baca.. Sebenarnya baca surah Alwaqiah setiap malam sebelum tidur ni sangat bagus kerana terlalu banyak kebaikan dan keistimewaan surah tersebut termasuk rezeki yang akan datang tanpa dijangka.


Setiap surah ada kelebihannya tersendiri di dalam al-Quran dan salah satunya adalah surah Al-Waqiah yang TB sendiri akui sangat tenang selepas membacanya. Surah Al-Waqiah merupakan surah yang dikenali sebagai salah satu surah yang penuh barakah dan memiliki banyak khasiat yang besar pada kehidupan kita. TB mula kenal surah Al-Waqiah ni dari adik perempuan TB yang selalu membaca surah ini selepas solat ketika zaman dia belajar di Unversiti dulu. Mungkin sekarang pun dia masih mengamalkannya.. Sebab itu rezeki dia selalu melimpah ruah.. Moga Allah sentiasa memberi rezeki yang luas buat adik teman tu.. Rezeki untuk dia membesarkan anak-anaknya yang telah kematian ayah sejak 2016 .


Haa.. Kalau nak tahu cerita disebalik kenapa TB rasa nak share tentang Surah Al-Waqiah ni adalah sebab baru-baru ni TB rasa macam gelisah dan rasa macam susah hati sangat sebab tiada duit dalam tangan dan asyik kerap keluar duit simpan je, walhal duit itu nak guna untuk kecemasan atau untuk anak-anak nanti.. Yelah.. kita tak tahu apa bakal jadi akan datang, sekurang-kurangnya kita ada buat persediaan. TB tak bekerja, surirumah sepenuh masa, hanya buat kerja-kerja review dan blog aje.. dari situ datangnya duit nak beli keperluan anak-anak atau diri sendiri..


Bila tak ada duit terasa macam jiwa tak tenteram je.. bukanlah nak kata duit tu segalanya tapi kalau tiada duit memang buntu fikiran.. kadang-kadang nak beli apa-apa pun terpaksa fikir sepuluh kali sebab nak berjimat. Bagi yang tak bekerja macam TB tahu la macam rasa kalau tengah kekeringan duit.. Duduk diam-diam je puasa sekejap dari membeli..


Baru-baru ni TB tiba-tiba teringat nak baca surah Al-Waqiah sebab bila teringat balik, masa zaman-zaman kera dulu selalu baca tiap2 hari.. terasa lapang dan cukup je walaupun tak semewah mana, So, TB try baca surah ni dan memang betul, rezeki tak pernah putus walaupun sedikit sedikit je dia masuk.. syukur Alhamdulillah..


bagi yang sering merasa kekurangan wang, sempit rezeki, kedudukan ekonomi yang goyah dan banyak lagi masalah tentang wang ringgit, inilah rahsia yang patut korang tahu. InsyaAllah dengan mengamalkan surah Al-Waqiah ini, kehidupan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.Mari kita renungi sedikit sebanyak kelebihan surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian kita. Antaranya adalah seperti :


Khasiat surah Al-Waqiah ini akan jelas terlihat apabila kita mengamalkannya sebagai wirid dan rutin surah yang sering dibaca setiap hari.


Dengan izin-Nya kita akan beroleh kesenangan dalam pelbagai bentuk buat selama-lamanya.


Apabila kita kerap kali membaca surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah kita tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit.


Rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa kita sedari.


Kebanyakan orang meletakkan kefahaman mereka bahawa rezeki itu hanya berbentuk harta dan wang ringgit namun mereka silap kerana maksud rezeki itu luas.


Ramai diantara kita yang tidak sedar bahawa kesihatan, kekenyangan, kebahagiaan, pekerjaan juga adalah rezeki dan kesenangan atau dengan kata lain disebut juga sebagai nikmat. Inilah kelebihan surah Al-Waqiah yang melimpahkan rezeki kita.


Bismillahir rahmanir rahim....

Izaa waqa'atil waaqi'ah
Laisa liwaq'atihaa kaazibah
Khafidatur raafi'ah
Izaa rujjatil ardu rajjaa
Wa bussatil jibaalu bassaa
Fakaanat habaaa'am mumbassaa
Wa kuntum azwaajan salaasah
Fa as haabul maimanati maaa as haabul maimanah
Wa as haabul mash'amati maaa as haabul mash'amah
Wassaabiqoonas saabiqoon
Ulaaa'ikal muqarraboon
Fee Jannaatin Na'eem

Sullatum minal awwaleen
Wa qaleelum minal aa khireen
'Alaa sururim mawdoonah
Muttaki'eena 'alaihaa mutaqabileen
Yatoofu 'alaihim wildaa num mukhalladoon
Bi akwaabinw wa abaareeq, wa kaasim mim ma'een

Laa yusadda'oona 'anhaa wa laa yunzifoon
Wa faakihatim mimmaa yatakhaiyaroon
Wa lahmi tairim mimmaa yashtahoon
Wa hoorun'een

Ka amsaalil lu'lu'il maknoon
Jazaaa'am bimaa kaanoo ya'maloon
Laa yasma'oona feehaa laghwanw wa laa taaseemaa
Illaa qeelan salaaman salaamaa
Wa as haabul yameeni maaa as haabul Yameen

Fee sidrim makhdood
Wa talhim mandood
Wa zillim mamdood
Wa maaa'im maskoob
Wa faakihatin kaseerah
Laa maqtoo'atinw wa laa mamnoo'ah
Wa furushim marfoo'ah

Innaaa anshaanaahunna inshaaa'aa
Faja'alnaahunna abkaaraa
'Uruban atraabaa
Li as haabil yameen

Sullatum minal awwa leen
Wa sullatum minal aakhireen
Wa as haabush shimaali maaa as haabush shimaal

Fee samoominw wa hameem
Wa zillim miny yahmoom
Laa baaridinw wa laa kareem
Innaahum kaanoo qabla zaalika mutrafeen
Wa kaanoo yusirroona 'alal hinsil 'azeem
Wa kaanoo yaqooloona a'izaa mitnaa wa kunnaa turaabanw wa izaaman'ainnaa lamab'oosoon

Awa aabaaa'unal awwaloon
Qul innal awwaleena wal aakhireen
Lamajmoo'oona ilaa meeqaati yawmim ma'loom
summa innakum ayyuhad daaalloonal mukazziboon

La aakiloona min shaja rim min zaqqoom
Famaali'oona minhal butoon
Fashaariboona 'alaihi minal hameem
Fashaariboona shurbal heem
Haazaa nuzuluhum yawmad deen
Nahnu khalaqnaakum falaw laa tusaddiqoon
Afara'aytum maa tumnoon

'A-antum takhluqoo nahooo am nahnul khaaliqoon
Nahnu qaddarnaa baina kumul mawta wa maa nahnu bimasbooqeen

'Alaaa an nubaddila amsaalakum wa nunshi'akum fee maa laa ta'lamoon

Wa laqad 'alimtumun nash atal oolaa falaw laa tazakkaroon
Afara'aytum maa tahrusoon

'A-antum tazra'oonahooo am nahnuz zaari'ooon
Law nashaaa'u laja'al naahu hutaaman fazaltum tafakkahoon

Innaa lamughramoon
Bal nahnu mahroomoon
Afara'aytumul maaa'allazee tashraboon
'A-antum anzaltumoohu minal muzni am nahnul munziloon
Law nashaaa'u ja'alnaahu ujaajan falaw laa tashkuroon

Afara'aytumun naaral latee tooroon
'A-antum anshaatum shajaratahaaa am nahnul munshi'oon
Nahnu ja'alnaahaa tazkira tanw wa mataa'al lilmuqween

Fasabbih bismi Rabbikal 'azeem
Falaa uqsimu bimaawaa qi'innujoom
Wa innahoo laqasamul lawta'lamoona'azeem
Innahoo la quraanun kareem
Fee kitaabim maknoon

Laa yamassuhooo illal mutahharoon
Tanzeelum mir Rabbil'aalameen
Afabihaazal hadeesi antum mudhinoon
Wa taj'aloona rizqakum annakum tukazziboon

Falaw laaa izaa balaghatil hulqoom
Wa antum heena'izin tanzuroon
Wa nahnu aqrabu ilaihi minkum wa laakil laa tubsiroon
Falaw laaa in kuntum ghaira madeeneen

Tarji'oonahaaa in kuntum saadiqeen
Fa ammaaa in kaana minal muqarrabeen
Farawhunw wa raihaa nunw wa jannatu na'eem
Wa ammaaa in kaana min as haabil yameen

Fasalaamul laka min as haabil yameen
Wa ammaaa in kaana minal mukazzibeenad daaalleen
Fanuzulum min hameem
Wa tasliyatu jaheem
Inna haaza lahuwa haqqul yaqeen
Fasabbih bismi rabbikal 'azeem

Kalau biasa baca jawi boleh la terus baca disini.. boleh dengar bacaan dan sebutan yang betul juga kat SINI





Resepi Ayam Goreng Spicy Korean


Resepi Ayam Goreng Spicy Korean


Resepi Ayam Goreng Spicy Korean

Selama ni asyik tengok je orang viralkan pasal Ayam Goreng Spicy Korean ni, tapi TB tak pernah pulak terserempak menu ni untuk dicuba.. Tiada pula timbul perasaan nak mencubanya pun, sebab terfikir manis agaknya ayam yang bersos sos ni. So, memang tiada lah bayangan impian nak pusing-pusing cari ayam viral ni.. 

Tapi bila dah jumpa Resepi Ayam Goreng Spicy Korean ni, terasa nak cuba buat la pulak. Tambahan pulak harraz dah pandai makan pedas, ramai lah geng makan-makan. hehe..  So, kita share dulu resepi mudahnya disini. Nanti kita cuba cari sos ni dan bahan-bahan dia. Dah lengkap boleh buat.. Jom tengok resepinya.

Beli kepak ayam. lepas tu boleh buat lebih, makan puas-puas. puas hati dapat makan banyak. katanya sosnya spicy.  Memang pedas sos nya. Tapi sedap . \


Resepi Ayam Goreng Spicy Korean

Bahan² perapan ayam
1kg Kepak ayam
5 ulas bawang putih- tumbuk lumat
2 inci halia - tumbuk lumat
1 sdk serbuk lada putih
1 sdk serbuk lada hitam
2 biji telur putih
Sedikit air bancuhan tepung bestari buat pekat

✅ perap ayam dgn bahan perapan setengah
jam
✅kemudian ambil kepak ayam dan gaulkan
dengan tepung bestari. Goreng sehingga masak
✅ ambil sos korean adabi dan gaulkan dengan
ayam tadi. Tabur bijan yang dah disangai


Resepi Ayam Goreng Spicy Korean


Cara-cara :
letak lebih kurang 10 sudu besar sos korean
dan tambah 2  sudu besar sos cili bersama 1 sudu kecil gula.
Masak atas dapur kemudian baru gaul dengan ayam
untuk kurangkan sedikit rasa pedas. Kalau ada
madu boleh ganti gula.


03 Julai 2023

RESEPI CUP CAKE SARANG SEMUT

RESEPI CUP CAKE SARANG SEMUT

RESEPI CUP CAKE SARANG SEMUT


Dah lama teringin nak makan kek sarang semut ni. Nak buat tapi tak reti. Mencari resepi mudah tak jumpa juga. Akhirnya terserempak resepi yang macam menarik untuk di cuba. So kita simpan sini dulu, nanti nak cuna buat. Mana tahu menjadi? Bahan-bahan pun tal banyak sangat.. Cuma jangan derhaka dengan resepi je laaaa.. Hahaha.. Jom tengok resepi mudah buat cupcake sarang semut ni.. 

BAHAN BAHAN :

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1/4 cawan susu pekat
3 sudu makan butter
(saya gune marjerin je) cairkan dulu tak kira la nak guna kaedah ape pun yang penting cair hehe hehe

1 cawan tepung naik sendiri saya guna jenama bluekey + 1/2 sudu kfc soda bikarbonat

4 biji telur gred B

1 penutup esen vanilla


CARA-CARANYA :

Cairkan gula sampai warna keperangan pastikan gula betul-betul cair.

Masukan air panas (hati-hati ye sebab merecik takut kena tangan)

Masukan marjerin yang dah dicairkan tadi, kalau air gula ni berketul jangan risau kacau-kacau je terus sampai semua larut. Tutup api biarkan air gula sejuk, tak payah sejuk sangat sampai nampak lemak marjerin tu.

Blend telur + esen vanilla (sekejap je ye)

Masukan susu pekat blend kejap, masukan tepung yang dah dicampur soda bikarbonat. 

Masukkan air gula yang dah sejuk, kacau2 dulu guna sudu biar senang masa blender.. Lepas tu blender la sampai semua sekata, tak lama pun masa blender... saya perap dalam sejam, lagi lama perap lagi cantik sarangnya.

Masukan dalam loyang yang dah dioles minyak/marjerin


Bakar suhu 160c mula-mula api bawah dulu 25mint

Pastu api atas bawah 25 minit juga..


Kalau dalam acuan cup cake tu saya terus letak 10 mint tapi dalam 4 minit tu saya letak api bawah dulu, dah nampak lubang-lubang terus tukar api atas bawah. Suhu sama juga 160c...

Untuk cupcake masuk bancuhan separuh dari acuan ye..

Resepi saya ni tak pakai baking powder ye... cuma pastikan soda bikarbonat tu yang baru bukan yang dah berzaman hihihihihi

23 Jun 2023

Loneliness Lyric - Ariani Putri


Ariani Putri


Loneliness Lyric - Ariani Putri


I remember when we still one
Your laugh, your voice, 
and your bright eyes
We're together in this love
Promise we'll forever

And now you left me alone
Cause You find someone better
You're in that way with her
And one think I know

You break my heart, break my hope
Make me so down in a loneliness


You break my heart, break my hope
Make me so down in a loneliness
You left me when I deep
Thought you are my best scene
Being my prince, but I was wrong
Baby, you change a pink into the blue

And what does it mean all the things that we have written
The great conversation and a beautiful future Perfect definition of sadly flower

You break my heart, break my hope
Make me so down in a loneliness
You left me when I deep
Thought you are my best scene
Being my prince, but I was wrong
Oh baby, you change a pink into the blue

Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh
Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh
Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh

You break my heart, break my hope
Make me so down in a loneliness
You left me, you left me when I'm in love
Thought you are my best scene
Being my prince, (i was wrong) but I was wrong (i was wrong)

I was wrong (I was wrong)
I was wrong (I was wrong)
I was wrong (I was wrong)
I do i fall in you




Lyric : Ariani Putri


20 Jun 2023

Tasneem Naturel Memperkenalkan CF-Patch & Sleep Tight Patch

Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch


Tasneem Naturel Memperkenalkan CF-Patch & Sleep Tight Patch 


Ketika cuaca tidak menentu ketika ini, ibu bapa pastinya risau dengan kesihatan anak-anak, dan paling ibu bapa risaukan ialah demam atau selesema / batuk yang berpanjangan sehingga menggangu waktu tidur anak-amak yang sepatutnya memerlukan tidur yang mencukupi untuk tumbesaran yang sempurna.

TB juga mencari sesuatu yang boleh melegakan batuk anak-anak ketika kurang sihat, dan berharap ada produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah anak batuk dan susah nak lena tidur.

Tak sangka pula rupanya ada produk seumpama itu telah dikeluarkan dan diperkenalkan oleh jenama popular untuk produk bayi iaitu Tasneem Naturel.

Tasneem Naturel telah memperkenalkan CF-Patch & Sleep Tight Patch, solusi ekspres untuk legakan selsema dan bantu tidurkan anak kita. Ianya berkelulusan FDA, tidak berbau kuat dan sangat mudah untuk digunakan. jom baca sedikit info berkaitan produk terbaru Tasneem Naturel ni..



Tasneem Naturel CF-Patch


CF-PATCH:

1. Atasi Batuk: 
Batuk yang berpanjangan tentu menyakitkan buat si manja. Kita yang dewasa pun jika batuk tak berhenti rasa terseksa, apatah lagi mereka.

2. Keringkan Hingus: 
Si kecil masih belum pandai mengeluarkan hingus sendiri. Mengelap hingus hanya hilangkannya sementara. Ayuh rawat dari punca.

3. Melancarkan Pernafasan: 
Tiada hingus, tiada lagi bendalir & tahi hidung yang menyumbatkan rongga pernafasan. Nafas pun tak lagi berbunyi.

4. Turunkan Suhu: 
Buat bayi yang selsema dan pada masa yang sama turut alami demam, CF-Patch dapat bantu turunkan suhu badan dengan pantas.


Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch


Bahan-bahan Aktif:

Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb berupaya untuk bantu turunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada batuk. Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root pula menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak.

Antara ramuan lain termasuklah Heartlef Houttuynia Herb sebagai penyahtoksin dalam badan Pepperweed & Apricot Seed untuk bantu melancarkan & melegakan paru-paru .


Tasneem Naturel CF-Patch


 
Cara Guna CF-PATCH :

Cara nak guna senang saja. Hanya buka pelekat utama, dan buka pelekat yang berbentuk bulat tu, kemudian terus tampal pada bahagian depanm dan belakang dada anak. InsyaAllah.. lega lah lepas tu.. dengan izin Allah.. Kita ikhtiar mana termampu. Ye tak?

Tasneem Naturel CF-Patch



Tasneem Naturel Sleep Tight Patch

Haa.. bagi anak-anak yang susah nak tidur tu, ibu-ibu  boleh la cuba Tasneem Naturel Sleep Tight Patch ni, untuk bagi anak-anak mudah lena. TB memang mencari lama dah produk macam ni sebab anak-anak TB susah nak tidur awal. Paling risau kalau yang sulung tu.. Kalau nak tidur kena ambil masa satu hingga dua jam baru nak lena. Hal ini sangat membimbangkan TB kerana kita sendiri maklum jika anak tidur lewat, bangun pagi pun boleh lewat juga dan susah dibangunkan. 

Jadi produk Tasneem Naturel yang ni TB sangat suka! 
Tasneem Naturel Sleep Tight Patch ni mengandungi Aromaterapi yang diformulasikan dari 100% Natural Oils yang membuatkan anak-anak boleh tidur lena.

Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch

SLEEP TIGHT PATCH:

1. Kitaran Tidur Yang Lebih Baik: 
Sleep Tight Patch dapat bantu memberi bayi jadual tidur yang lebih teratur.

2. Tidur Yang Nyenyak: 
Tidur yang nyenyak dan berkualiti sangat penting untuk tumbesaran dan mood bayi yang baik.

3. Kurangkan Keresahan: 
Keresahan boleh menjadi salah satu punca bayi enggan tidur, merengek dan meragam.

4. Kurangkan Situasi Terbangun: 
Bayi yang kurang terbangun tengah malam, tidur ibu ayah pun kurang terganggu.

Tasneem Naturel Sleep Tight Patch


Bahan-bahan Aktif:

Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark dapat bantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi. Manakala Amber & Raw Dragon Tooth dapat menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

Antara ramuan lain termasuklah Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori untuk bantu menyah angin dalam badan.

Angelica Dahurica & Lotus Plumule yang mempunyai fungsi antipiretik untuk kurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan.

Cara guna Tasneem Naturel Sleep Tight Patch 

Cara nak guna yang ni pun mudah sangat. Mula-mula pilih kawasan kulit dibahagian badan anak, dimana nak tampal Tasneem Naturel Sleep Tight Patch ni, dan pastikan kulit anak bebas daripada rambut, losyen dan uga minyak. 

Kemudian Tanggalkan Sleep Tight Patchure daripada plastik pelekat, pastikan tangan kita kering dan tidak basah. 

Tampalkan pelekat Sleep Tight Patchure pada titik akupunture sama ada di bahu, belakang dan juga pinggul. 

Cadangan pemakaian pelekat Sleep Tight Patchure adalah selama 6-8 jam


Tasneem Naturel Sleep Tight Patch



KENAPA MEMILIH Tasneem Patchure?

Bayi yang masih kecil masih belum sesuai untuk diberi makan ubat. Solusi/produk lain yang berada di pasaran pula leceh dan kurang praktikal untuk ibu ayah yang sibuk. Di sinilah Tasneem Patchure dapat membantu.

Shortcut Mudah:
Mengapa perlu beratur panjang di klinik, atau menghabis masa yang lama menyapu pelbagai produk kalau boleh main lekat saja?

Tidak Berbau Kuat:
Tidak seperti koyok yang berbau terlalu herba dan keras, Tasneem Patchure tidak meruap sehingga satu bilik berbau busuk.

Tiada Kesan Gam:
Tidak meninggalkan kesan lekatan. Gam juga tidak terlalu kuat sehingga menyakitkan bayi ketika mencabutnya.

Bebas Toksin, Lulus FDA:
Tasneem Patchure diyakini selamat untuk kegunaan bayi & kanak-kanak. Rumusannya adalah 100% dari herba semula jadi.


Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch



Nah lihatlah.. Bila anak neelofa pun sudah pakai Patch tasneem juga.



Memandangkan Malaysia menghadapi cuaca yang tidak menentu mutakhir ini, maka Tasneem Naturel, jenama produk semula jadi untuk bayi bermurah hati ingin mengedarkan 5,000 Cough & Sleep patch secara percuma terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Korang boleh dapatkan patch ini dengan mengisi maklumat ringkas di bahagian paling bawah pada halaman ini. Pengedaran patch adalah secara rawak dan akan diedarkan sepanjang tahun 2023.

Jom cepat-cepat grab! 




11 Jun 2023

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI UJIAN PEPERIKSAAN

Doa diberi kemudahan dan kelancaran

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI UJIAN PEPERIKSAAN


Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya ALLAH agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan / ujian dan jelas ketika melihat soalan. Allahumma Ya Salam Ya Mu'min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.



01 Jun 2023

CAMAY SPRAY SERANGGA

Spray camay

CAMAY SPRAY SERANGGA

Baru-baru ni TB ada guna Spray Camay untuk sembur pada melon dan anak-anak nya sebab semuanya berkutu.. Mula-mula fikir macam 50/50 jer percaya sebab masa cium bau spray tu takde bau apa.. Terfikir macam air apa ni.. Berkesan ke tak? 

Lepas tu TB pun nekad nak cuba je dulu kan, daripada tak buat apa-apa tindakan. Kesian tengok melon dan anak-anak tergaru-garu.. dan lagi kesian anak-anak TB pun start dah merah-merah badannya kena gigit kutu kucing. TB pun dah tergaru-garu je macam beruk. Eh... 😅 

dan hasilnya selepas spray 1 hari, nampak kutu pun dah tak meriah macam sebelum ni, so kita spray lagi untuk 3 hari seterusnya... Disamping tu TB selalu diingatkan oleh kawan TB yang guna spray camay jugak, katanya lepas spray dan sapu pada bulu kucing jangan lupa sikat bulu kucing-kucing tu. 

Untuk bagi kutu-kutu tu tertanggal terus dari badan kucing tu.. Haa. Korang nak tahu apalagi tentang Spray Camay ni..? 

Jom tengok kat bawah ni. Kalau korang ada masalah yang sama seperti dalam  list tu, boleh la cuba Spray Camay ni.. 


=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
CAMAY SPRAY SERANGGA
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

  1. ia Bertindak Membasmi & Menghalau Tak Meninggalkan Bau Pada Haiwan
  2. Tidak Berbau + Tidak Melekit + Tidak Berwarna + Tahan Lama
  3. Selamat Untuk Tanaman/Orang Sekeliling/Haiwan
  4. Sesuai Untuk Semua Serangga Bersesungut
  5. 5x Juara Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa
  6. Ada Sijil 'Bebas Kandungan Logam Berat'
  7. Ada Sijil 'Bebas Residue Racun Perosak'
  8. Sahabat Muzakki (Pembayar Zakat)
  9. Senang Dan Selamat Digunakan
  10. Hanya Goncang Dan Spray


Spray camay serangga


Haa.. Tengok... Banyaknya kegunaan spray camay ni kan.. Pulak tu 5x Juara Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa

Kalau nak dapatkannya boleh tengok di bawah... Selamat mencuba... 


Spray Camay Serangga








26 Mei 2023

Eye for an Eye Lyric


John wick chapter 4

Eye for 

Eye for an Eye Lyric


You've taken everything love from me
Now it's time to pay the price, 
well, I'll be walking free
I'm gonna make it right
I won't apologize
No tears left to cry
I'm seeing Wick tonight

An eye for an eye
A life for a life
I'll see you in hell on the other side
An eye for an eye (an eye for an eye)
A life for a life (a life for a life)
I'll see you in hell on the other, other side

You took advantage of my innocence
Now your neck is on the line, you're gonna pay for your sins (ah-ah-ah)
I'm gonna make it right
I won't apologize
No tears left to cry
I'm seeing Wick tonight

An eye for an eye
A life for a life
I'll see you in hell on the other side

An eye for an eye (an eye for an eye)
A life for a life (a life for a life)
I'll see you in hell on the other, other side
Bring you to your knees
Better pray I leave (oh-oh-oh-oh-oh-oh)
Gonna cut my teeth
Are you watching me? (Oh-oh-oh-oh-oh-oh)

I'll take an eye for an eye
I'll meet you in the afterlife
I'll take an eye for an eye
A life for a life

I'll see you in hell on the other side
(Oh-oh-oh) an eye for an eye (an eye for an eye)

A life for a life (a life for a life)
I'll see you in hell on the other, 
other side
Bring you to your knees 
(an eye for an eye, a life for a life)
Better pray I leave (oh-oh-oh-oh-oh-oh)
Gonna cut my teeth (an eye for an eye, a life for a life)

Are you watching me? (Oh-oh-oh-oh-oh-oh)
I'll see you in hell on the other side
I'll see you in hell on the other side

John wick chapter 4



Source: LyricFind
Songwriters: Brasko / Rina Sawayama / Tyler Bates

13 April 2023

MUDAHNYA BERSEDEKAH SECARA ONLINE DENGAN APLIKASI SUJOOD

SEDEKAH ONLINE APLIKASI SUJOOD

MUDAHNYA BERSEDEKAH SECARA ONLINE DENGAN APLIKASI SUJOOD


Pastinya umat islam sedia maklum bahawa bersedekah adalah salah satu cara untuk menyucikan dosa dan memperolehi ganjaran pahala dan salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar di bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. dan amalan bersedekah ini lebih digalakkan lagi ketika bulan Ramadhan.

APAKAH DEFINISI SEDEKAH

Dalam konteks Islam sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

Amalan bersedekah ini dapat menyucikan jiwa dan harta. Hati akan lebih tenang dan aman dengan bersedekah. Jiwa juga akan damai dan terhindar daripada perasaan negatif. Bersedekah akan membuka pintu-pintu rezeki


عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال رسول اللہ ﷺ:

⦅ما نقصت صدقة من مال، وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا، وما تواضع أحد لله إلا رفعه الله.⦆


(رواه مسلم)



Abu Hurairah (RA) meriwayatkan, bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,

“Barangsiapa yang bersedekah dengan nilai sebiji kurma yang dia perolehi secara halal, dan hanyasanya Allah SWT menerima yang suci, Allah SWT menerimanya dengan Tangan Kanan dan memeliharanya untuknya, seperti salah seorang antara kamu membiakkan kuda betinanya, hingga menjadi seperti gunung.”

(Bukhari & Muslim)


عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال رسول اللہ ﷺ:

⦅يا نساء المسلمات لا تحقرن جارة لجارتها ولز فرسن شاة.⦆


(رواه الشيخان)



Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,

“Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”

(Muslim)

Apa kelebihan sedekah ni?

Terlalu banyak kelebihan yang tuhan telah janjikan kepada kita. Di antaranya ialah:

1. Derma tuhan akan ganti (Surah Al-Isra, ayat 87)
2. Sedekah hapuskan dosa (HR. At-Tirmidzi)
3. Keberkatan hasil sedekah itu luas (Surah Al-Baqarah, ayat 261)
4. Bantu ahli keluarga yang telah meninggal dunia (Sahih Bukhari, 1388)
5. Di doakan oleh malaikat ganti (Sahih Bukhari, 1442)
6. Sedekah benteng api neraka (Sahih Nasaii, 2552)


Secara jujurnya TB sudah lama mencari platform atau tempat yang betul-betul sesuai untuk bersedekah dan mengharapkan amalan bersedekah itu berpanjangan tanpa henti. Bila duduk mengelamun seorang diri TB selalu tanya pada diri ini, apakah kebaikan yang TB sudah buat pada hari ini? 

Untuk memastikan setiap hari mesti ada perkara baik yang kita lakukan agak mustahil kan, rutin harian tu tak termasuk la kan,  namun kalau dapat berbuat baik setiap hari tanpa culas, pastinya diri akan rasa lebih bahagia dan puas.

APLIKASI SUJOOD

Jadi, TB mencari sesuatu yang boleh buat TB disiplin dan amalkan secara teratur setiap hari. Maksud TB kalau kita tak sempat nak buat amal kebaikan, kita boleh ambil inisiatif tambah pahala dengan bersedekah. boleh mengumpul saham akhirat dengan lebih mudah secara bersedekah.

Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api." (Riwayat al-Tirmizi)Bersedekah merupakan antara amalan yang boleh menghapuskan dosa dan menjamin tempat di syurga kelak!

Tapi itulah, macam TB nyatakan tadi, nak bersedekah perlu tahu platform atau ruang yang tepat dan dipercayai supaya tidak terjebak dengan ancaman scammer. Zaman sekarang ini scammer semakin berleluasa. tambahan pula transaksi banyak dilakukan secara digital. 

APLIKASI SUJOOD

Jadi TB mencari platform yang mudah, diyakini dan boleh diamalkan berpanjangan. Tidak kira dimana kita berada dan pada bila-bila masa saja kita boleh bersedekah dan TB terjumpa info tentang aplikasi Sujood ini. Secara jujur TB terasa lega dan benar-benar bersyukur kerana terjumpa aplikasi yang dapat membantu TB bersedekah dalam masa yang sama membantu pihak-pihak yang memerlukan. Alhamdulillah. Jom kita baca sedikit info tentang Aplikasi Sujood ni.. 



Apa itu Aplikasi Sujood

Sujood ialah satu aplikasi yang memudahkan masyarakat Menyalurkan Sumbangan ke Masjid/Surau Secara Online. Aplikasi Sujood dibangunkan dan diselenggara oleh Studio 61 Sdn. Bhd. Aplikasi Sujood ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memudahkan individu atau organisasi untuk bersedekah ke masjid atau surau. Kiranya Aplikasi Sujood ini berfungsi sebagai tabung digital yang boleh digunakan untuk menyalurkan sumbangan secara online dimana mudah, telus dan selamat.

So selepas ini kita tidak perlu risau kalau sumbangan tersebut tak sampai ke masjid tersebut sebab melalui aplikasi ini telah ada rekod transaksi dan telus. Maka hasrat kita untuk menyumbang / bersedekah kepada masjid / surau yang memerlukan tercapai jua. Dan disnilah kita nampak peranan Sujood adalah membantu kita untuk menyampaikan hasrat bersedekah di masjid-masjid atau surau-surau dengan mudah dan selamat. 

Setakat 8 April 2023 ada 129 masjid/surau yang tersenarai dalam aplikasi Sujood ini. dan pihak Studio 61 Sdn. Bhd. berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak masjid dan surau di seluruh Malaysia dari semasa ke semasa bagi memperkenalkan aplikasi Sujood ini kepada mereka.

Sehingga kini mereka masih lagi menjalankan misi untuk membantu pihak pengurusan masjid dan surau untuk memudahkan urusan mendapatkan dana dengan mendaftarkan masjid atau surau di aplikasi Sujood tanpa mengenakan caj kepada pihak masjid.

APLIKASI SUJOOD

Ciri-ciri yang ada di dalam aplikasi Sujood :

1 Home
Di page Home terdapat senarai masjid-masjid dan surau-surau. Senarai ini telah diatur dan dikategorikan mengikut negeri-negeri.Jadi, senanglah kalau kita nak menderma ke masjid yang kita cari. cuma tekan taip nama masjid dan tekan search sahaja. Selepas itu bolehlah klik di masjid atau surau ini untuk melakukan transaksi. Pada setiap masjid atau surau yang di klik akan terpapar sedikit info dan maklumat tentang masjid atau surau tersebut.

Oh ya.. apa yang menarik, di page ini juga terdapat tazkirah-tazkirah daripada para ustaz dan ustazah untuk pembacaan korang.

2 History
Sekiranya korang pernah membuat transaksi / sumbangan sebelum ini, korang boleh buat semakan transaksi itu di Page history ini. 

3 Search
Kalau nak buat carian apa-apa di dalam aplikasi Sujood, boleh ke page Search.

4 Profile
Jika hendak membuka akaun di aplikasi Sujood, korang boleh ke page profile untuk mendaftar.

5 About Us
Menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang aplikasi Sujood.


Aplikasi Sujood ini memudahkan kita melakukan ibadah bersedekah secara online kerana kita boleh :

  1. Menyumbang/derma di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
  2. Menjejak sumbangan yang telah dilakukan terdahulu.
  3. Derma berterusan dengan mudah dan selamat.
  4. Melakukan sumbangan secara rahsia tanpa diketahui oleh individu lain.
  5. Menderma menggunakan kad redit atau melalui online banking.
APLIKASI SUJOOD


Bagusnya ada Aplikasi Sujood ini kerana :

  1. Mengelakkan risiko kecurian tabung-tabung di masjid atau surau.
  2. Infaq kita terus sampai ke akaun masjid atau surau tersebut dan bukan di akaun Sujood.
  3. Tak perlu bawa duit cash ke masjid atau surau untuk memberikan sumbangan.
  4. Menderma dengan selesa, selamat dan mudah.


Cara-cara Menggunakan Aplikasi Sujood
TB dah try derma guna aplikasi Sujood ini tapi TB belum mendaftar lagi.. cuma TB saja nak cuba menderma, dan yang menarik walaupun kita belum berdaftar kita tetap boleh berinfaq menggunakan aplikasi Sujood ini, Namun untuk memudahkan kita menyemak kembali transaksi yang telah kita buat yang lepas eloklah kita mendaftar terus.. Cara daftar pun mudah sahaja . Tidak ambil masa yang lama pun.. 

APLIKASI SUJOOD

Cara nak menderma pun mudah juga, jom tengok step-step nya :
  1. Muat turun aplikasi Sujood di Google Play bagi pengguna android atau Apps store bagi pengguna Iphone
  2. Kalau korang nak daftar, boleh ke profile dan isi maklumat yang diperlukan. Tapi kalau korang berasa tidak perlu daftar, korang boleh ke HOME untuk memberikan sumbangan. Korang boleh pilih masjid atau surau untuk menderma.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti jumlah sumbangan, nama, nombor telefon dan email semasa hendak membuat sumbangan.

APLIKASI SUJOOD

Namun seperti apa yang TB nyatakan tadi, lebih molek kalau kita daftar kerana kelebihannya untuk kuta juga. Kita dapat semak semula semua transaksi dan senarai masjid atau surau yang kita dah beri sumbangan. Bagi yang suka berahsia dalam bersedekah, korang bolehlah menderma secara rahsia, boleh pilih derma sebagai Hamba Allah ... 

Download Sujood untuk ios dan android
Oh ya, untuk pengguna ios dan android, masing-masing boleh download dan guna aplikasi ini. mudah dan senang je kan!


Jadi, apa lagi.. jom install aplikasi Sujood ni di android & iphone:

Android:

Iphone:

 
Secara keseluruhannya, TB sukakan aplikasi Sujood ini kerana telah lengkap rasanya ciri-ciri yang bagus ada pada aplikasi ini. ia sememangnya antara aplikasi yang terbaik dalam pelbagai aspek. Selain ia memudahkan dan menjimatkan masa, iea juga bantu kita melaksanakn ibadah sedekah dengan lancar dan sempurna lagi selamat dan diyakini. Masjid-masjid di seluruh negara juga mudah untuk memohon sumbangan untuk masjid mereka dengan cara yang telus dan selamat .

APLIKASI SUJOOD

Oh ya, alang-alang TB bercerita tentang Masjid-masjid / Surau-surau yang tersenarai dalam aplikasi sujood ini, sukacita TB ingin share disini salah satu surau yang memerlukan sumbangan untuk pembangunan dan penambahbaikan iaitu SURAU AL-MUTTAQIN KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

Surau Al-Muttaqin Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan terletak di dalam kawasan kolej bagi kemudahan para pelajar dan warga kolej untuk solat berjemaah dan mengadakan aktiviti keagamaan. Kapasiti surau ini boleh menampung seramai 1000 orang dalam satu masa.

APLIKASI SUJOOD

Jadi marilah sama-sama kita berinfaq di bulan yang mulia ini. agar kita dapat sama-sama mengumpul saham akhirat asbab dari bersedekah dengan seikhlas hati. 


Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang aplikasi Sujood, boleh layari website di bawah :


dan bagi masjid/surau yang ingin mendaftar, boleh emailkan hasrat kepada: 
salam@sujood.net


Korang boleh muat turun Aplikasi Sujood secara percuma di Google Play dan App Store. Jom muat turun sekarang dan ajak semua ahli keluarga dan kawan-kawan untuk muat turun sekali. Jom ramai-ramai rebut pahala dan semoga kita dirahmati Allah atas segala usaha kita. InsyaAllah.

Akhir sekali didoakan buat semua yang membaca :
  1. Semoga Allah sentiasa menjaga keberkatan kesihatan yang baik
  2. Semoga Allah melimpahi dan memberkati setiap rezeki
  3. Semoga Allah melindungi kita dari kesusahan dan kesempitan
  4. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat

Aamiin Allahuma Aamiin..

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers